PENGIKUTKU.

Tuesday, August 31, 2010

Merdeka, Merdeka, Merdeka!!

Tanggal tiga puluh satu, 
Bulan lapan,
Lima puluh tujuh,
Perghh!!! nyanyi pulak aku hari ini.

Semangat siot, aku sambut merdeka tahun ini
Bukan di padang Merdeka
Atau di padang KLCC
Tapi aku sambut di RTM, Angkasapuri

Bersama-sama dengan warga Selangorfm
Tidak lupa juga warga Seri Kayan
Kalau dulu, aku sambut sambil pegang bendera
Tapi sekarang, aku sambut pegang senduk!!!

Aku mengacau bubur lambuk beb
Sampai berpeluh-peluh aku kacau
Siap buat goyang gerudi pusingan 360 darjah
Terus Wak Jenal terpikat nak ukur cincin!!!

Tapi yang aku pasti
Aku suka merdeka tahun ini
Beramal sambil beramah mesra dengan orang
Memang aku suka dari dulu lagi.

Bila aku ingat balik
Malaysia dah merdeka 53 tahun
Selama itu, aku tengok banyak perubahan
Dari segi ekonomi, kemajuan dan masyarakat

Aku bangga jadi anak Malaysia
Aku sayang bumi Malaysia
Aku tidak akan tinggalkan Malaysia
Aku akan memartabatkan bahasa Malaysia!!!!

Monday, August 30, 2010

Aku Ada...

Aku ada dia.
Aku ada kau.
Aku ada kamu.
Aku ada mereka.
Aku ada semua.


Friday, August 27, 2010

Aku Mula Puasa Balik.


Dah seminggu aku berhenti puasa
Sekarang aku dah mula puasa balik
Seronok dapat puasa lagi
Harap-harap aku puasa terus
Sampai raya nanti
Tak sabar nak tunggu 1 Syawal
Pertama kali aku sambut di sini.




Tuesday, August 24, 2010

Cik Ya Cayang Adib. Mua.Mua.Mua.


Akhirnya aku dapat dukung Adib
Kali pertama aku tengok anugerah Allah S.W.T. nie
Hati aku tersentuh
Sungguh luar biasa kurniaan Mu ini
Aku sayang dan cium sepuas-puas hatiku
Dalam hati aku berkata
*cikya sayang adib sangat-sangat*

Adib besar nanti jangan nakal-nakal tau
Mesti jadi orang baik-baik
Jangan malas belajar
Mesti hormat orang tua!!
Dan
Mesti selalu jumpa CikYa
*Wajib tau*

Tak sabar pulak nak tunggu Adib besar
Nak bawa Adib jalan-jalan satu KL
Nak bawa Adib pergi shopping
Nak bawa Adib tengok wayang
Opssss, silap
Mana boleh tengok wayang, kecik lagi!!

Aku ader belikan Adib baju tau
Aku pilih tema Pooh
Ingat nak beli belang-belang harimau
Tapi nantilah
Tunggu Adib besar cikit *hehe*




Friday, August 20, 2010

Maulana AF8 Bersama Aku.


Ermm, hari tu aku kena cover story kat Carlton Holiday, Shah Alam
Sedang aku lepak-lepak dengan kengkawan Selangorfm
Tiba-tiba mata aku tertengok mamat dekat atas nie
Macam kenal jew mamat nie *hati aku berkata-kata*
Tanpa rasa malu dan segan
Aku terus terjah mamat nie
Bukan nak interbiu atau bergambar
Tapi aku cuma nak tegur jew mamat nie
Kenal lagi ker dia dekat aku erk?? *jadi tanda tanya!!*
Bila aku senyum dekat dia, dia balas senyuman aku
Bila aku tanya dekat dia
(kenal lagi tak dekat aku?)
Dia terus cakap macam nie
(kenal lah, kawan tuuutttttt kan?)
Aku gelak besar bila dia ingat aku lagi
Iyelah, orang dah popular kan
Mana lah tahu lupa kawan-kawan
Tapi nasib baik dia masih ingat muka aku lagi
Aku berborak lama gak dengan Mau
Lama tak jumpa dia.
Dah jadi artis terkenal sekarang nie!!
Hebat kawan aku nie.

