PENGIKUTKU.

Tuesday, July 24, 2012

LALA pergi jua.

Assalamualaikum,


Hari nie genap empat hari umat Islam berpuasa. Sepatutnya aku gembira hari nie sebab aku dapat berpuasa lagi tapi hati aku sedih sangat-sangat. LALA a.k.a kucing yang aku bela akhirnya menghembuskan nafas terakhir pagi nie. Aku ingat lagi semalam lepas jew aku balik dari kerja, aku terus tukar balutan luka LALA. Masa tu dia tengok jew aku, tenung lama-lama. Aku tahu dia sakit tapi nak buat cam ner kalau aku tak balut yang baru nanti lagi teruk luka dia. Huhuhu. LALA nie memang kucing yang bijak tau!!! Aku sayang sangat dekat LALA. 


Kalau dia nak buang air kecil dia mesti pergi ke longkang, terpegun aku tengok kebijaksanaan LALA. Sebelum nie, aku memang selalu buang tahi mata LALA, pagi dan malam aku mesti akan buat. Huhuhu Semalam pun aku buang tahi mata dia sebelum tidur. Sempat jugak aku bagi dia air sebab taknak dia kehausan. Kesian LALA, dengan dia jew aku boleh pegang-pegang dan belai-belai manja. Kalau dengan LILI, aku mesti kena gigit. Huhuhu.


Tapi sekarang nie LALA dah takde, menangis jugak lah sebab LALA takde. Huhuhu Aku dengan mak yang tanam dia, masa tu aku yang angkat badan LALA. Kerasnya badan dia, sedih gila!!! LALA, kakak sayang LALA tau, LALA banyak buat akak tenang jew. Tapi sekarang nie LALA pergi jauh, akak dah takde kawan lagi. Kalau dengan LILI akak boleh pegang kejap jew tapi dengan LALA akak boleh tidur sama-sama. Windunya nak tidur dengan LALA dekat kerusi tu. Huhuhu *air mata dah mengalir nie*


Sebenarnya aku ada gambar LALA tapi sebab dia dah sakit, aku terus delete gambar dia. Mak cakap tak elok simpan gambar kucing nanti takut dia sakit. Huhuhu Kalau aku tahu, aku tak buat cam tu. LALA, akak asyik terbayang muka LALA, lepas nie dah takde sape akak nak peluk lagi. Huhuhu Akak sayang LALA. LALA dengar tak luahan hati akak nie? Harap LALA dengar rintihan hati akak nie. Selain aku, adik Nita nangis jugak aku tengok dia sedih petang tadi. Siap tengok lagi kubur LALA. Huhuhu Sayang jugak adik aku dekat LALA rupanya. 


Walaupun adik takut dengan kucing tapi bila bab bagi makan adik rajin jugak. Aku tengok dia makin sayang dekat kucing-kucing tu sebabnya lepas jew tengok berita kitaorang mesti lepak luar rumah sambil main-main dengan LALA, LILI, CACA, CICI tapi lepas nie LALA dah takde, tinggal LILI, CACA dan CICI jew. Huhuhu. LALA, akak sayang sangat dekat LALA tau!! LALA ternang dekat sana yew. Amin.

Monday, July 23, 2012

Jelajah Merdeka Raya 2012

Assalamualaikum, 

Dah masuk tiga hari kita berpuasa rupanya.
Maaflah dah lama aku tak update blog nie.
Biasalah aku busy sikit sebelum nie.
Sembahyang terawih pun aku buat dekat RTM jew.
Senang dan tenang jiwa aku dekat sini.
Seriously, aku rasa lain sangat-sangat.
Okey-okey, aku tak nak cerita pasal puasa.
Tapi aku nak cerita pasal benda nie.
Hari nie aku kena cover program Jelajah Merdeka Raya 2012.
Kali nie Selangorfm jadi kontinjen untuk negeri Selangor.
Ini destinasi kedua selepas Kuala Lumpur.
Semalam, kontinjen KLfm serah jalur gemilang dekat Pasar Tani Stadium Shah Alam.
Hari nie pulak jelajah ke negeri Selangor.
Daerah yang jadi pilihan ialah daerah Beranang.
Tepat pukul 10.00 pagi skuad konvoi bergerak dari Stadium Shah Alam.
Polis trafik yang jaga kitorang sepanjang perjalanan ke Beranang.
Kalau korang nak tahu ada 25 buah teksi ikut serta tau!!
Meriah wei sambil kibar jalur gemilang.
FAMA dan AADK Negeri Selangor pun ada.

