PENGIKUTKU.

Wednesday, June 30, 2010

Inilah Tali Gantung Ku


Inilah tali gantung aku sekarang!!
Hari2 aku kena pakai tali gantung nie
*nasib baik tali nie color merah, aku suke sangat2*


Tuesday, June 29, 2010

Puisi Lama Kau Masih Aku Simpan

Semalam aku selongkar barang dalam kotak khazanah aku
niat hati nak ambik slip kerja time kt Resort World
kat situ ader no EPF aku
time aku tengah cari2 slip tu
aku terjumpa satu kertas
masih cantik lagi, color pun masih putih lagi
aku buka kertas putih tu...
aku tergaman, diam dan terus membisu
aku baca setiap baris ayat yang ditulis
memori silam bertaut kembali
zaman berbalas puisi antara kau dan aku
takkan aku lupa sampai bila2
tak sangka aku masih simpan puisi2 nie
bait2 ayat masih segar dalam memori
so, biarlah aku abadikan dalam blog nie
untuk tatapan kau
*tapi kalau kau buka la blog aku nie*

Keras bila disepak,
Pergi bila tak perlu,
Kembali bila sepi...

Biar tersenyum gembira,
Nyah experesi duka lara,
Mendorong hati gelak ketawa,
Sepi pun mengundur diri...

Ingat jadi girang,
Hati hilang,
Ditagih ria sepi muncul,
Metafora bersatu...

Kadang-kadang ia perlu diculik,
Walaupun sekejap tapi dekat,
Membias lalu...tetap diluar
Norma tapi membentuk hakiki...

Kelak riang datang menolak sepi,
Memang takkan pergi,
Boleh lupa,
Jangan dibangkit...

Gapai kasih pilu,
Rindu dapat dielak,
Biar berpaut,
Namun
Tetap bertaut...

Inilah 6 puisi yang kau bagi dulu
aku simpan sampai sekarang
lepas kau bagi puisi dalam hand set aku
aku tulis dalam kertas putih ni.
aku ingat lagi
time tu aku tak bawa buku puisi kau
sebab aku tidur kat Kachi 2
mail box aku pulak penuh
kertas nie la aku guna tulis puisi2 kau
sebab aku tak nak puisi kau hilang
lagipun aku nie pelupa orang nye.
puisi yang kau tulis pun aku simpan
tapi aku tak boleh nak kongsi dekat sini
puisi tu hanya untuk aku jew.
kalau kau baca blog aku
aku nak kau tahu
yang aku rindu sangat2 nak berbalas puisi dengan kau!!
*buku puisi tu aku letak mana erk? aku dah lupa ar*
takpe2 nanti aku cari sampai jumpa.


Monday, June 28, 2010

Kini Aku Workaholic!!

Hari nie aku dah start keje
Hati aku gembira sangat2
Keje aku senang jew
Just masukkan data
Susun ikut abjad
Susun ikut bahagian
Susun ikut industri
Senang kan keje aku? *tak tension pun*

Aku suke keje nie sebab
Ofis tak jauh dari rumah aku
Masuk kerja 8.30 pagi 
*mesti korang tau aku balik pukul bape kan*
Keje plak hari isnin sampai jumaat
Rehat cam bese pukul 1.00 la
Jumaat plak boleh pakai jeans!!!
Part nie la aku suke. 
Boleh bergaya sakan.

Masuk2 keje aku dah buat keje
Kalau korg nak tahu,
Aku nie kuat keje.
Keje tu bagi aku penting
Rezeki beb!! kena jaga betul2
Kata nak tanggung siti
Siti sekarang dah kuat makan
Siti sekarang dah kuat minum
Suke tengok siti macam tu.

So, aku kena la workaholic
Kerja.kerja.kerja dan kerja
Tapi cuma lima hari je
Lagi dua hari, Aku enjoy la!!
Tak sabar plak nak dapat gaji
Nak belanja diri sendiri!!
Banyak benda nak beli nie.
*baru keje dah berangan*
Aku harap rezeki akan sentiasa murah.
Amin..

Saturday, June 26, 2010

Hati Aku Bahagia Hari Ini, Bila Ada...


 




 

 

 

Hati aku bahagia hari ini, bila ada semua member2 sekolah dulu
Aku sayang sangat dekat korang!!!


