PENGIKUTKU.

Saturday, September 29, 2012

Sayang Tetap Ada.

Assalamualaikum,

Hari nie tiada kenangan yang dapat aku kongsi dengan korang, just nak titipkan satu ayat yang begitu mendalam maksud dia bagi aku. Ayat nie aku dapat dalam facebook adik angkat aku, Siti. Sorry yew dik, akak tersave nukilan nie untuk akak letak dalam blog akak. Ayat nie tiba-tiba bagi jiwa akak tersentuh dan macam nak nangis. Dan semestinya, seorang wanita di dunia nie kesemuanya memiliki jiwa yang lembut tak kira sekasar mana wanita tu, tapi jauh disudut hatinya kelembutan tetap terserlah akhirnya. 

Misalnya hal berkaitan cinta cintun nie, memang wanita nie dikurniakan Allah S.W.T dengan kasih sayang yang melimpah luah khas untuk insan yang dia sayang. Walaupun bermacam-macam yang dilakukan kekasihnya, keburukan atau kelemahan tetap tidak mengubah kasih sayang wanita. Itulah kehebatan seorang wanita, tetap sayang walaupun dah putus. Tapi sesetangah wanita akan mula melupakan kasih sayang tu bila ada kisah-kisah yang menyakitkan hati berlaku sepanjang sesi bercouple-couplelan. Sampaikan semua pasal lelaki itu akan dia padamkan terus dalam ingatan, bukan untuk seketika, tapi selamanya!!. 

Sebenarnya, bukan sebab wanita nie pendendam tapi sikap kaum adam yang kadang-kadang keterlaluan sehingga sanggup buat apa sahaja tanpa berfikir panjang. Aku bukan nak salahkan kaum adam tapi kadang-kadang diaorang tak faham apa yang wanita inginkan. Seriously, kebanyakkan berlaku akibat tiada komunikasi yang baik sehingga hubungan berakhir di tengah jalan tanpa melalui detik-detik manis alam perkahwinan. Ermm, tapi bukan semua kesalahan terletak di tangan kaum lelaki sahaja, wanita pun kena disalahkan. Iyelah masing-masing nak tunjuk ego, so mula lah nak cari salah sampai senang mintak putus. Dan, akhirnya masing-masing rasa bersalah. 

Tapi betullah kata-kata dibawah nie, perempuan bila dia cakap dia SAYANG seseorang tu, dia memang akan betul-betul SAYANG, bila dah putus pun, masih SAYANG dan tetap akan SAYANG!! Suka ayat nie sangat. ;)


Thursday, September 27, 2012

Aku Tak Suka Makeup.

Assalamualaikum,

Hai korang, berjumpa kita kembali dalam ruangan aku nie. Hari nie takde pape yang menarik untuk aku kongsi dengan kalian tapi hanya perasaan sedih sangat. Reason dia, aku terpaksa menunggu hampir dua jam ekoran kesalahan pengurusan program yang menyatakan seseorang ternama akan datang dalam lingkungan pukul 9.30 pagi tapi dia akan hadir pukul 11.30 pagi. Okey, masa tu memang aku sakit hati sangat iyelah buat semua wartawan tertunggu-tunggu sampaikan aku kena lepak di kedai kopi. Huhuhu. Walaupun aku selalu lepak dekat area Jabatan Meteologi Malaysia, Petaling Jaya tapi nie pertama kali aku lepak minum dekat kedai ini. Ermm, walaupun panas sikit tapi not bad lah.

Tunggu jap, aku nie nak cerita pasal kerja ker pasal rutin harian aku yang tak suka bermakeup? Hikhik Actually, memang aku tak suka makeup dari dulu lagi. Bukannya aku fobia, tapi sebenarnya aku memang tak pandai nak guna peralatan makeup tu. Hahaha Dulu pernah lah guna blusher dan maskara, tapi bila fikir-fikir balik cam susah jew nak bersihkan. Lepas tu, ambik masa yang lama pulak nak bersiap. So, bila aku fikir-fikir semula dan ambik masa bertakafur, so aku pun dah niat takkan bermakeup kecuali ada benda-benda penting yang memerlukan aku bermakeup, contohnya sesi photoshoot. Hahaha.