Thursday, August 19, 2010

Aku Dapat Adib Semula. ;)

Korang ingat tak post aku yang lepas
Ala, korang klik dekat sini Happy Besday Adib
Kan aku cakap, ader something special untuk aku
Bila tiba 19 Ogos 2010 kan?
Tapi tiba-tiba tarikh dia terawal pulak. *hehe*
 
Gembira sungguh hati aku
Korang nak tahu kenapa?
Sebabnya, Adib dah kembali semula
Bukan arwah Adib Noor tau
Tapi nie Adib Darwish
Muhammad Adib Darwish nama penuh dia

Adib Darwish bukan pakwe aku tau
Tapi dia buah hati aku sekarang
Dialah pengubat rindu aku dekat arwah Adib Noor
Kalau korang nak tahu
Adib Darwish nie baru jew lahir
18 Ogos 2010 hari Rabu dia mula menangis

Aku terharu sangat-sangat dekat mama Adib
Sapa lagi kalau bukan Nadia Jamil
Kawan baik aku sejak sekolah lagi
Dieya cakap, nama Adib nie dia ambil sempena nama Adib Noor
Lagipun ramai kawan-kawan dia nama Adib
Dieya cakap lagi, yang nama Adib semua baik-baik
Aku pulak cakap, memang betul pun!

Muhammad Adib Darwish
Lahir 18.08.2010
Pukul 4.34 pagi
Berat 2.56 kg

Tak sabar aku nak peluk cium Adib
Cik Ya rindu lah nak jumpa Adib
Nanti Cik Ya datang tau
Nak bagi hadiah dekat Adib.
Adib nak apa?? *senget, baby mana boleh cakap*

Wednesday, August 18, 2010

Wartawan Sensasau


Agak lucu kalau korang baca tajuk di atas kan??
Wartawan sensasau!
Nie aku pinjam ayat DJ Wahidah, ala DJ popular tu *cheeyah!*
Kalau korang tengok gambar di atas tu
Inilah kerja aku sekarang
Menjadi seorang wartawan sensasau di Selangorfm
Aku mula belajar jadi seorang wartawan yang berkaliber
Korang doakan aku boleh buat yea.
Insyallah, aku akan capai cita-cita aku *baru suku jalan nie, hehe*
Amin.

Monday, August 16, 2010

Mengapai Angkasa



Kini aku telah disini,
Mulanya aku masih sangsi,
Tapi aku akan kuatkan hati,
Mengapai angkasa nanti,
Bukan untuk diri sendiri,
Tapi untuk bangsa pertiwi.


Friday, August 13, 2010

Hari Terakhir Aku.

Sebelum nak start new entri nie 
Boleh tak kalau aku nak nangis dulu? 
*sedih gila doh!*

Waaaahhhhh..Waaaahhhh..Waaaahhhh...Huhuhuhu 
*sambil teresak-esak mengelap air mata*

Macam budak kecik jew aku nie. 
Itupun nak nangis. touching lah plak kan. 
Korang mesti pelik kan 
Kenapalah Samsia Samsi nie nangis hari nie. *huhuhu*

Sebabnya, hari nie aku last keje dekat VMAC Business Group. 
Ala ofis kesayangan aku tu lah *ofis oh ofis, hehehe*
Yang dekat Wisma Goshen tu. 
Seriously, hati aku dah mula rasa sedih nie. 
Lepas nie aku dah tak keje dekat sini lagi. 

