PENGIKUTKU.

Tuesday, September 28, 2010

Bila Aku Serabut.

Seriously, aku sekarang tengah serabut.
Banyak sangat yang aku pikir.
Setiap kali nak hilang serabut ni.
Aku mesti dengar lagu di konti.
Biarlah pakcik ishak cakap aku tengah sedih.
Tapi sebenarnya aku tengah serabut.







Dan sekarang ni,
Aku nak buat korang pulak serabut.
Serabut dengan gambar-gambar aku nie
Biar kepala korang senget.
Senget macam aku!!



Saturday, September 25, 2010

Hadiah Hari Jadi Aku.

Walaupun hari jadi aku dah lepas.
Tapi aku tetap dapat hadiah.
Tak sangka pulak dapat hadiah lagi.
Terima kasih yew.
Ingat jugak dekat aku nie.
Terharu sangat-sangat.


Bantal nie member baik aku yang bagi.
Lembut sangat-sangat bila aku peluk.
Mekasih Rina.
Aku peluk tiap-tiap malam bantal nie.


Selendang nie pulak member aku yang bagi.
Tiba-tiba jew dia bagi dekat aku.
Pelik jugak.
Dia tahu jew aku suka pakai selendang.
Siap beli warna merah jambu lagi.
Mekasih tau.

Friday, September 24, 2010

Buku Nota dan Aku.



Buku nota kini jadi sahabat sejati aku.
Di mana ada aku, di situ ada buku nota.
Aku catat semua dalam buku nota.
Bukan tentang aku.
Tapi tentang semua.
Tanpa buku nota, aku mungkin lupa.
Buku nota banyak jasa.
Melancarkan kerja aku setiap masa.



Aku tanpa buku nota.
Jatuh terus menyembah bumi.
Senyum seorang penulis sejati.
Akan aku abadi dalam realiti.
Yuckkksss!!!!


Thursday, September 23, 2010

Aku Mimpi Dia.

Malam tadi aku ada mimpi.
Mimpi dia.
Seriously, aku mimpi dia.
Dia yang aku pernah panggil B.
Hanya dia seorang saja aku panggil cam tu.
Aku mimpi dia ada dekat dengan aku.
Aku panggil dia B.
Dia pakai baju warna putih.
Aku rindu sangat dekat dia.
Muka dia aku ingat lagi.
Aku rindu dekat B.
B yang pernah jadi special aku dulu.

B, sayang nak bagitahu nie.
Sayang nak sangat call B,
Tapi sayang takut sangat-sangat.
Sayang nak sangat jumpa B,
Tapi sayang takut B tak nak jumpa.

Monday, September 20, 2010

Bosan Plus Puisi.

Bila aku BOSAN
Aku suka buat nie.


Puisi :- Jatuh Lagi.

Aku terjatuh lagi
Jauh didasar sakti
Ingin aku berlari
Namun aku sangsi.

Aku terjatuh lagi
Hanya dipinggir sakti
Namun dikaburi hati
Sesat aku sendiri.

Aku terjatuh lagi
Terus dicelah sakti
Mendakap sisa bumi
Teringat tentang mati.

Aku terjatuh lagi
Kini dilubuk sakti
Masih lagi sendiri
Mencari cinta sejati.


Friday, September 17, 2010

Aku Dah Serik.

Satu jew ayat yang aku nak luah sekarang ini


Aku dah SERIK.


Seriously, aku rasa macam tu sekarang ni.
Bukan aku hipokrit.
Tapi sebab kisah tu aku jadi macam ni.
Memang aku ego.
Aku rasa semua lelaki sama jew.
Aku lebih selesa kawan jew.
Kalau nak serius, korang jangan kawan aku.

Biarlah semua cakap aku nie jual mahal.
Ada aku kisah?
Bukan korang yang bagi aku makan.
Aku yang cari makan sendiri.
So, korang takpayah sibuk-sibuk tanya aku.
Aku tak dengki bila korang bahagia.
Sungguh!
Nak buat apa aku dengki,
Sedangkan hakikat aku bahagia sorang diri.

Korang tahu kenapa aku tak kisah?
Sebab, aku ada kawan dekat dengan aku.
Aku pernah bagitahu dulu,
Kawan lagi penting dari pakwe!
So, nak buat apa aku ada pakwe?
Biarlah aku macam nie.
Aku memang dah SERIK.

