PENGIKUTKU.

Friday, October 29, 2010

Menjejak Sungai Gabai.

Malam nie aku nak gerak ke Pulau Pinang.
Tapi korang nak tahu tak?
Tadi aku sempat lagi merayap.
Mula-mula pergi Jalan TAR.
Beli tudung untuk hari sejarah aku.

Aku pergi dengan Si Senget.
Lepas beli tudung.
Kitaorang tak tahu nak lepak mana.
Tiba-tiba Si Senget cakap.
Kita pergi Sungai Gapai lah.

Sungai Gapai?
Aku pernah dengar tapi tak pernah pergi.
Macam menarik jew.
Dengan sepantas kilat.
Si Senget pandu terus ke sana.

Ini pertama kali aku pergi.
Si Senget pulak dah banyak kali.
Jalan nak ke Sungai Gapai sangat jauh.
Kiri kanan semua hutan.
Ada lah jugak rumah.
Tapi semua sebiji jew.

Sampai jew kat Sungai Gapai.
Si Senget bayar dua ringgit.
Perghh, nak masuk pun kena bayar ker?
Takpe lah.
Seorang seringgit jew.
Tu pun Si Senget yang bayar.
*cian pulak dekat dia, hikhikhik*

Korang nak tengok tak air terjun kat sana?
Meh tengok kat bawah nie.
Best sangat-sangat.
Air dia jernih dan sejuk.


Tu lah air terjun Sungai Gapai.
Cantik kan?
Aku tak mandi pun.
Just main-main air jew.
Si Senget pulak tengok jew.
Kitaorang panjat tangga sampai atas.
Penat tapi seronok.

Lepas jew tengok Sungai Gapai.
Si Senget ajak pergi tempat cantik.
Ermmm.
Kat mana pulak tempat tu yew.
Hikhikhik.
Nie kat sini Si Senget bawa aku.
Meh cepat tengok.
Cantik sangat tempat nie.


Kat sini lah tempat tu.
Empangan Semenyih.
Aku suka sangat tempat nie.
Mekasih Si Senget sebab bawa aku pergi sini.
Malam nie aku dah nak gerak.
Mybe nie lah hadiah aku.
Besok tak dapat jumpa Si Senget lagi.
Rindu pulak.

Wednesday, October 27, 2010

Sejak Bila Aku Jadi Pengemis?

Aku baru jew balik dari Bukit Jalil.
Mengular jew dari tadi.
Tapi sebelum tu, 
Aku pergi shoping dekat Mid Valley.
Beli kasut untuk hari istimewa aku nanti.
Hahaha.

Okey.
Aku sambung cerita di Bukit Jalil.
Time nie line Celcom tak betul.
Susah nak call sesape jew yang guna Celcom.
Aku try call Si Senget pun tak dapat.
Nak call Abang Paem lagi lah tak dapat.

Opss lupa pulak nak gtau korang.
Aku pergi Bukit Jalil dengan Kak Fiza.
Muka Kak Fiza sedikit muncung.
Sebab Celcom buat hal.
Nak call Abang Paem tak dapat-dapat.
Niat hati kitaorang nak lunch sama-sama.
Jauh benor makan.

Time tengah tunggu Abang Paem.
Sambil tangan menekan punat hand phone.
Kitaorang lepak di satu sudut.
Kira cantik jugak lah sudut tu.
Siap ada pokok lengkuas lagi.
Dalam hati siap cakap cam nie.
*kalau aku pandai masak, dah lama aku cabut benda nie*
Hikhikhik.

Korang nak tengok tak?
Bila aku dengan Kak Fiza jadi pengemis jalanan.
Cun bai.
Siap ada nak ngorat ktorang lagi.
Pakwe lak international student.
Semua datang dari Arab, China, Mongolia.
Mana tak cair bila tengok kitaorang beraksi cam nie.



Saturday, October 23, 2010

Permulaan Yang Baik.

Senyum jew aku hari ini.
Permulaan yang baik.
Untuk aku sepanjang hari ini.
Aku harap permulaan ini.
Berakhir dengan kemanisan.
Kemanisan dalam hidup aku.
Selama-lamanya.

Friday, October 22, 2010

Matahari Di Atas Biru Laut.

Penatnya kaki aku hari nie.
Pusing-pusing satu PKNS.
Dah lah berjalan sorang-sorang.
Cam nie lah nasib bila takder pakwe.
Pergi mana-man tanpa ada orang disisi.
Ingat nak ajak member sekali.
Tapi biasa lah hari Jumaat.
Semua member kerja.
Aku jew cuti. 