Korang tahu sebab apa?? sebabnya aku dah dapat keje baru. 
Ermmm, keje apa aku tak nak bagitahu dekat korang dulu. 
Korang kena tunggu 16 Ogos nie yew. 
Aku dapat tahu pun tengahari semalam
Perghhh!!! tak sangka beb. 
Aku dapat keje tu. *pasni mesti aku orang yang paling busy*

Aku tak nak borak pasal keje baru tu hari ini. 
Aku cuma nak borak pasal ofis jew
Yang aku akan tinggalkan dalam beberapa jam lagi. 
Seingat aku, 28 Jun aku dah mula start keje dekat VMAC. 
Time tu muka aku sengal-sengal jew. 
Semua benda aku tak tahu buat. 
Tapi lama-lama aku dah cekap. *ceh!!! poyos jew*

Kengkawan dekat sini memang class beb, 
Ktorang memang mengamalkan saranan kerajaan. 
Ala yang 1Malaysia tu?? 
Mesti korang dah terbayangkan 
Kaum-kaum dekat Malaysia nie
*hahaha, tak boleh blah*. 
Kalau korang nak tahu dalam ofis aku nie, 
Lengkap semua kaum tau. 
Ader Melayu, ader Cina dan ader jugak India!! 
Perghh, semua lengkaplah. kira boleh buat drama 1Malaysia gitu.

Dalam itu ofis, aku rapat dengan budak India. 
Perempuan tau, bukan lelaki erk. 
Ktorang memang rapat lah, 
Makan bersama, kongsi cerita budaya bersama, 
Kongsi ilmu vitamin bersama dan buat kerja bersama-sama. 
Pendek kata semuanya ktorang buat bersama, 
Sampaikan berjalan-jalan di Chow Kit Road pun bersama-sama. 
Memang best dapat kawan dengan budak India tu. 
Erhhh, jap-jap lupa pulak nak bagitahu nama dia. 
Nama dia Selvi anak perempuan kepada Gunasergan. 
*alala, siap nama appa lagi*

Selain Selvi, aku jugak rapat dengan Fazlina. 
Oppsss silap lagi bukan Fazlina lah, tapi Fazli 
*mesti dia benggang dengan aku* 
Fazli nie memang hensem sangat. aku tak tipu beb!! 
Sungguh dia hensem, tapi aku tak terpikat pun 
Sebabnya dia tu dah macam adik aku. 
Aku selalu buli dia, ala buli manja-manja jew dengan dia. 
Aku pernah cakap macam nie dekat dia 
(Abang, boleh saya ngorat tak?) 
Korang tahu tak budak Fazlina nie jawap ape?? 
Dia jawap dengan suara manja-manja 
Sambil muka hensem-hensem dengan ayat (bodoh!!) 
*hahaha* 
Mesti aku rindu dekat ayat bodoh kau tu, Fazlina. 
Opsss silap lagi. *hehehe*

Mesti aku windu gila dengan korang!! 
Bukan dengan korang jew, 
Tapi dengan Sarah, Lina, NG, Kristal, 
Ramesh, Uncle, Adrian dan semua nyer lah. 
Hati aku dah mula rindu nie. 
Aku belum lagi melangkah keluar, 
Tapi hati aku dah rindu dengan korang!! 
Sungguh, aku tak main-main erk.
*nie bulan puasa, mana boleh tipu-tipu*

Selain korang, aku mesti windu dekat meja aku. 
Tempat aku cari rezeki selama sebulan setengah nie. 
Atas meja aku ader PC *depan ader picture aku lagi*
Ader telefon tapi aku tak pernah guna *hehe*
Ader kalendar yang selalu aku conteng tiap-tiap hari. 
Kalau korang nak tengok meja aku, nie kat bawah nie.
Tengok lah meja samsia samsi.


Ermm, aku jugak mesti rindu nak masukkan data dalam excel tu. 
Kalau korang nak tahu, nie la keje aku. 
Data Entry adalah position aku dekat VMAC dalam unit marketing. 
Keje nie memang tak tension pun. 
Keje duduk tengok PC jew. 
Lepas masukkan data, 
Aku kena susun ikut bahagian dan industri pulak.
Senang kan keje dia? *hati tenang jew* 
Macam nie lah gaya masa aku tengah masukkan data. 


Aku harap VMAC berjaya sampai bila-bila
Terima kasih semua team VMAC
Mesti aku rindu dengan korang!!
Mua.mua.mua. 
Love you all for ever.

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Muncul Lagi.