Konvoi teksi.

Sampai jew dekat Klinik Kesihatan Beranang.
Hampir 200 penduduk daerah Beranang menunggu kitaorang.
Kesian tengok makcik dan pakcik penat menunggu.
Kebetulan ADUN Semenyih, Datuk Johan Abd Aziz bermurah hati.
Siap bagi sumbangan Ramadhan dan notebook 1Malaysia.
Selangorfm dan FAMA pun turut serta.

Penduduk daerah Beranang.

Lepas jew habis sesi interbiu.
Kitaorang terus bergerak ke Tol Senawang, Seremban.
Ada kakitangan Radio Malaysia Negerifm tunggu dekat sana.
Perjalanan memang amat memenatkan.
Iyelah dah lah tengah puasa.
Panas pulak tu.
Dugaan betul hari nie buat aku dan skuad jelajah.
Kitaorang sampai dekat Tol Senawang dalam pukul 1.30 petang.
Lepas jew agihkan jalur gemilang dekat pengguna lebuhraya.
Kitaorang bergerak ke Kompleks Tuanku Muhammad
Jabatan Penyiaran Radio Malaysia Negerifm.
Bagi majlis penyerahan jalur gemilang kepada kontinjen destinasi ketiga.
Negeri Sembilan.
Masa nie aku jumpa kawan-kawan news dulu.
Mala dan Kak Lin.

Senyum.

Ermm, lepas tu aku terus buat stand upper.
Saja jew buat mana tahu diorang terima.
Hikhikhik.
Aku memang teruja dengan program nie.
Memang terbaik sangat.
Syabas untuk semua ahli jawatankuasa program.

Bergambar dengan abang Kris.


Thursday, July 19, 2012

Batman Kembali.

Assalamualaikum,


Hai korang, sihat tak? Esok dah mula nak bertarawih kan? Tak sabarnya nak solat tarawih, masa nie lah aku tunggu-tunggu. Selalunya orang akan beria-ria nak sambut Hari Raya tapi bagi aku semua tu tak penting, yang penting bulan Ramadhan nie. Banyak pahala yang kita akan dapat bila berjaya sempurnakan puasa dengan betul dan mengikut tertib. Tapi sebelum bermulanya bulan Ramadhan, aku tak lepaskan peluang tengok movie baru, Batman: The Dark Knight Rises. Actually, Batman nie salah satu my super hero tau!!! Hahaha. Sebelum nie, aku ada tengok cerita Spiderman. Movie tu pun menarik sangat-sangat. Korang patut tengok tau!!! Okey-okey, hari nie kita bukan nak cerita pasal Spiderman tapi pasal Batman.



Cerita nie lah aku tengok hari nie, Bruce Wayne memang macho wei!!! Rugi tau kalau korang tak tengok cerita nie. Badan dia memang tegap gila, pergh!!!! Mata dia memang seksi gitu. Opss!!! Asal pulak aku cerita pasal body Bruce nie? Adakah aku dah terjatuh cinta dengan dia? Wahwahwah. Jangan nak berangan lah Sam, awak tu sape, dia tu sape!!! Hahaha Tapi tak salah kan kalau kita nak berangan sorang-sorang.

