PENGIKUTKU.

Monday, June 18, 2012

Baju Vietnam.

Assalamualaikum,

Lamanya tak updates blog nie, walaupun aku agak busy minggu lepas tapi baru hari nie aku berkesempatan menaip dalam ini blog. Ermmm, sebenarnya takde benda yang menarik sangat nak dikongsi dengan korang. Opss, jap-jap aku nak fikir kejap. Ahhh, ada lahh!! Satu peristiwa yang tak akan aku lupa sampai bila-bila. 

Kisah baju Vietnam. Yup!!! Baju Vietnam, mesti korang ingat aku baru pergi ke Vietnam kan? Hahaha takde rezeki lagi aku nak jejak kaki dekat negara tu. Tapi seseorang yang amat aku hormati, cehwah!! Dia lah yang berjaya jejakkan kakinya dekat bumi Vietnam baru-baru nie. Dengkinya dekat dia!! Nak pujuk rayu bawa sekali tak berjaya, mana takknya dia ikut group la pulak semuanya teman sekerja. Hampeh!!

Sebelum dia berangkat, seingat aku dalam beberapa hari menjelang hari tersebut. Dia telah mengunjungi aku, bukan sebab nak buang rindu tapi ada niat disebaliknya. Ermmm, si merah aku berjaya ditawannya!!! Iyelah orang nak pergi holiday kan, kalau tak bawa camera memang sia-sia jew holiday tu. Huhuhu Kenapa lah aku dia tak bawa sekali? Bukannya berat sangat, kalau letak dalam beg agak-agak kena tahan tak sebelum melepasi sempadan!!! Hahaha, memang kena saman lah kan!! Huhuhu.

Tapi awal-awal lagi aku dah ingatkan dia, jaga my baby leklok tau!!! Jangan kasar-kasar dengan my baby sebab aku baru pakai sekali jew. Hahaha. Itu kira nasihat yang aku titipkan sebelum dia guna my baby. Tapi aku percaya dia pandai jaga barang, lalu kepercayaan aku semakin tinggi dan akhirnya aku setuju nak bagi pinjam. Sebelum sempat dia beredar balik, satu soalan dia utarakan dekat aku. 

Dia : Kau nak apa-apa tak?
Aku : Taknak, asalkan kau balik dengan selamat dah lah.

Perghh!!! Hipokrit betul kau Sam!!! Dah orang tu offer nak tolong belikan, yang kau pulak bongkak sombong tu apsal? Ahdoi, melepas lah aku nak dapat ole-ole dari Vietnam. Sempat jugak lah tampar manja dekat bibir yang ada tahi lalat manis nie jap!!! Ahhh, nape lah aku boleh hipokrit dekat mamat nie erk!!! Dah ar bagi pinjam my baby tu free, takkan lah dia tak ingat dekat aku kan? Mula berfikir sejenak.

Kalau korang nak tahu, dia pergi tak lah lama sangat. Ahad gerak, hari Rabu dah balik. Ermm, empat hari jew, sempat ker nak tengok seluruh Vietnam tu? Hahaha. What ever!! Tapi masa dia pergi shopping dekat Night Market, ada jugak dia send gambar baju dekat aku guna BBM. Ermm, tak terpikir pun dia nak belikan untuk aku sebabnya mesti ramai yang order dekat dia. Siap tanya yang mana okey, nak pilih cam ner, kain mana yang jadi trend wanita masa kini!! Ader ker patut tanya dekat aku? takkan takde kawan-kawan perempuan dia dekat sana? Tapi takpelah bukan selalu pun dia tanya pasal benda-benda cam nie. Amat jarang sekali okey!!!

Ermm, sepanjang dia dekat Vietnam tu memang status BBM dia aktif sekali, siap letak picture dekat sana lagi. Seriously, aku jealous sekali. Hati cakap nak ikut, tapi takpe lah lain kali jew. Huhuhu Masa dia balik ke Malaysia, aku memang tak tahu pun. Tup tup dia dah sampai dekat rumah. Ermm, takpe aku bukan risau dia, tapi aku risau my baby. Macam mana lah nasib dia sepanjang journey dekat Vietnam tu kan? Rindunya dengan si baby merah tu. 

