PENGIKUTKU.

Tuesday, February 22, 2011

Pejamkan Matamu. Aku Pasti Disisi.

Tiada Siapa Tahu Hati Ini.


Tiada siapa tahu hati ini.
Menangis kah?
Ketawa kah?
Bahagia kah?
Derita kah?
Hanya aku sahaja yang tahu.
Apa yang aku rasa.
Apa yang aku tanggung.
Terlalu sulit untuk aku ungkai.
Tapi yang pasti hanya aku tahu.

Monday, February 21, 2011

Meriah Masa Konvokesyen UUM.

Aku bersama adik-adik aku.
Mustakim dan makwe dia.

Aku dengan kembar.
Nisa.

Member yang aku jumpa dekat tepi jalan.
Senyum jew dia nie.


Aku tetap sendiri.
Masa untuk berjimba di Kedah.


Sunday, February 20, 2011

Aku Masuk Surat Khabar Kosmo!.

Korang baca story dekat bawah nie, pelan-pelan baca tau!!!.

 

Graduan UUM terima ijazah selepas banjir


Samsia


SINTOK - Penantian 633 graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) selama lebih dua bulan untuk naik ke pentas bagi menerima ijazah tiba ke penghujungnya apabila majlis konvokesyen yang ditangguhkan akibat banjir diadakan semalam.

Konvokesyen khas bagi menggantikan Majlis Konvokesyen ke-23 Sidang Kedua bagi Sesi Kelima dan Keenam itu berlangsung meriah di Dewan Mu'adzam Shah UUM di sini dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari.

Kesemua graduan menerima ijazah masing-masing daripada Pro Canselor UUM, Tun Dr. Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim. Turut hadir, Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak.

Penganugerahan melibatkan graduan daripada Kolej Sastera dan Sains UUM (UUM CAS) serta Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa UUM (UUM COLGIS).


Yang atas nie petikan akhar menerusi Kosmo.
Bertarikh 20 Februari 2011.
Muka surat 8.
Kisah aku masuk surat khabar.
Selalunya aku yang temubual orang.
Tapi kali nie aku pulak yang ditemubual.
Kelakar kan?
Tapi takpe lah.
Aku rasa gambar aku kelakar sangat.
Dengan make-up dia.
First time aku buat celak kat mata tu.
Antek tak?
Hahaha.
Rasa bangga dan teruja.
Tengok muka terpapar dalam surat khabar.
Syukur sangat-sangat.
Terima kasih kepada Kak Kosmo.
Kak Zana pun tidak dilupa.
Terima kasih semua.


Kalau korang nak tengok boleh klik sini Graduan UUM terima Ijazah selepas banjir

 

Hari Bahagia Buat Aku Sekeluarga.


Aku tengah berucap waktu nie.
Tak sangka kan?
Aku jadi wakil siswazah bagi Konvokesyen ke 23.
Sesi 5 dan 6.
Syukur alhamdulillah.
Berkat usaha dan kecekalan aku.
Akhirnya membuahkan hasil.
Aku diangkat sebagai Penerima Pingat Emas Naib Canselor.
Bukan itu sahaja.
Aku juga menerima Pingat Emas Timbalan Naib Canselor.
Aku rasa bangga.
Sebagai wanita.
Sebagai orang Melayu.
Sebagai pelajar Komunikasi.
Aku mampu menyampaikan ucapan graduan.
Aku tak akan lupa saat-saat indah ini.
Buat pertama kalinya.
Aku terkenal sekejap.
Lepas jew habis majlis.
Ramai orang menyapa aku.
Ucap tahniah kepada aku.
Tak aku sangka.
Akhirnya ramai yang mengenali aku.
Syukur kepada Mu.
Ya Allah.

Thursday, February 17, 2011

Universiti Utara Malaysia.


Aku di Universiti Utara Malaysia sekarang nie.
Besok hari penuh bermakna dalam hidup aku.
Hari konvokesyen aku.
Esok aku akan berucap.
Wakil graduan semua.
Rasa bangga sangat.
Sebab aku perempuan.
Wakil graduan sesi ini.
Doakan aku yang terbaik yew.

Friday, February 11, 2011

Aku Dah Mula Tersenyum Kembali.





Nie semua gambar aku bersama wartawan di Selangor.
Ada Utusan, Berita Harian dan Metro.
Time nie kitaorang tengah cover premis di Klang.
Enjoy gila.
Seronok wei.

Kenangan Bersama Senior Utusan.


Inilah gambar yang sempat diambil.
Masa tengah cover Datuk Seri Noh Omar.
Aku dengan abang Yazid.
Wartawan Utusan.
Suka tengok gambar nie.
Antek kan?
Aku kenal abang Yazid sejak praktikal lagi.
Sampai sekarang aku kerja dengan dia.
Sangat baik orangnya.

Monday, February 7, 2011

Aku Lulus Tahap 1.


Comel tak gambar aku kat atas nie?
Aku suka sangat gambar nie.
Mungkin sebab aku rasa comel.
Hahaha.
Tak boleh blah.
Perasan.
Tapi aku tetap rasa comel.
Lantak lah.
Nie kan gambar aku.
Hahaha.
Semalam aku dah buat exam.
Aku lulus beb.
Pasni tak sabar nak sambung study balik.
Windu la pulak.
Hampeh.
Bukan hari tu aku cakap otak dah beku ker?
Hahaha.
Lantak lah.
Janji aku belajar leklok.
Doakan aku yew.


Friday, February 4, 2011

Berjimba Di Sunway Pyramid.

wif kak Anna.

Kak Anna and Kak Eli.

Kak Anna, Kak Eli and Jaja.

Sejuknya.

Me, cute tak?


Tuesday, February 1, 2011

Hari Baru Bagi Aku.

Tenang sungguh hari ini.
Dah lama aku tak rasa macam ini.
Sambil membaca buku.
Khusyuk mata aku melihat.
Exam aku ahad ini.
Dah lama tak belajar.
Otak jadi beku sekejap.
Tapi aku takkan mudah putus asa.
Kalau orang lain boleh.
Takkan aku tak boleh kan?.
Tak kisahlah.
Janji.
Aku akan terus study.
Bukan hard tapi smart.