Niat hati aku nak beli baju.
Baju kurung moden.
Nak pakai time hari bersejarah aku.
Semangat aku berjalan.
Tiap-tiap kedai aku masuk.
Nak cari baju yang paling cantik.
Biar aku bergaya sikit time tu.

Mula-mula dalam tren aku dah pikir.
Nak color apa erk?
Hati aku cakap mesti color ceria.
Tapi bila aku pusing satu PKNS.
Semuanya tak menarik perhatian aku.
Lepas beberapa jam aku tawaf.
Barulah aku jumpa baju tu.
Color dia biru laut.
Ada hijau muda.
Dan yang penting sekali.
Ada bunga matahari.

Ye, baru aku perasan.
Ada bunga matahari.
Makna nama aku tu.
Memang tak salah aku pilih baju tu.
Menepati citarasa aku.
Tapi tudung aku tak beli lagi.
Tak tahu nak pakai color pe.
Kasut pun aku tak beli.
Bila aku ader masa lagi erk?
Dah lah minggu depan nak gerak.
Huhuhuhu.

Thursday, October 21, 2010

Syukur Kepada Mu Ya Allah.

Hati aku sangat gembira.
Aku terus tadah tangan.
Pohon kesyukuran kepada-Nya.
Dengan kurnia yang tak ternilai harganya.
Pertama kali aku merasa.
Bergitu Dia menyayangi diri ku.
Sungguh aku tak sangka.
Impian aku akan jadi nyata.
Hanya tinggal beberapa hari sahaja.
Aku akan melangkah ke sana.
Ke tempat aku timba ilmu di dada.
Segala apa yang aku hajat.
Segala apa yang aku damba.
Kini tercapai juga.
Hanya dengan sekeping kertas ini.
Terungkai segala-galanya.



Tak perlu aku hurai semuanya.
Korang boleh lihat dan baca.
Aku hanya mampu berkata.
Syukur alhamdulillah.

Wednesday, October 20, 2010

Dia Popular Di Sana.

Penatnya hari ini.
Berlari ke sana.
Berlari ke sini.
Bukan jauh sangat pun.
Pusing-pusing dekat sini jugak.

Satu hari ini.
Pergi mana jew mesti nampak dia.
Aku pergi sini.
Nampak dia.
Aku pergi sana.
Nampak dia.

Pendek kata.
Kat mana saja aku pergi.
Mesti aku nampak dia.
Mana taknya.
Dah dia kerja dekat sini.
Mesti lah selalu jumpa dia.

Kalau dia kerja tempat lain.
Sah lah aku tak jumpa.
Tapi yang pelik.
Dia bukan sama ofis dengan aku.
Ofis jauh nun kat sana.
Aku pun dah lama tak cakap dengan dia.

Tapi bila jew aku jumpa dia.
Dia mesti lambai tangan dekat aku.
Walaupun aku jauh dari dia.
Dia tu kira popular dekat sini.
Satu Malaysia kenal dia.
Okey lah kawan dengan dia.
Tak sombong pulak tu.


Kalau dia dengan dunia glamour
Aku pulak berbeza.
Dunia aku penuh cabaran.
Berkhidmat untuk maklumat rakyat.
Aku bukan kejar glamour
Tapi aku kejar kepuasan diri.
Itu matlamat aku kini.

Tuesday, October 19, 2010

Snap Gambar Aku Buat Puisi.


Nie gambar, cameraman aku yang snap.
Sampai hati dia.
Dah lah aku tengah sibuk karang puisi.
Dia pulak sibuk snap gambar aku.
Bukannya nak tolong aku buat ayat.
Tapi sibuk buli aku memanjang.
Tapi smart jugak gambar nie.
Korang tengok tu.
Aku tengah kusyuk buat puisi baru.
Setiap kali aku habis jew berangan.
Puisi-puisi tu lah bahan aku lepaskan gian.
Hahaha
Amboi, sejak bila pulak aku gigih buat puisi nie?
Bukan lah.
Aku buat berita, bukan puisi.
Gambar tu lah gaya aku time buat berita.
Tekun mencari lead yang menarik.
Untuk infomasi rakyat Malaysia.

Monday, October 18, 2010

Semanis Bibir Ku.

Cantiknya muka awak.

Eh!!
Takder la, mana ada.
Saya biasa-biasa saja.

Tapi saya tak bohong lah.

Eh!!
Saya lagi lah tak bohong.
Hari-hari saya tengok muka nie.

Okey, kalau cam tu saya tukar lah.
Awak comel sangat-sangat.

Eh!!
Mana ada saya comel.
Celah mana pulak saya cam tu?

Tapi saya tak tipu pun.

Eh!!
Jangan la cam tu.
Nanti muka saya merah.

Baiklah, saya tak jadi cakap 
Saya rasa awak manis sangat.

