PENGIKUTKU.

Wednesday, April 27, 2011

Jom Layan Badminton!.


Semalam lepas banting tulang bekerja.
Nadia ajak main badminton.
Dekat Cheras lagi.
Jauh kan?.
Hehehe.
Aku memang dah lama tak main badminton.
Dulu masa muda-muda.
Aku memang hantu badminton.
Tiap malam aku dok smash bola jew.
Tapi itu dulu lah.
Time aku muda.
Sekarang nie dah tua.
So, memang tak pernah main.
Tapi semalam.
Aku dapat juga main badminton.
Sambil-sambil main.
Kitaorang bertukar-tukar ganti jaga Adib.
Kelakar pulak.
Kesian dekat Adib.
Berpeluh-peluh duduk dalam stadium tu.
Nak tengok gambar kitaorang tak?


Nie masa aku tengah fokus tunggu bola.
Ada gaya tak?
Macam pemain badminton kebangsaan tak?
Hikhikhik.


Nie aksi yang paling aku suka.
Siap meloncat lagi.
Gaya ala-ala Datuk Lee Chong Wei gitu.
Yang sebelah sana tu Rina.
Dia still segan-segan dengan raket tu.
Tu yang asyik gelak jew kerja dia.


Nie masa kitaorang tengah rest.
Time nie aku jaga Adib.
Nadia dengan Rina semangat main.
Tapi sempat jew si Rina tu masuk ini gambar.
Adib pulak rilex jew dalam dakapan Cik Ya.


Nie pula gambar Adib.
Dia nak pegang raket lah.
Nie mesti dia jealous sebab tak dapat main.
Hikhikhik.
Sabar yew sayang.
Kena tunggu dah besar cikit.
Baru boleh lawan Cik Ya.
Lepas kitaorang main badminton.
Kitaorang lepak dekat downtown untuk makan jew.
Pandai kan?
Lepas buang semua lemak tepu.
Pastu aku masukan balik lemak-lemak di badan.
Hahaha.
Ada aku kisah?


Tuesday, April 26, 2011

Ego Pen Merah.


Hari ini.
Pen Merah dan Pen Biru bergaduh.
Bukan di atas meja.
Tapi di sebalik buku Bahasa Melayu.
Tanpa bersua muka.
Pen Merah terdiam lesu.
Muka asyik mencuka.
Pen Biru bertanya.
Kenapa dengan Pen Merah nie.
Pen Merah jawap selamba.
Tak ada apa-apa lah.
Ego mula menguasai Pen Merah.
Sampai Pen Biru naik lemas.
Pelbagai soalan diajukan kepada Pen Merah.
Pen Biru siap bermonolog sendiri.
Apalah yang bersarang dalam batang Pen Merah nie.
Sampai nak marah-marah jew.
Pen Merah hanya diam.
Dengar apa yang Pen Biru cakapkan.
Iyelah sepanjang mereka bersama-sama.
Berkhidmat di atas meja empat segi nie.
Tiada masalah yang mereka terokai.
Tapi hari ini.
Meja bergoncang kuat.
Seperti badai tsunami yang berlaku di Jepun.
 Pen Merah tiba-tiba emosi.
Mengasingkan diri.
Bermonolog dalam hati.
Tanpa Pen Biru ketahui.
Bukan Pen Merah tidak sayang Pen Biru.
Tapi sebab sayang lah.
Pen Merah kecik hati.
Sebab cinta lah.
Pen Merah diam diri.
Tapi Pen Biru tak mengerti.
Sampaikan Pen Merah terasa hati.
Pen Merah cemburu bila Pen Biru bercakap pasal Pen Marker.
Pen Merah cuba kawal diri.
Tapi hakikatnya Pen Merah terguris hati.
Kadang-kadang Pen Merah cakap macam nie.
Pen Biru nie lagi sayang Pen Marker rupanya.
Tu yang selalu jew cakap pasal Pen Marker.
Kalau Pen Merah tengok.
Pen Biru akan bersemangat bila cerita pasal Pen Marker.
Laju jew penulisan Pen Biru.
Cantik jew ayat yang dikarangnya.
Sampaikan Pen Biru tak sedar.
Rupa-rupanya Pen Merah terasa hati.
Bila duduk di sebelah Pen Biru.
Pen Merah tahu siapalah dirinya.
Hanya diguna sekali sekala.
Itupun bila kena tanda kertas peperiksaan.
Bukan selalu berada di sisi Pen Biru.
Bukan macam Pen Marker.
Sentiasa di sisi Pen Biru walau ke mana sahaja.
Pen Merah pun ada egonya.
Tapi Pen Merah tunjuk pada Pen Biru jew.
Itu tandanya Pen Merah nak perhatian Pen Biru.
Bukan nak bergedik.
Tapi cuma nak bermanja.

