PENGIKUTKU.

Friday, December 31, 2010

Berakhir Tahun 2010.

31 Disember hari ini kan?
Macam tak percaya jew.
Esok dah mula 01.01.2011.
Tahun baru dah beb!.
Lepas nie kalau aku buat berita.
Kenalah letak tahun 2011.
Dah tak guna 2010.
Cepatnya masa berlalu.
Malam ambang merdeka malam nie.
Opss, silap.
Malam ambang tahun baru lah.
Lepas kerja aku just lepak kat rumah.
Macam malas nak keluar.
Tapi sejak dua menjak nie.
Aku memang malas keluar.
Tapi malam nie aku nak tengok bunga api.
Tak payah nak berhimpit dekat konsert.
Just tengok dari jauh pun seronok.
Aku suka tengok bunga api dekat KLCC.
Cantik sangat-sangat.
Tepat pukul 12.00 tengah malam.
Aku dah bertenggek tunggu detik tu.
Bila tepat jew pukul 12.00.
Bunga api mula memancar cahaya.
Cantik sangat aku suka tengok.
Tapi aku tak pikir pasal azam aku.
Biarlah esok baru aku cerita dekat korang jew.
Aku nak sambung tengok bunga api nie.
Cantik sangat.
Bye.
Lupa lak nak wish.
Selamat tahun baru semua.
Semoga korang bahagia untuk tahun ini.
Amin.

Thursday, December 30, 2010

Harimau Balik Kandang.

Tepat pukul 3.30 petang hari ini.
Ramai rakyat Malaysia datang ke KLIA.
Nak menyambut ketibaan Harimau Malaya.
Harimau Malaya nak masuk kandang semula.
Kebetulan Si Senget termasuk dalam ini acara.
Dia sahaja jew join.
Lepas tu bagi tahu aku yang dia on the way nak ke KLIA.
Sakit hati aku.
Tak dapatlah nak salam Safee Sali.
Sampai hati tak bawa aku sekali.
Tapi takpe.
Cepat-cepat aku cakap nak gambar Safee Sali.
Dia cakap iyelah nanti dia MMS kan.
Gembira aku rasa hari ini.
Dapat gambar Safee Sali.
So, inilah gambar yang Si Senget rakamkan.
Mekasih yew.
Jap erk, aku tak puas nak tatap muka Safee Sali.


Inilah Safee Sali.
Si Senget yang snap gambar nie.
Safee tengah senyum.
Mata seksi doh!.


 Ini pulak, Amirul Hadi.
Aku tak kenal sangat dia.
Tapi dah Si Senget bagi.
Aku letaklah dekat blog nie.


Gambar nie pulak S.Kunalan.
Senyum jew dia sambil pegang bunga.
Sebenarnya aku nak gambar Khairul Fahmi.
Tapi Si Senget cakap dia lain flight.
Sedih lah pulak takde gambar dia.
Tapi takpelah.
Asalkan gambar Safee Sali ada.


Wednesday, December 29, 2010

Malaysia Cipta Sejarah Bila Harimau Mengaum.



Inilah wajah-wajah kegembiraan pasukan Harimau Malaya.
Pergh! Hebat korang semua.
Aku bangga sebagai anak Malaysia.
Walaupun aku tak sempat nak tengok aksi korang.
Tapi jauh di sudut hati aku.
Aku yakin korang mampu lakukan.
Syabas aku ucapkan.
Sekarang nie aku nak cerita.
Kenapa aku tak tengok si harimau-harimau ini.
Semuanya salah si ubat rendam dalam air tu.
Buat aku lalok sampai tertidur atas katil.
Niat hati nak tengok aksi harimau pujaan aku.
Tapi tak kesampaian pulak.
*ada ulangan tak dekat televisyen?*
Aku rasa dekat Astro ada kot.
Aku sejak berkecimpung dalam arena sukan nie.
Suka benar tengok si harimau sorang tu.
Sapa lagi kalau tak si pacak nie.