Yeeaaaaaah..Yeeaaaaaah..

Puasa dah datang balik. Cepat nyer masa berlalu kan. Pejam celik, pejam celik dah masuk bulan Ramadhan. Bulan yang penuh dengan keberkatan. Dan aku tidak lagi di lembah Sintok, kini aku di rumah orang tua ku!!!. *ayat tak boleh blah*

Tiba-tiba memori aku teringat dekat bilik 410, alah bilik dekat Kolej Muamalat lah. Time tu aku duduk berempat dengan roomate-roomateku. Rindunyer dengan Na, Zura dan Atie. Dorang tengah buat apa lah sekarang nie. *mesti korang baru habis mencekik lah tu, hehehe*  Seyes lah, aku rindu sangat masa-masa dulu.

Mana taknya, ktorang kalau nak sahur mesti buat turn sapa kena masak nasi dan basuh pinggan. Lucu lah time tu. Dan seperti biasa, aku lah yang suka bangun lambat!! Kenapa aku suka bangun lambat, sebabnya aku suka tidur lambat!!! tu lah jawapan yang paling munasabah aku dekat dalam hati. *mana taknya asyik dok sms jew* tapi itu dulu lah kan, sekarang tak lagi!!! Dah, dah jangan diingat lagi benda tu, kang tak siap new entri nie. 

Berbalik kepada cerita Ramadhan nie, terlalu banyak cerita nya. Sampaikan aku tak tahu nak cerita yang mana satu. Mesti ada jew yang best, tapi yang paling aku tak lupa masa aku pergi beli juadah berbuka dengan Adik Syahiran. Yup!!! adik aku tau, bukan pakwe!! Aku dengan dia selalu beli makanan sama-sama, selalunya lepas balik kuliah mesti ktorang singgah bazar dekat depan kolej aku. Sambil memegang payung berwarna merah, kami berdua berjalan berpimpin tangan. Oppsss silap, mana boleh pegang, puasa lah. *hehehe, saja jew nak buat gempak*

Paling aku suka time-time bulan puasa ini ialah time berbuka lah. *tipu lah kalau korang tak suka kan??* Sebabnya, time nie lah aku nak beramah mesra dengan roomate-roomate aku dulu. Tapi sekarang, aku beramah mesra dengan mak, bapak dan adik Nita. Jap-jap, adik Zul mana erk?? Alah korang nie macam tak tahu plak, kan adik Zul dah kawin. So, ktorang tinggal berempat jew sekarang. Tiba-tiba teringat ayat-ayat bapak tadi masa tengah berbuka, apalah yang abang makan time buka puasa nie!! huhuhu ingat jew bapak dekat abang kan, tapi abang ingat tak dekat bapak??

Okey, biasanyer lepas aku berbuka puasa aku rehat-rehat kejap sambil menunggu pukul 8.30. Kenapa aku sanggup tunggu time tu erk?? sebabnya aku nak pergi dating, ermmm biar betul nie. Betul lah, aku nak pergi dating. *dengan muka serius* Hissh, korang nie, mesti pikir lain kan?? bukan dating dengan manusia lah. tapi dengan Tuhan yang Maha Esa. Apa lagi aku nak solat Terawih lah. Memang aku suka masa-masa ini, teringat lagi di lembah Sintok aku pernah terjatuh dalam longkang time nak pergi surau dekat Muamalat tu. huhuhu *sakit doh!!* tapi takpe lah sebab niat aku nak pergi solat!! 

Biasanya lepas aku balik Terawih, aku mesti makan balik. iyelah lapar siot, mana taknya dulukan aku sibuk dengan kuliah, assignment dan projek-projek gila aku dekat lembah Sintok tu. Tapi sekarang, lepas jew abis Terawih, aku lebih suka tidur!!! Syok doh, tidur jew sampai pukul 5 pagi, dah tak payah nak pikir-pikir lagi. Sampaikan adik Nita cakap, akak tak penat ker asyik tidur jew. Dan aku pulak menjawap, tidur adalah nikmat!! *hehehe*

Sahur, sahur, sahur!!! ermmm, aku suka time sahur, tapi aku malas sikit nak bangun pagi. Time dekat lembah Sintok, aku akan makan tomyam dan nasi jew. itu pun dah buat aku kenyang sampai petang!! Tapi sekarang nie, mak selalu masak sedap-sedap time sahur. Ikan stim, sup ayam, sup sayur dan semua yang berkenaan. Sedap siot!!! aku suka time sahur sebabnya aku nie kuat makan. *muka sedang malu sekarang*

Macam tu lah kisah aku masa bulan Ramadhan. korang pulak macam mana??


