PENGIKUTKU.

Thursday, November 17, 2011

Anugerah Istimewa.


Pertama kali dalam hidup aku.
Aku menjejakkan kaki di Sekolah Istimewa.
Rata-rata semua pelajar cacat pendengaran.
Sekolah Menengah Vokasional Pendidikan Khas.
Seksyen 17, Shah Alam.
Sebelum nie aku pernah tengok diorang berinteraksi.
Tapi aku tak pernah terpikir macam mana diorang sekolah.
Sebaik aku melangkah.
Aku tengok semua pelajar senyap.
Ini juga pertama kali aku rasa.
Selalunya kalau sekolah pelajar normal.
Dari luar sekolah dah bunyi bising.
Tapi dekat sini berbeza.
Semua menggunakan bahasa isyarat tangan.
Sebagai pengganti suara dan telinga.
Cikgu-cikgu pun menggunakan isyarat yang sama.
Aku terpegun dengan kelebihan mereka.
Selain itu, aku kagum dengan semangat mereka.
Mereka punya bakat dan kreatif dalam kemahiran.
Seronok aku tengok diorang buat persembahan.
Walaupun mereka menari.
Tapi diaorang tak dapat mendengar lagu.
Pelik kan?
Tapi itulah keistimewaan diorang yang aku tak ada.
Mereka semuanya comel-comel dan hensem.
Seriously.


Waktu nie diorang hanya terima arahan cikgu sahaja.
Sambil mengingati rentak.
Kagum aku sejenak.
Cikgu diaorang ada bagitahu aku.
Diaorang nie wakil sekolah buat persembahan.
Baru-baru nie di Terengganu.
Hebat kan?
Selain menari.
Diaorang pun menyanyi tau!!!
Mesti korang teruja nak tengok.

 
Nie lah barisan koir diaorang.
Tapi diaorang menggunakan bahasa isyarat.
Masa nie nak mengalir airmata aku.
Tengok diaorang menyanyi guna bahasa isyarat.
Kagum pun ada.
Sebab diaorang semangat menyanyi walaupun tanpa suara.
Aku doakan semoga diaorang berjaya dalam hidup.
Amin.
Lupa pulak nak bagitahu.
Sebenarnya aku datang sekolah nie.
Untuk Majlis Anugerah Kecemerlangan 2011.
Diaorang nie siap dapat Sijil Kemahiran Malaysia beb!!!.
Aku ada dapat coklat yang diaorang buat.
Perghhh!!!
Sedap beb, kalah aku.
Aku pun tak pandai buat coklat. 
Hahahaha.



Wednesday, November 16, 2011

Lautan Biru Perdana Menteri.

Pagi-pagi lagi aku dah bangun tidur.
Siap termimpi-mimpi aku bangun lewat.
Aku kena sampai ofis awal hari nie.
7.30 pagi dah kena bertolak.
Aku kena cover Perdana Menteri.
Dato Seri Mohd Najib Tun Razak.
Di Kampung Orang Asli, Tanjung Sepat.
Pertama kali aku pergi buat cover dengan bos.
Program hari ini berkaitan pembangunan luar bandar.
Kerajaan beri kemudahan asas kepada rakyat.
Program Strategi Lautan Biru namanya.
Program nie kerjasama Angkatan Tentera Malaysia.
Serta Kementerian Luar Bandar dan Wilayah.
Ada empat buah rumah yang dibina.
Melalui Program Bantuan Rakyat.
Rumah tu semua untuk orang asli.
Prihatinnya kerajaan kita kan?
Siap bina dan baiki rumah lagi.
Aku bangga dengan usaha kerajaan.


Waktu nie aku cuma tengok sahaja.
Selalunya aku akan dengar dan catat.
Hari nie aku bukan cover untuk TV1.
Tapi kena buat cross over melalui radio.
Bergetar jew jiwa aku sebelum buat.
Suara pulak seakan-akan tiada.
Perghh.
Time nie lah suara serak-serak manja.
Tadi masa tengok rumah okey jew.
Tapi aku rasa banyak yang perlu diperbaiki.
Dari segi bahasa, intonasi, suara dan semualah.
Senang cerita kan.
Takpe lain kali aku akan tingkatkan lagi mutu suara.
Jangan terlalu cepat sangat.
Intonasi kena rileks.
Tu antara petua dia.
Hikhikhik.
Perjalanan balik ke ofis.
Bos dengan Pakcik Buang jew berborak sakan.
Aku dekat belakang mengumpul tahi mata.
Perut sudah kenyang.
Hati sangat riang.
Mata senyap memanjang.
Hahahaha.


