PENGIKUTKU.

Saturday, September 3, 2011

Aji Saregar Mazlan.


Lagi beberapa hari tarikh tu bakal tiba.
Bila muncul tarikh tu.
Bermakna aku semakin dewasa.
Huhuhu.
Alhamdulillah aku baru sempurnakan bacaan Yassin.
Dah lama aku tak amalkan baca Al-Quran.
Mungkin terlalu sibuk agaknya.
Tapi sejak aku tengok kawan aku di Somalia.
Aji Saregar Mazlan terkena serpihan tembakan peluru.
Tiba-tiba hati aku sayu.
Banyak kali aku cuba telefon dia.
Nak tahu keadaan terkini.
Tapi hampa.
Aku harap dia dalam keadaan baik-baik sahaja.
Acap kali berita kematian Jurukamera Bernama TV menjelma.
Noramfaizul Mohd. Nor namanya.
Sebagai salah seorang warga media di Malaysia.
Aku turut tersentak.
Salah seorang rakan media kami terkorban sewaktu bertugas.
Itulah rintangan dan cabaran bergelar jurukamera dan wartawan.
Al-fatihah aku doakan untuk Allahyarham.
Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Amin.
Esok dijangka krew tersebut akan pulang.
Aku doakan semuanya selamat sewaktu perjalanan.
Korang nak tengok tak kawan aku tu?


Yang tengah tu la Aji.
Walaupun aku dah lama tak jumpa dia.
Aku tetap risau kan dia.
Kesian aku tengok dia dekat Berita Utama TV3 tadi.
Semoga kau cepat sembuh yew.
Aku rindu nak dengar kau gelak macam dulu.
Nie gambar aku lepas baca Yassin.


Semoga aku jadi wanita soleha lepas nie.
Insyallah.
;)


Friday, September 2, 2011

Biar Miskin Asal Hati Bahagia.


Hari nie aku terjumpa seorang auntie.
Auntie nie bukan orang Melayu.
Itu aku pasti.
Sebab hidung dia mancung macam orang Hindustan.
Gaya dia cakap sebijik macam Kajol.
Tapi dia fasih berbahasa Melayu.
Orang Sikh rupanya.
Sikap dia sederhana sahaja.
Tapi dia berjaya buat aku terpikat padanya.
Mula-mula bertentang mata.
Aku tak berminat nak bersuara.
Bukan aku sombong.
Tapi aku malas nak beramah mesra.
Tapi kalau dah sikap aku memang macam tu.
Tak boleh nak buat pe lah kan.
Mana taknya.
Orang duduk sebelah pun aku boleh tegur.
Inikan orang yang duduk depan mata.
Tapi kali nie lain cikit.
Auntie nie banyak pengalaman hidup rupanya.
Banyak dia bercerita tentang kisah orang sekelilingnya.
Ada satu nasihat yang aku ingat sampai sekarang.
Dia cakap.
Hidup nie singkat sahaja.
Tuhan bagi kita hidup di dunia nie.
Tuhan nak tengok macam mana kita hidup.
So, setiap apa yang kita buat.
Tak payah nak ikut orang.
Buat ikut kemampuan kita.
Kalau orang ada kereta besar.
Kita jangan ikut kalau tak mampu.
Nanti merana diri sendiri.
Kalau orang kahwin buat besar-besaran.
Kita jangan ikut gaya diorang.
Buat ala kadar sahaja.
Ikut kemampuan kita.
Jangan nak menunjuk-nunjuk dekat orang.
Biar sederhana sahaja.
Asalkan rumah tangga bahagia.
Tak semestinya.
Rumah kecik, hati tak bahagia.
Sebab kadang-kadang,
Rumah besar, hati boleh sengsara.
Hidup biar sederhana.
Pakai apa yang ada.
Asalkan bersih dan selesa.
Ermmm.
Betul cakap auntie tu.
Biar kita miskin asalkan hati bahagia.
Jangan kita kaya tapi hati sengsara.
Jangan pandang rumah besar.
Hidup selesa.
Tapi pandanglah rumah kecik.
Asal hidup gembira.
Sekarang nie aku bersyukur pada Allah S.W.T.
Walaupun rumah aku kecik.
Tapi aku ada bapak.
Aku ada mak.
Aku ada adik Nita.
Walaupun aku selalu bergaduh dengan bapak.
Tapi aku sentiasa sayang bapak.
Walaupun aku jarang borak dengan mak.
Tapi aku sentiasa rindu mak.
Walaupun aku selalu marah dengan adik Nita.
Tapi aku sentiasa kasih adik Nita.
Kakak sayang dekat korang sangat-sangat.
Auntie terima kasih sebab bagi banyak pengajaran.
Walaupun auntie tak baca blog saya.
Saya akan tetap ingat nasihat auntie.
Lepas jew aku jumpa auntie.
Aku tengok wayang dengan adik Nita.
Pakwe adik pun ikut sama.
Semuanya 12 orang.
Kitaorang tengok cerita Hantu Bonceng.


