PENGIKUTKU.

Friday, October 28, 2011

Peta Hidup Setiap Manusia.


Inilah perjalanan bagi setiap insan bernama manusia.
Setiap manusia akan tempuh perjalanan ini.
Tidak seorang pun akan terlepas.


Thursday, October 27, 2011

Kau Yang Punya.


Jangan kau bimbang sayang
di mana ku berada
dengan siapa ku bersama
jangan bimbang
ku tetap
kau yang punya

Verse 1
Bertukar pandangan, senyum
bersalaman ke sekadar berkawan
dan bila cinta dah mula berputik
ah, tak tidur malam
angan-angan jadi pasangan
dah menjadi kenyataan
yang nyatanya, telah banyak kita harung
adakalanya rasa bebas, kadangkala terkurung
kita pernah berpisah dan kembali
berpisah dan kembali
kembali kerna pengorbananmu kuhargai
hilang separa masa bersama keluarga
teman-teman huru-hara tiada lagi, tata, bye bye
tiada lagi huhu haha
jadi sebagai gantinya lagu ni kau yang punya
yang kau nyanyikan, aku nyanyi juga
tak sempurna, tapi ku kan tetap coba
dan janji-janjimu kujanji juga, yup
kini kau dalam duniaku macam hip hop

Korus

Verse 2
Kerjaku memang kejam
punca matamu tak boleh kejam
bermalam, bukan berjam
dimana? dengan siapa kubersama?
berpeluh, bertenaga dengan mic ku berasmara
yang lihat masih menjerit, si genit masih mengenyit
bungkusan dilontar sepuluh digit masih terselit
nah, tidak teruja, mungkin sudah tua
tiada lagi show, kemudian after party
tiada lagi party, kemudian hotel lobi
yang lain masih berpesta
biarkan saja mereka, mereka masih muda
aku ditelefon kalau tak disisimu
dan kalau dengar suara, itu tv atau lagu
jangan bimbang tiada siapa bersamaku
dan jangan bimbang kalau tiada yang berlaku
nope

Korus

Verse 3
Satu fakta, dua penipuan
yang pertama kita ambil, dua buang
kenapa mengeluh?
dengar cerita lagi, dah jenuh berkali-kali
komplikasi dalam komunikasi jadi konfrontasi
mulut orang perosak reputasi, pembunuh motivasi
mereka pakar fabrikasi, modifikasi
di depan senyum, belakang dengki
yang cemburu mungkin teman kita sendiri
siapa tahu?
peduli, kita dah semuanya bersama
dah senang bersama, dah susah pun bersama
ketawa bersama, menangis bersama
kubersumpah harap kita mati pun bersama
ke akhirnya

Outro
Kujuga bimbang sayang
di mana kau berada
dengan siapa kau bersama
jangan lupa
kau tetapku yang punya


Monday, October 17, 2011

Mata Itu.


Mata itu.
Buat hati aku berdenyup laju.
Kasih menjelma rindu.
Terasa dekat tapi sayu.

Mata itu.
Aku renung selalu.
Mencari seikhlas lagu.
Buat peneman rindu.

Mata itu.
Lemah seluruh jiwaku.
Biar masa berlalu.
Namun ragaku tetap bersatu.

Mata itu.
Buat jantung berdebar selalu.
Saat aku dekat padamu.
Tak keruan diriku.



Sunday, October 16, 2011

Terlalu Besar Keagungan-Mu

Aku bersyukur.
Dengan rasa rendah diri.
Aku menadah tangan.
Memanjang rasa kesyukuran.
Terlalu besar keagungan-Mu.
Ya Allah S.W.T.
Walaupun ada kala aku lupa pada-Mu.
Tapi Kau tetap ada disampingku.
Susah senang kau setia menemaniku.
Aku bersyukur Ya-Allah.
Biar semua orang membenciku.
Tapi Kau tetap menyayangiku.
Kau tak pernah melupakan aku.
Tapi aku?
Kini baru aku sedar Ya-Allah.
Hanya kau buat aku tenang.
Kau sumber inspirasi ku.
Aku minta maaf padaMu.
Mataku mula berkata-kata.
Sejak aku berbicara dengan hambaMu itu.
Hatiku mula terbuka.
Mengatakan Kau terlalu sayang padaku.
Memang betul kata hambaMu itu.
Manusia sentiasa lupa padaMu.
Lalai setiap suruhan Mu.
Tidak ikhlas padaMu.
Ya-Allah.
Aku bukan meminta menjadi kaya raya.
Cukup untuk aku harungi hidup sahaja.
Asalkan aku temui orang yang boleh membimbingku.
Kembali kepada jalanMu.
Hanya itu yang aku mahu.
Luahan ini dari hatiku.
Biarlah orang benci bila membacanya.
Tuhan Maha Mengetahui.
Isi sebenar hati hambanya.
Biar coretan aku merapu.
Bahasa aku tidak sekuat ahli bahasa.
Tapi aku punya kebebasan bersuara.
Kalau sesiapa tidak menyukainya.
Aku doakan dia.
Semoga bahagia selalu.
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.
Semoga Allah S.W.T ampunkan segala dosanya.
Amin.