Mesti korang pelik kan kenapa aku tak suka makeup. Okey, hari nie aku nak senaraikan sebab dan akibat bila bermakeup nie. Hikhik Macam perunding kecantikan pulak aku nie kan? Takpe nie niat nak berkongsi dengan korang jew.

Pertama, bila aku bermakeup setiap hari, maka natural beauty aku akan hilang sedikit demi sedikit bila aku pakai makeup. Aku siap tengok macam mana orang-orang yang dah selalu bermakeup, bila diaorang tak makeup muka akan nampak macam orang sakit dan kusam. Seriously, aku tak tipu korang, kalau korang tak caya try tengok mana-mana perempuan yang bermakeup, bila dorang tanggalkan makeup mesti kulit macam tak bermaya. 

Kedua, aku tak suka makeup sebabnya aku memang tak pandai nak guna!!! Hahaha Seriously, aku memang tak kreatif pasal makeup, kalau benda lain aku okey lagi. Aku cuma tahu step-step nak pakai makeup, tapi aku tak pandai nak lembutkan tangan mencampurkan makeup-makeup tu dekat muka aku nie. Kalau bab letak eyeliner lagi lah aku tak reti, tangan duk mengigil ketakutan mana lah tahu nanti masuk mata pulak eyeliner tu. Eye shadow lagi aku tak reti nak calit dekat mata nie, nak main warna pun aku tak reti inikan pulak nak pakai dia kan. Memang lah orang cakap senang, kau calit jew, tapi bagi aku cam susah jew? Sumpah aku tak reti.

Ketiga, duit aku save sikit bila aku tak pakai makeup. Iyelah makeup mahal tu!!! Aku just guna pelembab bibir jew. Jimat sikit duit nak beli benda lain. Hahaha. Lagipun aku just guna bedak jew, senang lagi mudah nak siap-siap pergi kerja. Kalau dah kahwin tak payah suami aku tunggu lama-lama!! Tapi aku kena cari suami yang suka tengok perempuan tak pakai makeup la, iyelah nanti dia tak suka pulak bila tengok aku tak bermakeup. Tapi bagi aku, mostly lelaki suka perempuan tak pakai makeup, asli katanya. Hahaha.

Keempat, bila aku bermakeup, aku rasa susah nak bernafas sebabnya makeup tu dah tutup segala kulit-kulit aku dari bernafas!! Seriously, muka pun cam berat jew nak bawa sebabnya makeup tu tebal dari kulit aku. Hahaha. Tapi entah lah, memang aku rasa lain bila kulit bermakeup dengan tak makeup langsung beza dia time tak makeup, muka terasa ringan dan begitu semulajadi. Ala-ala Lisa Surihani gitu, hahaha.

Kelima, antara sebab yang paling utama aku tak bermakeup ialah bila aku kahwin nanti baru lah nampak len macam. Mungkin muka bertambah berseri sebab aku tak pakai makeup, dan orang akan terkejut dengan perubahan bila aku pakai makeup. Hahaha. Kelakar tak reason aku yang kelima nie? Tapi itu memang hajat aku pun, nak nampak lain masa hari bersejarah tu. Insyallah.


Muka tak pakai makeup.

Secalit makeup pun takde.

Member aku pun masuk jugak.

Senyuman tanpa makeup.

Semua gambar nie member aku yang snap masa tengah PC exco kerajaan negeri, Rabu lalu. Masa nie memang aku tak bermakeup langsung, dan macam sebelum-sebelum nie, aku memang tak pakai makeup pun. Itulah rutin harian aku, pergi kerja cuma pakai bedak tanpa ada apa-apa foundation or blusher, maskara serta seangkatannya. 

Aku lagi suka nampak simple walaupun tanpa makeup di muka. ;) itu semua demi kebaikan aku di masa akan datang, kulit kita bukannya sentiasa muda kan? Bila tiba masanya, kulit kita akan dimamah usia jugak. Betul tak? So, kita kena jaga dari sekarang, bermakeup boleh asalkan jangan terlampau tebal sangat, bagilah ruang untuk kulit kita bernafas sekejap. Hikhik.


Wednesday, September 26, 2012

Baby Khayla.