Selamat Berpuasa Semua 
Semoga Dapat Tingkatkan Amalan Kita
Jangan Lupa Terawih Tau!!!


Tuesday, August 10, 2010

Karena Ku Cinta Kau (Suara Aku Beb)

 


Jika ada yang bilang ku lupa kau
Jangan kau dengar
Jika ada yang bilang ku tak setia
Jangan kau dengar

Banyak cinta yang datang mendekat
Ku menolak
Semua itu karena ku cinta kau

Jika ada yang bilang ku tak baik
Jangan kau dengar
Jika ada yang bilang ku berubah
Jangan kau dengar

Banyak cinta yang datang mendekat
Ku menolak
Semua itu karena ku cinta kau
Kau

Saat kau ingat aku ku ingat kau
Saat kau rindu aku juga rasa
Ku tahu kau slalu ingin denganku
Ku lakukan yang terbaik yang bisa ku lakukan
Tuhan yang tahu ku cinta kau

Jika kau tak percaya pada ku
Sakitnya aku
Jika kau lebih dengar mereka
Sedih hatiku
Banyak cinta yang datang mendekat
Ku menolak
Semua itu karena ku cinta kau
Kau

Saat kau ingat aku ku ingat kau
Saat kau rindu aku juga rasa
Ku tahu kau slalu ingin denganku
Kau tahu ku juga ingin denganmu
Ku tahu kau slalu ingin denganku
Ku lakukan yang terbaik yang bisa ku lakukan
Tuhan yang tahu ku cinta kau


p/s : macam mana suara aku?? okey tak?? kelakar tak??

Monday, August 9, 2010

Korang Tengok Jew Tau!! Jangan Cuba-Cuba Nak Ngorat



Bila korang tengok gambar kat atas nie
Mesti korang cakap dalam hati macam nie
(Berangan nak jadi model lah tu!!)
Biarlah, aku punyer suka lah nak berangan ker apa ker
Ada aku kisah!!! *hahaha*


Yang penting aku posing cantik!!!
Tang muka ader jerawat, aku tak kisah pun
Janji aku dapat posing ala-ala model lagi
Korang dapat ker?? *kasi jeles dekat korang*


Aku posing kira maut jugak lah kan.
Tema aku hari tu, hitam dan putih *alala rock gitu*
Simple dan smart, itulah aku
Nie kira pertama kali aku jadi model 


Korang rasa, aku ader bakat ker jadi model??
Cakap dalam hati jew, kalau berani bagi lah cacimaki kat bawah
Aku tak tahu sangat posing2 nie
Nie pun masih malu2 lagi dengan kamera *control ayu*


Yang penting, aku dapat jugak jadi model
Best jugak jadi model.
Pose sana, pose sini *penat tapi best*
Gambar pun cantik jew. 
Ramai kawan2 aku cakap, aku nie fotogenik!!!
Betul ker?? *mengaru kepala yang tak gatal*


p/s : untuk gambar yang lain, sila klik dekat sini tau darenish dekat sini banyak lagi gambar2 aku yang gedik2. yuckkksss



Thursday, August 5, 2010

Dolah Dan Siti

Dolah dan Siti kawan baik, mereka belajar di sebuah kolej IPT di Kuala Pilah. Mereka saling mengenali sejak menyertai kelab timbang guli. Pada awalnya hubungan mereka ok, tetapi lama kelamaan dolah mula fedup mengenangkan sikap kawannya Siti. Pada suatu pagi :-

Siti     :  Weh, dolah ko gi mane pepagi buta nih? dating ker ape. 
             mane awek ko?