Saturday, October 15, 2011

Setiap Orang Ada Cerita.


Setiap orang ada cerita.
Tak kira suka atau duka.
Orang kata hidup nie senang jew.
Tertakluk pada kita yang mengawalnya.

Aku pun ada cerita.
Tapi aku nak diam jew.
Bukan aku tak nak cerita.
Tapi biar tersemat dalam jiwa.

Cerita aku tak sepopular artis Hollywood.
Takder orang nak teroka.
Lagipun aku nie siapa.
Bukan Siti Nurhaliza atau Eja.

Cukup aku simpan kemas dalam baju.
Aku jaga biar tak remuk.
Biar comot asal aku selesa.
Janji cerita tak koyak rabak.

Cerita aku ada kisahnya.
Terlalu perit untuk aku telan sendiri.
Aku nampak sinarnya.
Tapi aku tak mampu menaklukinya.

Aku lihat senyumannya.
Tapi aku tak bisa mengapainya.
Dia ada tapi seolah-olah tiada.
Itu cerita aku dan dia.

Aku taknak bidas tentang dia.
Nanti semua orang melenting hiba.
Tertanya-tanya siapa orangnya.
Walaupun semua orang tak jangka.

Orang mudah marah menggila.
Taknak selidik terus mengata.
Cerita aku dijaja merata.
Sehingga lupa kain dalamnya.

Mungkin bila aku berbadan dua.
Baru semua diam sedepa.
Mencari cerita untuk dijaja.
Biar aib dipandang manusia.

Lumrah hidup di dunia.
Siapa suka lihat gembira.
Biar orang merana.
Dibenci dihina lagi dia suka.

Friday, October 14, 2011

Rahmat Jumaat.


Hari nie Jumaat kan?
Penghulu segala hari.
Pagi-pagi lagi aku dah bersiap.
Nak pergi cover YB Abdul Shukur Idrus.
ADUN Kuang.
Kalau dah ADUN Kuang.
So, maknanya aku kena pergi Kuang la kan.
Abang Azhar ambik aku dekat KTM, Shah Alam.
Program hari nie istimewa sikit.
Program pemimpin turun padang.
Tengok sendiri masalah dan kesempitan hidup rakyat.
Nama program, Rahmat Jumaat.
Untuk mendapat rahmat menerusi hari Jumaat.
Tabik spring dekat YB.
Sangat peramah dan mesra alam.
Paling aku tak percaya.
YB nyalakan api dekat rokok rakyat.
Siap bagi free lagi rokok tu.
Bagus sangat-sangat.
Jarang dapat tengok YB macam nie.







Saturday, October 8, 2011

Perdana Menteri Jelajah Selangor.

Penatnya hari nie.
Mana taknya.
Semalam aku balik lambat.
Hari nie pulak kena cover PM.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Program walkabout di DUN negeri Selangor.
Datuk Seri Najib pergi empat DUN.
DUN nie Dewan Undangan Negeri.
Lupa pulak nak bagitahu kan?.
Tempat pertama Datuk Seri Najib berkunjung.
Ladang Tuan Mee, Ijok.
Aku tak pergi cover dekat sana.
Encik Ishak yang pergi.
Kak Zana pulak cover dekat Kuang.
Aku pulak dekat Pekan Rawang.
Hari nie aku bawa kawan.
Wed nama dia.
Dia nak sangat jumpa PM.
Teruja habis dia tengok PM.


Tu lah Wed.
Kesian dia kena tunggu aku buat kerja.
Dia kata lepas nie nak pergi lagi.
Suka betul dia.
Lepas kitaorang cover dekat Pekan Rawang.
Aku bertolak ke Taman Sri Gombak.
Untuk buat cross over radio.
Aku suka buat cross over.
Tapi Pakcik Buang cakap.
Aku kena banyak belajar lagi.
Cara cakap.
Cara penggunaan bahasa.
Semua lah.
Tapi yang paling naikkan semangat aku.
Pakcik Buang cakap aku berani.
Ada kemahuan nak buat.


