PENGIKUTKU.

Wednesday, September 5, 2012

Selamat Hari Jadi Samsia!!.

Assalamualaikum,

Wah, wah, wah!!! Hari nie 05 September 2012 lah, bersamaan hari Rabu. Kalau korang nak tahu, 27 tahun yang lepas, seorang bayi perempuan yang diberi nama Samsia Samsi dilahirkan ke dunia ini. Sungguh bertuah kan baby nie sebab dapat menikmati keindahan alam semesta yang terbentang luas ciptaan Allah S.W.T. Baby tu sapa lagi kalau bukan diri aku nie, ermm cepatnya masa berlalu kan? Pejam celik pejam celik sekarang nie aku dah meningkat dewasa.Opss!!! dah tak jadi gadis tapi ke arah kewanitaan gitu.

27 tahun yang lalu, yaknie hari Khamis malam Jumaat tepat pukul 10.00 malam aku berjaya dilahirkan oleh makku. Rasa terharu sebabnya mak sanggup berkorban mengharungi detik-detik kesakitan demi melihat aku  dilahirkan ke dunia ini. Terima kasih mak, jasa mak akak tetap ingat dan hargai sampai bila-bila. Buat bapak yang kakak sayang sangat, terima kasih sangat-sangat tanpa benih bapak akak takkan ada dalam rahim mak selama 8 bulan lebih. Opss, lupa nak bagitahu korang semua. Actually, aku lahir tak cukup bulan okey, sebab tu aku nie lain dari yang lain berbanding dengan adik-adikku yang lain. Dan, yang paling aku terharu sebab bapak memberiku nama yang cukup istimewa dan unik, SAMSIA SAMSI. Unik kan nama aku? Cuma tambah huruf A jew untuk bezakan nama aku dengan bapakku. Terima kasih bapak dan mak.

Itu kisah 27 tahun yang lalu, saat aku dilahirkan ke muka bumi ini. Tapi sekarang nie, aku dah 27 tahun bukan 17 tahun lagi. Opss!!! tapi kenapa hati aku rasa still 27 tahun lagi yew? Hahahaha takpe biar usia bertambah asalkan jiwa masih muda lagi. Tapi semua orang tak percaya usia aku dah genap 27 tahun, mungkin sebab tubuh badan aku yang kecik molek dan ditambah raut wajah ala-ala budak kecik. Hahahaha Angkat bakul sendiri nampaknya!!! Dah-dah, tak nak cerita pasal awet-awet muda nie. Nanti korang naik menyampah lak. Iyelah perasan diri nie muda lagi padahal dah leh buat isteri. Hahahaha.

Sebenarnya, aku nak ucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakanku yang mengingati hari lahirku khususnya di muka buku. Ramai sangat-sangat yang wish besday aku, siap bagi video besday song lagi. Ada juga yang bagi besday card tapi just dalam muka buku lah. Aku tak pernah sangka dorang akan wish besday aku, terharu aku bila diaorang mendoakan kesejahteraan aku. Aku bukan nak hadiah dari diaorang tapi cukuplah dengan doa yang mereka berikan pada aku. Itu pun dah memadai buat aku. Terima kasih rakan-rakan ku di Facebook. 

Sepanjang aku melewati hari-hari selama 27 tahun nie, memang banyak kenangan manis dan pahit yang aku alami. Terima kasih Ya Allah, sebab memberi aku kesempatan bernafas dan menghargai setiap masa yang Kau berikan buat hambaMu yang hina ini. Segala pengalaman yang aku tempuhi selama ini dapat mematangkan fikiran aku dan menjadi wanita soleha. Opss!! lupa pulak, hajat aku sempena melangkah usia 27 tahun ini, semoga aku menjadi wanita soleha dunia dan akhirat. Itu jew hajat aku setakat ini, insyallah berkat aku berpuasa sempena puasa enam Syawal ini, aku akan tetapkan dalam hati menjadi lebih baik dari sebelum ini. Amin.

Masa comot dulu kala.

BFF aku.

Pengetua Kesayanganku.

Rindu saat nie.

Masa poly dulu.

Masa U dulu.

Dua tahun lepas.

Setahun lepas.

Muka terkini.

Inilah sebahagian kehidupan aku selama 27 tahun di muka bumi Allah S.W.T ini. Aku harap kehidupan aku lebih bermakna selepas ini. Amin. Buat diriku, aku ucapkan Selamat Hari Jadi!!! Semoga bahagia selalu, semoga dimurahkan rezeki selalu, semoga sihat selalu, semoga comel selalu, semoga senyum selalu. Sweet 17!! Opsss, silap lagi sweet 27. Hahahaha.



No comments:

Post a Comment