PENGIKUTKU.

Thursday, May 31, 2012

Suka Jeans Romp.

Assalamualaikum,

Hai korang, semalam aku kerja macam biasa. Assignment pulak dekat Bangunan SUK, Shah Alam jew memandangkan semalam hari Rabu, so aku kena lah cover mesyuarat exco-exco kerajaan negeri Selangor. Biasanya diaorang buat dekat tingkat 20. Dalam email tulis PC pukul 1.00 petang tapi selalunya kitaorang kena tunggu beberapa jam almaklumlah, mesyuarat kan? memang tak tentu masa nak habis. Masa nie lah menguji tahap kesabaran aku!!!.


Inilah Bangunan SUK, Shah Alam. Sejak aku kerja nie, dah banyak kali aku melawat dekat sini. PC exco, Sidang DUN, Demontrasi dan sebagainya. Dah lali dengan keadaan bangunan nie, kira nie macam rumah ke dua selepas ofis. Hikhikhik. Sebelum aku masuk kerja, sempat jugak pergi shoping dekat Mid Valley. Kira semalam ship petang la yew. Tempat yang paling aku suka beli jeans, Romp. Bukan aku jew yang suka, tapi adik aku pun sama. Dah banyak koleksi jeans aku beli hasil buatan jenama Romp. Kain dia best, lagi satu design dia masuk dalam jiwa aku. Cewahhh!!! 


Bukan setakat jeans jew, aku suka jugak baju dia. Tapi dekat Romp nie mostly color hitam dan putih. Kalau color lain ada tapi cam sikit jew. Hikhikhik Murah pun murah, tak lah mahal sangat. Standard price orang cakap!!! Sebab tu Romp tetap dihati aku sampai bila-bila. Simple tapi nice. Itu kira moto aku bila berfesyen!!! Hahaha. 


Korang nampak tak picture atas nie? Nie lah ubat sakit perut. Tiba-tiba tengah malam semalam, perut aku masuk angin lepas makan nasi plus sup ayam herba. Mungkin sebab aku lambat makan, so nasi dan ayam tu telah menghimpit angin dalam perutku!!! Argghhh!!! Sakitnya perut nie, sempat jugak aku beli minyak cap kapak, ada lah kurang sikit rasanya tapi sekejap jew lah. Pastu sakit kembali menyerang!!! Huhuhu minyak cap kapak aku beli yang kecik sekali, harga dia dalam RM2.50. Kecik-kecik tapi mencengkam panas perutku. Sungguh aku rasa selesa kejap. Malam semalam, bergelumanglah aku dengan minyak cap kapak.


Opss!! lupa pulak nak bagitahu korang, aku tak pergi klinik just beli ubat dekat farmasi, Bangsar. Selalunya kalau aku sakit memang dekat sana lah tempat aku tuju. Hikhik Ubat dia memang berkesan!!! Macam korang nampak, ubat tu aku kena telan sebelum makan, pekerja tu cakap lepas makan ubat dalam 30 minit baru boleh makan nasi. So, aku dah tak lalu nak jamah nasi, alternatif lain aku pilih ialah bubur!!! Sama jew dengan nasi cuma dia lembut sedikit. Hahaha. Mana tak cari bubur erk, nasib baik tiba-tiba ingat bubur ayam Mcdonald!!! Huhuhu dapat jugak aku makan bubur. 


Memandangkan aku sakit, so hari nie aku tak berkesempatan nak puasa. Takpelah minggu depan aku puasa balik. Korang doakan aku cepat sembuh yew. Amin. Okey, nak sambung makan bubur dulu. makan panas-panas baru sedap!!!


Tuesday, May 29, 2012

Flaming Steamboat

Assalamualaikum,

Hai korang!!! Ermm, hari nie nak story mory apa yew. Macam menarik jew kalau kita kongsi pasal juadah berbuka puasa. Kalau korang nak tahu dah dua hari aku puasa. Semalam dan hari nie. Okey, semalam aku buka puasa dekat Flaming Steamboat, Bandar Sunway. Sebenarnya, aku tak terpikir pun nak makan dekat sana, tiba-tiba jew aku terpikir nak makan steamboat. So, aku terus booking tempat, nasib baik ada tempat kosong lagi. Huhuhu. Aku dah pernah makan dekat sana, selalunya dengan family sebab tu memang tempat kitaorang kalau keluar reramai.


Nie lah dia Flaming Steambat Buffet. Harga dia berpatutan sangat-sangat, tak lah mahal sangat. Makanan dia memang banyak sangat. Antaranya, seafood, aneka sosej, bebola ikan, sayur, nasi goreng dan semua seangkatan dengannya. Mesti korang pening kepala mana satu nak makan sebabnya banyak sangat jenis makanan yang diorang sediakan. Korang boleh ambik berapa banyak korang nak, asalkan jangan membazir yew.

Aneka bebola dan sosej

Korang boleh ambik berapa korang nak

Aneka mee

Aneka sos.

Okey, kalau korang nak tahu Flaming hanya sediakan dua jenis sup jew. Satu sup ayam dan sup tomyam. Sup ayam memang paling aku suka sebab rasa dia yang sangat sedap. Selalunya aku guna sup tomyam untuk steam udang, ayam, kerang dan sewaktu dengannya. Kalau sup ayam pulak aku steam dengan sayur, sosej, jagung dan telur puyu. Memang sedap makan panas-panas!!! 





Juadah buka puasa aku untuk hari nie, disediakan oleh mak aku!!! Sup sayur dan ikan sebelah goreng!!! memang terbaik lah sangat-sangat. Aku memang suka sup sayur, kalau ada cendawan, kubis cina, bebola ikan dan tomato nampak simple tapi bila makan memang terangkat lah. Aku siap tolong mak potong sayur dan bawang. Tapi bab goreng ikan mak yang buat sebabnya ikan tu besar gila. Takut aku. Lepas buka puasa dekat rumah, aku keluar lagi. Hikhikhik



Monday, May 28, 2012

Selamat Pengantin Baru, Eiman.