Monday, November 14, 2011

Tiga Jam Karok!!! Buat Bibir Kami Terkoyak.


Tiga jam karaoke.
Korang ada?
Pertama kali aku karaoke dengan Ida.
Walaupun dah kenal sejak politeknik.
Dekat U pun kitaorang sama-sama.
Tapi lepas habis belajar.
Baru kitaorang sempat berkaraoke.
Aku bukan berdua jew dengan Ida.
Adik Ida pun turut serta.
Suara boleh tahan.
Mantap.
Memang seronok sangat-sangat.
Hilang stress dalam hati nie.
Kisah nie berlaku semalam.
Sebelum pergi karok.
Pagi-pagi lagi aku dah gerak ke Serdang.
Ida ambik aku dekat KTMB Serdang.
Breakfast roti canai bersalut kari mamak.
Sambil tu bergosip-gosip.
Bongkar semua cerita masa lampau.
Memang rindu gila dengan kawan-kawan semua.
Masa muda-muda dulu.
Terasa rindu pulak nak belajar.
Makan tengahari Ida yang masak.
Dia tak bagi aku buat.
Takut terpecik dekat baju.
Huhuhuhu.
Bukannya baju aku cantik sangat.
Biasa-biasa jew.
Bila aku rasa masakan Ida.
Seriously, dia dah boleh kahwin!!!.
Terbaik lah beb.
Aku doakan kau cepat-cepat kahwin.
Amin.


Sunday, November 13, 2011

Tahniah Nani!!!


12.11.2011.
Member wartawan aku kahwin.
Dia nie budak NTV7.
Nani namanya.
Aku tengok Nani sangat cantik.
Baju pun memang terbaik la.
Aku doakan semoga dia bahagia.
Hingga akhir hayat.
Amin.


Nie la Nani.
Canteknya kau nok!!
Lepas nie kena jadi isteri mithali tau.
Jangan nakal-nakal lagi.
Pastu kena jadi Mama pulak.
Hikhikhik.
Masa nie.
Aku rasa seronok sangat-sangat.
Aku jumpa dengan seseorang.
Sebelum nie tak pernah terpikir pun.
Mungkin dah jodoh.
Akhirnya kitaorang jumpa jugak.
Dulu asyik dalam Facebook jew.
Tapi sekarang nie dah depan mata.
Hikhikhik.


Nie la kawan aku tu.
EtOn.
Comel sangat-sangat dia.
Korang rasa macam siapa erk?
Hahaha.
Tapi member paling aku sayang sekali.
Dekat NTV7 tu.
Kecik molek orang dia.
Jap erk nak upload gambar dia.
Hikhikhik


Nie la kawan aku tu.
Sayang Nadia.
Tak boleh blah gambar nie.
Macam lesbian pun ada.
Hikhikhik.


Friday, November 11, 2011

11.11.11


11.11.11
Hari nie mencipta sejarah.
Mesti ramai orang kahwin tanggal nie kan?
Orang kata nombor satu bertuah.
Bayi-bayi yang lahir hari nie.
Mesti suka jew tengok nombor kad pengenalan.
Iyelah semua nombor satu.
111111.
Kalau yang lahir dekat Terengganu pulak.
Lagi bertuah.
Sebab berlanjutan nombor negeri.
111111-11
Perghhh.
Banyaknya satu.
Aku paling suka nombor satu.
Bagi aku nombor satu bertuah.
Entah lah sejak dulu lagi.
Nombor aku memang satu.
Hahahaha.
Mungkin sebab aku nie anak sulung.
Anak pertama.
Kebanyakan hidup aku bermain dengan nombor satu.
Tapi hari nie tiada istimewa bagi aku.
Cuma aku penat sangat-sangat.
Hari nie aku pergi Tanjong Karang.
Cover program Datuk Seri Noh Omar.
Tapi hati aku gembira sangat-sangat.
Esok aku off dua hari.
Tak sabar nak tengok Nani naik pelamin.
Nak jumpa dengan etOn.
Amu, Nadia, Mastura dan semua lah.
Tema untuk esok, Purple!!!
Warna tema NTV7.
Alamak!!!!
Aku belum beli hadiah untuk Nani lah.
Mampus la!!!
Takpe esok pagi-pagi aku pergi Mid Valley.
Beli hadiah untuk pengantin baru.
;)