Nie masa PM tengah bagi ucapan.
Aku tengah kusyuk dengar.
Wed pulak sibuk ambik gambar.
Hikhikhik.


Wednesday, October 5, 2011

Dato' Abdul Rahman Palil.


Korang ingat cerita pasal Festival Maritim.
Ala yang aku pergi dua hari tu?
Aku siap dapat hard disk lagi.
Kira bertuah lah kan.
Warna pulak merah.
Memang color kegemaran.
Aku sempat lagi temubual ADUN Sementa.
Dato' Abdul Rahman Palil.
Gambar nie aku ambik dekat Facebook Dato.
Tak sangka pulak gambar aku ada.
Hikhikhik.



Tuesday, October 4, 2011

Rahsia Kasih Sayang.


Rahsia kasih sayang mengikut bulan lahir


Aku lahir bulan September.
Atas nie tulis.
Orang lahir bulan September.
Bersopan dalam hubungan.
Jawapan aku.
Sopan ker?
Aku rasa macam tak jew.
Dah lah aku memang kuat membebel.
Bila makan pun gelojoh jew.
Bertolak ansur terhadap pasangan.
Ceh!!
Aku rasa macam salah.
Aku nak menang adalah.
Semua benda aku tak nak kalah.
Suka mengkritik pasangan.
Yang nie lagi salah.
Aku siap puji adalah.
Bagi apa yang dia nak buat.
Terserah pada dia.
Hak masing-masing kan?.
Sangat prihatin pada pasangan.
Yang nie betul kot?
Ada la jugak prihatin sikit-sikit.
Kalau dia sakit ker?
Dia tengah serabut ker?
Terus aku call tanya dia.
Sangat sensitif dan emosi.
Nie memang betul.
Seratus peratus memang betul.
Aku seorang yang sensitif.
Selalunya perasaan tu tak nampak.
Hanya aku jew yang tahu.
Pandai memahami pasangan.
Yup!!!
Aku faham keadaan.
Kalau ada kerja lebih masa ker.
Pergi main bola ker.
Aku tak kisah pun.
Dah minat dia kan.
Kurang menunjukkan perasaannya kepada pasangan.
Yang nie betul.
Aku memang susah nak bagi tahu perasaan aku.
Aku banyak pendam seorang-seorang.
Biar dia tak tahu.
Amat memilih pasangan.
Ermmm.
Aku suka orang yang baik hati.
Bukan memilih.
Tapi biarlah dia baik hati.
Itu dah cukup buat aku.
Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
Memang betul.
Aku memang tak boleh lupa.
Orang yang dah sakitkan hati aku.
Tapi aku bukan dendam.
Cuma aku tak boleh lupa.
Mudah simpati pada perasaan dan masalah pasangan.
Aku cepat kesian dengan orang.
Aku lebih pentingkan perasaan orang.
Dari diri aku sendiri.
Aku sanggup susah untuk tolong orang.
Huhuhu.
 



Monday, October 3, 2011

Festival Maritim Kali Ke-30.

1 dan 2 Oktober lalu.
Dua hari aku berkampung di Pulau Indah.
Aku kena cover Festival Maritim.
Peringkat Kebangsaan.
Hari pertama.
Aku cover biasa-biasa jew.
Siap naik motor bomba lagi.


Ada gaya jadi bomba tak?
Nie dari sudut sebelah kiri.


Nie pulak dari sudut sebelah kanan.
Abang Dasky yang ambik gambar nie.
Mekasih yew.
Hari kedua aku di Festival Maritim.
Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia.
Rasmikan majlis.
Hari nie ada cabutan bertuah tau.
Tapi aku tak harap pun.
Biasanya aku tak pernah dapat.
Kira tak bertuah lah tu.
Sidang akhbar buat di kapal layar.
Warisan Duyong namanya.


Nampak tak tulisan dalam banner tu?
Atas kapal nie la kitaorang berkumpul.
Siap berlayar lagi.
Tapi sebelum naik kapal layar nie.
Aku kena naik kapal besar nie.


Sempat lagi aku ambik gambar.
Masa nie Akma dari Berita Harian yang ambik gambar.
Selain aku.
Ramai lagi wartawan yang datang.
Dari Bernama, Utusan, Berita Harian.
Kosmo dan Metro.


Nie semua kawan-kawan media aku.
Terutamanya dekat Selangor.