Nukylan : Si Pipi Merah.

Monday, April 25, 2011

Si Manja Bapak!!

Si Senget cakap aku nie manja.
Huhuhu.
Tak boleh blah!!!.
Tang mana pulak manja erk.
Aku pun tak tahu.
Sebabnya aku mana nampak.
Yang boleh perasan.
Orang sekeliling aku.
Hampeh!!!
Tak boleh terima.
Tambah-tambah Si Senget cakap cam nie.
Sam nie anak manja.
Manja dengan bapak.
Lagi tak boleh terima.
Sejak bila lak aku manja dengan bapak?
Lagi selalu kena marah ada lah.
Huhuhu.
Seingat aku.
Muka aku memang macam bapak.
Sebiji.
Orang tua-tua cakap.
Kalau muka anak perempuan sama dengan bapak dia.
Sejuk jew pandang.
Ceh!!!.
Sejuk ker bila tengok aku?
Cam bese jew aku tengok dalam cermin.
Tapi bila bercakap dengan bapak.
Asyik panas jew.
Untuk pengetahuan korang semua.
Aku nie memang selalu gaduh dengan bapak.
Semua yang aku buat tak kena.
Ada jew yang aku nak bantah.
Darah muda lah katakan.
Tapi sejahat-jahat aku.
Aku still sayang bapak aku.
Memang aku nie paling degil antara adik-beradik aku.
Tapi oleh sebab muka aku macam nenek aku.
A.K.A mak bapak aku.
So, aku nie memang disayangi oleh adik-beradik bapak.
Terutamanya adik bapak.
Hehehe.
Aku nie memang asyik buli bapak jew.
Kalau nak makan.
Aku siap tak bagi bapak ambik lauk.
Letak lauk tu jauh-jauh dari dia.
Nakal kan aku?
Adik-adik aku tak berani buat macam tu.
Aku seorang jew yang berani.
Nakal lah katakan.
Huhuhu.
Tapi kalau aku dah takde nanti.
Mesti bapak rindu dekat aku kan?
Iyelah aku jew yang selalu gaduh dengan bapak.
Kalau aku takde dengan sape pulak dia nak gaduh kan?
Huhuhu.
Sedih lah pulak.
Aku memang tak boleh cite pasal mak bapak nie.
Hati mudah tersentuh.
Dari dulu lagi memang macam nie.
Walaupun aku selalu buli bapak.
Hakikatnya aku nie memang rapat dengan dia.
Anak bapak lah katakan.
Macam Si Senget cakap.
Sam manja dengan bapak!!.


Sama tak muka aku dengan bapak?
Teeeeeeeettttt.


Wednesday, April 20, 2011

Resah.


Hati ini tidak tenang.
Aku mahu tenang seperti dulu.
Ya Allah.
Kau tenangkan hati ini.
Hanya itu yang aku mahukan.
Amin

Monday, April 18, 2011

Kau Ingat Diri Tu Bagus Ker?

Hati aku tengah geram nie.
Jangan nak main-main dengan aku.
Aku tengah marah nie.
Pergi duduk jauh-jauh.
Nanti tak pasal-pasal dengan korang aku mengamuk.
Aku nak cerita nie.
Semua senyap dan diam.
Korang dengar jew apa aku nak cakap.
Opss silap.
Korang baca apa yang aku tulis.
Aku tengah bengang dengan dua orang monyet.
Huhuhu.
Bila aku tengok muka dorang.
Menyampah!!
Satu ayat yang aku boleh terjemahkan.
Ala, korang faham-faham jew lah.