Aku bukan nak bagitahu cerita keseluruhan dekat korang tapi aku rasa bangga dengan cerita nie, dia punya teknologi memang the best!! Aku sampai begitu teruja tengok aksi Batman bersama dengan motosikal dia. Ada ker motor cam tu sekarang nie? Rasa-rasanya diaorang nak keluarkan tak motor berkuasa tinggi macam tu? Kan best kalau aku dapat naik motor tu. Perghh!! mesti seksi bila aku naik motor tu. hikhik


Selain motor tu, aku suka dengar suara si Bane yang jahat tu. Suara dia sangat menakutkan sape-sape yang dengar, dengan mask di muka lagi buat dia seorang yang amat jahat!!! Tapi hakikatnya dia hanya seorang pencinta setia berbakti untuk kekasihnya sahaja. So sweet kan? Cerita ini membuktikan orang jahat pun berhak untuk dicintai dan dikasihi bukan sahaja orang baik tapi semua manusia di dunia nie, tidak terpisah dari rasa cinta dalam hati. Korang setuju tak dengan aku? Hikhikhik.

Okeylah, aku tak nak cerita panjang-panjang pasal cerita nie, kalau korang nak tahu ending dia, korang mesti tonton di pawagam yang berdekat, jangan ambik jauh-jauh nanti korang lambat pulak biasalah movie nie kan panas lagi dari oven, mesti ramai orang nak tengok. Hikhikhik Lepas korang tengok, aku geranti korang mesti suka sebabnya cerita nie ambik masa dalam dua jam 15 minit untuk korang menghayati aksi tangkas Batman. Ermm, I love Batman, you are my super hero!!!

Esok Jumaat kan? Tak sabarnya nak solat tarawih, hari tu aku baru jew beli kain telekung baru semuanya demi solat tarawih. Niat hati, semoga bulan Ramadhan tahun nie, aku akan dapat ketenangan dan juga pahala berlipat ganda. Amin.


Monday, July 16, 2012

Berakhirnya Kerjaya RTM.

Assalamualaikum,


Hai korang, dah makan ker? Aku dah makan tadi dengan member satu RTM, bukan satu ofis tau tapi satu RTM. Kalau korang nak tahu, RTM nie banyak department tau!!! So, korang mesti dah dapat bayangkan betapa besarnya RTM nie. Hikhik. Pagi-pagi lagi aku dah gigihkan diri nie pergi ke ofis sebabnya aku ada job dekat Subang Jaya, tapi hampeh jew!!! Tiba-tiba tayar cameraman pecah pulak, buat penat aku siap awal-awal pagi. Huhuhu Masa tengah dok sakit hati, tiba-tiba si Yani call aku, dia cakap hari nie hari terakhir dia kerja dekat RTM sebab dia dah dapat kerja baru dekat Johor Bharu. Huhuhu


Bagi menghargai jasa dia selama berkawan dengan aku, so aku ajak lah dia makan dekat luar dengan Daus. Ermmm, selalunya memang kitaorang keluar sama-sama, biasanya kitaorang keluar pergi minum dekat kantin RTM tu. Hikhik Tapi kali nie kitaorang keluar jauh sikit sebab esok Yani dah balik JB. Huhuhu Sayunya hati bila member pergi cam tu jew, takde angin, takde ribut tiba-tiba nak blah cam tu jew. Terkejut tau!!! Tapi takpe asalkan aku dapat luangkan masa dengan Yani hari nie dah cukup baik.


Kitaorang makan dekat belakang Masjid Negara, Kuala Lumpur katanya nak makan ikan bakar. Ermm, dah lama aku tak pergi sini rupanya, kali pertama aku makan masa praktikal dekat Selangorfm itupun ada orang belanja!!! Hikhikhik Memang dah lain tempat nie, khemah pun dah ada dekat luar jew, dulu mana ada khemah nie. Cepatnya masa berlalu kan? 


Lauk yang kitaorang makan.

Semangat jew makan.

Makan dah tak tengok orang.

Kekenyangan!!

Yani macam suka jew.

