PENGIKUTKU.

Monday, May 24, 2010

rindu ker??

tiba-tiba hatiku rindu...
rindu pada sape??
aahh rahsia...
hanya aku jew yang tahu
orang lain tak boleh tahu
hehehe
sungguh aku rindu
rindu pada senyumannya
rindu pada matanya
rindu pada suaranya
ya!! memang aku rindu
rindu yang mendalam
terlalu rindu
semua yang ada padanya
aku rindu....


Monday, May 17, 2010

kosong

kosong...
hatiku kosong
tiada rasa
tiada cinta
tiada nyawa

kosong...
hatiku kosong
cintaku hilang
di bawa awan
bila mentari terbenam

kosong...
hatiku kosong
sayangku pudar
sepudar warna pelangi
bila hujan terhenti

kosong...
hatiku kosong
rinduku menyepi
sepi tanpa mimpi
bila embun kembali

kosong...
hatiku kosong
kosong tanpa mimpi
jauh bila didekati
dekat bila dihampiri

puisi ini aku cipta ketika hati ini memang kosong...luahan hati yang benar terjadi


 

saat kita bersama

rinduku padamu teman
akan selalu kuingati
saat kita bersama
berlari riang dibendang
melihat matahari terbenam
waktu itu
hanya
kau dan aku
aku rindu waktu kita bersama
bergurau senda selalu
menjamu selera di anjung batu
hanya ada kau dan aku
sesungguhnya aku rindu saat itu
saat kita bersama
kekal di melaka

puisi ini didedikasi khas untuk sahabat ku sewaktu di politeknik dulu...semoga dia bahagia hingga akhir hayat...amin



Sunday, May 16, 2010

cita-citaku

aku masih ingat lagi tentang cita-citaku dulu

masa tu, aku masih kecil lagi....

ramai makcik pakcik ku bertanya 'akak, besar nanti nak jadi apa?'

aku pulak menjaw
ab ' akak nak jadi polis'

akak nak jadi polis, nak tangkap orang jahat

makcik aku ketawa terbahak-bahak

kening aku berkerut macam biasa (tabiat sejak kecil lagi)

masa tu aku tidak tahu apa-apa lagi, tapi semangat ku tinggi

masa aku darjah satu sampai lah enam
cita-citaku masih polis,

tapi tersasar cikit

nak tahu apa cita-citaku???

inilah dia
menjadi seorang guru...

kenapa aku memilih guru??

sebab aku mahu mendidik anak bangsa berjaya

tapi mampu kah aku??

naik tingkatan 1 hingga 3,

cita-citaku berubah
mahu jadi doktor pula!!

aku nak jadi doktor sebab aku nak bedah mata bapak ku

niat mahu pulihkan penglihatan bapak ku semula

tapi cita-citaku kecundang

bila aku memilih bidang perakaunan masa tingkatan 4


tapi cita-citaku bukan sebagai akaunten

aku hanya mengikut
kawan-kawan ku sahaja

di mana ada mereka, di situ ada aku


lepas abis SPM, aku masuk politeknik merlimau melaka

ak
u masuk bidang pelancongan bukannya akaun

minat aku beralih arah pulak nak jadi pemandu pelancong

sesuai ker dengan aku??

tapi aku abiskan juga diploma pelancongan tu...

lepas tu, aku sambung ijazah sarjana muda


bukan bidang pelancongan lagi


tapi bidang komunikasi, lebih kepada kewartawanan

cita-cita aku bertukar lagi??

ingin menjadi seperti Abdul Rahim Kajai

sape plak dia tu??

dialah Bapa Wa
rtawan Melayu...

aku ingin menjadi seperti dia....

menulis dan terus menulis

itu memang minat aku dari dulu lagi

teringat ketika puan Jamilah memuji karanganku

waktu itu, bahasa Melayu menjadi minatku

di situlah aku mula menulis

sehingga kini minat aku masih menulis

adakah wartawan cita-cita ku??

hanya takdir yang bisa menjawapnya....



lembah itu...

lembah itu...
jadi saksi aku dan dia
antara impian atau cinta
yang aku mesti teroka

lembah itu...
mengajar aku mengira mengeja
mendidik jiwa tabah sentiasa
buku tersisip rapi diriba
penat lelah mengejar cita-cita

lembah itu...
hijau nyaman dibalik rimba
tenang waktu aku di sana
walau cinta mengukir jiwa
hati sunyi masih terasa

lembah itu...
kawan ramai tidak terhingga
tapi hanya dia dekat dijiwa
faham isi hati yang lara
kepada dia aku luah segala

lembah itu...
masih lagi teguh di sana
walau aku telah jauh darinya
impian aku telah terlaksana
cinta hanya Allah berkuasa...