PENGIKUTKU.

Tuesday, April 26, 2011

Ego Pen Merah.


Hari ini.
Pen Merah dan Pen Biru bergaduh.
Bukan di atas meja.
Tapi di sebalik buku Bahasa Melayu.
Tanpa bersua muka.
Pen Merah terdiam lesu.
Muka asyik mencuka.
Pen Biru bertanya.
Kenapa dengan Pen Merah nie.
Pen Merah jawap selamba.
Tak ada apa-apa lah.
Ego mula menguasai Pen Merah.
Sampai Pen Biru naik lemas.
Pelbagai soalan diajukan kepada Pen Merah.
Pen Biru siap bermonolog sendiri.
Apalah yang bersarang dalam batang Pen Merah nie.
Sampai nak marah-marah jew.
Pen Merah hanya diam.
Dengar apa yang Pen Biru cakapkan.
Iyelah sepanjang mereka bersama-sama.
Berkhidmat di atas meja empat segi nie.
Tiada masalah yang mereka terokai.
Tapi hari ini.
Meja bergoncang kuat.
Seperti badai tsunami yang berlaku di Jepun.
 Pen Merah tiba-tiba emosi.
Mengasingkan diri.
Bermonolog dalam hati.
Tanpa Pen Biru ketahui.
Bukan Pen Merah tidak sayang Pen Biru.
Tapi sebab sayang lah.
Pen Merah kecik hati.
Sebab cinta lah.
Pen Merah diam diri.
Tapi Pen Biru tak mengerti.
Sampaikan Pen Merah terasa hati.
Pen Merah cemburu bila Pen Biru bercakap pasal Pen Marker.
Pen Merah cuba kawal diri.
Tapi hakikatnya Pen Merah terguris hati.
Kadang-kadang Pen Merah cakap macam nie.
Pen Biru nie lagi sayang Pen Marker rupanya.
Tu yang selalu jew cakap pasal Pen Marker.
Kalau Pen Merah tengok.
Pen Biru akan bersemangat bila cerita pasal Pen Marker.
Laju jew penulisan Pen Biru.
Cantik jew ayat yang dikarangnya.
Sampaikan Pen Biru tak sedar.
Rupa-rupanya Pen Merah terasa hati.
Bila duduk di sebelah Pen Biru.
Pen Merah tahu siapalah dirinya.
Hanya diguna sekali sekala.
Itupun bila kena tanda kertas peperiksaan.
Bukan selalu berada di sisi Pen Biru.
Bukan macam Pen Marker.
Sentiasa di sisi Pen Biru walau ke mana sahaja.
Pen Merah pun ada egonya.
Tapi Pen Merah tunjuk pada Pen Biru jew.
Itu tandanya Pen Merah nak perhatian Pen Biru.
Bukan nak bergedik.
Tapi cuma nak bermanja.

Nukylan : Si Pipi Merah.

No comments:

Post a Comment