PENGIKUTKU.

Wednesday, June 27, 2012

Tawaf Taman Tasik Perdana.

Assalamualaikum,

Perghh!!! Agak lama jugak aku tak update blog nie kan? Ermm, kemalasan aku semakin memuncak sejak akhir-akhir nie. Bukannya takde isu nak dilontarkan di sini, tapi jejari manis ku ini mula malas nak gerak-gerakkan keyboard PC nie. Arghh, lepas nie kena rajin-rajin lagi, tak boleh malas-malas lagi yew sebabnya ini sahaja tempat yang aku makin suka luahkan segala yang jadi diari kehidupanku sebagai seorang anak, kakak, pekerja cemerlang dan teman kepada korang semua.

Okey, tanpa banyak cerita yang meleret-leret, aku nak kongsi dengan korang pasal hari nie. Sebenarnya aktiviti nie dah lama aku tak buat sejak berakhirnya netball tournament antara rakan sekerjaku. Aku rasa macam malas nak bergerak sambil mengoyang-goyangkan kakiku ini. Makin lama makin malas aku nak buat aktiviti tu. Walaupun badan aku stabil tapi aku dah anggap badan aku dah sihat. Oit!!! Sam, kau ingat badan kurus tu sihat ker? Kalau kau tak bersenam jangan harap kau nak dapat badan yang segar. Ermmm, tu kata hati aku yew, maklumlah aku nak stay maintain tapi malas nak bersenam. Huhuhu.

Dalam bulan Februari lalu, aku ada buat pemeriksaan badan yang dapat kesan tahap keseimbangan berat badan dengan ketinggian kita. Sebenarnya, itu kali kedua aku buat!!! Seingat aku, kali pertama aku buat masa pemeriksaan percuma dekat Wisma Radio last year. Hikhik. Dah lama tak buat medical checkup nie rupanya. Hikhik Jap aku ada snap picture tahap keseimbangan badan aku hari tu.

 
Aah, yang nie lah picture pasal keseimbangan badan aku. Hebat kan alat nie, dia dapat scan semua dekat badan aku. Korang tengok dekat bahagian yang bertanda * semuanya bertanda Desirable Range tapi cuma tang Skeletal Muscle jew yang Low. Huhuhu Kiranya aku nie jarang bersenam, tu yang skeletal muscle aku menurun. So, lepas nie aku kena selalu bersenam untuk naikkan peratus skeletal muscle aku sebab yang lain aku takde masalah semua okey.

So, hari nie aku dah tekad nak bersenam tiga kali seminggu. Huhuhu Alamak, dah lama sangat aku tak berjogging tau!!! Memang berkurun lamanya, badan aku tak keluar peluh, selalunya peluh-peluh manja jew singgah dekat kulit aku nie. Tapi hari nie,  peluh-peluh garang berjaya keluar dari kulit aku lepas berjogging di Taman Tasik Perdana. Kalau korang nak tahu, aku bergerak ke sana lepas jew habis kerja. Pakai baju simple jew, T-shirt dan seluar track-suit jew lagipun just nak berlari bukan nak ngorat sape-sape. Hikhik.

Mula-mula aku ingat boleh berlari dalam masa 30 minit, ermm berlagaknya kan? Tapi aku hanya berjaya lari 3/4 bulatan Taman Tasik Perdana jew. Huhuhu Memang aku tak larat masa tu, bercungap-cungap lah jugak, almaklum lah dah lama tinggal aktiviti bersenam nie kan? Ahdoi, bila dah tak larat, aku just jalan jew. Lepas penat aku hilang, aku cuma mampu berlari anak!!! Huhuhu Letihnya berlari kan? Kira hari nie tak mampu lah aku nak tawaf satu Taman Tasik Perdana, takpe mungkin lain hari aku mampu tawaf Taman Tasik Perdana tu. Hikhikhik Insyalllah. 

Lepas jew selesai berjogging, aku terus main-main jap dengan peralatan yang disediakan dekat Taman Tasik Perdana tu. Memang best bila semua anggota badan aku bergerak-gerak. Selesa sangat-sangat, tapi aku yakin esok mesti sakit seluruh badan aku nie. Maklum lah dah lama tak bersenam. Huhuhu Balik jew rumah, aku terus mandi, terasa segar jew badan nie. Lepas nie kena bersenam lagi biar maintain jew setiap hari. Lepas aku mandi, aku makan nasi dan terus tidur okey!!! Mengantuk gila lepas berjogging nie. Tak tahu lah aku bangun ker tak esok pagi. Dah lah pagi nanti ada perlawanan Euro antara Sepanyol dan Portugal!!! Huhuhu. Harap-arap aku terjaga pagi nie yew. 


No comments:

Post a Comment