Dia lah Safee Sali.
Harimau Malaya pujaan hatiku.
Sejak di Stadium Shah Alam lagi.
Aku suka sangat tengok aksi dia dekat padang.
Tak tahu kenapa dan mengapa.
Tapi yang penting aku suka.
Sampaikan Abang Nazrie boleh tahu aku minat dia.
Siap dia bagi nombor telefon Safee Sali dekat aku.
Tapi sampai sekarang aku tak call pun dia.
Hehehe.
Dia sangat hebat kan?
Tak salah aku minat dia.
Sampaikan dia boleh dapat Anugerah Kasut Emas.
Mana taknya dia kan penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF kali ini.
Syabas aku ucapkan dekat dia.
Terasa bangga pulak sebab minat dia.
Tak sangka pulak dia hebat di luar Malaysia.
Bukan sahaja di Selangor.
Malah di Asia Tenggara.
Aku akan sokong dia sampai bila-bila.
Dia kan harimau pujaan Malaya.
Mengaum bila menyerang lawan.
Akhir sekali.
Aku ucapkan syabas pasukan Malaysia.
Esok cuti umum untuk Malaysia.
Datuk Seri Najib Tun Razak dah umumkan.
Semua rakyat Malaysia akan bercuti esok.
Tapi aku tak akan cuti.
Aku tetap bekerja untuk berbakti pada negara.
Seronoknya korang cuti kan?
;(


Tuesday, December 28, 2010

Wajah Aku di Surat Khabar.


Gambar atas nie ada terpapar dalam Utusan Malaysia.
Tajuknya Makkal Sakti Bantah Selangor.
Bertarikh 28 Disember 2010.
Hari Selasa beb.
Terkejut aku bila tengok aku ada sekali.
Nie mesti kerja jurugambar utusan.
Tapi takpelah.
At least nampak aku buat kerja.
Semangat mengejar wakil dari Makkal Sakti tu.
Nampak bergaya pulak.
Mana taknya sambil pegang mic RTM.
Terasa diri dihargai.

Monday, December 27, 2010

Si Botak Adib.

Semalam aku datang majlis cukur jambul.
Siapa lagi kalau tak anak kawan baik aku.
Si Muhammad Adib tu.
Makin comel jew aku tengok dia.
Geram pun ada.
Sayang pun ada.
Sekarang nie dia jew lah buah hati aku.
Memang comel aku tengok dia pakai jubah hijau.
Dah lah kecik jew.
Aku sayang sangat dekat dia.
Bawah nie gambar sebelum dia dicukur jambulnya.


Comelkan?
Memang geram tengok gambar nie.
Rasa macam nak cubit jew.
Korang nak tengok tak gambar dia bila dah botak?
Nie aku ada gambar dia.
Ayah dia yang tangkap.


Lain kan muka Adib bila dah botak.
Dah tak comel anak Cikya nie.
Tapi takpe lah nanti rambut Adib mesti lagi cantik kan?
Tak sabar nak bawa Adib jalan-jalan.


Saturday, December 25, 2010

Tak Sabar Nak Balik Rumah.


Macam inilah gaya aku bila bosan.
Mana taknya.
Duduk dekat ofis sorang-sorang.
Semuanya pergi Pantai Morib, Banting.
Ada program showcase kat sana.
Kalau korang baca nie sekarang.
Masih awal lagi nak pergi meriahkan program tu.
Tapi memang selalu macam nie pun.
Kalau hari Sabtu lah.
Ofis terasa sunyi dan sepi.
Sempat lagi aku tengok cerita Ali Setan.
Best siot, siap hafal lagi dialog dia.
Filem nie wujud tahun 1985.
Tahun dimana aku lahir.
Tapi tak tahulah bila ditayangkan.
Bila habis tengok cerita setan tu.
Perasaan aku mula bosan.
Tak sabar-sabar lagi.
Apa lagi kan?
Nak baliklah.
Nak pakai baju kurung.
Kan malam nie ada majlis cukur jambul Adib.
Mesti comel anak bonda kan?
Tak sabar nak peluk cium dia.
Mesti tambah comel anak bonda kan?.
Okey lah sampai dekat sini jew aku taip.
Nak siapkan dulu berita untuk pukul 8 malam.
Nanti lambat pulak nak siap-siap.
Bye korang.


Friday, December 24, 2010

Akhirnya Airmata Aku Tertumpah Juga.