Aku cerita pasal seorang monyet nie.
Ermm, silap lagi.
Seekor monyet nie.
Muka tak lah macho sangat.
Tapi berlagak macho.
Macam dia lah yang tahu semua benda.
Tapi hakikatnya hampeh!!.
Hampeh beb.
Dia ingat dialah monyet yang paling hebat.
Tapi dia lupa.
Dia tu monyet paling teruk aku pernah jumpa.
Semua benda blur.
Orang cakap lain, dia faham lain.
Nie aku dah start nak kutuk orang.
Tapi memang aku tengah hangin dengan monyet nie.
Berlagak hebat.
Bila bercakap semua orang teruk.
Dia jew lah yang pandai.
Tapi bila cari makan.
Dia buat-buat pandai, walhal bodoh!!.
Nie la orang utan selalu cakap.
Buat-buat tahu, tapi hakikatnya tak tahu.
Nak menunjuk jew kerja dia.

Nie aku nak cerita pulak pasal monyet kedua.
Dia ingat diri dia hensem.
Semua monyet betina dia nak sebat.
Nak yang coklat bersinar jew.
Yang tak bersinar tolak tepi.
Tapi monyet nie bajet hensem.
Dia tak cermin pulak diri tu.
Hensem ker tak?
Ermm, aku bukan nak kutuk kejadian Tuhan.
Tapi hakikatnya monyet nie memang sangat perasan.
Huhuhu.
Tapi monyet nie better dari monyet yang kat atas tu.
Cuma dia nie agak berlagak cikit.
Aku dah mula lah nak kutuk lagi.
Seriously.
Aku tak suka sangat dengan perangai monyet nie.
Mengatai jew.
Pantang tengok monyet bersinar.
Tak sedar muka cam hampeh!!.
Nape lah aku boleh kenal dengan monyet-monyet cam nie erk?
Persoalan yang jadi tanda tanya.

Korang dah baca luahan hati aku?
Dah pergi main jauh-jauh.
Semua diam-diam jew.
Tak payah kecoh-kecoh.
Aku dah luah semuanya.
Nie nak tutup kes.
Dah taknak cakap pasal monyet-monyet nie lagi.
Noktah.

Sunday, April 17, 2011

Bersia Ria Bersama Adib.

Aku dah lama tak jumpa boyfriend yang sorang nie.
Siapa lagi kalau bukan.
Muhammad Adib Darwish.
Si comel gebu nie.


Comel tak?
Dah besar anak Cikya nie.
Tambah tembam.
Aku yang letak Adib dengan teddy bear tu.
Dah macam anak patung pulak.
Suka benar dia main dengan teddy bear.
Nak belikan satu.
Tapi mama dia cakap tak payah.
Beli benda lain jew.
Adib dah lapan bulan.
Tak sabar Cikya nak tengok Adib berjalan.
Time tu senang cikit jaga.
Hikhikhik.


Nie time kitaorang makan Mcd.
Kitaorang jalan-jalan dekat MidValley jew.
Aku, Nadia dan Rina.
Bertiga jew.
Dah lama tak macam nie.
Sekarang nie kitaorang dah berempat.
Bila lah nak berlima kan?
*faham-faham jew erk*


Nie gambar last aku dengan Adib.
Cikya sayang Adib tau!!.
Muah.muah.muah.
Sayang anak Cikya nie.


Friday, April 8, 2011

Kata-kata Itu.


Kebahagian tidak akan datang,
Kalau kita sendiri yang tidak mencari kebahagian itu.