Assalamuaikum,

Hai korang, semalam aku off, so aku guna kesempatan datang ke majlis perkahwinan kawan aku. Kalau korang nak tahu, aku tak lah rapat sangat dengan dia. Lagipun baru dua tahun lepas aku kenal dia, tapi kitaorang dah macam kenal lama. Pelik kan? Tapi itulah hakikatnya, kitaorang masih kawan sampai sekarang, walaupun jarang jumpa tapi kalau aku ada kesempatan aku mesti jumpa diaorang.

Semalam, aku begitu teruja nak tengok Eiman dan suaminya bersanding. Sebelum tu, aku pergi beli hadiah dekat Jusco, Mid Valley. Nasib baik ada orang temankan aku beli hadiah tu, kalau tak mesti aku tak berkesempatan nak beli. Mekasih yew. Macam biasalah, sebelum bersiap-siap nak pergi rumah orang kahwin, aku dah terpikir nak pakai baju apa. Argghhh, susahnya nak cari baju yang okey sikit, tak terlalu sarat dan kalau korang nak tahu, aku ini suka nampak simple tapi menawan, cewahhh!!! Akhirnya baju nie yang aku pilih!!!


Aku jugak bawa camera digital yang aku beli bulan Mac lepas, dah lama beli tapi baru semalam aku mempraktikkan kehebatan camera Canon tu. Wah!! memang terbaiklah camera tu, aku suka warna dia merah!!! Itu memang warna kegemaran aku sejak lahir lagi. Hikhikhik Ermm, sebelum nak sampai ke rumah orang kawin aku terpaksa tunggu dalam sejam!!! Mana taknya si Gani, Ayu dan Ema lambat datang sebab baru nak beli hadiah. Nasib baik aku dah beli malam kelmarin. Hikhik. Sampai-sampai dekat rumah pengantin aku terus tengok pengantin bersanding, oleh sebab perut dah berbunyi aku terus cakap dekat Gani, kita makan dulu lah, lapar gila nie!!! Habis jew makan, kitaorang duk sibuk bergambar, iyelah camera dah ada kan. Opss!! lupa pulak aku ada karok dengan Gani, lagu Jangan Pisahkan!!! Sorry Ayu, pinjam jap tunang kau yew, sebab dia dah gian nak karok dengan aku!!!


Lepas jew kitaorang karaoke, sesi bergambar bersama pengantin pulak. Hikhik. Dah macam satu kemestian bergambar dengan pengantin sebelum melangkah pulang. Aku pilih duduk dihadapan sekali bersama Ema. Hikhikhik.


Cantik tak color dia? Tema biru lagi si Eiman nie pilih!! Semua nie kawan-kawan aku semua. Dari kanan, Honey, Ida, Eiman, Suami Eiman, Ghani, Ayu, Aku dan Ema. Masa tengah menunggu pengantin bergambar, aku sempat jugak bergambar, korang mesti nak tengok kan?

Aku bersama anak Honey.

Ayu, Aku dan Ema

Ema, Ayu, Ida dan Aku.

Bergambar bersama pengantin.

Lepas jew habis sesi bergambar di rumah pengantin, kitaorang bergegas ke Taman Tasik Perdana. Ikut pengantin buat sesi photoshoot dekat sana pulak. Pe lagi kitaorang yang bukan pengantin yang lebih-lebih posing!!! Kalau korang tak percaya tengok lah aksi-aksi manja kitaorang nie. Hikhikhik.





Okey tak gambar kitaorang? Nie cuma sebahagian jew, yang lain aku ada upload dekat FB. Kalau korang senang jemput lah tengok yew. Hikhikhik. Okey, sebelum lupa aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru buat Eiman dan suaminya, semoga bahagia dan berkekalan sehingga ke Syurga. Amin.


Sunday, May 27, 2012

Stand Upper.

Assalamualaikum,

Hai korang, maaf lah sebab semalam aku memang tak update blog nie sebab tak sempat lah. Pagi-pagi lagi aku dah kena masuk ofis sebab nak siapkan special report aku untuk Berita Wilayah TV1 pukul 5.00 petang. Dalam pukul 10.00 pagi aku dah bergegas ke pusat berita, agak busy jugak dalam bilik berita waktu-waktu pagi nie, maklumlah pukul 11.00 pagi ada berita.

Aku terpaksa tunggu dalam 20 minit sebelum buat VO, VO salah satu langkah sebelum aku mengedit video yang aku nak, nie proses masukkan suara dalam itu video lah. Kesabaran mengajar aku masa tengah buat VO nie, walaupun tak sampai berapa saat, tapi bagi aku penuh cabaran sebabnya ini kali kedua aku buat VO. Syukur sangat-sangat, sebabnya semuanya berjalan lancar, akak tu pun sporting jew lagi senang kerja aku.

Lepas masukkan VO, aku bergegas masuk ke bilik editing. Nasib baik, abang tu bermurah hati nak tolong aku. Dengan senyuman manis, aku minta tolong dengan dia. Memang terbaik hasil kerja dia, siap masukkan gambar dan lagu. Nie first time aku rasa special report terbaik pernah aku hasilkan. Mekasih abang yew, Opss!! nama aku lupa nak tanya sebab excited sangat nak siapkan special report tu. Lagipun aku ada assignment lagi pukul 11.30 pagi, ermm demontrasi aman dekat Selayang Jaya.Aku sempat gak snap picture masa tengah wat stand upper, korang nak tengok tak? Segan pun ada.


Masa tengah syok-syok tengok abang tu mengedit, tiba-tiba cameraman dah call, Alamak!!! kerja tak siap lagi nie, sempat ker aku nak kejar masa? Huhuhu Tapi nasib baik abang tu cakap, kalau ada kerja pergi lah dulu, nanti abang siapkan dan terus hantar bilik berita. Perghhh!!! Mekasih yew abang atas kesudian menolong aku.

