PENGIKUTKU.

Tuesday, November 30, 2010

Lagu Ini Untuk Aku Dan Kamu.


Tiba-tiba aku rindu lagu nie.
Bukan aku tak ingat lagu nie.
Memang aku selalu dengar di konti.
Tapi entah kenapa hari nie aku teringat.
Teringat tentang kamu.
Kamu yang berjaya mencuri hati aku.
Kita nyanyi lagu nie sama-sama.
Walau masa tu aku tak tengok kamu.
Hanya suara jew sayup-sayup aku dengar.
Kamu nyanyi untuk aku sahaja.
Masa tu bahagia sangat jiwa nie.

Tapi sekarang suasana lain sangat.
Aku dan kamu tak nyanyi lagi lagu nie.
Tapi lagu nie tetap dalam hati aku.
Aku takkan lupa lagu nie.
Sampai bila-bila aku simpan dalam hati.
Sebab lagu nie lah.
Hati aku berjaya dicuri.
Kerana lagu nie jugak lah.
Sayang aku tak pernah berhenti.

Walaupun dia jauh di sana.
Aku tetap rindu dia.
Aku tetap ingat dia.
Tak pernah sesaat atau sedetik aku lupa dia.
*jiwang lah pulak*
Tapi itulah hakikatnya.
Hakikat yang aku tak pernah lupa dia.

Korang klik kat sini erk. 
Lagu ini untuk aku dan kamu.
Sampai bila-bila.
Walaupun dia bukan aku yang punyer.

Friday, November 19, 2010

Kita Kawan Sampai Bila-bila Erk. Janji!!

Aku ada kawan baik.
Orang putih cakap 'Bestfriend' lah.
Aku dah lama kenal dia.
Sejak aku tingkatan 4 lagi.
Tapi yang paling pelik.
Dia bukan satu sekolah dengan aku.
Kitaorang lain sekolah tau.

Walaupun lain sekolah ada aku kisah?
Dia duduk jauh nun disana
Aku pulak duduk disini jew.
Tapi kitaorang tetap jumpa.
Macam biasa lah.
Bukan dating tau.
Cuma nak bergembira saja.

Genap semester 2 dekat Politeknik
Aku dah lama tak berhubung dengan dia.
Nombor telefon dia aku ingat sampai sekarang.
Tapi aku tak tahu kenapa.
Aku dan dia lost contact macam tu jew.
Tahun nie aku cuba cari dia.
Cari dia dekat Facebook.
Mana tahu aku jumpa dia balik.
Aku try search nama penuh dia.
Tak sangka pulak aku jumpa.
Terus aku add dia.

Sejak aku jumpa dia dekat Facebook.
Aku dah ceria balik.
Mana taknya.
Ada pendengar setia dekat tepi.
Dia selalu dengar cerita aku.
Kesian dia kan?
Tapi ada aku kisah!!

Dia cakap aku tetap macam dulu.
Banyak cakap sampai tak reti nak diam.
Tapi yang pasti dia cakap aku dah gendut!!
Sampai hati dia kan?
Arghh, lantak lah.
Janji kita kawan sampai bila-bila.
Aku dah tak nak hilang kawan lagi.
Biarlah orang nak cakap apa pun.
Hanya aku dan dia jew tahu.

Wednesday, November 10, 2010

Aku Takkan Lupa.

Tiba-tiba aku takder idea nak menaip blog.
Seriously, sejak peristiwa yang berlaku dalam hidup aku.
Beberapa hari selama aku tak menulis blog.
Terlalu berat ujian Mu, Ya Allah.

Pertama,
Aku baru tahu kena hadir majlis graduan cemerlang.
Time tu pukul 11.30 pagi.
Aku pulak tengah on the way nak pergi Batu Feringgi.
Perasaan aku sangat geram dan tak puas hati.
Baru jew nak bercuti sakan.
Dah kena gerak pergi UUM awal.
Kesian Ramsul.
Sampai hadiah aku pun dia tak bagi.

Kedua,
Konvokesyen aku ditangguhkan.
Nie lagi lah aku geram sangat-sangat.
Penat jew aku solek cantik-cantik.
Pakai baju baru lagi.
Kasut pulak siap beli dua pasang.
Last-last kena tangguh bulan Januari tahun depan.
Hampeh betul.

Ketiga,
Aku susah nak cari jalan nak ke Alor Setar.
Semua jalan kena tutup sebab banjir teruk dekat Kedah.
Lebih kurang dua jam jugak cari jalan keluar.
Mana taknya, lebuhraya pun kena tutup.
Korang fikir lah macam mana aku waktu tu.
Memang kitaorang main pusing-pusing dekat Jitra tu.

Keempat,
Sampai jew dekat ofis aku dah kena bahan.
Pasal konvo tak jadi lah.
Semuanya gelakkan aku.
Malu siot.
Dah lah siap cuti sampai enam hari.
Semangat nak konvo katakan.

Ehmm.
Setakat nie tu jew lah yang aku rasa teruk
Aku takkan lupa semua tu.
Korang dapat ker?
Hikhikhik