Wednesday, November 9, 2011

Mataku.



Banyak-banyak anggota badan.
Aku paling suka mata.
Orang kata mata aku bulat.
Besar.
Aku suka pakai maskara.
Sebab bulu mata aku panjang.
Hikhikhik.
Dan.
Aku suka tengok mata orang sekeliling.
Mata mampu buat aku terpegun.
Hanya sepasang mata jew buat aku jatuh cinta.
Aku ingat mata tu sampai bila-bila.



Tuesday, November 8, 2011

Macam Tak Percaya Aku Masak.


Ermmm.
Macam tak percaya jew aku masak hari nie.
Kebetulan semalam Kak Zana dapat daging korban.
Dia suruh aku masak daging tu.
Dalam kepala aku ligat pikir.
Nak masak pe nie.
Tiba-tiba otak mula berpusing-pusing.
Masak daging lada hitam la.
Senang sikit.
Aku nie memang jarang masuk dapur.
Memang aku tak pandai masak!!!
Itu hakikat dari dulu lagi.
Sebenarnya bukan aku tak minat.
Tapi aku malas sangat-sangat.
Hahaha.
Bak kata adik aku la.
Kalau tak ikhlas, masak macam mana pun takkan sedap.
Tu memang aku akui la.
Bila aku masak memang tak ikhlas.
Nak siap cepat jew.
Bukan nak menghayati seni masakan tu.
Tapi hari ini.
Aku cuba untuk menghayati keseronokan di dapur.
Sambil masak aku teringat seseorang.
Aku bayangkan aku masak untuk dia.
Aku teringat senyuman dia.
Mata dia.
Sambil tersenyum aku gaul masakan aku.
Buat secara ikhlas untuk dia.
Walaupun dia tak rasa masakan aku.
Dia tahu aku tak pandai masak.
Hikhikhikhik.
Kesian dia kalau dapat aku kan?
Dah lah tak pandai masak!!!.
Mati kebulur lah dia bila kahwin dengan aku.
Hahaha.
Selain itu, aku masak sup sayur jugak.
Aku guna air rebusan daging.
Jangan membazir benda dah ada depan mata.
Jom tengok lauk yang aku masak.

Daging korban lada hitam.

Sup sayur daging korban.

Semua berasaskan daging korban.
Aku makan dengan Kak Zana dan Rohani.
Makan dekat ofis jew.
Hikhikhik.
Tak tahulah rasa dia cam ner.
Tapi aku tengok Kak Zana dan Rohani makan ok jew.
Kira berjaya la kan?
Walaupun biasa-biasa jew.



Sunday, November 6, 2011

Aku Sayang Diri Aku.



Nie gambar terbaru aku.
Time nie sopan gila.
Pakai baju kurung lagi.


Selamat Hari Raya Aidiladha.


Selamat Hari Raya Aidiladha.
Aku ingin menulis.
Ingin meluahkan semua isi hati aku.
Tapi aku tak mampu.
Ramai mata-mata membaca.
Ramai tangan-tangan mentafsir.
Ramai otak-otak melihat.
Kadang-kadang aku binggung.
Menulis ini, orang lain menafsir bergitu.
Mengarang ini, orang lain marah tak tentu pasal.
Kadang-kadang aku meluat.
Sungguh!! Aku rimas.


Cinta Antara Kita.


Cinta Antara Kita.