Dalam pukul 11.45 pagi, aku bersama-sama cameraman bergerak ke Selayang Jaya. Kitaorang rilex jew hari nie sebabnya jalan tak sesak sangat. Sampai-sampai jew dekat Pusat Khidmat Masyarakat Keadilan DUN Taman Templer dah ramai orang berkumpul buat demontrasi aman. Sebelum nie, aku pernah cover Auntie tu masa kedai dia kena roboh, itupun tahun lepas. Kesian tengok diaorang ada lesen berniaga, tapi gerai kena roboh sebab kepentingan kroni!!! Dahsyat betul Ahli Parlimen tu. 


Ini antara peniaga yang tak puas hati dengan Ahli Parlimen tu, korang nampak tak Auntie pakai baju color biru seluar merah tu? Auntie tu lah yang aku interbiu, memang dia semangat tegakkan keadilan. Siap marah-marah lagi, takut pun ada tapi kalau orang tu benar dia takkan takut kan? Betul tak? Dia bebas buat pape pun asalkan ada BUKTI.

Habis jew sesi temuramah dengan peniaga, presiden IKHLAS dan Ketua Pemuda Selayang, kitaorang terus bergerak cepat menuju ke Kedai Anuar Kari Kepala Ikan dekat Taman Lucky, Bangsar. Kerja dah buat, perut pulak memulas sebab kelaparan, so semalam aku makan kari mamak!!! Untuk pengetahuan korang, aku memang tak berkenan sangat kari mamak nie sebab tahap kepekatan kari diaorang nie sangat tinggi tapi entah kenapa tiba-tiba aku rasa teruja nak rasa kari mamak nie. 


Walaupun aku selalu jalan dekat area kedai mamak tu, tapi aku pernah singgah untuk breakfast itupun dua tahun lepas masa tengah praktikal dulu. Masa aku tengah beratur memang rasa tak sabar tengok lauk-lauk dia. Dalam kepala terpikir, apa yang sedap sangat dengan kari dia erk sampai ramai orang datang makan dekat gerai nie. Kedai dia kecik jew tak lah besar sangat, lagipun tempat pun tepi jalan jew. Tapi orang datang makin ramai siap beratur panjang!!!


Panjang kan? Huhuhu, Aku tengok lauk dia cuma ikan goreng, ayam goreng, sotong goreng, taugeh, kari kepala ikan bersama bendi dan nasi. Lauk itu jew yang diaorang masak!!! Pelik kan, setahu aku taugeh tu diaorang tak masak tau, just rendam dalam air jew pastu terus makan. Lagi sedap ar taugeh tu, ragup-ragup jew masa aku makan. Aku pilih ayam goreng jew tapi kari dia memang TERBAIK lah. Aku sangat-sangat suka, Habis licin aku makan, siap jilat-jilat jari lagi. Abang cameraman perli aku lagi. Huhuhu Lantaklah, perut tengah lapar memang cam tu bang. Hikhik


Antara lauk pauk yang diorang buat. Nampak biasa jew tapi bila korang makan, MENYENGAT siot. Sumpah aku tak tipu. Serious!!! Bagi korang yang pengemar kari-kari mamak nie, aku suggest korang datang dekat sini, tak rugi lah. Minggu depan aku kena pergi lagi, tapi kalau nak pergi dalam pukul 11 lebih tak ramai orang. Opss, lupa pulak hari Ahad gerai Anuar nie tak buka yew, dorang OFF sebabnya dorang pun nak cuti gak kan? Penat kerja. Hikhikhik.


Friday, May 25, 2012

Men In Black 3.

Assalamualaikum, 

Aku nak story mory dekat korang pasal semalam, buat pengetahuan korang semalam aku puasa. Puasa apa usahlah korang tanya yew. Faham-faham lah. Hikhikhik Sebelum nie, aku ada buat entri pasal bulan Rejab kan? So, aku taknak terkecuali puasa moga-moga dapat keberkatan dari Allah S.W.T. Amin.

So, berbalik pada puasa semalam. Aku rasa biasa-biasa jew, tak penat sangat dan tak rasa lapar sebab aku gagahkan diri nie sahur sorang-sorang sambil ditemani hujan renyai-renyai. Romantik kan? Hahahaha Sahur aku hanya jamah nasi, ikan bawal sambal dan menu kegemaran aku sejak lahir, sup sayur!!! Terbaik lah, mekasih mak sebab masakkan lauk untuk akak. Nasi aku sendiri yang masak erk. Hikhikhik.

Dalam pukul 3.00 petang, aku tiba-tiba ingat filem Men In Black 3 yang start keluar semalam. Pe lagi, cepat-cepat aku booking ticket. Nasib baik dapat, tapi memang tak ramai pun dekat cinema yang selalu aku pergi tu. Selesa sikit dekat sana. Aku hanya buka puasa dengan Nestle Yogurt Drink dua botol, tempe goreng, cup cakes dan coklat. Tapi aku hanya mampu habis kan air dan tempe jew. Cup cakes dan coklat aku tak habiskan sebabnya lidah aku sikit dengan coklat nie, tapi takut lapar aku gagahkan jugak beli. Hikhikhik. Opss!! lupa pulak nak bagitahu, aku buka puasa dekat konti okey. Masih lagi kerja sebab nak hantar berita pukul 8 malam.


Nie lah Nestle Yogurt Drink yang aku cakap dekat korang tadi. Rasa dia memang sedap, aku memang suka dari dulu lagi tapi sekarang nie aku amalkan makan yogurt. Tiap-tiap pagi aku akan makan kalau tak lupa lah, biasanya aku akan beli dalam tiga botol buat stok untuk tiga hari. Selain itu, aku beli jugak yogurt yang natural. Tanpa gula dan tanpa lemak, katanya!! Hikhik. Tapi aku tak makan natural yogurt tu, mesti korang pelik kan? takpe-takpe lain entri nanti aku kongsi dengan korang yew.