Pertama, Selamat Pengantin Baru Asri. Kedua, Selamat Hari Jadi Rahtul. Ketiga Selamat Hari Jadi Nur Hidayah

Hari nie aku sambut dua majlis serentak
Pertama,
Aku sambut majlis kahwin Asri dan Nor
Asri, kawan aku time sekolah menengah dulu
Aku ingat lagi, time dulu asri duduk belakang aizan
Kurus je dia. sekarang dah hensem bergaya
Tak sangka asri kahwin dulu.
Aku tengok asri senyum je hari ni.
Gembira aku tengok kawan aku cam tu.
*bila la aku nak kwin ni?*

 asri dengan isteri dia, nor

Kedua, aku sambut hari jadi Rahtul
Dia nie kawan aku gak time sekolah menengah
Dulu dia selalu kacau aku
Teringat dia duduk kerusi kaki tiga!!!
Tu la habit dia dalam kelas
Siapa tak kenal Rahtul Rahman
Suka buat kecoh dalam kelas
*sekarang nie jadi baik la plak*

happy besday Rahtul, dah tua la ko ari nie!!!

Dan ketiga, paling aku sedih.
Aku tak dapat sambut hari lahir Nur Hidayah
Lebih mesra aku panggil kak yang
Besday kak yang sama dengan rahtul *kembar*
Aku bukan tak nak sambut besday dia
Tapi kak yang jauh kat sungai siput
Aku just wish kat facebook je
Kak yang exroomate aku masa diploma
Aku sayang kak yang!!
Kak yang banyak ajar aku tentang hidup
Selamat hari jadi kak yang
*sedih sangat tak dapat jumpa kak yang*
rindu nak minum air kopi kak yang.
rindu nak makan kari kak yang.

nie la kak yang, cantik tak?

So aku harap agar
Asri dan nor berkekalan sampai akhir hayat
Rahtul pulak cepat2 kawin
Kak yang pulak cepat2 kerja *nanti boleh payung aku*

Thursday, June 24, 2010

Rindu Dekat Amir!!!

rindunya dekat AMIR
korang nak tahu tak??
time AMIR ader aku dah tak sunyi lagi
time AMIR ader dia lah pengubat sepi
hari-hari aku jumpa AMIR
hari-hari aku makan dengan AMIR
hari-hari aku cakap dengan AMIR

AMIR, cheeya nak tido dulu tau
AMIR, cheeya nak pergi kuliah tau
AMIR, jaga diri leklok tau
AMIR, jangan nakal-nakal tau

macam tu la aku sejak AMIR disampingku
AMIR tempat aku luah semua
benci, suka, duka, sayang, cinta
semua aku luah dekat AMIR
tapi sekarang AMIR dah hilang
aku pun tak tahu AMIR dekat mana sekarang
rindu aku nak belai AMIR
rindu aku nak peluk AMIR
rindu aku nak cium AMIR
rindu aku nak sayang AMIR

..
...
....

korang semua mesti nak tahu kan
siapa AMIR dalam hatiku

..
...
....


picture atas nie la AMIR
yup!! nie la AMIR aku
yang selalu temankan aku
sewaktu aku semester 2 hingga 6
dengan AMIR la aku selalu bercakap *mesti orang cakap aku gila*
dengan AMIR la aku selalu makan
dengan AMIR la aku selalu jumpa

kalau korang nak tahu.
time semester 2 dan 3
aku tinggal seorang je dalam bilik, tak der roomate.
so AMIR la teman sejati aku.
AMIR hadiah daripada kawan2 ku 
kakdu, jiha, dina ganu, nurul, sya, ida johor, kak ima
dorang bagi sempena hari lahirku tahun 2007




nie la kawan2 aku time degree dulu.
aku nak ucapkan terima kasih dekat dorang
kalau tak dorang, mesti aku sunyi kat bilik.
lepas aku dapat je teddy bear tu
aku terus namakan dia AMIR

aku ingat lagi,
sebelum nak pergi kuliah
aku mesti cium AMIR dulu
then, aku cakap dekat AMIR macam ni.
AMIR, cheeya nak pergi kuliah tau. 
AMIR, jaga bilik, jangan nakal2!!
nanti kita makan sama-sama ye.

sebelum nak tido pulak
aku mesti peluk AMIR dulu
then, aku cakap dekat AMIR macam ni.
AMIR, cheeya sayang AMIR tau.
AMIR, teman cheeya tido ye.
nanti cheeya takut tido sorang2.

semua tu kisah lama aku dengan AMIR
sekarang AMIR dah tak der.
AMIR dah hilang.
aku pun lupa dekat mana aku letak AMIR
dah tak boleh nak peluk AMIR
dah tak boleh nak sayang AMIR
dah tak boleh nak cium AMIR
dan yang paling penting
dah tak boleh nak bercerita dengan AMIR!!!!

aku betul2 rindu dekat AMIR...