Duta:
Sejak dari dulu
ku menyintaimu
kau tahu begitu namun kau berpura
ku masih teringat kau peluk diriku
yang telah membuat ku menyintai mu

Sudah berapa lama
diriku ini
tak bertemu mu
mungkin ku harap jua
kau merindu ku
sebagaimanaku rinduimu

Duta:
Cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyinta dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu syg….

Baizura Kahar:
Setelah kau pergi jauh dari sisi
tiada ku cinta selain dirimu
ku ingin bersama dgnmu selamanya
walaupun sehingga ke akhir nyawa
mungkin kau tak mengerti
maksud ku dulu pada dirimu
kiniku kan menyinta dirimu itu sehingga ke akhir waktu

Baizura Kahar:
cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyintai dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu sayang….

Duta:
sudah berapa lama
diriku ini
tak bertemu mu

Baizura Kahar:
mungkin ku harap jua
kau merindu ku
sebagaimanaku rindumu

Duta:
Cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyinta dirimu

Baizura Kahar:
Hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu sayang….

Duta and Baizura Kahar:
cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyintai dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu syg…
ku kan berjanji
menyintamu syg...

Thursday, November 3, 2011

Sikit-sikit Aku Berubah.


Masa aku tengah taip entri nie, hati aku rasa was-was, tenang tapi keliru. Keliru dengan jiwa aku sendiri. Sejak akhir-akhir nie aku banyak kali bermuhasabah diri. Teringat kisah-kisah lalu. Banyak yang perlu aku perbaiki. 

Jiwa terasa tenang saat aku sujud mengadap illahi. Seriously, aku rasa mula dekat dengan-Nya. Semakin kuat perasaan itu bila aku semakin sayang meninggalkan solat. Aku dah tak kisah tentang semua orang. Tentang gosip-gosip liar orang. Yang aku tahu, aku rindu. 

Bukan aku rindu pada manusia, tapi aku rindu pada-Nya. Pencipta alam semesta. Aku bukan makhluk sempurna, tapi apa salahnya jika aku mula mencari penciptaku. Biarlah aku hilang kasih sayang manusia, tapi aku takut kalau Allah S.W.T tidak menyayangi aku.

Setiap kali aku masuk surau, aku mesti jumpa dengan makcik cleaner. Makcik tu memang baik orangnya. Peramah dan sangat tenang wajahnya. Aku suka tengok muka makcik tu. Nampak nur pada wajahnya. Memang dia rajin solat. Aku sangat menghormatinya. Walaupun dia cuma seorang cleaner, tapi dia tak pernah tinggal solat. Sangat kagum aku melihat kesungguhan makcik menyempurnakan perintah Allah S.W.T.

Kadang-kadang aku terfikir, kenapa ramai orang lalai menyempurnakan solat lima waktu? walaupun cuma lima, tapi seriously kadang-kadang aku rasa berat jew nak pergi solat. Malas campur penat!!! Tapi solat itu tiang agama, jika salah satu tiang runtuh, maka runtuhlah agamanya.

Aku rasa bersyukur sangat-sangat, Allah S.W.T beri aku peluang nak berubah. Sejak aku lihat kawan aku sendiri rajin bersolat. Bila kitaorang keluar, dia mesti tidak lupa waktu solat. Tengah dok melepak pun, dia akan pergi solat bila dengar suara azan berkumandang. Tengah dok berkaraoke pun dia akan set masa untuk bersolat. Mula-mula aku segan dengan dia. Aku nie taklah sempurna solat, orang kata on and off. Tapi bila aku tengok dia. Aku mula ingatkan dia, kalau nak solat bagitahu yew. Sampaikan aku hormat dengan dia. Kalau aku cakap sebab dia aku mula rajin bersolat, korang rasa teruk tak?

Tapi aku rasa, Allah S.W.T yang merancang semua tu, mungkin dia sebagai utusan untuk aku mula merindui sejadah dan telekung. Mula meratap kembali kesalahan diri. Aku bukan hipokrit tapi aku nak berubah!! Berubah ke arah kebaikan. Mekasih kepada kawan aku tu. Aku rasa bersyukur sebab cara kau telah buat hati aku terusik untuk berubah!!!.