Okey, sambung cerita semalam lagi, aku tengok movie pukul 9.30 malam. Kalau ambik pukul 8.15 malam memang tak sempat lah kan!! Cerita dia memang awesome sangat-sangat!! Aku suka sangat Jay, sangat smart. Memang citarasa aku dari dulu lagi, minat dengan lelaki yang berkulit manis-manis nie. Pandang terjemu, orang cakap lah bukan aku cakap. Hikhikhik. Kalau korang nak tahu cerita selanjutnyer, pergi lah tengok sendiri, aku malas nak bagitahu bait-bait cerita tu. Nanti tak surprise lah kan. Pape pun aku suka filem nie, TERBAIK!!!


Opss, aku balik dalam pukul 11.45 malam. Korang nak tahu tak? Sebelum aku nak balik rumah, aku accident pulak. Huhuhu Jangan pikir aku accident dengan kereta or lori tapi kain aku, tersangkut dekat escalator. Hampeh!! Nak marah tak jadi sebab benda dah jadi kan. Takdir!! So, aku terima dengan positif, takpe lah nanti boleh beli kain yang baru. Mungkin takde rezeki aku kali nie. Sabar yew sam. 


Wednesday, May 23, 2012

Cendol Durian Borhan.

Semalam aku ada cakap nak buat special report pasal Cendol Durian Borhan kan? Hari nie, aku bersama-sama dengan cameraman pergi terjah Kuala Selangor. Kebetulan bos aku, Pakcik Ishak turut serta dalam ini jelajah. First time pakcik ikut serta masa aku buat kerja, rasa cuak pun ada sebab bos tengok buat kerja. Siap ar kau kan!!! Ahdoi. Kena lah buat betul-betul cerita dia. 

Sebelum sampai Kuala Selangor, aku terus inform dekat encik Borhan pasal kitaorang dah makin dekat dengan gerai dia. Hikhikhik. Sebenarnya aku takut encik Borhan takde, kalau dia takde tak best lah special report aku. Dah nama dia Gerai Durian Borhan, kalau encik Borhan takde cam pelik jew kan? Hahahaha.


Haaa, yang tu lah encik Borhan. Korang nampak tak tagline dia 'Keenakan Yang Terigau-igau' Pergh!!! lepas aku buat interbiu mesti aku rasa cendol durian nie. Mana taknya keenakan dia boleh buat aku terigau-igau malam nie. Hahaha. Rupa-rupanya, selain cendol durian banyak lagi aneka cendol yang kita boleh pilih. Antaranya, cendol pulut, cendol labu, cendol keladi dan cendol special.


Aku pilih cendol durian dan jagung!!! memang terbaik lah, nie aku nak cerita dekat korang. Cendol dia kurang manis tak macam cendol yang mamak selalu buat. Rasanya light-light jew, cendol dia pulak lembut gitu-gitu jew. Cendol dia nie memang first time aku rasa cam nie, sebab encik Borhan sendiri yang buat cendol nie. Memang terbaik lah!!! Kacang dia pun lembut, gula melaka durian pun diorang buat sendiri, mungkin sebab gula melaka durian nie lah cendol boleh sedap. Hikhikhik.


Nie lah cendol durian pulut yang sempat aku tengok. Hikhikhik Selain cendol, aku makan laksa dia, so far memang sedap lah sebab kuah dia pekat lekat boleh masuk tekak aku sampai licin cendol dan laksa tu aku sapu sorang-sorang. Kalau korang nak tahu ini first time aku buat special report pasal makanan, selalunya pasal politik dan yang terbaru hari tu pasal Sepang Gold Coast.


Beginilah suasana Mariyos Cafe Cendol Durian Borhan sekitar pukul 3.00 petang. Lokasinya terletak kira-kira dua kilometer dari Pekan Kuala Selangor menuju Tanjong Karang. Gerai dia betul-betul dekat tepi jalan sebelah kanan korang. Waktu-waktu cam nie memang ramai sangat pelanggan, kalau hujung minggu tu kena cepat-cepat lah singgah sebab waktu tu paling ramai pelanggan. Opss, cam nak promote pulak gerai cendol nie. Hikhik takpelah bukannya selalu kan tolong umat Islam yang lain berniaga. 

Terima kasih kepada encik Borhan sebab sudi terima kunjungan kami. Cendol Durian Borhan memang TERBAIK!!! Korang boleh hubungi encik Borhan ditalian 017-6573096 atau 0172914630 kalau nak try cendol durian nie.

Tuesday, May 22, 2012

Rejab Oh Rejab.

Hari ini 1 Rejab..sejak semalam lagi aku banyak dapat mesej tentang fadilat bulan Rejab nie. Kata kawan-kawan aku, bulan Rejab nie sangat istimewa sebab berlakunya Isra dan Mikraj. Bulan nie jugak sangat bagus kalau kita puasa sunat. Ermm, esok aku tak jadi puasa la sebab aku kena buat special report tentang cendol durian dekat Tanjung Karang. So, aku tak boleh puasa takkan masa wat stand upper tak rasa cendol tu kan? Cam pelik jew, xpelah demi kerja aku terpaksa hentikan niat puasa tu. Lagipun, aku boleh start puasa hari Khamis. Hikhikhikhik

Dari hasil pembacaan aku, kalau kita puasa sehari dalam bulan Rejab kita macam berpuasa setahun. Kalau kita puasa tujuh hari dalam bulan Rejab, ditutup pintu-pintu neraka daripada kita. Kalau lapan hari pulak, dibuka lapan pintu syurga buat kita. Sepuluh hari berpuasa, insyallah tidak meminta kita kepada Allah S.W.T melainkan diberikannya. Itu antara keistimewaan bila kita puasa dalam bulan Rejab. Insyallah, kalau diizin kudrat aku akan berpuasa. Dulu, masa tengah study aku rajin puasa sunat tapi sejak dua tahun kerja amalan tu semakin aku lupakan *lepas nie kena rajin puasa sunat* Aku bukannya malas tapi kadang-kadang kekangan kerja buat aku malas nak puasa sunat. Huhuhu. 