Kata-kata itu.
Kata-kata itu buat aku tertanya-tanya.
Senang aku luah kata-kata itu.
Tapi payah aku ungkap segalanya.
Kata-kata itu.
Senang aku nasihat pada semua.
Tapi aku susah nak buktikannya.
Cukup bermakna kata-kata itu.
Sungguh menikam kalbu aku.
Bait-bait ayat bagaikan panah.
Panah yang hinggap pada otak aku.
Sekilas aku rungkai semua.
Namun hanya debu-debu asing menjelma.
Sungguh!!
Aku kalah dengan kata-kata itu.
Aku tak mampu mencapainya.
Walau hati aku meronta.
Jiwa aku sabar dengan ketentuan-Nya.
Berserah pada yang Esa.
Hanya Dia tahu segalanya.
Kebahagian aku ada di mana.
Kebahagian aku bila sampainya.
Dan
Kebahagian aku dengan siapa.
Walau ramai yang bertanya.
Hati aku tetap berkata.
Biarlah Dia tentukan semua.
Dia berhak memilih siapa yang sesuai dijiwa.
Kata-kata itu.
Memang senang bila orang berkata.
Tapi hakikatnya.
Ermmm.
Sungguh aku tak mampu mencarinya.
Sebab kebahagian itu hanya datang seketika.
Hilang lenyap selamanya.
Itu dah menjadi prinsip minda aku.
Tertanam sejak peristiwa itu.
Biarlah aku berhenti mencari kebahagian hidup aku.
Asalkan aku kelihatan bahagia disamping keluargaku.
Rakan-rakanku.
Itu dah memadai buat diriku.

Nukylan.
Si Pipi Merah.

Tuesday, April 5, 2011

Merong Mahawangsa.


Akhirnya.
Hari ini aku dapat tengok jugak cerita nie.
Yes!!
Aku sebenarnya tak terfikir pun.
Nak tengok filem nie hari ini.
Aku ingat nak keluar ke Shah Alam.
Si Senget ajak pergi sana.
Lepas balik kerja.
Si Senget macam biasa.
Ambil aku dekat ofis.
Huhuhu.
Aku cakap ngantuk lah.
Si Senget cakap cam nie.
Tidur lah dulu.
Nanti kalau dah sampai, dia kejut.
So, apa lagi.
Aku pun tidur lah.
Macam biasa jalan selalunya sesak.
Tapi yang herannya.
Selalunya Si Senget kalau nak pergi Shah Alam.
Mesti lalu Lebuhraya NPE.
Tapi hari nie dia lalu Federal plak.
Pelik aku.
Tapi aku abaikan jew.
Aku tidur dengan ngenyak.
Dalam masa tak sampai 10 minit.
Si Senget kejutkan aku.
Huhuhu.
Baru aku nak mimpi.
Takkan Shah Alam kejap sangat?
Huhuhu.
Aku buka mata.
Tiba-tiba aku tengok parking Mid Valley.
Huhuhu.
Nie bukan tempat yang aku nak pergi.
Si Senget wat kejutan lah.
Dia cakap nak bawa aku tengok wayang.
Dia kecian sebab aku nak sangat tengok filem KRU.
Hikayat Merong Mahawangsa.
Aku suka sangat cite cam tu.
Klasik dan Sejarah.
Dari ngantuk, mata aku terus segar.
Si Senget gelakkan aku jew.
Huhuhu.
Tapi yang pasti.
Filem nie sangat menarik.
Ada ayat yang aku takkan lupa.
Sampai bila-bila.
Hanya Jauhari Mengenal Manikam.
Ayat Si Senget bagi dekat aku sebelum nie.
Rupanya dia dah tengok The Making of HMM.
Patutlah dia tahu semua.
Hampeh!!!.
Pantun dia pun best.

Sampai masa tibanya waktu,
Redup hati kamu berdua,
Bila dua jasad bersatu,
Hidup mati jadi bersama.

Klasik sangat pantun nie.
Suka aku dengar.
Filem dia pun best.
Dah macam filem antarabangsa.
Aku suka tengok kapal dia.
Cantiklah.
Aku bagi 5/5 untuk filem nie.
Biarlah Si Senget bosan.
Janji aku suka tengok filem nie.
Untuk Si Senget.
Mekasih yew sebab temankan tengok wayang.