PENGIKUTKU.

Saturday, December 31, 2011

Hanya Kamu.


Hanya kamu.
Dalam hati ini.
Tetap disanubari ini.
Tak mungkin berganti.
Hanya kamu dihati.

Hanya kamu.
Sungguh aku tidak khianati.
Sentiasa dijiwa ini.
Tak pernah dimungkiri.
Hanya kamu dihati.

Hanya kamu.
Cinta ini setia menanti.
Percayalah kali ini.
Tak terfikir melukai.
Hanya kamu dihati.

Nukylan : Samsia Samsi.
 
 
 

Friday, December 30, 2011

Aku Hanya Biasa.


Aku hanya biasa.
Tiada istimewa dalam jiwa.
Tapi aku hanya ada.
Satu cinta untuk dia.

Aku hanya biasa.
Sabar kunci utama.
Biar seribu dugaan menjelma.
Sayang aku tetap untuk dia.

Aku hanya biasa.
Mahu dicintai manusia.
Bukan mencari yang kaya.
Cukup sekadar cinta dia.

Nukylan : Samsia Samsi

Tuesday, December 27, 2011

Sepi.

Sepi.
Panji Pujangga tiada lagi.
Hilang dibawa ombak mati.
Jatuh berenang tenggelam hati.
Terus menyusur Lautan Hindi.

Sayu.
Panji Pujangga tetap pergi.
Tinggal pusaran seorang diri.
Mencari dan terus mencari.
Seorang lagak seperti panji.


 Nukylan Samsia Samsi

Tuesday, December 20, 2011

Ulang Tahun Kelahiran Kau.


Hari ini ulang tahun kelahiran kawan aku.
Kawan yang paling aku hormat.
Aku tak pernah lupa tarikh nie.
20.12.1982.
Sama ulang tahun kelahiran Bekas Perdana Menteri kita.
Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tapi bila aku telefon dia hari ini.
Dia demam pulak.
Ahdoi.
Kesiannya dekat dia.
Tak sempat aku nak jumpa dia.
Takpelah.
Lain kali kalau ada masa.
Aku belanja dia makan.
Hahaha.
Buat Adik.

Aku ucapkan selamat hari jadi.
Semoga kau berbahagia selalu.
Semoga kau sihat selalu.
Semoga kau dipanjangkan umur selalu.
Semoga kau dimurahkan rezeki selalu.
Dan
Semoga kau dipertemukan jodoh selalu!!!.
Hahaha.
Sweet 19.
Opss, silap beb.
Sweet 29!!!!
Kau dah tua okey.
Jangan nak perasan muda lagi.
Dah wajib kahwin.
Okey bye.

Buat masa ini.
Aku hadiahkan lagu selamat hari jadi dekat kau.
Itu pun kalau kau tengok blog aku nie.




Sunday, December 18, 2011

Memori Melaka.

Sebelum masuk Cowboy Town, A'Famosa Resort.

Antara yang menarik dalam Cowboy Town.
Angah, aku dan Farah.

Sebelum Check-Out di A'Famosa Villa.
Inda, Eein, Aku, Farah dan Adik Aku.

Nie semua hero-hero Malaya.
Ewa, Daus, Along, Pak Tam, Angah, Bakal Adik Ipar dan Madi.

Adik-adik aku.
Mekasih ajak akak pergi Melaka.

Sebelum masuk A'Famosa Animal World Safari.
Happy jew korang kan.

Kami ROCK beb!!!
Bakal adik ipar, Along dan aku.
Yang dekat belakang tu adik aku.

Aku dengan Madi.

Aku sorang-sorang.

Saturday, December 17, 2011

A'Famosa Resort.

10 hingga 11 Disember lepas.
Aku pergi bercuti.
Bukan dengan keluarga.
Tetapi dengan kawan-kawan adik aku.
Seronok sangat-sangat dapat bercuti.
Ini pertama kali aku bercuti dengan diaorang.
Kitaorang semua duduk di A'Famosa Villa.
Siap ada kolam renang lagi.
Hebat kan?
Malam pertama aku di A'Famosa.
Kitaorang ronda Cowboy Town.
Aku siap tengok Red Indians Show.
Seronok sangat-sangat.
Lepas pergi Cowboy Town.
Kitaorang lepak dekat Pantai Eye On Malaysia.
Pertama kali aku tengok tempat nie.
Dulu cuma laut jew.
Sekarang nie semua laut dah ditambak.
Rindu masa dulu-dulu di Melaka.
Bandar Melaka memang dah berubah.
Dalam pukul 3 pagi baru aku balik A'Famosa Resort.
Aku bangun lambat sikit.
Penat berjalan.
Lepas makan maggie ayam.
*maggie ayam kegemaran aku*
Aku terus berenang sorang-sorang dalam kolam.
Memang best gila.
Lepas check-out kitaorang pergi Safari.
Tengok binatang buas!!!
Harimau, rusa, zirafah dan banyak lagi.
Nie gambar tiket masuk Safari.