Dolah  :  Xdela. awek aku c-bok tolong mak dia jaga anak orang. 
             aku nak gi lepak ngan member aku, ko plak apehal kuar 
             pepagi buta nih?

Siti     :  Weh, ko ngan member ko buat ape malam semalam?

Dolah  :  Aku gi tengok peterpan live kat studio 1. Siti, ko wat pe 
             malam tadi?

Siti     : Weh, aku nak mintak tolong boleh tak? next week band 
            Dewa datang Malaysia, aku nak gi ngan korang boleh tak?  

Dolah  :  Weh, ko tak jawap soalan aku lagi

Siti     :  Ko kuar tak esok?

Dolah  :  Oi, lek ar mulut ko tu tak leh jawap dulu soalan aku ker?

Siti     :  Aku nak pinjam selipar jamban ko boleh?

Dolah  :  Celaka..ko apehal tanya memanjang nih..gile ker aper

Siti     :  Aape yang ko tanye tadi?

Dolah dengan hanginnya tak ingat sambil dalam hatinya berkata "celakanye Siti, blah la ko" segera meninggalkan Siti yang tak reti nak bagi respon kat Dolah.


Pengajaran dan teladan :-
  1. Ko nak orang dengar cakap ko, ko pon kene la dengar cakap orang.
  2. Member ko punyer la hormat ko, dia respon dengan mende yang ko kata. yang ko dok tanya orang macam ko sorang je nak tau, ape citer? penat orang menjawab, penat orang bertanya, yang ko plak dok c-bok tanya tak abih2 apahal? kononnya ko seorang member yang prihatan la ek..tanye itu tanye ini. member ko plak tengah hangin 1 mende soalan pon ko tak respon.
  3. Member ko bukan spender. so jangan buat macam bercakap ngan spender

*aku bukan sombong, ko je yang buat aku hangin. bye*

Wednesday, August 4, 2010

Samsia Samsi Si Penyair Puisi.


Di lubuk itu aku gali,
Mencari sesuatu yang tidak pasti,
Aku gali dengan sekuat hati,
Masih terus mengali,
Namun tiada yang aku kenali,
Hanya cacing tanah peneman diri,
Tapi aku gagahkan jiwa ini,
Mengali sampai aku mati.



nukilan : samsia samsi


Tuesday, August 3, 2010

Jasamu Tetap Aku Kenang Kerna Kau Insan Yang Aku Hormat Dan Sayang.






Dengan penuh ikhlas aku nak cakap dengan insan2 nie 
*ceh!! saja nak tunjuk yang aku ikhlas*
Aku sayang sangat dekat insan2 di atas nie
Korang nak tahu kenapa??
Sebab insan2 di atas nie, dah ajar aku pasal pelancongan
Walaupun aku tak teruskan kursus tu, 
Tapi aku tetap sayang insan2 di atas
Puan Linda, Encik Shahrir dan Encik Zaidi
Semua insan2 yang aku hormat sampai bila2 *insyallah*
Mug dekat atas nie, Encik Zaidi yang hadiahkan untuk aku
*bangga sebab nie lah 1st hadiah yang encik zaidi bagi*
Encik Zaidi siap ajar aku lagi, macam mana nak buat mug nie.
Menarik kan?? 
Walaupun picture atas nie kabur2, tapi aku rasa boleh nampak kot
Korang nampak tak??
*kalau tak nampak, korang buat2 nampak lah ye*
Aku tak sangka Encik Zaidi bagi mug nie.
Memang aku tak terbayang pun akan dapat mug!!!
Tapi seriously, aku sayang sangat dekat insan2 nie
*ikhlas dari lubuk hati*
Mug nie aku nak bawa dekat ofis, sumber inspirasi aku lepas nie
Pengubat rindu aku dengan insan2 di atas nie