Lepas jew habis makan, kitaorang siap berposing dekat kereta Yani, iyelah hari nie kan last day nak merasa naik kereta dia. Almaklum lah JB tu jauh wei, bila lah aku nak pergi sana tengok Yani kan? ermmm, sayu la pulak nak biar si Yani nie pergi JB. Huhuhu

Senyum!!

Nasib baik lah kitaorang makan dekat dengan Taman Tasik Perdana, so apa lagi kitaorang terus berjalan-jalan dekat tasik walaupun sekejap jew tapi cukup untuk menghiburkan si Yani sebelum dia berangkat balik ke JB. Huhuhu

Kanak-kanak riang

Kepenatan.

Cutenya

Aku suka gambar nie.

Nice picture Daus.

Budak kecik.

Kalau korang nak tahu, gambar si Yani dengan Daus paling banyak aku snap tau!! Memang aku macam mengacau jew diaorang!!! Tapi takpe janji si Yani suka dan gembira sebelum berlalu dari RTM. 

Peace

Si pendek Yani.

Yani merajuk.

Ermmm, aku dah terasa sunyi pulak bila si Yani nie takde dekat RTM, lepas nie dengan sape lah aku nak lepak makan sambil bergosip-gosip lagi. Huhuhu 

p/s : Yani, aku harap kau bahagia kerja dekat JB tu yew. Semoga kau sukses selalu disamping keluarga tersayang.


Sunday, July 15, 2012

Rindu Si Jantung Hati.

Assalamualaikum,


Hai korang, sihat tak hari nie? Aku terasa sihat sangat-sangat sebabnya hari nie aku jumpa dengan si jantung hati yang dah lama aku tak jumpa sejak enam tahun lalu. Muka tersenyum-senyum bila jumpa dengan diorang!!! Diorang? Mesti korang pelik kan? Ramai sangat ker si jantung hati aku nie? Ermmm, sebenarnya si jantung hati yang aku maksudkan nie memang ramai sebabnya diorang nie member aku masa tengah study dekat poly dulu. Lama gila tak jumpa korang!!! Rindunya dekat korang, seriously aku sangat sayang korang tau!!! Teringat masa tengah study dalam kelas dulu, meriah sangat-sangat.

Kalau korang nak tahu hari nie Lin sanding, sebenarnya dia dah nikah hari Jumaat lepas, so sekarang nie masanya dorang sanding. Mulanya aku dah bagitahu Lin yang aku tak dapat datang sebab aku kena kerja, tapi last minutes aku tiba-tiba berubah fikiran nak pergi jugak. Akhirnya keputusan aku berbaloi sebabnya dapat jumpa dengan korang semua. Cantik korang semua, tak berubah macam dulu!!! Sayang korang tau.


Pengantin hari nie.

Masa potong kek.

Maksu dan Kak Ngah

My dan Farah.

Bergambar dengan pengantin.

Korang tengok lah dorang semua tersenyum jew kan? Kitaorang memang tak jangka dapat jumpa semula. Masing-masing dah ada life sendiri, ada yang dah tunang, dah kahwin dan yang penting yang masih single. Hahaha Tak sangka aku dah jadi auntie, rupa-rupanya dah tua aku!!! Ohh, tidak tolong lah wahai anak-anak kawan aku, panggil akak yew jangan auntie sebab akak belum kahwin lagi!!! Hahaha Sangat meriah saat tu, aku memang rindu sangat dengan korang!! Muah.muah.muah. Sebelum nak balik sempat jugak aku bergambar dengan member aku nie, walaupun dia lain bidang masa dekat poly tapi aku kira rapat dengan dia jugak. Si cantik My, tetap maintain walaupun dah kahwin okey, pada korang yang usha gambar dia korang gigit jari jew lah sebabnya dia nie isteri orang!!! Hahaha

Maksu, My dan Aku.

Pandai korang posing!!