Sejak akhir-akhir ini,
Aku banyak lukakan hati orang.
Bukan aku memilih, tapi aku nak cakap.
Aku memang dah SERIK.
Aku dah takder hati nak bercinta lagi.
Kalau gurguls lain, beriya-riya nak cari pakwe.
Tapi aku tak terpikir langsung pasal benda tu.
Seriously, aku dah takder hati!

Aku rasa jiwa aku kosong sangat-sangat.
Hati aku bukan milik orang lagi.
Tapi milik aku saja.
Sebabnya, aku dah SERIK.
SERIK nak bercinta lagi.
Biar semua orang berhenti sayang aku.
Memang aku suka macam tu.
Aku tak kisah kalau aku takder pakwe.
Tapi aku kisah kalau aku takder kawan.

Aku takkan emo.
Aku takkan menangis.
Aku takkan meraung.
Aku takkan kesal.
Aku takkan sedih.
Aku takkan benci.
Sebabnya, aku dah SERIK.
SERIK nak rasa semua dekat atas ni.

Tuesday, September 14, 2010

Bila Aku Karaoke Di Kepong.



Nie suara aku dengan member sekolah dulu
Dah takder keje, tu yang ktorang pergi karaoke
Lagu pulak nama dia, hati ini telah dilukai
Kelakar lah pulak.
Tapi selalunya ktorang memang nyanyi lagu nie pun
Lagu Ajai dengan Kris Dayanti 
Hahaha, tak boleh blah lah bila dengar suara ktorang
Kita nyanyi sama-sama lah erk
Lirik ada di bawah nie.
Layannnnnn.

Semalaman
Terkenangkan dirimu
Mengalir airmataku
Membasahi pipi
Mengapa kau sanggup
Meninggalkan diriku
Sedangkan kau tahu
Perasaan ini.

Kau berjanji
Akulah kekasihmu
Sanggup ku singgirkan
Semua cinta yang lalu

Tidak ku duga 
Ini akan terjadi
Kata perpisahan
Yang kau pinta

Biarkanlah
Biarkan aku hidup sendirian
Tak ingin ku mengenangkan kisah lama
Biarkanlah
Biarkan aku hidup sendirian
Kerana hati ini telah dilukai


Sunday, September 12, 2010

Gambar Sewaktu Di Bangsar.

Nie gambar masa Tingkatan 1 Budiman
Aku yang duduk sebelah kanan Puan Haslina tu
Lain kan muka aku dulu.



Nie pulak gambar masa Tingkatakn 2 Murni
Aku dah masuk kelas pandai tahun tu
Time nie lah gelaran 3 K mula aku dapat
Aku yang berdiri di barisan pertama
Dua dari kiri tau.


Gambar nie masa aku Tingkatan 3 Murni
Semuanya budak Melayu tau
Kelas muafaq atau kelas budak pandai
Aku berdiri di barisan hadapan lagi
Maklumlah aku kan kategori comel
Aku berdiri dua dari kanan tu.


Gambar nie pulak masa aku Tingkatan 5 Budiman
Aku masuk kelas akaun lah
Walaupun aku tak minat
Tapi aku tetap teruskan
Aku berdiri dibarisan depan tu
Macam biasalah kan
Tiga dari kanan tu lah diri aku.


Gambar terakhir aku masa Tingkatan 5 Budiman
Masa nie aku dah pandai bergaya
Tengoklah aksi aku tu
Senyum memang trademark aku dulu
Sebab tu lekat 'akak manis' dekat aku
Aku yang berdiri dibarisan depan tu
Paling hujung sebelah kiri.


Saturday, September 11, 2010

Aku Gedik, Ada Aku Kisah??

Aku rasa diri aku gedik lah
Tapi aku gedik dengan orang yang rapat jew
Kalau orang yang aku baru kenal
Aku tak kan mengedik dengan dia.
Ingat aku nie apa?

Lepas nie aku dah malas nak gedik dengan dia.
Seriously, aku dah malas
Aku anggap dia orang yang rapat dengan aku
Tapi rupa-rupanya tidak!!!
Dia just boleh kawan jew.
Lepas nie tak boleh luah apa yang aku rasa
Hal-hal peribadi lagi lah tak boleh luah.

