PENGIKUTKU.

Saturday, September 29, 2012

Sayang Tetap Ada.

Assalamualaikum,

Hari nie tiada kenangan yang dapat aku kongsi dengan korang, just nak titipkan satu ayat yang begitu mendalam maksud dia bagi aku. Ayat nie aku dapat dalam facebook adik angkat aku, Siti. Sorry yew dik, akak tersave nukilan nie untuk akak letak dalam blog akak. Ayat nie tiba-tiba bagi jiwa akak tersentuh dan macam nak nangis. Dan semestinya, seorang wanita di dunia nie kesemuanya memiliki jiwa yang lembut tak kira sekasar mana wanita tu, tapi jauh disudut hatinya kelembutan tetap terserlah akhirnya. 

Misalnya hal berkaitan cinta cintun nie, memang wanita nie dikurniakan Allah S.W.T dengan kasih sayang yang melimpah luah khas untuk insan yang dia sayang. Walaupun bermacam-macam yang dilakukan kekasihnya, keburukan atau kelemahan tetap tidak mengubah kasih sayang wanita. Itulah kehebatan seorang wanita, tetap sayang walaupun dah putus. Tapi sesetangah wanita akan mula melupakan kasih sayang tu bila ada kisah-kisah yang menyakitkan hati berlaku sepanjang sesi bercouple-couplelan. Sampaikan semua pasal lelaki itu akan dia padamkan terus dalam ingatan, bukan untuk seketika, tapi selamanya!!. 

Sebenarnya, bukan sebab wanita nie pendendam tapi sikap kaum adam yang kadang-kadang keterlaluan sehingga sanggup buat apa sahaja tanpa berfikir panjang. Aku bukan nak salahkan kaum adam tapi kadang-kadang diaorang tak faham apa yang wanita inginkan. Seriously, kebanyakkan berlaku akibat tiada komunikasi yang baik sehingga hubungan berakhir di tengah jalan tanpa melalui detik-detik manis alam perkahwinan. Ermm, tapi bukan semua kesalahan terletak di tangan kaum lelaki sahaja, wanita pun kena disalahkan. Iyelah masing-masing nak tunjuk ego, so mula lah nak cari salah sampai senang mintak putus. Dan, akhirnya masing-masing rasa bersalah. 

Tapi betullah kata-kata dibawah nie, perempuan bila dia cakap dia SAYANG seseorang tu, dia memang akan betul-betul SAYANG, bila dah putus pun, masih SAYANG dan tetap akan SAYANG!! Suka ayat nie sangat. ;)


4 comments:

  1. Salam.. Done follow saudari..
    Follow back kalau sudi.. Blog baru saya untuk kongsikan peluang, tips dan nasihat menjana pendapatan dari internet berdasarkan pengalaman saya secara percuma.
    http://duit2percuma.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Wsalm, salam perkenalan tercengang...
    Insyallah..terima kasih sebab singgah di ruangan blog saya nie..

    ReplyDelete