Balik jew dari Majlis Perbandaran Nilai, kitaorang terus bergerak ke Wangsa Walk sebabnya maksu tak pernah pergi sana. Hajat hati nak makan aiskrim dekat Tuttie Fruttie lepas tu tiba-tiba teringat berkarok pulak. Lagipun si Maksu dan Kakngah nie tak pernah pergi karok, so aku pun ajak lah dorang berkarok dengan baju kurung. Memang seronok tapi Maksu pulak tak sporting sebab hanya sebuah lagu jew dia nyanyi. Ermmm takpe lah janji korang nak jugak berkarok!!! Hahaha Comel sangat korang masa tu, semangat jew muka Kakngah nyanyi lagu Dia. 

Peace.

Peace jugak.

Kakngah.

Maksu

Me.

Hari nie sangat menenangkan hati aku, rasa tenang jew jiwa nie bila tengok aksi korang bersua muka. Bila lah lagi nak jumpa korang kan? Harap-arap kita dapat jumpa lagi yew, aku rindu dengan korang. Lepas nie aku nak berisi sikit macam dekat poly dulu. Nak makan banyak-banyak sebab hati aku sangat seronok dapat jumpa korang!!! Muah.muah.muah. Kepada Lin dan suami, aku ucapkan selamat pengantin baru dan semoga berbahagia hingga ke syurga!!! Amin. 

p/s :-Tiba-tiba teringat masa aku, Kakyang dan Lin turun Gunung Angsi, masa tu Lin tengah susah!!! Rindu sangat saat tu. Sekarang nie, Lin dah kahwin tak sangka betul kan? Cepatnya masa berlalu. Hikhik


Wednesday, July 11, 2012

Kolej Islam Sultan Alam Shah.

Assalamualaikum,


Hai korang, hari nie aku berkesempatan berada di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) di Klang. Mesti korang pelik kan? Kenapa aku perlu berada di kolej nie? Aaah, kalau korang nak tahu aku kena buat special report pasal kolej nie sebelum majlis jasamu dikenang, 14 Julai ini yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Rasa bangga sebabnya aku jadi sebahagian media yang mempromosikan kolej sebelum majlis berlangsung. Kalau korang nak tahu aku memang selalu pergi dekat Klang, itupun pergi ke istana jew belum pernah aku jejakkan kaki di kolej ini. Jenuh jugak mencari kolej nie, memang tersorok dekat belakang istana.


Sebelum aku ke kolej nie, nasib baik aku dapat fone number Pengetua kolej, Encik Abdullah Jusoh. Orangnya memang ramah jew, tak sombong pun. Senang sikit kerja aku hari nie. Ermm, aku mula berjalan-jalan sekitar sekolah untuk buat rakaman video. Perghh!! besar jugak kolej nie, memang penat aku berjalan. Kalau korang nak tahu, Cikgu Zaleha yang jadi guru pengiring aku tunjuk sekitar kolej. Memang cantik kolej nie, pelajar-pelajar dia semuanya menghormati orang. Baiknya dorang nie, semuanya sopan-sopan belaka. Kalah aku wei!!! Huhuhu.


Pejabat urusan KISAS

Makmal sains.

Koperasi sekolah

Smart kan?

Asrama puteri.

Opss, lupa pulak aku nak story mory dengan korang. Sebenarnya majlis jasamu dikenang nie cetusan ilham daripada Pengarah Urusan Utas Travel and Tours Sdn Bhd, Dato Hj Mohd Din Yusof. Ermmm, kalau korang nak tahu masa aku diploma dulu, aku praktikal dekat Utas Travel and Tours tau!! Perghh, tak sangka aku sekarang tengah buat specail report untuk program Dato Mohd Din. Kecik rupanya dunia nie kan? Insyallah kalau dipanjangkan jodoh, Sabtu nie mana lah tahu aku cover sana dan boleh lah jumpa dengan Dato. Hikhikhik Okeylah, sampai dekat sini jew aku bertaip-taip, sebabnya aku kena siapkan dua special report untuk editor KL. Nanti kalau tak siap dorang marah pulak. Hikhik. Okey lah, bye.


Monday, July 9, 2012

Loji Rawatan Air Sungai Langat.