Penantian aku memang panjang nak tengok my baby, sebabnya lepas dia pergi Vietnam. Dia bergerak pulak ke Kedah!! Wedding member kitaorang, dia cakap nak snap picture pulak dekat sana. Ermmm, layan kan aje lah yew. Bukan selalu pun dia pinjam barang aku, nie lah first time dia buat cam tu. Lagipun aku tengok dia suka camera, so biarkan dia bermain sejenak dengan my baby. Korang nak tengok picture yang berjaya dia snap sepanjang dekat Kedah tu? Jap nak selongkar FB dia, hikhik 

Sedih plus gembira lepas sah bergelar isteri

Keserian pengantin baru terserlah, katanya.

Makan beradap.

Pandai jugak mamat nie snap picture, tak sia-sia aku bagi pinjam my baby. Dia pun siap mengedit lagi gambar-gambar nie, memang terbaik lah hasil tangan dia. Opss, lupa pulak nak wish!!! Congrats Pja dan Zam, semoga bahagia dan kekal selamanya hingga ke syurga. Amin. Kalau korang nak tahu aku suka sangat dengan gaun si Pja nie. Comel kan?

Berbalik dengan cerita utama, dia bagi my baby aku Isnin minggu lepas. Kalau ditambah ditolak didarab dan dibahagi, dia dah pinjam my baby dekat seminggu okey!! Lamanya kan? Sebelum dia bagi my baby, aku dengan tak malunya berBBM sambil memujuk rayu bagi my baby secepat yang mungkin. Hahaha Kejam kan? Macam tak ikhlas jew caranya tu, siap tanya bila nak bagi my baby. Hampeh betul perangai Sam nie!!! Tapi nasib baik dia cepat-cepat faham, dan dengan cepat save picture dekat komputer.

Seperti yang dijanjikan, akhirnya dia setuju nak bagi my baby lepas main bola!!! Ermm, penatnya aku tunggu macam tunggu bulan jatuh dekat atas riba pulak. Lambatnya masa berlalu, tapi hati semakin risau jew. Huhuhu Selagi my baby takder dekat tapak tangan, selagi tu hati mula tak keruan. Tapi tepat pukul 9.00 malam, akhirnya kereta dia sampai. Hikhik Kalau hari tu dia just ambik jew my baby, tapi kali nie dia ajak makan pulak sebabnya banyak kisah nak diselongkar sepanjang dia dekat Vietnam dan Kedah.

Tapi sebelum bergerak nak pergi makan, dia sempat tunjuk dekat aku my baby. So far, my baby okey jew, semua barang ada, cuma ada sikit yang kureng!!! Kunci beg dia tiba-tiba berjaya menghilangkan diri masa dia dekat Vietnam!!! Ahhh, tapi takpe janji my baby okey, setakat beg jew nanti boleh beli yang baru. Hikhikhik. Kitaorang makan dekat sup herba jew, lagipun dia tak pernah makan dekat situ. Masa tengah on the way nak ke sana, dia sempat campak beg color-color dekat aku. Sentap okey, dia bukan bagi tapi campak!!! Perghh, ganas gila mamat nie. Patut lah sampai sekarang nie takde awek lagi, lalalala.

Bila dia campak, aku malas nak tengok sangat dalam tu ada apa. Tengok sekali, lepas tu aku simpan dekat seat belakang. Lepas tu, dia terus cakap tak nak tengok ker apa yang ada dalam tu. Huhuhu Tahu pulak nak suruh aku usha lama-lama benda tu kan? Demi jaga hati mamat nie, aku belik-belik jugak barang dalam beg color-color tu, rupa-rupanya baju kurung Vietnam!!! Color coklat dan pokodot!!! Baju nie kalau aku pakai memang nampak lain lah sangat-sangat sebabnya aku takpernah lagi pakai baju pokodot. Dalam hati tiba-tiba terdetik, ingat jugak mamat nie dekat aku rupanya. Mungkin nie kira ganjaran sebab bagi pinjam my baby kot!!! Hahaha. By the way, thanks beb memang lawa baju tu tapi kau beli saiz M, besar sikit dengan aku tapi takpe nanti ako bagi kecik sikit yew. ;)


Baju Vietnam nie aku dah pakai hari Khamis yang lepas. Ramai orang puji baju nie, dorang cakap lawa. Siap tanya aku beli dekat mana lagi. Perghhh!!! Memang dia pandai cari baju la, len kali kalau dia pergi mana-mana aku nak order baju dekat dia lah. Tapi kali nie aku taknak hipokrit lagi!! Sudah cukup sudah, buang semua kehipokritan ku nie demi mendapat ole-ole lagi!!! Hahaha.


No comments:

Post a Comment