Oleh kerana banyak fadilat berpuasa dalam bulan Rejab, aku taknak ketinggalan tahun nie. Biar aku buat dengan hati yang ikhlas dan bukan secara paksaan. So, aku nak ajak korang sama-sama puasa sunat bulan nie. Mana tahu pahala kita makin bertambah bila kita ikhlas buat sesuatu perkara demi mendapat keredhaan Allah S.W.T. Amin. Tapi korang jangan lupa doa dan niat dulu nanti sia-sia jew puasa korang!! Hikhikhik

Monday, May 21, 2012

Along Cepat Sembuh.

Semoga Along cepat sembuh, amin. Itu doa aku masa tengok Along semalam. Kesiannyer aku tengok kaki Along, nak pegang tapi bukan muhrim. Hahaha. Tapi sebagai seorang kawan, hati aku sedih sebab tengok Along kena cucuk besi dekat tumit dia. Cam sakit jew, Long!! Itu ayat yang terkeluar dari mulut aku masa mula-mula tengok kaki Along.

Ohh, lupa pulak nak bagitahu korang semua. Along nie member aku masa study dekat politeknik dulu. Walaupun masa study dulu kitaorang tak rapat sebab lain jabatan tapi bila dah abis study tiba-tiba boleh rapat!!! pelik bin ajaib kan? Aku memang manja sikit dengan Along, Opss tapi kalau tunang dia ada, aku tak boleh manja-manja nanti bakal Kak Long jeles lak. Hikhikhik. Hakikatnya, aku dah anggap Along cam abang aku walaupun masa poly dulu dia junior aku!!! Ahh, lagi pelik kan? Kalau korang nak tahu, dak Along nie dah tua sebab tu aku anggap dia abang aku. 

Berbalik masa tengok Along semalam, aku pergi dengan tettttt, RAHSIA sebab dia tak suka nama dia keluar dalam ini blog, katanya!! Dalam pukul 2.00 petang kitaorang sampai dekat Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia atau lebih dikenali dengan singkatan dia HUKM. Oleh sebab, si tettttt nie tak tahu jalan, kena la aku jadi GPS dia. Opss!! bukan semalam jew tapi setiap kali nak pergi KL atau nak pergi rumah orang kahwin aku lah yang kena jadi GPS si tettttt nie. Sentap kan? Sabar jew lah dengan si tetttt nie. Dah tua pun tapi still tak ingat jalan, baik takyah ada kereta.

Sampai-sampai jew dekat ruang tempat Along menginap, kitaorang terus tanya nurse. Ahdoi, korang nak tahu tak? kitaorang tak tahu nama penuh Along, sentap tak? Dah kawan lama tapi sampai sekarang tak tahu nama penuh dia. Hahaha nasib kau la long. Seb baik si tettttt nie tahu nama dia tapi just hujung yang depan tak dapat dikesan. Lagi sentap kan? Hahaha. Tapi bila kitaorang cari nama Along dekat white board nasib baik nama dia yang hujung ada, kalau tak kena call la si dak sakit tu.

Akhirnya, katil nombor lima milik Along berjaya dikesan. Macam biasa lah kan, katanya sakit tapi tetap macam dulu selalu menyakat aku. Korang nak tahu tak? Memang Along dan si tettttt tu suka buli aku!!! Hampeh, mentang-mentang lah aku nie blur-blur sanggup korang buli aku yew!!! Tapi bila jumpa Along aku mampu tersenyum sebab Along nie jenis happy go lucky. Masa sakit pun sempat lagi menyakat aku. Long, kau memang gila!!.

Masa aku tengok Along bukan aku dengan si tettt jew yang ada. Jambu dan isterinya yang merangkap kawan aku pun ada. Penat jugak lah tunggu dorang datang tapi kitaorang lepak makan dulu dekat kantin. Lapar siot!!! Kebetulan si zety pregnant, memang asyik kena sakat dengan Along lah cite dia. Along siap bagi petua-petua orang mengandung lagi *cam dia pernah jew kan* Si tetttt dan aku pun tak terkecuali, bagi jugak petua-petua lain. Siap Along perli aku, kau dah cam ada anak tujuh jew siap bagi petua orang mengandung!!! Siot punyer Along, merah muka aku. *geramnya*

Borak punyer borak, tak sedar dah pukul enam petang rupanya. Pergh!!!! nie pertama kali aku tengok orang sakit dekat empat jam. Semua sebab Along tak bagi kitaorang balik. Tapi takpe lah bukan selalu pun jumpa Along. Masa nak balik, Along cam sedih jew siap perli-perli aku lagi, dia cakap aku cam tak sabar nak balik jew. Huhuhu Long, jangan ar pikir cam tu takder niat pun nak balik awal. Sungguh!!! Kalau boleh nak temankan Along sampai malam tapi sebab waktu melawat pun sampai pukul 7 malam sebab tu kitaorang gerak awal. Hikhikhik. 

Doa aku semoga Along selamat masa operation hari Rabu nie. Semoga cepat sembuh yew, long. Amin.



Tuesday, May 15, 2012

Dark Shadows Awesome.

Semalam, lepas jew habis kerja aku terus pergi tengok wayang dekat area Kuala Lumpur. Selalunyer memang tempat tu jadi pot aku menjamah filem-filem oversea. Hahaha. Nasib baik tuah masih dikaki aku lagi, sampai-sampai jew dekat panggung wayang, aku terus dapat tiket wayang. Walaupun dalam hati berdoa, minta-minta la dah kuar cerita Men In Black 3 dekat sini. Ahdoi, harapan aku punah kali ini, cerita lain pulak yang ada dulu.

Kalau korang nak tahu dekat cinema nie, kena tunggu dalam dua tiga hari tayangan baru lah cerita baru tu muncul secara tiba-tiba. Tapi nasib baiklah ada cerita jugak nak dilayan. Opss!!! lupa pulak aku pergi tengok cerita nie bukan sorang-sorang tapi dengan Si Senget. Nasib baik dia temankan aku, walaupun sebenarnya aku yang temankan dia *sentapkan?* Dah macam setiausaha peribadi pulak, siap aku panggil dia bos lagi.