Assalamualaikum,


Hai korang, sihat tak? Aku sihat jew hari nie, almaklum lah baru jew start kerja lepas dua hari bercuti sakan. Hahaha Okey, hari nie pagi-pagi lagi aku dah bangun sebabnya turn aku kena buat berita pagi. Tapi lepas jew aku siap buat berita pagi, aku kena bergerak ke Loji Rawatan Air Sungai Langat, Hulu Langat. Aku kena siapkan special report pasal cuaca kering beri kesan ke atas loji air. Perghh!!! kalau korang nak tahu, nie kali kedua aku jejakkan kaki dekat loji air nie. Maklum lah sejak akhir-akhir nie isu gangguan bekalan air semakin ketara, so aku pun kena ar rajin berkunjung dekat loji air nie.


Masuk jew pintu masuk loji, aku kena daftarkan diri dekat bilik pengawal. Inilah salah satu perkara yang aku tak suka buat, ambik pas keselamatan dekat bilik pengawal!!! Malasnya nak berjalan ke bilik pengawal tapi kena buat jugak sebabnya aku nak masuk buat kerja, kalau tak buat nanti tak boleh nak masuk!!! Bila aku dah bagi kad pengenalan dekat pak guard tu, dia terus dengan senyuman bagi kad special dekat aku. Korang nak tengok tak kad tu? Ini pertama kali aku tengok kad sebesar nie!!! Seriously, korang mesti terkejut tengok kad nie kan?


Kad nie lagi besar dari tangan aku.

Inilah dia pejabat utama loji.

Lepas jew aku berkunjung dekat loji, aku terus bergerak ke balancing pulak. Balancing nie tempat simpanan air yang dah bersih. Memang jauh dekat atas bukit, suasana tenang jew dekat sana. Aku suka sangat-sangat tempat tu. Memang sunyi tapi ada pegawai yang jaga tempat tu. Kesian pulak aku tengok diaorang kerja berdua jew dekat atas tu. Dah lah dekat atas bukit, lepas tu macam tak der pape yang menarik jew. 

Simpanan air

Meter air

Tempat balancing

Macam kolam kan?

Masa tengah berborak dengan Cik Mala dari Puncak Niaga, aku sempat jugak berposing dekat tempat balancing tu. Panasnya dekat sana, macam dah duduk dekat sauna siot!!! Huhuhu Aku rasa bangga sebabnya dapat jejakkan kaki dekat balancing nie, bukan semua orang boleh masuk dalam nie hanya orang tertentu jew tau!! Kira aku nie antara yang bertuah dapat tahu sendiri macam mana proses bekalan air dilakukan sebelum sampai kepada pengguna. 

Matahari terpacak atas muka.

Kenangan di sini.

Sunday, July 8, 2012

Selamat Pengantin Baru Ani.

Assalamualaikum, 


Hai korang, lamanya aku tak tulis entri baru dekat dalam blog nie kan? Biasalah minggu nie memang aku busy sikit, maklumlah member ofis aku kahwin semalam. Kalau korang nak tahu petang Jumaat aku dah gerak naik bus ke Sabak Bernam. Bukannya aku turun dekat Sabak, tapi aku just turun dekat Sungai Besar jew. Hahaha. Nie pertama kali aku naik bus pergi area Tanjong Karang tu, selalunya aku naik kereta dengan cameraman jew. Rupa-rupanya naik bus lagi jauh perjalanan dia, macam nak pergi Melaka jew tempoh masa dia. Huhuhu. Tapi takpe lah demi member ofis seorang nie, aku sanggup redah hujan di tengah-tengah kota sebelum sampai ke Puduraya!!! Banyaknyer dugaan aku sebelum sampai rumah si Ani nie.


