PENGIKUTKU.

Wednesday, June 29, 2011

Bila Ada Orang Curi-curi Snap Muka Aku!! ;)

Sabtu lepas, aku ada kerja dekat Bukit Beruntung.
Cover Y.B Kamalanathan.
Macam biasa lah dah kerja aku kan?
Program hari tu pasal perundingan NKRA di Hulu Langat.
Mula-mula dengar memang bosan.
Siap tertidur-tidur bila dengar ceramah tu.
Seriously aku ngantuk sangat time tu.
Sampai tak perasan ada orang snap muka aku yang hodoh tu.
Jom kita tengok sama-sama gambar aku.


Teruk tak muka aku time nie?
Masa nie memang tengah bosan sangat-sangat.


Yang nie pulak tengah kusuk dengar pasal jenayah.
Part nie memang aku suka sangat.


Mata bulat sedang merenung Y.B Kamalanathan.
Berfikir lepas nie nak tanya apa.


Nie gambar penuh aku sedang interbiu Y.B.
Serba merah hari tu.
Hikhikhik


Sunday, June 26, 2011

Aku Bukan Sempurna!

Macam menarik jew tajuk entri aku kali nie. Dah lama aku tak update blog nie. Sepanjang aku tak singgah di sini, terlalu banyak peristiwa berlaku dalam hidup aku. Senang cerita ada yang manis dan ada yang pahit. Aku bukannya sempurna, tapi melalui pengalaman aku boleh ubah menjadi lebih baik dari sebelum ini. Aku nak senaraikan ciri-ciri diri aku dekat sini. 

  1. Pertama, orang cakap aku nie kuat bercakap dalam erti kata lain kuat membebel!! *betul ker?* tapi bila aku renung-renung balik macam betul jew. Ha3x kalau aku lepak dengan Nadia dan Rina memang aku jew yang bercakap, kecoh mengalahkan burung kakak tua.
  2. Kedua, orang cakap aku nie gedik dalam erti kata sama gatal!! *iye kot* Ha3x yang nie aku tak dapat nak huraikan sebabnya kalau aku gedik dah lama aku dapat ramai pakwe. Jangankan ramai nak dapat sorang pun kena ambik masa yang lama baru dapat ngorat. 
  3. Ketiga, orang cakap aku nie sombong!! Nie yang aku nak tergelak, aku bukannya sombong tapi kalau dah banyak kerja memang aku takkan pandang sesiapa jew. Mybe cara tu buat orang cakap aku sombong. Ha3x
  4. Keempat, orang cakap aku nie ego. Perghhh yang nie tak boleh blah!! terasa siot, aku nie bukan ego tapi....ermmm biarlah aku taknak jawap pasal nie sebab semua orang ada egonya. 
  5. Kelima, orang cakap aku nie control ayu!! seriously, nie memang sifat aku sebenarnya, bukan aku control tapi inilah hakikatnya. Aku pernah wat jadi gangster dan rock tapi memang tak boleh beb!! tu bukan jiwa aku, so aku tak boleh nak hipokrit. Biar la orang nak cakap pape pun. Ada aku kesah?
  6. Keenam, orang cakap aku nie suka pendam perasaan. Maksudnya, kalau ada apa-apa problem atau ada yang aku tak suka. Aku suka pendam jew dalam hati sampai dia bengkak, bila dah pecah baru lah aku nak letup guna bom atom. Tu memang sifat aku, kalau aku susah memang aku suka tanggung sendiri. Bukan tak nak kongsi tapi aku lagi suka berdikari.
  7. Ketujuh, orang cakap aku nie suka bergaya!! Yup!! memang betul aku suka sangat bergaya dan nampak cantik. Ala aku kan perempuan, mestilah nak nampak cantik sepanjang masa. Walaupun aku tak secantik Eja *pelakon tinggi lampai tu* tapi aku tetap nak berlawa, aku bukannya melaram sampai siap bersolek bagai, memadai aku nampak simple dan menarik.
  8. Kelapan, orang cakap aku nie kuat makan!! Bab nie aku paling suka, dulu masa dekat politeknik kawan-kawan aku panggil tong sampah sebab bila dorang tak habis makan, aku la yang kena tolong dorang. Masa tu berat badan aku naik, bukan tahap gemuk tapi berisi kira dalam bahasa Inggeris chuby.
  9. Kesembilan, orang cakp aku nie pemarah!! Sifat nie hanya family aku jew yang cakap macam nie. Walaupun aku nampak lembut, tapi aku nie panas baran jugak orang nya. Seriously, aku memang garang, adik aku siap takut dengan aku. Tapi selalunya bila aku marah tak lama!! He3x
  10. Dan terakhir, orang cakap aku nie suka sakat orang!! Benda nie paling aku suka, sebenarnya aku nie nakal tau!! Aku suka kacau orang, bukan orang luar jew, bapak aku pun aku sakat jugak!! Selalunya kalau aku makan dengan mak dan bapak, aku suka main tarik-tarik lauk biar bapak tak dapat capai. Nakal kan aku? Bila aku fikir-fikir balik, aku jew yang berani buat bapak macam tu, kesian dekat bapak!! He3x.

