PENGIKUTKU.

Wednesday, June 6, 2012

Ayam Golek Nara Pantai Dalam.

Assalamualaikum,

Hai korang!!! Hari nie, aku kena kerja pagi, so pagi-pagi lagi aku dah gagahkan diri bangun. Tapi aku terlewat sikit bangun, solat subuh pun dah suku-suku waktu. Hikhikhik Aku bangun lewat sebab semalam, tiba-tiba aku terjaga dalam pukul 1 pagi dan tak boleh tidur balik sebab hujan lebat. Argghh!!! benda tu lah yang paling aku tak suka sangat-sangat, memang aku nie kerap terjaga malam bukannya nak pergi toilet tapi entahlah susah aku nak terangkan dekat korang!! Sampaikan ada kawan-kawan aku pelik dengan tabiat aku nie. Hikhikhik.

Okey sebenarnya entri nie bukan sebab aku selalu jaga malam, tapi sebab semalam bapak aku belanja makan!! Langkah kanan aku, mana taknya balik kerja terus bapak cakap nak belanja makan, dapat bonus lah tu. Hikhikhik Kebetulan adik Nita puasa lagi, so lepas jew solat maghrib kitaorang terus bergegas menjamu selera dekat Ayam Golek Nara Pantai Dalam. Ada jugak orang panggil Ayam Golek Lima Bintang Nara Pantai Dalam, perrghh!!! Panjangnyer nama dia kan? Tapi ayam golek nie memang terkenal seantero KL nie. Dari dulu lagi aku memang dah makan ayam golek nie, rasa dia sama jew tak pernah berubah!! Hebat kan. Opss lupa pulak, ayam golek nie juga dikenali sebagai Ayam Golek Mek Som.


Yang nie lah ayam golek tu, comel kan? Nie masa dia tengah bergolek atas bara api, banyak jugak ayam yang dorang golek. Siap golek 360 darjah lagi, almaklum lah nak bagi ayam nie masak sepenuhnya. Kalau tak silap aku dulu, harga ayam nie dalam RM 8 hingga RM 10 jew, tapi sekarang nie harga dia mencecah sampai RM 20!!! Perghh!! Mahalnya ayam golek nie? Tapi takpe lah sebab rasa dia sangat sedap, dengan rempah dia, siap ditambah ketahanan orang yang masak nak jaga bara api lagi, kira berbaloi sangat-sangat.


Korang tengok ayam golek tu, cantik kan diaorang susun satu-satu sambil bergolek-golek lagi. Hikhikhik Bagi aku keistimewaan ayam golek nie terletak pada rasanya yang lain dan rempah ratus sebati dalam ayam tu. Ditambah dengan kelembutan ayam masa aku tengah tarik bahagian-bahagian ayam tu. Lagi satu, mungkin sos dia yang color merah tu. Tapi biasanya aku nie kureng sikit makan sos, jadi aku akan cicah masa-masa tertentu jew sebabnya aku lagi suka makan cam tu jew. Terasa sikit dia punyer rempah.


Selain aku makan ayam golek nie, kitaorang jugak order makanan lain. Set 2A untuk empat orang makan jadi pilihan kitaorang kali nie. Dalam set tu ada tom yam, kerabu mangga, sotong goreng tepung, sayur kailan, sup daging dan telur dadar. Ohh, lupa pulak nak bagitahu korang, selain kitaorang anak beranak, pakwe adik pun join jugak. Sibuk jew nak ikut kitaorang, kalau makan free laju jew. Bapak pulak asyik suruh dia makan jew, yang aku dengan adik dia tak ajak pun sampai aku merajuk dengan bapak!!! Ada ker patut!! Menyampah pulak, tapi adik asyik cakap aku merajuk, bapak pulak bila dah banyak kali adik cakap baru nak pelawa aku makan ayam tu. Senget kan? Huhuhu. Tapi takpe sebabya aku tak kisah pun dengan pakwe adik tu. Dah cam adik ipar jew. Hikhikhik Kalau korang nak tahu, kitaorang makan dalam RM 87.40 jew. Murah kan, okey lah tu untuk lima orang makan.

Kalau korang nak try makan ayam golek lima bintang nie, korang boleh telefon number nie 013-3869499. Kedai dia senang jew, betul-betul dekat tepi jalan belakang Angkasapuri. Kalau nak senang, gerai dia tepi Flat Bukit Angkasa bersebelahan dengan gerai nasi lemak. Jap, bagi alamat lagi senang kan.

Ayan Golek Nara Seafood
Jalan Besar, Taman Bukit Angkasa, 
Pantai Dalam, Wilayah Persekutuan
59200, Kuala Lumpur.

Kalau korang malas sangat nak pergi terjah dan nak tahu pasal ayam golek nie or nak buat tempahan catering ker. Korang boleh terus hantar email dekat naraseafood@yahoo.com atau info@nara.com.my. Kalau rumah korang jauh dari Pantai Dalam, ayam golek nie buka branch dekat Taman Datuk Harun dan Puchong Permai. Hikhikhik So, aku harap korang dapat info-info nie sume yew, lagi senang lah korang nak makan ayam golek lima bintang nie!! Aku bagi lima bintang sebab ayam golek dia memang terbaik!! Takpernah lagi aku jumpa atau makan ayam golek sesedap nie dekat Malaysia. Perghhh!!! siap angkat tinggi-tinggi lagi, tapi itulah hakikat dia. Serious beb, wa tak tipu lu. Ini bukan cobaan tapi kenyataan.

16 comments:

  1. Salam.

    Betul memang sedap. Dulu sya duk pantai hillpark dah dekat situ selalu pegi NARA. Harga dulu dalm RM 12. Skrg tak tau berapa.

    ReplyDelete
  2. wsalam,

    sekarang nie harga dia 20 ringgit, dah makin mahal tapi rasa dia tetap sama tak berubah pun. memang terkenang jew kelazatan rempah dia. terbaik sgt2!!

    ReplyDelete
  3. skrang ni dh rm 20 sekor..klu separuh rm 9/-

    ReplyDelete
  4. aah, memang betul. klu separuh RM 9 jew. tapi makan tak puas lah. hikhik

    ReplyDelete
  5. Salam semua...minta maaf mganggu..saya zuba.

    Kepada penggemar2 ayam golek...layari facebook: Warung Golek Bara...pasti tgolek dgn ayam golek bara berempah kami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow, cam menarik jew...nanti boleh singgah tgk facebook...terima kasih zuba.

      Delete
  6. Tapi dah kena roboh la

    ReplyDelete
    Replies
    1. so, sekarang kat mana gerai ayam golek pantai dalam????

      Perminat Ayam Golek

      Delete
    2. Aah, dah kena roboh...
      lokasi terbaru jalan nak ke Jalan Gasing, Petaling Jaya...
      Kedai dekat dengan car wash...

      Delete
  7. memang sedap. tk jemu nk makan selalu rasanya. nasib baik duk sg boloh. dulu selalu makan sebab bajo kt um

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak jemu makan, tapi sekarang nie kalau nak makan xleh hari2 nanti jemu..hikhik

      Delete
  8. smalam sempat singgah kat sini.. 1st time pergi... mmng terbaik lah ayam golek kat sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kan ayam golek...mmg xrugi beli..

      Delete
  9. Kedai dia renovate lah..
    da besar da skunk...

    anyway view la blog sy gak..:p
    http://sayakakijalan.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg dh renovate tapi skrg nie dah berpindah ke jalan gasing, petaling jaya.

      Delete