Eh!!
Manis tu baru betul.
Yup, saya memang manis.

Tapi saya nak cakap sikit.

Nak cakap apa?

Awak manis tang....

Tang mana??

Tang bibir tu.
Yang selalu senyum jew.
Bila muncung, manis cam gula.

Eh!!
Manis saya dekat bibir ker??
Bila pulak saya bela tebu dekat bibir nie.

Awak bukan bela.
Tapi awak siap buat kilang gula.

Sunday, October 17, 2010

Colma Menutup Jiwa Aku.


Saat aku di Colma Bukit Tinggi.
Jiwa aku semakin tertutup rapi.
Malas aku nak pikir lagi.
Cinta, sayang rapuh dalam hati.
Jiwa aku tertutup kini.
Tenang sepi melakar pasti.
Biar apapun cabaran dinanti.
Pasti aku redah sampai mati.


Saturday, October 16, 2010

Aku Di Depan Lensa Kamera.





Aksi aku di depan lensa kamera.
Control ayu sebab masih segan.
Suka tapi malu.
Segan tapi mahu.
Hahahaha.
Terima kasih kepada semua photographer.
Lain kali jemput lagi yew.


Friday, October 15, 2010

Lunak Suara Kamu.

Tiba-tiba aku rindukan kamu.
Ye, kamu di sana.
Bukan kamu tau..
Tapi kamu di sana.
Kamu yang lama aku tak jumpa.

Tiba-tiba aku buat tak malu.
Misscall kamu.
Bukan nak bercakap dengan kamu.
Aku cuma misscall jew.
Lepas aku misscall kamu.
Kamu pulak call aku.
Mesti kamu nak tahu sapa aku.
Sebab kamu call banyak kali.

Aku tak pickup phone kamu.
Aku cuma tengok jew.
Bibir aku tersenyum suka.
Aku tetap tak mahu jawap.
Biarkan kamu gelisah sekejap.
Tiba-tiba.
Kamu mesej aku.
Terkejut aku baca.
Kamu memang nak tahu sapa aku.
Tapi aku cuba rahsia.

Kamu tak puashati dengan aku.
Kamu cuba call aku.
Aku terpickup phone kamu.
Tapi aku tak cakap pape.
Dari jauh aku dengar.
Suara kamu yang lunak tu.
Dah lama aku tak dengar.
Rindu kian mengamit jiwa.
Bukan sebab aku sayang kamu.
Tapi sebab kamu kawan aku.

Seriously, aku rindu kamu.
Kamu yang di sana.
Aku rindu nak makan coklat ZIP bersama.
Selalu kamu yang belanja.
Makan dekat Pusat Budaya.
Sambil makan kamu baca paper.
Aku pun kongsi baca.
Kamu disebelah kiri paper.
Aku disebelah kanan paper.
Kamu kongsi apa yang kamu baca.
Aku dengar diam saja.

Aku suka waktu dulu.
Kamu balas puisi aku.
Tiap hari ada saja puisi kamu.
Tak lekang dalam phone aku.
Aku suka bila kamu sama dengan aku.
Sama warna baju bila keluar dengan kamu..
Itu yang aku tak jangka.
Kepala kamu sama dengan aku.
Bukan sebab aku cinta kamu.
Tapi sebab kamu teman aku.

Wednesday, October 13, 2010

Soal Hati.

Ecehcehceh ;)
Tiba-tiba tergerak hati nak tulis.
Soal hati.
Dah macam cerita filem lah pulak.
Tapi aku bukan nak cerita pasal filem tu.
Aku nak cerita pasal hati aku.

Semua orang tahu hati nie kecik jew.
Pusing-pusing dekat abdomen nie.
Dia tetap kecik sampai bila-bila.
Tapi korang jangan lupa.
Kadang-kadang hati kita membesar.
Korang mesti tak percaya kan?

Sekarang aku nak buktikan.
Sememangnya hati kita akan membesar.
Tapi dia membesar bila berlaku sesuatu.
Sesuatu yang kita tidak pernah duga.
Kita juga tidak akan pernah tahu.
Bila hati kita akan membesar.

Hati akan membesar bila kita terasa gembira.
Gembira jika ada orang sayang pada kita.
Bahagia bila ada orang cinta kita.
Masa tu lah hati kita kan besar.
Sebesar belon udara.
Hahaha.
Yang nie aku tengah tipu.
Agak-agak lah besar belon udara.
Kalau cam tu, mati lah kita bila tengah bahagia.

Cakap-cakap pasal hati membesar nie.
Mesti korang nak tahu hati aku cam ner kan?
Nie aku nak cerita lah.
Kalau korang nak tahu hati aku bukan kecik.
Bukan jugak besar.
Tapi hati aku tinggal separuh jew.
Nak kata suku pun boleh.
Hahaha.