Cukup sepuluh sifat-sifat aku yang biasanya kawan-kawan aku bagitahu, aku terima segala komen-komen diorang semua sebabnya aku nie manusia bukannya sempurna pun. Bila aku tahu sifat-sifat nie, aku boleh ubah secara perlahan-lahan bukannya drastik. Tapi aku nak ucapkan terima kasih kepada semua kawan-kawan yang telah bagitau pasal sifat aku yang sebenarnya. Aku terima segala pandangan korang sebab aku bukan sempurna orangnya.

Friday, June 10, 2011

Asia Tour 2011.


Erhmmm.
Hari ini 10 Jun 2011.
Aku ada kerja cikit dekat Mid Valley.
Pagi-pagi lagi aku dah siapkan kerja-kerja aku.
Ada tugas penting yang perlu aku selesaikan.
Hikhikhik.
Tugas dia mudah sahaja.
Pergi, beratur, sabar dan beli.
Mudah kan?.
Buat pengetahuan korang.
Pertama kali aku buat tugas nie tau.
Sebelum nie aku tak pernah lagi buat.
Tugas beli tiket bola.
Hahaha.
Macam lawak pun ada.
Selalu kalau aku nak tengok bola.
Aku just tunjuk pas Media jew.
Itu pun kalau ikut krew Selangorfm.
Tapi kali nie berbeza sangat.
Aku kena beli sendiri tiket bola.
Aku sempat tangkap gambar banting nie.
Jap erk.


Korang agak teruja tak?
Iyelah bukan calang-calang pasukan main.
Liverpool beb!!.
Lawan pulak dengan pasukan Malaysia.
16 Julai 2011.
Penat juga aku tunggu.
Dah lah sorang-sorang jew.
Nasib baik ada member aku, Amin Yusof.
Kebetulan dia pun nak beli tiket jugak.
Aku nak beli tiket 7 keping.
Dia pula setelah banyak kali telefon kengkawan.
Akhirnya.
Keputusan muktamad.
Kitaorang beli 11 keping semuanya.
Kira si Amin nie beli 4 keping jew.
Nak tengok tak 7 keping tiket tu?
Jap erk.


Tulah tiket Malaysia XI vs Liverpool FC.
Warna kegemaran aku lagi.
Semuanya 7 keping tau.
Harga sekeping RM 58 jew.
So, aku habis RM 406.
Duduk pulak dekat pintu Kuning.
Boleh lah dari tak dapat tengok.
Pastu, aku dapat pas masuk tengok diorang buat latihan.
Cantik pas dia.
Aku suka sangat.
Diorang akan buat 14 Julai nie.
Jap erk.


Nielah pas dia.
Ada tujuh semuanya.
Tapi kalau korang nak tahu.
Aku tak pergi pun tengok dorang lawan.
Tugas aku hanya membeli tiket sahaja.
Tapi aku tak pergi.
Huhuhu.
Mana taknya.
Semuanya lelaki.
Takkan aku nak ikut pulak?
Tak ker pelik.
Tapi takpe lah.
Janji aku dapat pegang tiket nie.