PENGIKUTKU.

Sunday, July 1, 2012

Dataran Merdeka.

Assalamualaikum,

Hai korang, sihat tak? Okey sekarang nie aku nak kongsi dengan korang pasal benda yang aku lalui hari nie. For your information, aku kerja hari nie!!! Macam biasa lah rutin harian aku selalunya padat dengan kerja-kerja khidmat masyarakat. Hahaha Okey, lepas jew habis buat kerja aku terus bergerak pantas ke Dataran Merdeka bersama dengan my baby. Hikhik Jangan pikir lain erk, my baby tu camera aku yang paling aku sayang sekali. Lagipun aku dah lama tak guna my baby tu, so hari nie aku akan praktik kan segala kreativiti aku menghasilkan gambar-gambar yang menarik. *cantik ke?* Hahaha

Walaupun aku dah biasa dengan Dataran Merdeka tapi aku jarang sekali snap gambar Bangunan Sultan Abdul Samad tu. So, hari nie memang banyak lah aku snap gambar bangunan yang jadi kebanggaan rakyat Malaysia. Hikhik Banyak sekali aku snap gambar sampai 100 lebih kot. Ahdoi!!! nie nak buat galeri ker apa!! Tapi takpe janji aku puashati bukannya selalu aku ada masa free macam nie kan? Bukan dekat Dataran Merdeka jew aku jalan-jalan, aku pergi jugak Central Market. Saja nak tengok barang-barang yang ada dekat sana. Biasanya barang dekat dalam CM tu semuanya barangan tradisional dan exotic!!! Cool gila. Korang nak tengok tak gambar-gambar yang aku snap tu? Jap yew.

Ada pameran kereta mini jap.

Bangunan Sultan Abdul Samad.

 Sungai Gombak dan Sungai Klang.

Central Market

Bangunan Sultan Abdul Samad masa malam.

Cahaya purple.

Cahaya Hijau.

Tenang jew kan?

Okey tak gambar yang aku snap tu? Korang boleh bagi comment dekat aku lepas tengok gambar-gambar tu semua yew. Setiap komen anda akan diterima secara positif. Hikhikhik Kalau korang nak tahu aku stay dekat Dataran Merdeka lepas tengok ramai rakyat Malaysia berkumpul nak tengok perlawanan akhir Euro 2012 antara Spain dan Italy. Tapi aku tak tengok dekat screen Dataran Merdeka tu jew, aku kena tengok dekat rumah sebabnya bapak kesayangan aku tu tak suka aku balik lambat!!! So, aku hanya dapat snap gambar orang tengah duduk lepak menanti perlawanan sahaja. Aku tengok banyak jugak aktiviti yang ada dekat padang Dataran Merdeka. Meriah yew!!!

Ramai kan orang!!!

Kanak-kanak riang!!

Pandai anak-anak nie posing.

Peace!!!

Bersama belon comel.

Belon tak nampak!!

Wawa tak nampak muka.

Aku dan Wawa.

Korang tengok kan gambar aku dengan budak-budak kecik tu, sebenarnya nie pertama kali aku jumpa dorang dan kenal dengan dorang. Seriously!!! Tapi korang tengok aku nie macam auntie dorang kan? Hahaha aku pun pelik macam mana dorang boleh datang dekat aku, siap posing lagi depan aku. Pe lagi aku pun suka la snap gambar dorang. Sangat comel anak-anak kecik tu, semuanya panggil aku *akak* okey!! Kira tak tua lagi lah diri nie kan? Hahaha sempat aje aku nak angkat sikit tahap kemudaan nie. Tapi memang seronok sangat-sangat lepak dengan budak-budak nie, siap suruh aku leraikan benang belon bila dah bercantum-cantum dengan belon yang lain. Sangat comel masa tu. 

I Love KL.

Muah, KL

Selamat Datang!!!

KL terbaik.

Aku yang comot.

Aku harap korang suka dengan gambar-gambar aku nie, lain kali aku akan snap gambar dekat tempat lain pulak. Ini lah hobi terkini aku, so lepas nie kena ar rajin snap picture dengan hati yang ikhlas, barulah gambar tu cantik dan menarik!!! Lalala.


No comments:

Post a Comment