Assalamualaikum,

Tiba-tiba hari nie terasa bergitu gembira sekali, selalunya pergi assignment takde lah segembira hari nie, tapi memang hari nie mencipta sejarah sangat. Iyelah bila lepak saat menunggu PC exco kerajaan negeri ada pulak wartawan yang satu kepala. Pergh!!! langkah kanan lah yew datang ke SUK, Shah Alam tu. Sebelum PC bermula, si Syida cantek dah call aku tanya di manakah kedudukan aku saat tu. Dia macam tahu jew aku kena cover PC hari nie. Masa mula-mula sampai SUK, tiba-tiba tertengok beg yang selalu Obee pakai waktu pergi assignment, so dengan pantas terus terjah Obee yang masa tu tengah sibuk mencari handphone dalam beg. Mana taknya, aku lah yang dok call dia, hajat hati nak suruh dia tunggu jap sebab aku takde pas nak touch dekat mesin lif tu. Hahaha. Mekasih Obee, Opss silap lah mekasih Kak Obee. ;)

Sesampai jew aku dengan Obee di tingkat 20, aku tengok Akak Yue dan Syida dah lepak-lepak sambil minum air milo panas. Huhuhu Dah lama aku tak minum air dekat SUK, iyelah sebelum nie kan bulan puasa so memang lama gila tak merasa nikmat kopi SUK. Pe lagi aku pun terjah mesin air depan bilik PC tu. Bila dah ambik air, si Afiqa ajak berborak lak. Tengah syok-syok berborak tiba-tiba datang pulak si Radzi dan Fazy. Pe lagi, meriah lah SUK tu dengan suara kitaorang. Bila jew air dah kehabisan, aku pun beralih arah ke dalam bilik, tengok apa yang si Obee, Syida buat dalam itu bilik. Hikhik. 

Bukan aku jew yang beralih arah, Si Fazy dan Si Radzi pun ikut serta. Lagi meriah dalam bilik tu wei, bergema jew dengar suara kitaorang bergurau senda sambil berkongsi rahsia. Hahaha. Rahsia apa? ermm, ada lah mana boleh bagitahu korang. Dah nama pun rahsia kan? So, tetap menjadi rahsia lah sampai bila-bila. Hahaha. Memang korang semua gila-gila wei, dari bab tu, berpindah ke bab nie, lepas tu terpikir pulak bab sana, sebelum tu korang kupas pulak bab sini. Hahaha. Saat happening gila!!!

Bila PC start, korang bukannya duduk diam, sempat tu nak bergambar sakan. Memang korang sengal, iyelah aku tahu kita nie kerja sebagai wartawan memang ada kala nak hiburan. So, dengan kengkawan lah masa nak bergurau senda tak gitu? Tapi takpe asalkan gambar yang disnap tu menarik dan cantik. Hahaha Kredit kepada jurugambar yang cun melecun tu yew. 


Kesengalan melanda kami.

Formal cikit.

Lepas jew habis PC, kitaorang terus menjamu selera dengan hidangan yang disediakan oleh kakitangan SUK, Shah Alam. Masa makan pun kitaorang semua duduk satu meja, sambil makan sambil cakap. Hahaha. Tapi tugas aku bukan berakhir di SUK jew sebab aku kena bergerak ke Ibu Pejabat Daerah Klang Selatan, katanya ada laporan polis biasalah NGO nak buat laporan pasal seorang anak muda Gopinath yang dah menghina agama Islam.

Nasib baik, masa aku sampai dorang baru jew habis buat laporan polis, so memang sempat lah nak interbiu lima NGO tu. Mula-mula aku tak faham sangat cerita diorang, lepas dengar dan mengamati bait-bait perkataan dalam kenyataan dorang baru aku mula mengerti. Hahaha Sungguh lambat rupanya aku nak memahami kenyataan dorang!! Opss, masa aku tengah interbiu Pengerusi Pergerakan UMNO Klang, rupa-rupanya Tuan Zulkhairi telah mengsnap gambar aku secara senyap-senyap. Huhuhu Kalau aku tahu, dah lama aku buat muka manis jew!!

Muka nak tidur.

Fokus sampai kerut kening.

Lepas jew aku siapkan semua story hari nie, aku terus bersiap-siap nak pergi ke Serdang. Opss, bukan kena cover assignment okey, aku sebenarnya ada satu lagi projek dengan member poly. Kitaorang nak tengok baby Khayla. Sebenarnya, baby Khayla baru jew lahir 21 September yang lalu, memang dah niat nak tengok baby. Hahaha. Comel betul anak Zety nie, macam muka mama dia takde langsung muka si Jambu. Cian Jambu. Hikhik. 