Korang mesti tahu kan cerita yang aku tengok? Mana takknya dah terang-terang jadi tajuk entri aku kali nie. Mesti ar korang hebat!!! Aaah, aku tengok cerita Dark Shadows kisah seorang manusia biasa bertukar jadi pontianak!!! Cam ner tu? Alkisahnya cam nie, Barnabas Collins berasal dari Liverpool tapi dia merantau ikut family ke Amerika Syarikat. Mak dan bapak dia nie usahawan terkenal kira bangsawan kaya la yang tubuhkan bandar Collinsport jadi pusat perikanan. 

Dah kata orang kaya, Barnabas nie playboy sampaikan dia terjebak dalam cinta Angelique seterusnya menyebabkan dia menderita sampai 200 dekad. Mana taknya, si Angelique nie seorang yang pendendam cinta, kalau orang yang dicintai tu berpaling tadah dia akan musnahkan semua kesayangan Barnabas termasuklah mak, bapak dan kekasih hatinya, Josnette.

Lepas jew, si Angelique sihirkan semua orang, Barnabas jew yang terselamat tapi dia bertukar jadi pontianak sampai bila-bila. Yang aku paling suka tengok dia kena kurung dalam kotak hampir 200 dekad. Lamanya dia duduk dalam tu kan? Tak mati pulak dia sebab takde udara. Opss terlupa lak, pontianak kan dah mati, no wonder la dia tenang jew dalam kotak tu. *pe lah sam nie*

1972, akhirnya si pontianak Barnabas bebas sebab ada pekerja si Angie nie lepaskan dia dalam kotak usang tu. Maka, Barnabas pulang semula dekat Collinwood Manor tapi semua isi rumah dalam tu waris-waris Collins. Yang aku pelik, si Barnabas nie hisap darah manusia tapi dia tak minum darah family dia. Dia sangat utamakan family dia sebab family adalah kekayaan dia!!! hebatkan ayat tu. Aku suka sangat.

Lepas jew kemunculan Barnabas pelbagai kejadian berlaku, semuanya demi kembalikan kemashyuran perniagaan Collins. Akhirnya, Barnabas jatuh cinta dengan Vicky mengasuh anak buah dia. Vicky nie muka dia saling tak tumpah sama dengan kekasih hati Barnabas yang mati terjun dekat laut. Memang sama jew sifat dorang, kira nie cam roh si Josnette ada dalam badan Vicky sebab tu dia terdorong nak kerja dengan keluarga Collins.

Bila si Barnabas nie kembali semula, Si Angie berusaha memikat hati teruna kesayangan dia. Tapi akhirnya cinta dia sekali lagi tak terbalas. Si Angie naik angin sampai memusnahkan semua benda yang si Barnabas buat seperti kilang ikan. Kesian Barnabas kan? Jahatnyer si Angie nie, sebab cinta tak terbalas habis semua dia musnahkan. Kalau aku jadi Si Angie, aku akan redha jew sebab mungkin ada lagi terbaik untuk aku dekat luar sana.Hikhikhik.

Okey aku takkan cerita sampai habis filem nie, kalau cerita sampai habis mesti korang cam tak berminat nak tengok kan? sampai dekat sini jew aku cerita. Aah, lupa lak nak bagitahu korang, habis jew cerita nie, macam beselah Si Senget mula la nak tiru aksi-aksi dalam ini filem. Paling kelakar sekali, dia tiru aksi Barnabas pukau orang dengan tangan, siap ada hati nak pukau aku cara tu!! *tak makan la beb cara tu!!!* Itu semua karut jew, mudah sangat Si Senget nie percaya benda-benda cam tu. Ahdoi, ini lagi satu manusia yang terlalu ikut rentak filem, lagi-lagi filem aksi ganas!!!. Pening kepala aku layan kanak-kanak riang ini, walaupun dah pangkat dewasa!!! Hahaha. Sebelum mengakhiri entri nie, aku nak siarkan gambar pelakon-pelakan Dark Shadows, memang terbaik la cerita nie. Aku bagi 4.5 bintang!!!


Monday, May 14, 2012

Doktor Umum.


Korang kenal wajah dalam gambar atas nie? Ini lah tokoh terunggul di Malaysia, yang jadi kebanggaan aku. Walaupun aku tak pernah bersalaman dengan beliau, tapi aku tetap meminati kepimpinan beliau masa tadbir negara dulu. Aku ingat lagi, masa tu aku kecik lagi, beliau sangat tenang dan tampan sekali. Masa tu ada seorang lagi pemimpin yang aku paling sayang, mungkin kerana bibirnya yang merah bak delima menjadi kesukaan aku masa tu. Siapa lagi kalau bukan Perdana Menteri kita sekarang nie, Datuk Seri Najib Tun Razak. Tak sangka impian aku nak tengok Datuk Seri Najib jadi PM menjadi kenyataan.

Masa aku kecik-kecik dulu, manalah aku tahu tentang dunia politik. Yang aku tahu, Tun Dr Mahathir popular sebab kalau tengok berita mesti muka Tun yang terawal keluar TV. Melangkah dewasa aku semakin mengagumi kebijaksanaan beliau mencorak Malaysia jadi negara maju. Siapa yang tak kenal dengan projek-projek Tun dulu, Menara Berkembar KLCC pernah jadi menara tertinggi di dunia lagi satu Putrajaya, yang dulu takde siapa terpikir jadikan kawasan paya pusat pentadbiran negara. Sungguh aku kagum dengan kecerdikan Tun merangka masa depan Malaysia.

Oleh sebab aku meminati Tun, akhirnya hari ini aku beli buku Doktor Umum: Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad. Aku beli dekat MPH, Alamanda, Putrajaya, harga dia RM 59.90 jew. Setakat nie, aku baru mula bab satu. Yang lain, tak sentuh lagi. Sejak aku berkecimpung dalam dunia politik nie *cehwah* aku semakin teruja belajar sejarah dulu sebab tu aku beli buku nie boleh aku guna sebagai panduan aku masa bekerja. Kerja sebagai wartawan nie memerlukan fizikal dan mental yang kuat, kena tahu isu-isu terkini dunia politik, kalau tak jangan haraplah korang nak jadi wartawan. hikhikhik.

