PENGIKUTKU.

Wednesday, September 26, 2012

Baby Khayla.

Assalamualaikum,

Tiba-tiba hari nie terasa bergitu gembira sekali, selalunya pergi assignment takde lah segembira hari nie, tapi memang hari nie mencipta sejarah sangat. Iyelah bila lepak saat menunggu PC exco kerajaan negeri ada pulak wartawan yang satu kepala. Pergh!!! langkah kanan lah yew datang ke SUK, Shah Alam tu. Sebelum PC bermula, si Syida cantek dah call aku tanya di manakah kedudukan aku saat tu. Dia macam tahu jew aku kena cover PC hari nie. Masa mula-mula sampai SUK, tiba-tiba tertengok beg yang selalu Obee pakai waktu pergi assignment, so dengan pantas terus terjah Obee yang masa tu tengah sibuk mencari handphone dalam beg. Mana taknya, aku lah yang dok call dia, hajat hati nak suruh dia tunggu jap sebab aku takde pas nak touch dekat mesin lif tu. Hahaha. Mekasih Obee, Opss silap lah mekasih Kak Obee. ;)

Sesampai jew aku dengan Obee di tingkat 20, aku tengok Akak Yue dan Syida dah lepak-lepak sambil minum air milo panas. Huhuhu Dah lama aku tak minum air dekat SUK, iyelah sebelum nie kan bulan puasa so memang lama gila tak merasa nikmat kopi SUK. Pe lagi aku pun terjah mesin air depan bilik PC tu. Bila dah ambik air, si Afiqa ajak berborak lak. Tengah syok-syok berborak tiba-tiba datang pulak si Radzi dan Fazy. Pe lagi, meriah lah SUK tu dengan suara kitaorang. Bila jew air dah kehabisan, aku pun beralih arah ke dalam bilik, tengok apa yang si Obee, Syida buat dalam itu bilik. Hikhik. 

Bukan aku jew yang beralih arah, Si Fazy dan Si Radzi pun ikut serta. Lagi meriah dalam bilik tu wei, bergema jew dengar suara kitaorang bergurau senda sambil berkongsi rahsia. Hahaha. Rahsia apa? ermm, ada lah mana boleh bagitahu korang. Dah nama pun rahsia kan? So, tetap menjadi rahsia lah sampai bila-bila. Hahaha. Memang korang semua gila-gila wei, dari bab tu, berpindah ke bab nie, lepas tu terpikir pulak bab sana, sebelum tu korang kupas pulak bab sini. Hahaha. Saat happening gila!!!

Bila PC start, korang bukannya duduk diam, sempat tu nak bergambar sakan. Memang korang sengal, iyelah aku tahu kita nie kerja sebagai wartawan memang ada kala nak hiburan. So, dengan kengkawan lah masa nak bergurau senda tak gitu? Tapi takpe asalkan gambar yang disnap tu menarik dan cantik. Hahaha Kredit kepada jurugambar yang cun melecun tu yew. 


Kesengalan melanda kami.

Formal cikit.

Lepas jew habis PC, kitaorang terus menjamu selera dengan hidangan yang disediakan oleh kakitangan SUK, Shah Alam. Masa makan pun kitaorang semua duduk satu meja, sambil makan sambil cakap. Hahaha. Tapi tugas aku bukan berakhir di SUK jew sebab aku kena bergerak ke Ibu Pejabat Daerah Klang Selatan, katanya ada laporan polis biasalah NGO nak buat laporan pasal seorang anak muda Gopinath yang dah menghina agama Islam.

Nasib baik, masa aku sampai dorang baru jew habis buat laporan polis, so memang sempat lah nak interbiu lima NGO tu. Mula-mula aku tak faham sangat cerita diorang, lepas dengar dan mengamati bait-bait perkataan dalam kenyataan dorang baru aku mula mengerti. Hahaha Sungguh lambat rupanya aku nak memahami kenyataan dorang!! Opss, masa aku tengah interbiu Pengerusi Pergerakan UMNO Klang, rupa-rupanya Tuan Zulkhairi telah mengsnap gambar aku secara senyap-senyap. Huhuhu Kalau aku tahu, dah lama aku buat muka manis jew!!

Muka nak tidur.

Fokus sampai kerut kening.

Lepas jew aku siapkan semua story hari nie, aku terus bersiap-siap nak pergi ke Serdang. Opss, bukan kena cover assignment okey, aku sebenarnya ada satu lagi projek dengan member poly. Kitaorang nak tengok baby Khayla. Sebenarnya, baby Khayla baru jew lahir 21 September yang lalu, memang dah niat nak tengok baby. Hahaha. Comel betul anak Zety nie, macam muka mama dia takde langsung muka si Jambu. Cian Jambu. Hikhik. 

Baby Khayla tengah tidur.

Muka suci Khayla.

Khayla atas pangkuan aku.

Pertama kali letak baby macam nie.

Aku sungguh bertuah sangat bila tengok baby Khayla nie, banyak petua yang aku dapat dekat mak Zety. Macam-macam dia bagitahu aku semuanya pasal penjagaan baby dan masa tengah berpantang. Hahaha Jangan korang pikir lain tau, aku bukan tengah pregnant tapi aku suka dengar petua-petua macam tu sebab itu semua untuk masa depan nanti. Mana lah tahu, tiba-tiba jodoh aku dah dekat, so tiba-tiba aku pregnant dan aku dah ada lah sedikit pengetahuan tentang semua tu kan? Amin. Hikhikhik.

Hope doa mak Zety dimakbulkan Allah S.W.T. Doa apa aku takkan bagi tahu korang. Rahsia lagi. Hikhik Tapi bukan jew doa Zety tapi semua member yang datang terutamanya doa Along. Harap-harap dimakbulkan-Nya. Amin. Hanya Amin jew yang mampu aku ucapkan saat dorang semua mendoakan aku. Terima kasih semua kerana mendoakan aku. ;)

No comments:

Post a Comment