PENGIKUTKU.

Wednesday, December 22, 2010

Berubah Lebih Baik, Itu Matlamat Aku Sekarang Nie.


Sejak hari Isnin kelmarin.
Aku dah nekad.
Nak berubah lebih baik dari sebelum nie.
Mampukah aku lakukannya?
Tuluskah hati aku untuk menahannya.
Satu hari aku berfikir panjang.
Macam-macam dugaan datang.
Aku teliti sifat-sifat orang sekeliling aku.
Pelbagai ragam aku lihat.
Ada yang hipokrit.
Ada yang sensitif.
Ada yang ego.
Dan ada yang bermuka-muka.
Depan punyalah baik, pijak semut pun tak mati.
Belakang pulak, punyalah kutuk kita.
Itulah lumrah dunia.
Manusia hanya pandai menilai kejahatan manusia lain.
Pandai menuding jari pada orang yang dibenci.
Tapi dia tak tahu.
Empat jari lagi menuding ke arah diri dia sendiri.
Sejak aku dah meningkat usia nie.
Banyak yang aku lalui.
Seriously, hidup aku banyak sangat ranjau dan duri.
Tapi kini aku dah mula sedar.
Hidup ini bukan semudah yang kita sangka.
Setiap orang ada matlamat sendiri.
Tapi aku nak ubah diri.
Berubah ke arah kebaikan.
Bukan untuk sesiapa, tapi untuk diri aku sendiri.
Korang doakan aku yew.
Insyallah aku akan jadi orang yang berguna.
Untuk negara dan keluarga.

No comments:

Post a Comment