Okeylah, sampai dekat sini jew dulu yew, aku nak sambung balik baca buku tokoh negara ini dulu. bye.


Sunday, May 13, 2012

Rayu Jangan Marah.

Aku rayu jangan marah sebab aku takut tengok orang marah!!! Aku rayu jangan sesekali kesal dengan kehidupan sebab semua dah ditakdirkan oleh-Nya. Aku rayu jangan mudah putus asa mungkin hari ini kau kalah, mana tahu esok lusa kau ditangga tertinggi masa tu kejayaan akan mencari kau. Masa tu jugak hanya doa yang mampu aku berikan agar kau sentiasa berjaya.

Aku rayu jangan marah saat semua berpaling jauh dari kau. Mungkin diaorang tak faham masalah dan perasaan kau. Tapi aku faham hati kau. Kau tak perlu risau sebab aku ada temankan kau. Kalau kau rasa terpinggir, aku ada jadi teman kau. Sungguh!!! Aku amat hargai keikhlasan hati kau. Biar semua orang caci maki kau, tapi aku takkan sesekali menjatuhkan kau.

Aku rayu jangan marah-marah lagi sebab kau insan yang paling rapat dengan aku. Kalau kau marah-marah lagi, mungkin aku akan berkecik hati. Tapi mungkin kesabaran aku, aku gigih di sini lagi saat kau disisih selalu. Aku akan jaga kau, biar sume orang benci kau. Aku ada untuk lindungi kau dari anasir-anasir jahat asalkan kau tak marah-marah lagi.

Aku rayu jangan marah selalu sebab aku mahu tengok kau tersenyum selalu. Aku suka tengok kau gembira sebab masa tu kau suka berjenaka. Kau lupa segala masalah dalam jiwa, semua kau anggap mudah bila gembira. Bibir kau akan merekah bila tersenyum, ramai yang suka senyuman kau tu. Cuma kau jew yang selalu menafikannya. Sungguh!!! ramai orang terpesona, aku pun tak kurang samanya dengan mereka di luar sana. Terpesona dengan senyuman kau.

Aku rayu jangan marah sentiasa sebab semua benda kau akan pukul. Cermin kereta, stering kereta, antara benda yang kau pernah pukul. Takut aku tengok masa tu, kau seakan-akan hilang kawalan. Kau tak sedar bila kau tengah marah, asalkan kau dapat hilangkan kekesalan dalam jiwa tu. Sungguh!! aku takut masa tu. Tapi aku tetap sabar, sebab aku tahu itu jew cara redakan perasaan marah kau tu. Jujur aku cakap dekat sini, aku tak suka kau marah macam tu. 

So, aku rayu kau jangan marah-marah lagi. ;)


Saturday, May 12, 2012

WAWA Akhirnya Pergi.

Kira-kira pukul 3.30 pagi, aku dikejutkan dengan berita kematian WAWA. Siapa WAWA dalam hidup aku? Mesti korang tertanya-tanya kan? Sebenarnya WAWA tu panggilan bagi nenek sebelah bapak aku. Masa aku kecik dulu, dia lah yang ajar aku mengaji dan ilmu agama. Masa tu aku tak tahu pape lagi, baca Al-Quran pun tak pandai lagi. Tapi aku selalu dapat pujian daripada WAWA.

Aku takkan lupa, kata-kata dia dulu. Ayat itu akan selalu aku semat dalam jiwa nie, mesti pun sakit tapi aku rasa itulah kata-kata yang lahir dari mulut WAWA. Tak payah lah aku perkatakan di sini, biarlah jadi memori aku masa dulu. Mesti pun WAWA selalu meluahkan kata-kata itu, tapi sampai sekarang aku tak berdendam dengan WAWA, malah aku sentiasa melawat dia waktu sakit.

Sampaikan WAWA menangis bila tengok aku rajin ziarah dia. Bila aku masuk rumah WAWA, aku akan luah semua cerita-cerita aku, WAWA dan OBEK selalu mendengar jew. OBEK nie anak WAWA. Dia jugaklah yang mengajar aku mengaji. Aku kesian tengok OBEK dah lah sakit kaki, cam susah jew nak bergerak sebab tulah aku rajin tengok dorang bila ada masa terluang.

Sebelum WAWA menghembuskan nafas yang terakhir pagi tadi. dia ada meluahkan hasrat nak jumpa dengan adik aku, Ateh!!!. WAWA sorang jew panggil adik aku Ateh, sampai sekarang nama tu lekat dekat adik aku. Nasib baik adik aku sempat jumpa dia hari tu. Aku ingat lagi, masa tu  aku suka mengusik WAWA. Aku selalu cakap, WAWA ada gigi lagi ker nak kunyah makanan? Hahaha, lepas tu apa lagi, WAWA marah dekat aku, siap cakap kau ingat WAWA nie takde gigi ker? Walaupun aku suka mengusik WAWA tapi aku sayang kan dia, siap aku urut lagi belakang badan dia. RINDUnya masa tu.

Aku tak boleh nak bacakan surah Yassin untuk WAWA, korang faham-faham la yew. Lepas aku buat berita pukul 10 pagi, aku terus bergegas ke masjid dengan adik dan pakwe dia. Aku tunggu dekat luar jew masa arwah WAWA dimandikan. Mak aku bertungkus lumus mandikan jenazah. Lepas tu, jenazah dikapankan, sebelum proses menutup keseluruhan muka, dorang suruh siapa yang nak cium jenazah dipersilakan. Aku orang pertama yang cium arwah, tenang jew muka arwah masa tu. Aku cium dekat pipi kiri WAWA, sejuk jew pipi WAWA. Aku tengok WAWA macam tengah tidur jew, muka WAWA berseri-seri jew. Sayu jew hati aku tengok.