Nie first time aku tengok wayang dengan pakwe adik.
Cerita dia best la jugak.
Kelakar.
Paling aku suka bila ada perkataan Gurl Girl.
Gelak jew aku dengar ayat nie.
Macam sweet jew kan?
Korang tengok la cerita nie yew.
Bukan nak promote
Tapi just bagitahu jew.
Hikhikhik.


Thursday, September 1, 2011

Remuk. Sedih. Menangis.




 Hati aku tengah remuk.
Jiwa aku tengah sedih.
Jasad aku tengah menangis.





Tuesday, August 30, 2011

Camat Hari Raya Aidilfitri.


Sekejap jew masa berlalu kan?
Pejam celik.
Pejam celik dah masuk bulan Syawal.
Aku rasa sekejap jew bulan Ramadhan.
Tahun ini aku rasa tak best sangat-sangat.
Bulan Ramadhan macam tak bermakna jew.
Seriously, memang takde perasaan.
Hari nie 1 Syawal.
Pagi-pagi lagi aku dah mula kemas rumah.
Dari semalam sampai hari ini.
Aku mengemas jew.
Adik aku pulak memasak.
Hikhikhik.
Aku memang tak pandai sangat masak.
Tapi takpe nanti aku belajar sebelum kahwin.
Lepas jew mengemas.
Hati aku tiba-tiba sayu.
Airmata mengalir lepas dengar suara mak dan bapak.
Sedih sangat-sangat.
Banyak dosa aku dekat insan yang melahirkan aku.
Tahun ini kitaorang pakai baju senada.
Warna peach jadi pilihan kali ini.
Lepas jew beraya di rumah.
Kitaorang bergerak ke Gombak.
Macam biasa lah.
Memang dah jadi tradisi keluarga kitaorang.
Wajib pergi Gombak.
Bukan beraya sebuah rumah jew.
Tapi berbuah buah rumah tau!!
Penat hanya Tuhan jew yang tahu.
Tapi aku seronok dapat jumpa cousin-cousin aku.
Time tu lah nak beramah mesra dengan dorang.
Bukan selalu jumpa dorang pun.
Nak tengok gambar aku dengan adik tak?
Nie time kami tengah beraya.
Jap erk.



Saturday, August 27, 2011

Penting Ker Cantik Tu?


Cantik. 
Semua orang suka tengok orang cantik.
Tipulah kalau ada orang tak suka kan?.
Kalau orang tak suka tu.
Aku anggap dorang dengki ataupun cemburu.
Tapi penting ker cantik tu?
Bagi aku sebagai seorang perempuan.
Cantik tu universal.
Setiap orang ada kecantikan masing-masing.
Ada setengah orang cantik pada matanya.
Ada setengah orang cantik pada hidungnya.
Ada setengah orang cantik pada badannya.
Tapi kadang-kadang orang lupa.
Cantik pada hatinya!!.
Bagi aku cantik yang paling penting pada hati.
Sebab.
Kalau hati kita cantik.
Muka kita yang hodoh akan jadi cantik.
Cantik hati kekal selamanya.
Berbeza cantik luaran tau.
Kalau kita berusaha pakai segala macam krim muka.
Makanlah segala macam ubat.
Tapi kalau hati kita tak cantik.
Macam mana luar kita nak cantik?
Betul tak?
Rata-rata orang lelaki cari bakal isteri yang cantik.
Cantik nie jadi pilihan pertama.
Tapi macam mana dengan perempuan yang tak cantik?
Masih ada tempat ker dalam hati para lelaki nie?
Bagi aku.
Zaman sekarang bukan kecantikan yang diutamakan.
Tapi budi pekerti, keikhlasan, kejujuran itu dipandang.
Selalunya perempuan yang tak cantik nie baik hatinya.
Itu hasil pemerhatian aku sepanjang hidup ini.
Walaupun diorang tak secantik model-model majalah.
Tapi dorang ada hati yang cantik dan bersih.
Kecantikan itu terserlah dekat wajah dorang.
Tapi aku tak cakap lah perempuan cantik tak baik.
Ada jugak perempuan cantik.
Hati dia terlalu murni dan bersih.
Itu kira bonus untuk dia lah.
Cantik luar dan cantik dalam.
Tapi penting ker cantik tu?
Zaman dah berubah.
Ramai perempuan sekarang nak kelihatan cantik.
Sanggup berhabis duit demi kecantikan.
Biar dipuji orang ramai.
 Biar suami tak hilang.
Dan paling penting.
Cantik sepanjang zaman.
Aku pun tak lari dari mengejar kecantikan.
Bukan untuk tatapan tapi sekadar kepuasan.
Dulu muka aku sangat-sangat teruk.
Jerawat penuh satu muka.
Nak jumpa dengan orang pun malu.
Tapi sekarang syukur sangat-sangat.
Muka aku dah beransur pulih.
Mungkin tiada tekanan dalam jiwa.
Kecantikan kembali semula.
Mungkin benar anggapan aku dari atas tadi.
Kecantikan lahir dari hati.
Kalau hati kita tidak bersih.
Maka, tak berserilah muka kita.
Tapi kalau hati kita bersih.
Berserilah raut wajah kita.