Sudah sekian lama aku menahan.
Hati ini terlalu sakit dan pedih.
Bila aku mengenangkan dia.
Dia yang tiada di mata.
Sangat jauh aku rasakan.
Walaupun dia dekat dengan aku.
Tapi aku tak mampu nak mengapai.
Kenangan terlalu indah waktu dengan dia.
Airmata aku mengalir hari ini.
Bukan untuk sesiapa tapi untuk dia.
Terlalu sakit hati ini.
Dia bukan tahu tentang hati ini.
Semalam aku termimpikan dia.
Dia berada disamping aku.
Aku tak bagitahu pun dia.
Biarlah dia tak tahu.
Tapi aku terlalu rindukan dia.
Biarpun aku jumpa dia.
Tapi aku tak dapat nak bagitahu dia.
Yang aku rindukan dia.
Lidah aku kelu dan bisu.
Aku hanya menatap wajah dia sahaja.
Aku tahu sekarang ini dia semakin jauh.
Dia tak rindukan aku lagi.
Sebab itu airmata mengalir.
Sekian lama aku kuatkan hati.
Akhirnya aku tewas kali ini.
Jiwa aku tidak keruan kini.

Thursday, December 23, 2010

Hati Aku Tersentuh.


Lepas korang tengok gambar atas nie.
Apa yang korang rasa?
Mesti kesian kan?
Yup!!
Aku pun rasa macam tu.
Bukan setakat itu jew.
Tapi aku rasa Allah s.w.t itu Maha Agung.
Terasa diri ini terlalu kerdil di mata Nya.
Tiba-tiba aku rasa terlalu insaf.
Kanak-kanak sekecil ini.
Mampu mengharungi penderitaan.
Hampir menitis airmata aku.
Melihat Nor Aisyah Zulhairi menangis.
Menahan kesakitannya.
Kalaulah aku ditempat dia.
Adakah aku akan gagah mengharunginya?
Sekuat semangat Nor Aisyah.
Aku harap Nor Aisyah akan sembuh satu hari nanti.
Tak perlulah dia mengharungi kesakitan lagi.
Kesian aku melihat anak kecil itu.
Meronta-ronta kesakitan setiap hari.
Aku terasa insaf dalam diri.

Wednesday, December 22, 2010

Berubah Lebih Baik, Itu Matlamat Aku Sekarang Nie.


Sejak hari Isnin kelmarin.
Aku dah nekad.
Nak berubah lebih baik dari sebelum nie.
Mampukah aku lakukannya?
Tuluskah hati aku untuk menahannya.
Satu hari aku berfikir panjang.
Macam-macam dugaan datang.
Aku teliti sifat-sifat orang sekeliling aku.
Pelbagai ragam aku lihat.
Ada yang hipokrit.
Ada yang sensitif.
Ada yang ego.
Dan ada yang bermuka-muka.
Depan punyalah baik, pijak semut pun tak mati.
Belakang pulak, punyalah kutuk kita.
Itulah lumrah dunia.
Manusia hanya pandai menilai kejahatan manusia lain.
Pandai menuding jari pada orang yang dibenci.
Tapi dia tak tahu.
Empat jari lagi menuding ke arah diri dia sendiri.
Sejak aku dah meningkat usia nie.
Banyak yang aku lalui.
Seriously, hidup aku banyak sangat ranjau dan duri.
Tapi kini aku dah mula sedar.
Hidup ini bukan semudah yang kita sangka.
Setiap orang ada matlamat sendiri.
Tapi aku nak ubah diri.
Berubah ke arah kebaikan.
Bukan untuk sesiapa, tapi untuk diri aku sendiri.
Korang doakan aku yew.
Insyallah aku akan jadi orang yang berguna.
Untuk negara dan keluarga.

Tuesday, December 21, 2010

Ikan Baung Di Tanjung Karang.


Nie gambar masa aku tengah buat liputan di Terusan Ban Canal, Tanjung Karang.
Sempat lagi ambil gambar dekat kebun tebu.
Macam tak pernah jumpa tebu jew.
Aku suka suasana dekat sana.
Tenang jew.
Korang tahu tak?
Dekat sana ada sawah padi.
Cantik sangat-sangat.
Aku suka padi.
Walaupun dulu aku paling tak suka makan nasi.