Aku sampai dalam pukul 11.00 malam, pergh!!! Memang jauh lah rumah dia nie, tapi takpe janji aku dapat tengok sawah depan mata. Rupa-rupanya rumah si Ani nie tepi sawah, cantiknya walaupun dah malam tapi aku dapat tengok lagi sawah terbentang luas sekitar rumah si Ani nie. Bila sampai jew rumah si Ani, aku terus melantak, lapar gila perut aku almaklum lah perjalanan jauh, so perut pun makin kelaparan. Lepas jew aku siap-siap nak tidur, si Ani suruh aku lukiskan inai dekat tangan dia. Mengeletar jugak lah tangan nie melukis inai dekat tangan lembut di Ani tu. Korang nak tengok tak hasil inai yang aku buat tu?


Inai dijari pengantin.


Aaah, okey tak aku lukis inai dekat tangan si Ani? Baru belajar guna inai nie, tak lah cantik sangat tapi boleh lah ikut syarat. Opss!! lupa pulak nak bagitahu korang, kali nie aku kena jadi pengapit pengantin sebab tulah aku kena jugak datang ke Sungai Besar nie. Kalau korang nak tahu, masuk kali nie dah empat kali aku jadi pengapit pengantin!!! Huhuhu Tapi aku harap lepas nie aku pulak jadi pengantin, aminn. Niat aku ikhlas nak tolong kawan bukannya pikir lain. Mana tahu jodoh aku dekat lepas nie kan? Korang doakan untuk aku yew. Aminnn. Okey aku nak letak picture masa si Ani tengah sanding dan berarak.


Jadi PA pengantin.

Masa berarak.

Muka ceria pengantin baru.

Atas pelamin.

Kalau korang nak tahu pasangan pengapit aku tu adik si Ani, usianya 16 tahun. Muda lagi tau!!! Pangkat adik dengan aku okey, jangan pikir lain sudah. Hahaha Cute kan muka adik si Ani nie. Walaupun aku baru kenal dengan adik-adik si Ani nie tapi aku dah macam rapat dengan dorang. Semua adik Ani aku bahasakan diri diorang Adik!! Iyelah aku kan pangkat akak, dah tua katakan. Hahaha.

Pasangan pengapit.

Nurol dan aku.

Masa si Ani tengah sanding, rupa-rupanya ramai jugak Sahabat Selangor datang ke majlis sanding Ani. Aku agak dalam 20 orang jugak lah. Katanya, diaorang berkonvoi ramai-ramai sampai enam kereta datang ke Sungai Besar. Pergh!!! rajinnya diaorang kan? Terharu si Ani sebabnya ramai peminat dia datang tengok majlis perkahwinan dia yang ala-ala team Zahid Af gitu. Mana taknya, semuanya color oren, dari pakcik, makcik, anak sedara, mak dan abah, semuanya color oren!!! Hahaha Nasib baik aku tak pakai baju color oren, kalau tak makin meriahlah majlis. 

Bersama Sahabat Selangor.

Akak Esya.

Lepas jew habis majlis, aku temankan si Ani dengan husband dia buat sesi bergambar dekat Sungai Burong. Perghh!!! tempat dia memang cantik sangat-sangat. Lagipun aku memang suka laut, suasana dekat sana tenang jew wei. Sumpah tak tipu!!! Kalau korang nak buat sesi bergambar, aku cadangkan tempat nie. Jap erk, korang tengok sendiri hasilnya dan korang mesti teruja nak datang dekat sini.

Romantiknya.

Aku dan Nurol jadi pengapit.

Cantik kan? Aku suka sangat-sangat gambar nie. Memang terbaik lah!!! Opss, lupa pulak, kepada Ani dan Madi, aku ucapkan semoga korang berbahagia hingga ke syurga. Terima kasih sebab sudi jadikan aku pengapit korang, mana lah tahu berkat korang jatuh dekat aku pulak. Hikhikhik. Pape pun korang memang sepadan sangat-sangat, bak pinang dibelah dua. Sweet dan comel!!! Congrats tau.

p/s : Madi, jaga Ani leklok tau, jangan gatal-gatal lagi, awak tu dah jadi suami orang!!! Hahaha.