Thursday, August 25, 2011

Perkahwinan Satu Perjudian.


Mesti korang pelik bila baca tajuk entri aku kali nie.
Mesti korang ingat aku dah nak kahwin kan?.
Hahahaha.
Semua orang nak kahwin.
Termasuk jugak aku.
Tapi aku tak tahu bila tarikhnya.
Bulan berapa.
Dan yang paling penting, tahun bila!!.
Perkahwinan satu perjudian.
Ungkapan ini aku dengar daripada seseorang.
Seseorang yang paling aku hormati.
Memang betul cakap dia.
Kahwin nie macam kita bermain judi.
Kita tak dapat jangka.
Bila kita menang atau kalah.
Semua bergantung pada nasib!!.
Kalau kita kahwin dengan orang yang kita cinta.
Mula-mula memang bahagia.
Tapi kita tak jangka.
Yang bahagia boleh bertukar derita.
Itu hakikat dunia rumah tangga.
Aku sebenarnya impikan rumahtangga sederhana jew.
Tak payah kaya sangat.
Cukup sekadar untuk keperluan harian jew.
Asalkan hati tenang dan selesa.
Itu dah cukup buat aku.
Aku juga impikan suami yang sederhana.
Yang memahami sifat-sifat aku.
Yang tahan bila aku membebel selalu.
Insyallah.
Kalau aku dah kahwin nanti.
Aku nak jadi isteri soleha.
Walaupun perkahwinan satu perjudian.
Aku akan tempuh dengan sepenuh hati.



Friday, August 5, 2011

Jangan Hipokrit.


Jangan hipokrit!!
Jadilah diri kau yang sebenar.
Itu luahan kata-kata seseorang yang amat aku hormati.
Acap kali dia utarakan ayat ini.
Dia cakap.
Kalau kau dengan pakwe, jangan hipokrit.
Buat apa yang kau rasa itu diri kau.
Bukan orang lain!!.
Tunjukkan semua sifat-sifat kau sebenar.
Jangan nak cover-cover.
Kalau kau suka membebel.
Kau membebel lah puas-puas depan pakwe kau.
Jangan kau diam seribu bahasa.
Tapi bila dengan kawan-kawan kau membebel pulak.
Kan dah hipokrit namanya tu.
Kalau kau suka makan.
Kau makan lah puas-puas depan pakwe kau.
Walaupun pakwe kau cakap kau dah macam singa kelaparan.
Tapi jangan depan family baru kau melantak habis-habisan.
Itu kira hipokrit tau.
Kalau kau tak suka perangai pakwe kau.
Lebih baik kau berterus terang.
Contohnya bila pakwe kau hisap rokok.
Depan pakwe kau buat tak kisah.
Macam takder pape masalah.
Tapi bila belakang pakwe, kau sumpah seranah dia.
Kira hipokrit jugak tu.
So, kau kenalah bagitahu dia yang kau benci bau asap rokok.
Barulah dia faham apa yang kau pendam dalam hati tu.
Kalau sifat kau suka bersosial dengan kawan-kawan.
Kau tunjuk dengan pakwe kau.
Kalau dia jealous dengan kau.
Kau cakap lah ini lah sifat sebenar kau.
Kawan-kawan segala-galanya bagi kau.
Jangan bila dengan pakwe, kau terpaksa lupa kawan-kawan kau.
Sebab pakwe kau tak boleh terima kawan-kawan kau.
Hipokrit sangat tu.
Bila aku renung-renungkan semua benda ini.
Aku mula berfikir.
Manusia selalu mencari kesempurnaan dari kelemahan.
Walhal kelemahan itu adalah kemanisan.
Rata-rata pasangan bercinta menutup sifat sebenar waktu bercinta.
Tapi bila dah berumah tangga semua sifat beraksi.
Kadang-kadang ada yang panas baran.
Tapi masa bercinta, panas menjadi sejuk.
Bila dah kahwin, sejuk menjadi panas.
Kadang-kadang ada yang romantik.
Bila masa bercinta, duri jadi bunga.
Tapi dah kahwin, bunga jadi duri.
Kenapa perlu hipokrit?
Senang jew, mungkin untuk menarik hati pasangan.
Tapi perlu ker bersifat hipokrit?
Bukan semua tu akan menghancurkan balik hidup kita?
Memang benar kata-kata seseorang yang aku hormati itu.
Jangan hipokrit dengan pakwe kau!!
Biar dia terima kau seadanya.
Diri kau yang sebetul-betulnya.
Dia nak kahwin dengan kau untuk sepanjang hidupnya.
Bukan untuk sebulan, dua bulan atau setahun.