Baby Khayla tengah tidur.

Muka suci Khayla.

Khayla atas pangkuan aku.

Pertama kali letak baby macam nie.

Aku sungguh bertuah sangat bila tengok baby Khayla nie, banyak petua yang aku dapat dekat mak Zety. Macam-macam dia bagitahu aku semuanya pasal penjagaan baby dan masa tengah berpantang. Hahaha Jangan korang pikir lain tau, aku bukan tengah pregnant tapi aku suka dengar petua-petua macam tu sebab itu semua untuk masa depan nanti. Mana lah tahu, tiba-tiba jodoh aku dah dekat, so tiba-tiba aku pregnant dan aku dah ada lah sedikit pengetahuan tentang semua tu kan? Amin. Hikhikhik.

Hope doa mak Zety dimakbulkan Allah S.W.T. Doa apa aku takkan bagi tahu korang. Rahsia lagi. Hikhik Tapi bukan jew doa Zety tapi semua member yang datang terutamanya doa Along. Harap-harap dimakbulkan-Nya. Amin. Hanya Amin jew yang mampu aku ucapkan saat dorang semua mendoakan aku. Terima kasih semua kerana mendoakan aku. ;)

Monday, September 24, 2012

Geng Merlimau.

Assalamualaikum,

Korang tengah buat apa tu??? Ermm, tengah skodeng blog aku erk?? Nak skodeng takpe tapi jangan lebih-lebih sudah lah yew. Semalam aku ada post entri tentang member poly aku, so hari nie pun aku nak post tentang member poly jugak.

Kalau korang nak tahu, lepas aku pergi rumah orang kahwin dekat Banting, aku terus bergegas ke Serdang. Actually, sebelum nie aku pernah lepak rumah Farah tapi sampai sekarang nie asyik lupa jalan jew. Huhuhu nasib baik Ida lebih arif jalan-jalan sekitar Serdang nie. Selamat aku.

Sebenarnya, dah lama Farah ajak makan-makan dekat rumah dia, nasib baik semalam aku off. Memang langkah kanan lah kaki nie kan, mana takknya dapat makan free dan jumpa dengan member poly dulu. Rindunya dekat korang sume. 

Member yang datang agak ramai jugak, dalam lima orang. Kira meriah le tu. Itu pun dah cukup mengimbas kembali zaman muda dulu. Cewah!!! Banyak jugak cerita-cerita yang kitaorang bangkitkan sampai tergelak tak ingat dunia. Agak lama jugak lepak umh Farah, sampai pukul 9 malam baru ingat jejak tanah!!! Hahaha.

Bab makan memang Farah tak kedekut, dia masakkan kitaorang bihun goreng, pedas tapi sedap. Dah boleh jadi bini orang nie. Hikhikhik Selain bihun, sambal sotong pun Farah masak. Warna dia menarik tapi pedas sangat, ermmm dak Farah nie memang suka pedas kot. Hahaha.

Tapi tang ayam dia memang terbaik dari ladang!!! Si Ateq makan sampai bawa balik rumah, memang kuat makan si Ateq nie rupanya. Hikhikhik Takpe janji tak membazirkan. Kalau difikir balik, si Ateq nie lah paling banyak kena buli dengan kitaorang. Bersaiz gebu-gebu dan pejal-pejal berjaya menarik perhatian kitaorang membuli si Ateq nie. Kesian pulak aku dengan dia, tapi memang dia penghibur kitaorang sejak zaman poly lagi. Ateq-ateq!!!

Selain Ida dan Ateq, Faisal dan Ezra pun join dalam ini cerita. Hahaha. Sebenarnya aku segan gan Faisal sejak poly lagi, walaupun satu kelas tapi amat jarang kitaorang berborak. Dengan Ezra pulak, bila dah last sem baru nak kenal-kenal. Ermmm, Ezra nie bukan satu kelas dengan kitaorang, dia nie budak PERD tapi rapat dengan Farah.


Ida, Ateq dan Aku.

Bila nak lepak lagi nie.

Kekenyangan!!!