Lepas arwah disembahyangkan, aku terus bergerak ke tanah perkuburan Islam. Aku tengok setiap inci liang lahad yang WAWA akan ditempatkan. Sungguh hati aku sayu, WAWA yang aku kenal dari kecik sampai sekarang nie akan tinggalkan kitaorang sampai bila-bila. Sedih sangat-sangat bila jasad WAWA dimasukkan dalam liang lahad. Airmata aku cepat jew mengalir laju!!! Tak dapat aku tahan rasa pilu nie. Insan yang selama ini bagi aku ilmu mengaji pergi buat selama-lamanya. 

Buat kali terakhir, aku siram air atas pusara WAWA, cuma aku tak taburkan bunga jew. Dalam hati aku, biarlah WAWA tenang di sini. AMIN.

Thursday, May 10, 2012

Burger Kaw Kaw VS Rawang Burger Bakar.

Dah lama rasanya tak update blog nie, rasa bersalah pulak sebab kata-kata seseorang itu, aku dah makin malas nak update blog nie? seseorang yang mempertikaikan segala-galanya dalam blog nie. Cemburu kah dia? Tapi aku hanya bercerita meluahkan apa yang aku buat, rasa dan segala waktu la. Tapi sekarang ini aku dah mula melupakan semua tu. Biarlah dia, selagi aku tak kacau dia, selagi tu dia tak boleh kacau aku. Titik.

Aku ada satu cerita nie, hari ini aku pergi makan burger bakar dekat Rawang Burger Bakar. Sebelum ni, aku pernah pergi sana, tapi kena tunggu hampir dua jam ok. Masa tu hanya Tuhan jew yang tahu cam ner perasaan aku. Marah, tak sabar dan semua lah. Masa tu aku pergi dengan kawan-kawan adik aku, semuanya lebih kurang 15 orang. Last2 kitaorang makan dekat McD!!! Lagi cepat service dia. 

Tapi semalam aku pergi lagi, kira nie berani mati la. Dalam kepala dah terpikir, kalau tak dapat dalam sejam, terus belah. Perut makin berkeroncong, ada macam2 lagu keroncong mana taknya dari pagi aku tak makan. Banyak kerja hari ini, iyelah aku kena cover Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dekat Bangunan UMNO, Shah Alam rasmi Talian PAKAR. Opss, lupa lak nak bagitahu korang, aku siap interbiu Dato AC Mical. Pergh!!! sangat peramah dia, tak sombong pun. Tapi kenapa aku leh sombong tak nak bergambar dengan dia erk? Hahaha, aku leh tengok jew dia bergambar dengan makcik-makcik. Huhuhu.

Okey-okey, cam dah lari tajuk jew kan? berbalik cerita Rawang Burger Bakar tu. Aku pergi dengan Si Senget. Dia nak sangat rasa burger bakar nie. Takpe demi memenuhi hajat orang, aku temankan dia jugak. Tapi hati aku tak excited sangat berbeza time aku nak makan Burger Kaw Kaw tu. Lokasi dua-dua kedai nie dekat jew, area Wangsa Maju. Gigihlah kitaorang merayap sampai sana kan demi sebiji burger!!!! .

Kalau korang nak tahu, ada banyak jenis rupanya burger bakar nie, aku pilih Hot Spot Burger sebab dia cam standard burger la. Tapi Si Senget ambik KLCC Burger, pergh!!! lapar sangat dia, sah tak makan dari pagi nie. Kitaorang terus duduk sambil order air, pertama kali dalam sejarah aku order air epal campur lobak!!! Siap Si Senget pelik, aku jawap nak jaga kecantikan!!! Hahaha.

Tengah-tengah kitaorang layan perlawanan hoki, tiba-tiba dalam masa hanya 15 minit jew, burger aku sampai. Pergh!! cepat la pulak kali nie. Nasib baik aku tak jadi mengamuk. Tapi bila tengok burger dia, cam bese jew, cuma tang daging jew yang lain sebab dorang bakar.


Nie Hot Spot Burger yang aku order. Cam ner aku nak bagi comment erk, okey secara jujurnya, aku tak gemar sangat roti dan keju dia sebabnya keju dia tak cair. Daging dia not bad la, bese-bese jew. Aku bukan nak hentam sama peniaga nie, tapi ini sebagai komen dari pelanggan jew la. Mana tahu lepas nie korang baiki lagi mutu burger nie. Betul tak? *jangan kecik hati tau!!*



Nie pulak KLCC Burger, Si Senget yang order. Tinggi cam KLCC kan, sebab tu lah nama dia KLCC. Aku tengok Si Senget semangat jew makan, tak cam aku. Mungkin dia sangat lapar, makan apa pun sedap. Huhuhu.

Lepas aku makan burger tu, aku terus cakap dekat Si Senget, Burger Kaw Kaw dekat Seksyen 2, Wangsa Maju tu lagi sedap. Roti dia lembut jew, keju dia mencair cam air jew, dan yang paling best ada set dengan Hot Dog serta air berperisa ditambah daun pudina. Hahahaha, promote habis untuk kedai korang. Tapi memang terbaik la, aku sangat teruja masa makan Double Burger Chezzy tu, tak macam makan Hot Spot Burger. 


Nie lah Burger Kaw Kaw tu, memang terbaik kan? Lagi satu tempat yang aku suka pergi singgah bila nak makan burger, dekat area Chow Kit. Haah, mesti korang hairan kan? Chow Kit? Burger? Hahaha Yup!! memang dekat sana ada jual burger terbaik, nama kedai tu Burger Halim. Aku dah lama makan burger Halim nie since masa study poly lagi. Masa tu, hanya burger nie aku rasa terbaik pernah makan la. Tapi sekarang nie, aku dah ada dua jenis burger yang memang favorite. Burger Kaw Kaw dan Burger Halim.

Okey sampai sini jew cerita pasal burger, nanti kalau aku singgah dekat tempat lain, aku akan cerita pasal makanan dia lagi yew. Nak sambung kerja jap, walaupun takde kerja nak dibuat!!! Habiskan waktu dengan berBBM jew la. Ops, lupa lak aku baru jew beli BB, walaupun dah beberapa bulan yang lepas, tapi saje jew nak bagitahu korang aku dah pakai BB. Hahaha.