Bukan aku tak hapy.
Tapi aku rasa hati aku dah lama mati.
Dah tak rasa pape pun.
Jujur aku cakap.
Hati aku dah mati.
Dah takder pape dalam hati lagi.
Akhir sekali
Aku dah lupa soal hati.


Aku Di Lautan Merah Kuning.


Merah kuning tetap dihatiku.
Semalam aku pergi tengok bola.
Kat mana lagi kalau bukan kat Stadium Shah Alam.
Selangor lawan Kelantan siot.
Hati berdebar-debar sebab tak sabar.
Bukan tak sabar nak tengok Shafie Sali.
Tapi sebab nak tengok aksi ganas penyokong.
Alah penyokong dari negeri kelantan lah.
Dorang semua agresif beb!!
Seriously, aku jadi teruja sebab tu jew.
Memang aku tak sangka sangat.
Hari ini dorang memang tunjuk belang.
Siap baling botol mineral lagi kat penyokong Selangor.
Dah lah aku ada dekat situ.
Korang dapat bayangkan tak cam ner aku rasa.
Cuak sangat-sangat.

Bukan sahaja botol dorang baling.
Tapi mercun dan bunga api sekali.
Sengal lah dorang nie.
Nak kata tak belajar, aku rasa semua belajar.
Nak kata budak kecik, aku rasa semua dah besar.
Agak-agak lah kan.
Kalau agresif sangat dengan pasukan sendiri.
Jangan lah sampai sakitkan orang lain.
Nasib baik aku pakai baju merah.
Kira aku boleh belah Selangor dan Kelantan.
Tu untuk keselamatan jew.
Tapi dekat hati tetap Selangor beb!!
Lepas jew separuh masa pertama abis.
Aku tak jadi lepak dekat penyokong Selangor.
Aku terus naik pergi ke tempat media.
Takut jadi pape pulak.

Penyokong Kelantan tetap agresif sampai game habis.
Diorang nie tak tahu penat ker?
Siap baling kerusi dekat polis.
Tak tahu nak hormat orang langsung.
Senang cerita, 
Dorang nie tak tahu nak hormat tempat orang.
Aku tahu bukan semua penyokong Kelantan cam tu.
Tapi bagi aku, yang buat tu kena lah paham.
Hormat lah orang cikit.
Aku dengar ada yang mati jugak.
Yang cedera pun ada.
Pergh! sampai macam tu sekali.
Beb, korang just penyokong jew.
Jangan nak touching sangat.
Sampai sakitkan orang lain.
Negara kita kan ada undang-undang.
Nak tengok bola boleh,
Tapi jangan sampai terlampau taksub dengan game tu.
:(


Monday, October 11, 2010

Aksi Aku Buat Stand Upper.


Inilah aksi aku bila buat stand upper.
Agak kekok sedikit.
Biasalah, baru jew berjinak-jinak dengan kamera.
Masih belum arif lagi.
Budak baru belajar katakan.
Tapi aku suka beraksi depan kamera.
Memang cita-cita aku dulu.
Bukan nak cari populariti.
Tapi sebab minat punya pasal.
Aku harap cita-cita aku akan tercapai.
*hati, kau sahaja yang tahu cita-cita aku*
Insyallah kalau ada rezeki.
Aku akan capai impian itu.

Friday, October 1, 2010

Sehebat Mana Magika?


Semalam aku tengok wayang.
Cerita yang aku rasa menarik nak ditonton.
Bila baca tajuk filem, aku rasa teruja.
Magika.
Pelik kan tajuk dia.
Aku teringin sangat nak tengok.
Hasil anak tempatan Malaysia.
Pertama kali buat filem ala-ala muzikal.

Bila aku nak masuk panggung
Hati aku tak sabar-sabar nak tengok
Tapi bila aku duduk dekat tiga puluh minit.
Aku dah rasa bosan.
Seriously, aku rasa macam tu.
Aku macam nak lari jew balik.
Dalam hati aku cakap macam nie.
*cerita apa nie? bosannya aku tengok. takder cerita lain ker?*

Tapi aku gagahkan jugak tengok sampai habis.
Sebenarnya aku jarang tengok filem Melayu.
Tapi naluri aku nak sangat tengok filem nie.
Seriously aku rasa menyesal tengok.
Lepas nie dah malas nak tengok filem Melayu.
Rugi jew duit aku!!
Opss, silap bukan duit aku.
Tapi duit orang yang belanja aku.
*lain kali kita tengok cerita lain erk, taknak tengok cerita Melayu*