Muka kepenatan mengunyah.

Old school style.

Candid style.

Manja dengan Ateq.


By the way, lepak dengan korang sangat menyeronokkan. Teruja plus happy sangat-sangat dapat spend time dengan korang, iyelah masing-masing sibuk dengan kerja, so masa cam nie lah baru dapat together. Betul tak?? Terima kasih Farah sebab sudi ajak aku dan geng-geng lain menjamu selera dekat rumah kau. Semoga murah rezeki kau lepas nie dan cepat-cepat kahwin!!! Hikhikhik.

Sunday, September 23, 2012

Tersenyum Seketika.

Assalamualaikum,

Syukur sangat-sangat hari nie, kalau korang nak tahu aku tak pernah sehappy macam hari nie. Memang aku terlalu gembira hari nie, setiap saat hari nie akan aku kenang sampai bila-bila. Bila aku ingat balik saat-saat manis hari nie, memang aku akan tersenyum seketika.

Awal-awal pagi, aku gagahkan diri pergi ofis walaupun dalam jadual menyatakan aku OFF. Tapi tak kisah lah, demi tugas dan arahan bos aku gagahkan diri bergerak ke Balai Bomba Subang Jaya membuat liputan pasal Latihan Bomba Komuniti. Aku memang rapat dengan semua pegawai bomba negeri Selangor sebab sebelum nie memang aku dah biasa berkerjasama dengan diorang. So, kerja aku jadi lebih mudah dan senang nak dapatkan maklumat ekoran keramah tamahan aku dengan pegawai bomba.

 Bersama pegawai bomba.

Lepas jew aku sempurnakan tugas, aku terus bergegas nak ke rumah pengantin di Banting. Aku, Kak Ngah, Mak Su, dan Kak Chik bersama-sama membelah jalan mencari arah ke Banting menggunakan pelan kad kahwin anak Kak Farid. Hahaha. Memang lawak saat nie, iyelah masing-masing tak tahu jalan, harap pelan jew lah. Nasib baik akhirnya kitaorang jumpa jalan dan sampai dengan selamat di rumah Kak Farid. 

Ermmm, kalau korang nak tahu Kak Farid nie dah kira cam emak kitaorang. Aku kenal dengan Kak Farid masa tengah praktikal dulu. So, dah lama gila kenal dengan Kak Farid, cuma lepas jew degree memang jarang jumpa Kak Farid lagi. Oleh sebab itu, aku kena jugak join dorang pergi rumah Kak Farid sebabnya tak nak Kak Farid kecik hati, kesian dekat dia. Iyelah hati orang lebih tua nie kena jaga betul-betul tak nak lah nanti dia terasa hati. Hikhik. Kak Farid, akhirnya sam sampai jugak dekat rumah akak kan? ;)

Kak Farid yang pakai baju color biru tu.

Kak Ngah yang semakin comel.

Kak Piah dah kurus sikit.

Kak Chik, Aku dan Mak Su.

Abang Azrin dan Mai.

Kak Chik, Yana, Kak Ngah dan Aku.

Dah nak balik!!!

Bila fikir-fikir balik, kitaorang memang jarang jumpa, so masa nie lah kitaorang beramah mesra. Ermm, iyelah masing-masing dah ada life sendiri. Ada yang dah kahwin, ada yang dah tunang dan ada yang  masih sorang-sorang. Tapi aku harap ikatan ini akan berkekalan sampai bila-bila walaupun dimamah usia. Aku sayang sangat dengan korang tau!!! Bersyukur sangat sebab dapat kawan macam Kak Ngah, Maksu, Kak Chik dan Yana. Opss lupa lah yang sorang lagi, Kak Yang!!! Hikhik Maklum lah Kak Yang duduk jauh sangat sebab tu susah nak jumpa, takpe Facebook kan ada. Nanti sam tag picture yew. Hikhik.



Friday, September 14, 2012

Rumah Terbuka Selangorfm.

Assalamualaikum,

Hai korang semua!!! Hari nie sangat menyeronokkan bagi aku sebabnya hari nie ada majlis rumah terbuka Radio Malaysia Selangorfm. Walaupun aku bukan seorang DJ popular tapi aku kena turut serta dalam majlis ini sebab aku ditugaskan untuk menghiburkan tetamu yang datang. Hahaha, cam kelakar bunyi nya tapi aku tak sedia pape pun, just bawa diri jew jadi diri aku yang sebenarnya. Tu jew yang mampu aku buat. 