Sunday, August 1, 2010

Selamat Hari Jadi Anita Samsi

Ermm, 1 Ogos 2010 nie aku memang sibuk
Dari semalam sampailah hari nie, aku orang paling sibuk
Lepas jew adik Zul nikah, ktorang sambut besday adik Nita
Kalau korang nak tahu, tarikh nie saja jew ktorang pilih
Senang cikit nak ingat, tarikh hari jadi adik Nita

Aku ingat lagi, masa mak aku mengandungkan adik Nita
Time tu umur aku baru empat tahun 
*time nie aku dah pandai cakap*
Kisah nie berlaku sewaktu aku lepak2 dengan mak aku dekat dapur
Mak aku tengah berehat lepas makan nasi
Aku pulak main2 dekat dengan mak.
Tiba2, aku datang dekat mak.
Korang tahu tak ape yang aku buat??

Aku terus pegang perut mak aku 
Aku rasa adik aku tengah bergerak2 *sekarang nie dah besar dia*
Dan mulut aku terus cakap dekat mak macam nie
Mak, nanti akak dapat adik perempuan.
Mak bagi nama adik Anita Sarawak tau!!! 
*time nie fanatik dengan anita sarawak*
Mak aku hairan bila aku cakap macam tu *muka kebingungan*
Mesti mak aku pikir, biar betul akak nie.
Kecik2 lagi dah tau ker dalam perut nie baby perempuan

Time dulu2, mana ader scanner nak scan perut mak.
So, waktu mak lahirkan adik baru lah mak tahu
Tekaan aku memang betul, mak pun tak sangka sangat2
Aku tengok time adik Nita keluar dari perut mak
Adik nangis kuat sangat2. *seronok dapat adik lagi*
Lepas beberapa hari, mak bagi nama adik
Nama yang aku suruh mak letak.
Tapi nama adik takder Sarawak, mak cuma letak Anita jew
*haha, takpe lah janji ader jugak Anita tu*

Masa adik dah besar cikit, aku lah orang yang paling sayang adik
Kalau ader orang nak dukung atau ambik adik
Aku mesti menangis dan meraung sekuat hati *sayang sangat adik*
Bagi aku, adik cuma untuk aku jew. 
Aku takut kalau ader orang nak bawa lari adik daripada aku
Memang aku sayang sangat dekat adik
Mungkin sebab nama adik, aku yang bagi

Sekarang adik dah besar, umur dah 21 tahun
Adik makin lawa, comel dan manis *adik lagi lawa daripada aku*
Setiap tahun aku mesti belikan kek untuk adik
Tahun nie pun sama, aku belikan adik kek Secret Recipe
Kek Strawberry Marshmallow Cheese
Aku pilih kek nie sebab, aku suka cheese!! *hehe*
Adik pulak suka strawberry.

nie kek yang aku belikan untuk adik


happy besday adik!!!


wish apa tu adik??

*Adik, akak doakan adik panjang umur dan dimurahkan rezeki. Semoga adik berjaya dalam hidup nie. Jadi orang yang berguna untuk keluarga dan juga negara!! Akak sayang sangat dekat adik, dari waktu akak pegang perut mak dulu sampai akak dah takder nanti*


Zuklifli Samsi Nikah?

Korang nak tahu tak? Adik aku dah nikah lah
Macam tak percaya jew, adik aku kahwin dulu *haha*
Adik nikah gantung, nanti bulan September baru sanding
Time adik nak angkat nikah, aku tengok adik gementar 
*kesian adik, muka cuak jew depan tok kadi*
Tapi takpe, akak dengan adik nita dah makeup bagi hensem 
Adik selamat jadi suami Raja pukul 6.00 petang
Syukur sangat2, akhirnya dorang jadi suami isteri

kenangan dengan adik sebelum nikah


adik dan isterinya, Raja


adik, aku dan adik iparku..

*Kepada adik, akak ucapkan selamat pengantin baru. Semoga bahagia ke akhir hayat. Jaga isteri baik-baik. Lepas nie adik jarang balik rumah dah, so akak lah yang kena jaga mak, bapak dan adik nita. akak sayang adik tau!! (walaupun tak pernah aku ucapkan dekat adik)*