PENGIKUTKU.

Wednesday, June 20, 2012

Stable Steak House, Kampung Baru.

Assalamualaikum.

Hai korang, sempat jugak akhirnya aku nak update blog nie. Kalau korang nak tahu lepas jew habis kerja hari nie aku terus bergegas nak pergi tengok wayang. Tapi harapan aku hampeh sangat-sangat, rupa-rupanya dekat cinema tu dah stop cerita Piranha!!! Oooh, tidak!!! aku memang dah mind set nak tengok cerita tu minggu lepas, tapi entah kenapa aku asyik tangguh jew hajat tu. Menyesalnya tak pergi masa aku off hari tu!!! Arghhh, dah laa aku malas nak tengok dekat cinema lain sebab aku dah mula selesa dekat cinema yang satu nie. Memang tenang jew dekat situ.

Lepas jew tengok jadual cinema tu, hati aku ingat nak tengok cerita lain. Tapi bila pikir balik takut tak syok lak cerita tu. So, dengan gagahnya aku berlalu dengan hati yang sayu!! My piranha!!! Baru terbayang-bayang ikan tu dok buka mulut sambil nak terkam aku, rupanya hanya mimpi semata-mata. Huhuhu Kempunan aku nak rasa kehangatan terkaman piranha tu. Bila tengah jalan nak pergi parking, tiba-tiba otak aku ligat teringat steak dekat Kampung Baru. Dah lama rupanya aku tak jamah steak dekat situ. Nama dia Stable Steak House.

Masa aku on da way nak pergi Stable Steak House nie, tiba-tiba BB aku takde battery pulak. Huhuhu napelah aku tak change masa dekat ofis tadi. Melepas lah nak snap picture steak nanti. Huhuhu Tapi takpelah aku try cari dekat google mana tahu ada gambar Stable Steak House kan? Boleh jugak korang tengok kedai dia okey ker tak. Hikhik So far, aku dah banyak kali jugak makan dekat sini, memang selesa dan terbaik steak dia. Jap nak try cari gambar. Hikhik



Aaah, picture yang nie jew aku mampu curi dekat google. Huhuhu menyesal pulak tak bawa my baby tu. Kalau tak mesti cantik gambar aku nie. Tapi takpe lah nak buat cam ner kan, benda dah jadi. Kesal sangat-sangat hati nie. Ermmm. Okey, takpe taknak cerita pasal kekesalan hati nie. Sekarang nie kita cerita pasal Stable Steak House jew, apa yang istimewa dekat sana yew? 

Firstly, aku nak story pasal service dia, memang tip top sangat!!! Sebelum korang order makanan, air putih sejuk dan kacang mesti akan siap terhidang dekat korang. Kira masa tengah dok usha menu-menu menarik tu, korang boleh kunyah-kunyah kacang tu sebelum makanan sampai. Lepas jew korang order makanan, roti lembut akan terhidang atas meja. Yang nie memang favorite aku sejak dulu lagi, roti dia lembut jew ditambah dengan majerin yang sedap!! memang best!!! Opss, lupa nak bagitahu korang, aku order Lamb Sizzling yew. Nie first time nak rasa lamb pulak, selalunya aku makan Beef Steak Sizzling. 

Kalau korang nak tahu apa-apa yang belakang dia Sizzling niew, bila diorang serve memang best sebabnya dia akan tabur kuah blackpepper depan korang tau!!! Seriously, siap terpecik lagi dekat tangan aku, memang panas lah cerita dia. Tapi sepanjang aku dah makan dekat sini, memang yang nie lag jadi favorite aku sebab bila makan terasa panas-panas lagi. Jap nak try google lagi mana tahu ada picture ala-ala sizzling nie kan?


Aah, akhirnya jumpa jugak!!! Macam yang aku cakap tadi lah, dia curah kuah blackpepper tu depan korang. Korang tengok asap tu? Menarik kan? Rasa kuah dia manis-manis tapi kalau masin sikit aku lagi suka sebabnya aku nie kureng sikit makanan manis-manis nie!! Korang tengok tomato dia tu, besar kan? Aku memang suka makan tomato, siap simpan lagi sebab nak menikmati tomato lepas habis daging tu aku ratah. Hikhikhik Yang tu memang sifat aku sejak azali lagi, makan benda yang menarik lepas semua makanan habis aku makan!! Baru lah terasa nikmat dia. Aku lepak dekat Stable lama jugak dalam satu setengah jam. Lepas jew habis tengok berita, aku terus bergerak ke Cheras pulak. Ada benda nak dibuat dekat sana, tapi tak buat jugak sebabnya kedai tu tutup!!! Ermm, sape suruh lambat sangat lepak makan? Kan dah tutup. 

Okey, setakat nie jew tempat makan yang aku pergi hari nie. Kalau korang nak rasa keenakan steak nie, korang boleh lah berkunjung dekat Stable Steak House nie. Nak cari dia senang jew, dia dekat dengan LRT Kampung Baru. Mesti korang jumpa punyer, lagipun restoran dia tepi jalan jew. Signboard pun diorang sediakan. Aku sarankan korang datang sini sebab steak dia memang the best!!! Rugi kalau tak cuba. Hikhik

3 comments:

  1. Makan kat sana tak hajak ... tacinggg

    ReplyDelete
  2. ala-lala, nanti kt lepak sesama dekat sini yew. jangan ar merajuk!!!

    ReplyDelete
  3. stable steak house mmg the best kt kg baru! sy pn suka :)

    ReplyDelete