Kalau korang nak tahu aku kena menyanyi dan jadi hos dengan Abang Andy Hakim!!! Pergh!!! tang nyanyi tu aku tak kisah sangat lah kan, tapi tang jadi hos tu, layak ker aku nie? Ermmm, bila aku fikir balik takpe lah bukan selalu pun kan? Bila time aku kena nyanyi, aku tiba-tiba jadi blur nak nyanyi lagu apa!!! Check punyer check senarai lagu semuanya lagu melayu, aku nie jenis yang suka lagu Indonesia. Memang suka sangat lagu-lagu dorang sebabnya suara aku serasi gan artis dekat sana, chewah!!!.

Tengah khusyuk menyanyi.

Gaya bila menyanyi.

Hahaha, akhirnya lagu menjadi pilihan aku Elergi Sepi nyanyian Azaharina. Lagu nie pertama kali aku nyanyi, dan seperti mana aku jangka memang aku terbabas nyanyi sebabnya aku tak pernah lagi bawa lagu nie!!! tapi takpe dengan muka selamba aku buat-buat tak malu. Hikhik. Lantaklah, janji aku ikut semua tugasa yang diberi kan? Lepas nie aku kena jadi MC pulak dengan Abang Andy, itu lagi cabaran buat aku okey!!!

Tapi sebelum aku tunggu turn nak jadi MC, aku bergambar dengan semua orang yang ada. Hikhik Ala bukan selalu kan kumpul ramai-ramai cam nie. Sahabat Selangorfm pun ada, kakitangan RTM semua datang memeriahkan majlis. Terasa betul-betul raya wei!!! Seriously, walaupun aku pakai baju color hitam, cam nak berkabung jew kan? hikhikhik.

 Dengan Nurool

 Muka dekat. Hikhik

 Dengan Haji Jamal.

 Dengan Rohanie

Dengan Kak Mida.

Dengan Fadil.

Dengan Sahabat Selangorfm.

Banyak lagi gambar-gambar yang aku nak upload dekat blog nie tapi kalau korang nak tengok lebih banyak lagi dekat Facebook aku jew lah. Hikhikhik Dekat situ ada semua gambar tetamu yang datang. 

Aku serba hitam.


Wednesday, September 12, 2012

Merah Hitamku.

Assalamualaikum,

Buat pertama kali dalam hidupku, akhirnya hari ini aku menggunakan Samsung Galaxy Tab mengupdate entri baru dalam buku harianku ini. Kalau korang nak tahu aku dah lama berhajat nak beli tab nie mudah sikit aku nak buat kerja. Aku beli tab nie sehari selepas besday aku. Kira nie hadiah buat diri sendiri lah. Hikhikhik.

Bila aku pikir balik, semua barang yang aku beli mesti bertema MERAH dan HITAM!!!! Sebenarnya sejak aku kecik lagi aku suka warna merah. Bagi aku merah tu garang dan buat aku bersemangat nak tempuh semua cabaran di muka bumi ini. Tapi kalau bab baju, kebanyakkan aku suka warna hijau. Tu kan warna kegemaran Nabi Muhammad s.a.w. Itu salah satu sebab aku suka warna hijau, lagi aku mungkin sebab hijau itu mendamaikan.

Ermm, tak nak cerita panjang-panjang sebab aku masih tak lancar guna keyboard tab nie. Dah lah tangan aku besar, keyboard nie lak kecik. Banyak kali gak salah eja sebab tak dapat bajet lagi keyboard nie. Kalau guna keyboard PC dekat ofis tu okey lagi lah. Takpe pelan-pelan aku akan belajar teknologi nie, nanti lama-lama aku cepat lah taip setiap bait-bait ayat dalam blog nie. Amin.

MP3, camera dan tabku.

Foneku.

Nie lah semua barang kesayanganku hari nie. Sememangnya dah lama aku idamkan nak beli semua nie lepas dapat rezeki. Insyallah kalau rezeki aku murah, aku akan beli barang idaman aku seterusnya dan semestinya bertemakan sama MERAH dan HITAM!!. Hikhik.