Monday, December 20, 2010

Selamat Ulang Tahun Yang Ke-28.

Selamat Ulang Tahun Yang Ke-28.
So, jangan nak perasan diri tu muda lagi yew.
Entri ini aku tujukan untuk dia di sana.
Hari ini kan 20 Disember?.
Hari dimana dia dilahirkan oleh mak tersayang.
Tahun pulak 1982.
Aku tetap ingat tarikh ini sampai bila-bila.
Sebab dia terlalu istimewa dalam hati aku.
Biarpun aku tak jumpa dia hari ini.
Tapi dengar suara dia dah buat aku gembira.
Aku sempat ucapkan selamat hari jadi.
Khas untuk dia sahaja.
Aku nak doakan untuk dia nie.
Jom kita sama-sama tadah tangan.

Ya Allah, Ya Tuhanku.
Kau panjangkanlah umur dia.
Kau berilah kesihatan yang baik untuk dia.
Kau bahagiakanlah dia.
Kau permudahkanlah perjalanan hidup dia.
Kau pertemukanlah dia dengan insan yang terbaik untuk dia.
Amin.

Aku harap dia sentiasa tersenyum hari ini.
Sebab hari ini hari jadi dia.
Tak dapatlah aku nak bagi kek Secret lagi.
Dia jauh sangat.
Susah aku nak jumpa dah.
Last but not least.
Aku nak ucapkan.
Selamat Hari Jadi.
Sweet 24, Opps silap!!
Sweet 28 beb!!
Aku tak dapat nak bagi hadiah dekat dia.
Aku cuma nak letak gambar ini jew.
Harap dia tak marahkan aku.


Aku nak dia senyum macam dalam gambar ini!!
Sebab aku suka tengok dia macam nie.
Sweet 28.


Sunday, December 19, 2010

Semoga Sara Bahagia Tau!


Inilah kawan aku sejak sekolah lagi.
Siti Maisara Masri.
Hari ini hari bersejarah untuk dia.
Sebabnya, dia baru bergelar seorang isteri.
Isteri kepada Aidil.
Dulu aku panggil dia Mai.
Tapi sejak aku dekat universiti.
Aku dah mula panggil dia Sara.
Rasa janggal tapi kadang-kadang aku panggil jugak Mai.
Tadi aku tengok Sara bersanding.
Comel sangat-sangat.
Cantik dia hari ini.
Suka sangat tengok Sara.
Sam nak ucapkan Selamat Pengantin Baru.
Semoga bahagia disamping suami tersayang.
Sam sayang Sara.

Saturday, December 18, 2010

Kisah Hari Ini, Aku Simpan Dalam Hati.

Jantung aku berhenti hari ini.
Mesti korang semua tak percaya kan?
Tapi memang betul pun.
Aku tak tipu.
Jantung aku berhenti bila aku tengok wajah itu.
Dia yang aku rindu.
Ada depan mata aku hari ini.
Saat ini, ketika ini.

Mula-mula aku tak percaya.
Aku sangsi seketika.
Tapi bila aku tengok dia senyum.
Baru aku sedar.
Dia memang ada depan aku.
Aku tengok jew mata dia.
Dah lama aku tak tengok.
Rindu rasanya.

Aku cuma berdua dengan dia.
Berbicara tentang kerja.
Dia bertanya dekat aku.
Antara tiga perkara.
Family, kawan dan kerja.
Aku pilih yang mana?
Aku jawap, aku pilih family dan kerja.
Dia nasihatkan jangan pilih tiga-tiga.
Nanti aku tak dapat penuhi semua.

Sepanjang hari aku bersama dia.
Aku duduk makan dengan dia.
Aku duduk tengok wayang dengan dia.
Cerita Narnia, aku simpan tiket tu lagi.
Selama dua jam dalam panggung.
Dia tak berhenti bergerak.
Tak selesa katanya.
Kelakar aku tengok dia.
Gelisah jew.
Pusing sana tak selesa.
Pusing sini pun tak selesa.
Tapi satu jew aku suka.
Masa dia lelapkan mata.
Aku tengok untuk hilangkan rindu.
Seriously, aku rindu.