Lepas kitaorang keluar A'Famosa Resort.
Kitaorang terus beli durian.
Habis 120 ringgit!!!
Mahal gila.
Sorang kena bayar 10 ringgit.
Kira berbaloi lah.
Lepas makan durian.
Kitaorang terus bergerak ke Umbai.
Apa lagi, makan ikan bakar lah.
Rindunya dengan jalan Umbai.
Masih teringat-ingat lagi suasana Umbai.
Merlimau.
Aku rindu masa dulu.
Okey-okey.
Tak nak touching.
Berbalik kisah di Umbai.
Kitaorang makan memang banyak.
Macam nak kenduri pun ada.


Salah satu lauk yang kitaorang order.
Sedap tapi pedas.


Inilah kawan-kawan adik aku.
Salah sorang dari diaorang nie bakal adik ipar aku.
Cuba korang teka!!!.
Hikhikhik.
Diaorang ada buat video tau.
Jap erk aku upload.


Hikhikhik.
Suka tengok video nie.
Mekasih Pak Tam.
Akak suka bercuti dengan korang.
;)

Wednesday, December 14, 2011

Kangen.

Kangen.
Aku kangen sama kamu.

Sungguh.
Aku tengah kangen sama kamu.

Tapi aku tidak tahu.
Sama ada kamu kangen atau tidak sama aku.

Kangen.
Aku malu tapi aku kangen.

Kangen.
Aku kangen kamu.

Titik.

Tuesday, December 6, 2011

Diam.

Diam. Bukan bermakna aku takut tapi sebab aku tak ingin berbalah. Mencari pergaduhan dengan orang. Itu bukan sifat aku. Hari nie seorang kawan yang cukup aku hormati berkata, lebih baik diam dari keruhkan lagi keadaan. Macam tu kot bunyinya. 

Aku pun dah lupa, tapi lebih kurang macam tu lah. Bagi aku, diam pula akan timbulkan lagi banyak masalah sebabnya kalau kita diam, orang takkan tahu apa yang kita tidak puas hati, marah dan sebagainya. Memang elok kalau kita diam, tapi jangan terlampau sangat nanti makan diri kita.

Contohnya, kalau kita sayang seseorang tapi kita diam jew, orang tu mesti tak tahu hati kita kan? So, kita kena luahkan dekat dia biar dia tahu perasaan kita. Jangan pikir dia terima atau tidak, yang penting dia tahu kita sayang dekat dia. Itu pun dah cukup. Lagi satu, kalau kita dah luah mesti hati kita rasa tenang jew sebab beban masa simpan perasaan tu dah hilang dengan luahan tadi.

Diam. Aku memang bukan jenis tahu diam, ada jew benda aku nak berleter sampaikan kawan aku siap buat meter dekat aku. Huhuhu. Kejam kan!!!. Sampai hati dia buat aku macam tu, bila aku diam dia pulak pelik. Siap tanya kau okey tak? Huhuhu yang nie lagi kejam. Dia ingat bila aku diam dan senyap, aku ada masalah ker. Tapi aku tak boleh nak elak sifat kuat bercakap nie, aku tak nak hipokrit. Biasanya aku lagi banyak cakap dengan kawan aku. Semua aku luah, aku bebas nak bercakap pape pun.

Tapi ada sesetengah orang, aku susah nak luah apa yang aku rasa. Aku rasa diam itu lagi penting dari bersuara. Aku rasa aku bukan jadi diri aku sendiri. Terlalu hipokrit. Tapi aku ada sebab kenapa aku buat macam tu. Jiwa aku memberontak, tapi mulut aku terkunci rapi seakan-akan ada emas dalam mulut. Sampaikan orang itu memberontak inginkan kebenaran. Bukan aku tak mahu bersuara, tapi aku takut dan tak berani nak luahkan. So, lebih baik aku diam dan terus diam. Asalkan jangan satu dunia salahkan aku sebab aku takut dipersalahkan. Itu hakikat yang aku rasa sekarang nie. 

Monday, December 5, 2011

Imbas Masa Lampau.






Cinta Sejati.



Cinta sejati datang dari hati.
Hati yang penuh ikhlas.
Menyayangi dan mencintai.
Cinta sejati bukan mahu dicaci.
Atau mahu dikasari.
Tapi mahu disayangi.
Kalau boleh seumur hidup.
Atau sampai mati.
Cinta sejati pertemukan aku.
Setiap inci lelaki.
Namun sampai kini masih tercari-cari.
Lelaki yang mampu dibuat suami.
Cinta sejati melakar sanubari.
Pengalaman mengajar aku berlari.
Mencari cinta sejati.
Walau pahit aku jalani.
Duri dan ranjau aku renangi.
Namun manis masih lagi sangsi.
Cinta sejati bentuk sahsiah diri.
Jika dulu aku lemah gemalai.
Tapi kini aku gagah berani.
Memperjuang maruah diri.
Yang dulu dipijak mati.
Cinta sejati.
Aku bukan memilih lelaki.
Tapi aku mahu yang sabar diri.
 Tidak meninggi diri.
Tidak juga penipu diri.
Cinta sejati.
Aku masih menanti.

Nukilan :-Samsia Samsi