PENGIKUTKU.

Saturday, June 9, 2012

Takziah Keluarga Mustaghni Tabir.

Assalamualaikum,

Hai korang, ermmm letihnya hari nie. Kalau korang nak tahu kenapa aku letih, ada kisah disebalik semua keletihan ini. Semalam, dari pukul 1.30 petang hingga pukul 9.00 malam aku berkampung dekat Klang. Dalam pukul 1.00 petang, aku terus bergegas ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang lepas dapat berita kematian anggota trafik, Koperal Mustaghni Tabir kira-kira pukul 11.45 pagi.


Ini pertama kali aku cover kematian, sebelum nie aku cuma cover orang sakit jew. Masa aku sampai dekat bilik mayat, rakan media lain dah duduk berkelah dekat depan jalan utama masuk ke bilik mayat. Hikhik macam kelakar pulak diaorang nie, kesian pun ada juga. Lepas aku interbiu isteri dan anak Allahyarham, aku ikut join dorang semua duduk lepak dekat luar. Tengah duduk-duduk sambil menikmati udara hospital tiba-tiba aku nampak kelibat Syida. Yup!! sejak jumpa Syida dekat Kelantan aritu, aku dah lama tak jumpa dia. Huhuhu Rindu banget sama kamu!!! Syida datang dengan Siti, Siti nie budak baru dekat Utusan. Tinggi dan muda dari aku. 

Kalau korang nak tahu, kitorang lepak dekat bilik mayat dari pukul 1.30 petang sampai pukul 5.00 petang. Pergghh!!!! nasib baik lah ada member kitaorang belanja minum siap beli air dan roti lagi. Syukur sangat-sangat, rezeki masa dekat bilik mayat. Kesabaran mengajar aku lagi kali nie. Arghhh!!! Lepas jew kitaorang tahu maklumat dekat mana jenazah akan disembahyangkan, kitaorang terus bergerak keluar dari bilik mayat tu. Dah tak lalu nak duduk lama-lama dekat sana, so kitaorang terus menuju ke McDonalds. Ambik kau, siap pergi makan lagi, orang dok sedih-sedih kitaorang pergi bantai makan!! Kalau korang nak tahu, nie lah kerja aku selama nie, menunggu, menunggu dan terus menunggu. 

Tapi takpe demi tugas aku rela menunggu lagipun tak bosan pun sebabnya ada member yang boleh ajak berjimba sekejap. Aku just makan ayam McD, beli yang set. Satu aku makan, satu lagi aku bagi dekat adik naufal. Kesian dekat dia. Masa tengah makan tu, kepala asyik pusing tengok jalan jew, mana tahu van jenazah dah sampai. Tapi banyak kali pusing, tapi hampa jew sebabnya motor polis pun kitaorang tak jumpa. Dekat dua jam jugak lah kitaorang tunggu dekat McD tu, nasib baik dekat jew dengan Surau Ar-Rahimiah, Pangsapuri Polis DiRaja Malaysia, Taman Sri Andalas, Klang. 

Bila van jenazah dah sampai dalam pukul 6.20 petang, aku ingat nak terus disemadikan. Rupa-rupanya, lepas solat maghrib!!! Perghh, lagi menguji kesabaran aku nie. Sabarnyer hati dan otakku. Tapi nasib baik Syida dan Siti ada. Kitaorang lepak dekat kedai mamak, minum lagi lah cerita dia. Tapi kali nie, abang-abang polis trafik yang belanja kitaorang minum. Mekasih yew, abang-abang polis semua.


Dalam kitaorang tengah duduk lepak tepi jalan, sempat lagi aku bergambar dengan Syida. Almaklum dah lama tak berjumpa, nie kira cam jejak kasih lah yew. Hikhik Nampak tak muka aku yang berminyak tu? Mana taknya dari tengah hari sampai ke petang. Dah cam apa jew, tudung pun dah senget-senget!! Hahaha, selekehnya aku kan. Ala, bese lah cover berita kematian, mana ada masa nak berlawa-lawa, kena lah hormat majlis.Nasib baiklah aku pakai baju putih, kira sesuai dengan tema kematian la, cuma color tudung tu jew, cam meriah jew!!! Hahaha

Tepat pukul 7.45 malam, jenazah diarak ke Tanah Perkuburan Islam, Jalan Sungai Jati, Kampung Jawa. Perghh!!! Ramainya orang!!! Sampai dekat tanah perkuburan, aku tengok jentera dah siap menanti, jenazah selamat disemadikan pukul 8.20 malam. Aku sendiri menyaksiakan detik-detik tu satu persatu. Sedih dan terkilan pun ada dengan nasib Allahyarham. Aku berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan tenang di alam sana. Amin. Aku juga nak ucapkan takziah buat keluarga Allahyarham, harap redha dengan pemergiannya, mungkin ada hikmah disebalik kejadian yang menimpa Allahyarham.


Lepas jew selesai semuanya, aku terus bergegas balik ke ofis sebabnya story nie nak kena siar pukul 11.15 malam. Tergesa-gesa aku nak siapkan story nie, nasib baik simple jew. Sempat jugak lah aku edit dekat KL, so siap antar tape dekat abang Usop suruh edit lagi. Hikhik. Kerja macam aku nie memang seronok sebabnya aku dapat tahu dulu apa yang korang tak tahu, tapi kadang-kadang kerja macam nie memerlukan kesabaran yang tinggi!!! Sebabnya dia bermain dengan masa dan keadaan sekeliling. So, semalam memang hari menguji kesabaran aku masa tengah bertugas, tapi nasib baik ada kawan-kawan yang senasib memahami. Hahahaha.

No comments:

Post a Comment