Lepas tengok wayang.
Aku ajak dia karaoke.
Aku suka lagu kangen yang dia nyanyikan.
Dah lama aku tak dengar suara dia.
Aku dan dia ada juga berduet.
Aku saja jew.
Nak hilangkan rindu nyanyi dengan dia.
Waktu nie lah jantung aku berhenti.
Tiba-tiba mati.
Aku rasa tenang.
Tapi rasa ini pasti aku tak kan dapat lagi.
Entahlah.

Dia hantar aku balik sampai rumah.
Dah lama dia tak macam ini.
Walaupun sekejap jew dengan dia.
Tapi aku dah rasa puas.
Aku tak minta lebih.
Cuma nak tengok dia jew.
Nak hilangkan rasa rindu ini.
Masa dia tengah drive, aku tengok dia.
Tengok curi-curi jew.
Dia tak perasan kot.
Seriously, aku takkan lupa hari ini.
Aku dan dia.
Mekasih aku ucapkan dekat dia.
Sebab sudi keluar dengan aku.
Kisah hari ini, aku simpan dalam hati.
Buat selama-lamanya.



Thursday, December 16, 2010

Baju Kamu Ada Pada Aku.

Setiap hari baju kamu jadi peneman aku.
Dalam pelukan aku.
Seriously, bau badan kamu masih segar lagi.
Walaupun dah lama kamu beri.
Baju kamu peneman mimpi aku.
Setiap hari!.
Kamu ingat lagi tak baju tu?.
Baju yang kamu beri.
Untuk aku hilangkan rindu.
Baju kamu tetap ada pada aku.
Aku tak buang pun baju tu.
Aku simpan rapi di sudut bantalku.
Setiap hari aku peluk baju kamu.
Sampai lusuh baju tu.
Tapi aku tak kisah.
Sebab baju kamu ada pada aku.
Walaupun kamu jauh.
Tapi bagi aku, kamu tetap dekat dengan aku.
Sebab bau kamu masih ada pada aku.
Sampai sekarang aku tak basuh baju kamu.
Sebab aku takut hilang bau kamu.
Biarlah bau kamu aku ingat sampai bila-bila.




Tuesday, December 14, 2010

Anak Bonda.


Inilah anak Bonda.
Lepas nie aku nak Adib panggil aku Bonda.
Bukan Cikya.
Tapi Bonda.
Boleh tak Dieya?
Bonda sayang sangat Adib tau.
Dah besar Adib sekarang nie.
Muamuamua.



Monday, December 13, 2010

Si Gadis Ranggi.






Aku Benci Kau Sampai Bila-bila.

Aku takkan sesekali maafkan kau.
Yew, kau setan!!
Sampai bila-bila pun aku takkan.
Aku takkan jadi macam kau.
Jatuhkan maruah orang.
Jatuhkan air muka orang.
Aku tak takut dengan kau langsung.
Kalau kau nak tunjuk baik 
Kau buat lah.
Semua orang tahu kau macam mana.
Bukan aku jew, tapi SEMUA.
Kau kena ingat tu.
Apa yang kau buat dekat aku.
Aku takkan maafkan kau.
Aku nak hidup kau hancur.
Kau takkan bahagia sampai bila-bila.
Itu doa aku untuk kau.
Biarlah orang cakap aku nie jahat.
Tapi aku takkan hapuskan benci nie.
Aku memang benci kau!!
Sampai bila-bila.
Hidup kau takkan selamat.
Sebab kau dah jatuhkan maruah orang.


Wednesday, December 1, 2010

Selamat Hari Jadi Untuk Dia.

Selamat hari jadi yew.
Walaupun tidak jumpa hari nie.
Tapi aku tetap nak ucapkan.
Semoga panjang umur.
Semoga bahagia selalu.
Semoga dimurahkan rezeki.
Semoga gembira selalu.
Minta maaf sangat-sangat.
Bukan aku tak nak jumpa.
Tapi aku sangat sibuk dengan kerjaya.
Kata-kata akhir dari aku.
Selamat hari jadi untuk dia.