PENGIKUTKU.

Sunday, June 10, 2012

KL Festival City Mall.

Assalamualaikum,

Hai, hari nie aku ada kisah nak kongsi dengan korang. Terlalu banyak benda yang menarik dah terjadi hari nie, memang aku tak sangka dan tak pernah terpikir dalam satu masa aku dapat jumpa semuanya. Perghh!!! Rezeki la tu. Cewah!! Untuk pengetahuan korang, hari nie memang aku dah plan nak tengok movie, cerita cartoon jadi pilihan kali nie iyelah dah bosan asyik tengok filem aksi ganas jew, kali nie tukar selera pulak. Madagascar Three, Europe's Most Wanted. Memang kelakar cerita nie, perkara mustahil pun boleh terjadi rupanya!!! Hebat betul cartoon nie, especially harimau tu yang boleh tembus gelung sekecil cincin? Hahaha memang tak sangka sangat-sangat. Dari awal sampai akhir filem aku tak berhenti ketawa!! Memang menyeronokkan.


Lepas tengok wayang, aku bergegas nak pergi KL Festival City Mall, dalam hati tiba-tiba nak makan dekat Seoul Garden. Sebenarnya, ada yang lagi dekat, tapi entah tiba-tiba teringat KL Festival City Mall. Lagipun, aku memang tak pernah jejakkan kaki nie dekat sana lagi, walaupun kerap kali lalu tepi jalan tapi belum berkesempatan nak masuk. So, hari nie aku rasa nak try tengok apa yang best dekat sana!!! Aku dengar dekat KL Festival City Mall nie ada karaoke, perghhh!!! Memang terbaik lah shopping mall nie. Hikhikhik

Masuk jew KL Festival City Mall, aku terus cari Seoul Garden, kalau korang nak tahu Seoul Garden nie macam steamboat lah tapi yang bestnyer dia ada grill sekali. Memang terbaik sangat-sangat!!! Aku makan sepuas-puasnya, paling suka sekali daging panggang. Bila daging dah masak ranum aku ambik salad dan aku susun cantik-cantik daging dekat tengah salad tu. Lepas tu, aku gulung-gulung salad tu bersama daging panggang, jadi macam sup bunjut adabi. Bila dah cantik jew, aku suap dalam mulut rasa dia memang terbaik lah!! Kata makan dekat kedai korea, so kena lah makan macam orang korea!! Hahaha.


Habis jew makan dalam dua jam, aku berjalan-jalan sekitar KL Festival City Mall. Tengah berjalan-jalan tu, tiba-tiba terdengar suara Remy Ishak, Perghh!!! Ada majlis ulangtahun In-Trend rupanya. Selain Remy Ishak yang macho tu, ada jugak Scha AlYahya!!! Cantiknya dia, aku minat sangat dengan lakonan dia yang bersahaja tu. Memang rock la kak Scha. Tiba-tiba dalam hati aku kalau ada kak Scha, mesti ada abang Awal kan? tapi masa aku tengah lepak-lepak sambil tengok konsert tu, aku tak nampak pun kelibat abang Awal. Tapi kalau korang nak tahu, aku tak sempat pun tangkap gambar dengan kak Scha, huhuhu Sedihnya sebab aku rasa segan pulak dengan dia, lagipun dia nampak busy jew. Mana taknya dia kan MC masa tu, taknak lah kacau dia tengah buat kerja. Tapi, aku sempat bergambar dengan idola aku masa dulu-dulu, Datin Norjuma!!! Memang dia sangat gorgeous sangat-sangat. 


Sebenarnya, memang aku meminati Datin Juma nie sejak dia mula-mula berkecimpung dalam dunia pengacaraan lagi. Nie kali kedua aku jumpa dengan dia, kali pertama masa tu dekat rumah bos aku dekat Melaka dulu. Waktu tu dia baru jew kahwin dengan suaminya tu, kira majlis menyambut kesyukuran sempena perkahwinannya. Hikhikhik. Masa tu umur aku baru jew 20 tahun, so lepas tujuh tahun baru aku jumpa Datin Juma lagi. Masih seperti dulu lagi, cantik dan menawan. Dia nie idola aku tau!!! Walaupun aku tak dapat bergambar dengan Scha tapi aku tak sedih sangat sebabnya aku dapat jugak jumpa dengan abang Awal!!! Akhirnya, aku dapat jugak tengok abang Awal dari dekat!!! Hensemnya dia, bertuah kak Scha. Aku nie salah sorang peminat diaorang tau. Walaupun tak dapat bergambar dengan diaorang, tapi aku rasa puas sebab dapat tengok diaorang depan mata secara live!!!


Gambar nie aku ambik dekat FB SchAwal. Hikhik Sory akak and abang, terambik satu picture. Tapi ini lah baju yang diaorang pakai hari nie!!! Sangat sweet kan. Kak Scha memang cantik sangat!!! Bertuah abang Awal. By the way, aku akan selalu meminati korang sampai bila-bila!!! Muah, muah, muah xoxo dekat kak Scha, Opss!! abang Awal tak boleh nanti kak Scha marah!!! Hikhik.



No comments:

Post a Comment