PENGIKUTKU.

Sunday, July 8, 2012

Selamat Pengantin Baru Ani.

Assalamualaikum, 


Hai korang, lamanya aku tak tulis entri baru dekat dalam blog nie kan? Biasalah minggu nie memang aku busy sikit, maklumlah member ofis aku kahwin semalam. Kalau korang nak tahu petang Jumaat aku dah gerak naik bus ke Sabak Bernam. Bukannya aku turun dekat Sabak, tapi aku just turun dekat Sungai Besar jew. Hahaha. Nie pertama kali aku naik bus pergi area Tanjong Karang tu, selalunya aku naik kereta dengan cameraman jew. Rupa-rupanya naik bus lagi jauh perjalanan dia, macam nak pergi Melaka jew tempoh masa dia. Huhuhu. Tapi takpe lah demi member ofis seorang nie, aku sanggup redah hujan di tengah-tengah kota sebelum sampai ke Puduraya!!! Banyaknyer dugaan aku sebelum sampai rumah si Ani nie.


Aku sampai dalam pukul 11.00 malam, pergh!!! Memang jauh lah rumah dia nie, tapi takpe janji aku dapat tengok sawah depan mata. Rupa-rupanya rumah si Ani nie tepi sawah, cantiknya walaupun dah malam tapi aku dapat tengok lagi sawah terbentang luas sekitar rumah si Ani nie. Bila sampai jew rumah si Ani, aku terus melantak, lapar gila perut aku almaklum lah perjalanan jauh, so perut pun makin kelaparan. Lepas jew aku siap-siap nak tidur, si Ani suruh aku lukiskan inai dekat tangan dia. Mengeletar jugak lah tangan nie melukis inai dekat tangan lembut di Ani tu. Korang nak tengok tak hasil inai yang aku buat tu?


Inai dijari pengantin.


Aaah, okey tak aku lukis inai dekat tangan si Ani? Baru belajar guna inai nie, tak lah cantik sangat tapi boleh lah ikut syarat. Opss!! lupa pulak nak bagitahu korang, kali nie aku kena jadi pengapit pengantin sebab tulah aku kena jugak datang ke Sungai Besar nie. Kalau korang nak tahu, masuk kali nie dah empat kali aku jadi pengapit pengantin!!! Huhuhu Tapi aku harap lepas nie aku pulak jadi pengantin, aminn. Niat aku ikhlas nak tolong kawan bukannya pikir lain. Mana tahu jodoh aku dekat lepas nie kan? Korang doakan untuk aku yew. Aminnn. Okey aku nak letak picture masa si Ani tengah sanding dan berarak.


Jadi PA pengantin.

Masa berarak.

Muka ceria pengantin baru.

Atas pelamin.

Kalau korang nak tahu pasangan pengapit aku tu adik si Ani, usianya 16 tahun. Muda lagi tau!!! Pangkat adik dengan aku okey, jangan pikir lain sudah. Hahaha Cute kan muka adik si Ani nie. Walaupun aku baru kenal dengan adik-adik si Ani nie tapi aku dah macam rapat dengan dorang. Semua adik Ani aku bahasakan diri diorang Adik!! Iyelah aku kan pangkat akak, dah tua katakan. Hahaha.

Pasangan pengapit.

Nurol dan aku.

Masa si Ani tengah sanding, rupa-rupanya ramai jugak Sahabat Selangor datang ke majlis sanding Ani. Aku agak dalam 20 orang jugak lah. Katanya, diaorang berkonvoi ramai-ramai sampai enam kereta datang ke Sungai Besar. Pergh!!! rajinnya diaorang kan? Terharu si Ani sebabnya ramai peminat dia datang tengok majlis perkahwinan dia yang ala-ala team Zahid Af gitu. Mana taknya, semuanya color oren, dari pakcik, makcik, anak sedara, mak dan abah, semuanya color oren!!! Hahaha Nasib baik aku tak pakai baju color oren, kalau tak makin meriahlah majlis. 

Bersama Sahabat Selangor.

Akak Esya.

Lepas jew habis majlis, aku temankan si Ani dengan husband dia buat sesi bergambar dekat Sungai Burong. Perghh!!! tempat dia memang cantik sangat-sangat. Lagipun aku memang suka laut, suasana dekat sana tenang jew wei. Sumpah tak tipu!!! Kalau korang nak buat sesi bergambar, aku cadangkan tempat nie. Jap erk, korang tengok sendiri hasilnya dan korang mesti teruja nak datang dekat sini.

Romantiknya.

Aku dan Nurol jadi pengapit.

Cantik kan? Aku suka sangat-sangat gambar nie. Memang terbaik lah!!! Opss, lupa pulak, kepada Ani dan Madi, aku ucapkan semoga korang berbahagia hingga ke syurga. Terima kasih sebab sudi jadikan aku pengapit korang, mana lah tahu berkat korang jatuh dekat aku pulak. Hikhikhik. Pape pun korang memang sepadan sangat-sangat, bak pinang dibelah dua. Sweet dan comel!!! Congrats tau.

p/s : Madi, jaga Ani leklok tau, jangan gatal-gatal lagi, awak tu dah jadi suami orang!!! Hahaha.





No comments:

Post a Comment