PENGIKUTKU.

Tuesday, May 22, 2012

Rejab Oh Rejab.

Hari ini 1 Rejab..sejak semalam lagi aku banyak dapat mesej tentang fadilat bulan Rejab nie. Kata kawan-kawan aku, bulan Rejab nie sangat istimewa sebab berlakunya Isra dan Mikraj. Bulan nie jugak sangat bagus kalau kita puasa sunat. Ermm, esok aku tak jadi puasa la sebab aku kena buat special report tentang cendol durian dekat Tanjung Karang. So, aku tak boleh puasa takkan masa wat stand upper tak rasa cendol tu kan? Cam pelik jew, xpelah demi kerja aku terpaksa hentikan niat puasa tu. Lagipun, aku boleh start puasa hari Khamis. Hikhikhikhik

Dari hasil pembacaan aku, kalau kita puasa sehari dalam bulan Rejab kita macam berpuasa setahun. Kalau kita puasa tujuh hari dalam bulan Rejab, ditutup pintu-pintu neraka daripada kita. Kalau lapan hari pulak, dibuka lapan pintu syurga buat kita. Sepuluh hari berpuasa, insyallah tidak meminta kita kepada Allah S.W.T melainkan diberikannya. Itu antara keistimewaan bila kita puasa dalam bulan Rejab. Insyallah, kalau diizin kudrat aku akan berpuasa. Dulu, masa tengah study aku rajin puasa sunat tapi sejak dua tahun kerja amalan tu semakin aku lupakan *lepas nie kena rajin puasa sunat* Aku bukannya malas tapi kadang-kadang kekangan kerja buat aku malas nak puasa sunat. Huhuhu. 

Oleh kerana banyak fadilat berpuasa dalam bulan Rejab, aku taknak ketinggalan tahun nie. Biar aku buat dengan hati yang ikhlas dan bukan secara paksaan. So, aku nak ajak korang sama-sama puasa sunat bulan nie. Mana tahu pahala kita makin bertambah bila kita ikhlas buat sesuatu perkara demi mendapat keredhaan Allah S.W.T. Amin. Tapi korang jangan lupa doa dan niat dulu nanti sia-sia jew puasa korang!! Hikhikhik

No comments:

Post a Comment