PENGIKUTKU.

Sunday, September 23, 2012

Tersenyum Seketika.

Assalamualaikum,

Syukur sangat-sangat hari nie, kalau korang nak tahu aku tak pernah sehappy macam hari nie. Memang aku terlalu gembira hari nie, setiap saat hari nie akan aku kenang sampai bila-bila. Bila aku ingat balik saat-saat manis hari nie, memang aku akan tersenyum seketika.

Awal-awal pagi, aku gagahkan diri pergi ofis walaupun dalam jadual menyatakan aku OFF. Tapi tak kisah lah, demi tugas dan arahan bos aku gagahkan diri bergerak ke Balai Bomba Subang Jaya membuat liputan pasal Latihan Bomba Komuniti. Aku memang rapat dengan semua pegawai bomba negeri Selangor sebab sebelum nie memang aku dah biasa berkerjasama dengan diorang. So, kerja aku jadi lebih mudah dan senang nak dapatkan maklumat ekoran keramah tamahan aku dengan pegawai bomba.

 Bersama pegawai bomba.

Lepas jew aku sempurnakan tugas, aku terus bergegas nak ke rumah pengantin di Banting. Aku, Kak Ngah, Mak Su, dan Kak Chik bersama-sama membelah jalan mencari arah ke Banting menggunakan pelan kad kahwin anak Kak Farid. Hahaha. Memang lawak saat nie, iyelah masing-masing tak tahu jalan, harap pelan jew lah. Nasib baik akhirnya kitaorang jumpa jalan dan sampai dengan selamat di rumah Kak Farid. 

Ermmm, kalau korang nak tahu Kak Farid nie dah kira cam emak kitaorang. Aku kenal dengan Kak Farid masa tengah praktikal dulu. So, dah lama gila kenal dengan Kak Farid, cuma lepas jew degree memang jarang jumpa Kak Farid lagi. Oleh sebab itu, aku kena jugak join dorang pergi rumah Kak Farid sebabnya tak nak Kak Farid kecik hati, kesian dekat dia. Iyelah hati orang lebih tua nie kena jaga betul-betul tak nak lah nanti dia terasa hati. Hikhik. Kak Farid, akhirnya sam sampai jugak dekat rumah akak kan? ;)

Kak Farid yang pakai baju color biru tu.

Kak Ngah yang semakin comel.

Kak Piah dah kurus sikit.

Kak Chik, Aku dan Mak Su.

Abang Azrin dan Mai.

Kak Chik, Yana, Kak Ngah dan Aku.

Dah nak balik!!!

Bila fikir-fikir balik, kitaorang memang jarang jumpa, so masa nie lah kitaorang beramah mesra. Ermm, iyelah masing-masing dah ada life sendiri. Ada yang dah kahwin, ada yang dah tunang dan ada yang  masih sorang-sorang. Tapi aku harap ikatan ini akan berkekalan sampai bila-bila walaupun dimamah usia. Aku sayang sangat dengan korang tau!!! Bersyukur sangat sebab dapat kawan macam Kak Ngah, Maksu, Kak Chik dan Yana. Opss lupa lah yang sorang lagi, Kak Yang!!! Hikhik Maklum lah Kak Yang duduk jauh sangat sebab tu susah nak jumpa, takpe Facebook kan ada. Nanti sam tag picture yew. Hikhik.



No comments:

Post a Comment