Lepas nie jangan harap aku nak rapat lagi
Cukup lah lepas apa yang aku kena
Memang aku dah tak heran
Lantak dia lah,
Time susah dulu, aku lah tolong dia.
Tapi sebab kata-kata tu,
Aku dah malas nak ambik kisah

Lantak dia lah nak buat apa
Lantak dia lah nak jadi apa
Aku dah malas,
Aku tak nak gaduh dengan orang
Itu bukan sikap aku

Biar dia cakap macam-macam pasal aku
Biar dia perli aku pasal hal tu
Aku dah tak kisah!!!
Kalau aku nak mengedik pun,
Suka hati aku lah.
Tapi aku tak hipokrit
Nie memang sikap aku

Kalau dia rasa tak selesa
Jangan nak kawan dengan aku
Sebab aku pun tak nak kawan dengan dia
Aku tak kan lupa jeritan dia tu
Suka suki jew nak tengking aku depan orang
Ingat aku takder maruah ker??

Aku tahu lah, dia tu hebat
Aku tahu lah, dia tu terbaik
Tapi jangan lah buat macam tu
Nak sound-sound orang 
Kalau tak puashati, cakap face to face
Macam tu baru la profesional

So lepas nie, aku rasa nak mengedik lagi
Biar dia lagi benci dengan aku
Lantak lah, apa aku ader hal
Dia tu mengedik tak pikir pulak??
Aku rasa dia lagi gedik dari aku!!!!
Tapi aku diam jew, tak cakap pape pun
Sebabnya, aku dah anggap dia kawan rapat aku
Tapi aku silap!!!
Dia bukan kawan rapat aku
Dia cuma kawan biasa jew
;(

Selamat Hari Raya Semua


Khas untuk semua yang sudi melawat blog ini
Mohon ampun dan maaf 
Jika ada terkasar bahasa
Jika ada terkecilkan hati
Jika ada terguris hati
Aku manusia biasa jew
Ada silap dan ada salahnya
Harap maafkan segalanya
Amin.


Sunday, September 5, 2010

Hadiah Aku Dapat.


Aku dapat cincin lah
Tak terpikir plak dapat cincin
Si pemberi aku rahsia kan
Cincin nie terlebih besar
So, aku pakai dekat jari hantu
Kalau tak pakai, nanti cam tak hargai pulak
Mekasih yew.


Hadiah kedua, aku dapat minyak wangi
Si pemberi jugak aku rahsiakan
Minyak wangi nie untuk perempuan
Tapi aku tak pakai lah
Takpelah dah orang bagi
So, kena lah aku pakai
Hargai apa yang orang dah bagi.
Mekasih tau.


Aku Baru 15 Tahun Lah. ;)


Hari nie 5 September 2010 lah
25 tahun yang dulu, 
Tarikh nie lah aku mula tengok dunia
Ini tarikh keramat bagi aku 
Aku harap tarikh nie membawa tuah dekat aku
Hari nie aku gembira sangat-sangat
Ramai kawan-kawan ingat tarikh keramat nie
Terima kasih semua
Aku sayang dekat korang sampai bila-bila
Mua.mua.mua.mua
;)



Saturday, September 4, 2010

Hati Aku Tak Tenang!!

Sejak akhir-akhir nie 
Hati aku selalu risau
Aku tak tahu kenapa
Tak senang duduk aku dibuatnya
Ada benda nak jadi ker??
Tapi selalunya kalau macam nie
Mesti ada yang gembira untuk aku
Tapi apa erk??
Puas aku pikir dari semalam
Tapi aku tak dapat jawapan
Memang hati aku tak tenang
Ada jew benda yang aku buat silap
Nak ke kanan salah
Nak ke kiri salah
Entah lah, puas aku selongkah
Tapi hampeh!!!
Kenapa hati aku nie erk??
;(

Friday, September 3, 2010

Wednesday, September 1, 2010

Mimpi Askara Pujangga

Kenapa aku mimpi Askara Pujangga?
Harus ker aku mimpi Askara Pujangga?
Arggghhhh
Aku pun tak tahu kenapa
Aku pun tak tahu mengapa
Mimpi tu datang tiba-tiba
Mimpi tu muncul tergesa-gesa
Sungguh aku tak sangka
Sungguh aku tak duga
Askara Pujangga muncul tersenyum malu
Askara Pujangga melihat aku dari situ
Arggghhhh
Apa maknanya mimpi aku ini
Apa tersiratnya mimpi aku ini
Dah lama aku tak jumpa Askara Pujangga
Dah lama aku tak tenung Askara Pujangga
Askara Pujangga rindu dekat aku ker?
Askara Pujangga ingat dekat aku ker?
Sungguh pelik mimpi aku kali ini
Sungguh sangsi mimpi aku kali ini
Arggghhhh