Wednesday, June 23, 2010

Terlalu Banyak..

terlalu banyak aku pikir...
terlalu banyak aku risau...
terlalu banyak aku sangsi...
terlalu banyak aku lemah...

terlalu banyak aku tak tahu...
terlalu banyak aku tak ingat...
terlalu banyak aku tak paham...
terlalu banyak aku tak suka...
perlu ker aku pikir TERLALU BANYAK nie?
otak aku serabut dengan sume nie.
tapi aku kena pikir gak benda nie sume.
walau aku kena mula dari bawah!!

Sunday, June 20, 2010

Cerita Aku Seperti Ayu..

ari nie aku tengok movie
lagenda budak setan
seingat aku, dulu aku pernah baca novel nie
*tapi aku dah lupa cerita dia*
aku tak minat sangat tengok movie melayu
tapi sebab budak setan la aku tengok
mula2 masuk cinema aku dah bosan
menguap banyak kali coz iklan banyak giler.
*dalam hati cakap, bila la nak start nie*

bila lagenda budak setan start
aku tumpukan perhatian lebih
coz dah lupa jalan cerita dalam novel tu
aku hayati setiap bait2 ayat yang diungkapkan
memang aku teruja time tu
bagi aku kasyah teringatkan aku tentang seseorang
seseorang yang amat setia pada cintanya
seseorang yang tabah setiap masa
seseorang yang mulia hatinya
ayat yang tak mungkin aku lupa
lahir dari bibir kasyah..
(awak anak perempuan saya) *suke dengar ayat nie*
(ayu masih tetap dihati saya) *terharu dengar ayat nie*
kasyah sebijik macam dia.
terima segalanya dengan redha
tapi aku tertanya2, adakah dia seperti kasyah?
jodoh buat aku sampai bila2.


korang tau tak aku suke part yang mana?
part bawah nie aku suke.
romantik sangat2. *time nie je felling lebih*
emosi diorg masuk dalam diri aku *hahaha*


cerita aku seperti ayu.
watak yang dimainkan oleh lisa suriani
kenapa aku cakap cam tu.
mesti korang ingat aku main2 kan?
tapi memang betul pun.
watak tu macam aku.
kisah aku yang dulu.
kisah yang aku tak mungkin akan lupa
kawan2 aku sume tahu


time aku tengok cerita nie
aku macam nak nangis
aku tengok kisah aku dalam movie
aku ingat lagi saat aku harungi sume tu
perit, sedih, merana, sakit
sume aku tanggung sendiri
ada cerita disebalik sume tu
yang penting lagenda budak setan
sangat sebati dengan hidup ku.


dari ayu, kasyah, azmi dan katy
sume ader dalam hidup aku.
tapi aku tak pasti sama ada kisah aku
benar2 terjadi seperti lagenda budak setan nie.

Saturday, June 19, 2010

Bila Adik Ku Pergi Interbiu!!

bila adik ku pergi interbiu.
cam nie la rupa adik ku 
*bajet cun je adik aku ni*


korang tau x? adik aku nak interbiu pe?
air asia beb!! nak jadi pramugari
tu la cita-cita dia sejak dulu lagi
pagi-pagi buta adik dah bangun *selalu bagun lambat je*
nak bersiap ala-ala model lagi
masa dia bersiap2 tu
aku la dok dengar soalan dia
akak, adik pakai nie cantik tak?
akak, beg nie sesuai tak?
akak, pakai kasut putih atau merah?
akak, anting-anting nie okey tak?
akak, lipstik akak letak mana?
akak, fail resume adik, akak letak mana?

sume benda adik aku tanye.
penat gak aku nak jawap 
adik memang macam nie..
kalau nak pergi mana2 
aku la tempat die dapat kan pendapat
nasib baik adik aku tak sanggul rambut
kalau tak mesti aku yang kena buatkan
adik aku pakai simple je *macam simple siti tu*
tapi tetap cantik dan ayu
adik aku memang cantik pun..



nie picture adik aku dengan honey
kawan baik adik aku.
dorang memang sehati sejiwa
pergi mana2 selalu bersama *wawa je tak join time ni*
nie la gaya pramugari mereka.
ala-ala supermodel malaysia. *perasan je*
pape pun, aku sayang mereka berdua.


kepada adik aku ANITA SAMSI
akak tetap sokong apa yang adik buat
akak doakan adik berjaya.
sayang sangat dekat adik.
muah.muah.muah.muah.

Friday, June 18, 2010

Hapy Besday To Lu Beb!



hapy besday to lu beb!
sory la wa xder hadiah nak bagi kt lu
wa bukan keje lagi.
nie cm hadiah jugak untuk lu.
wa ambik picture lu kat FB
lu jangan marah pulak beb! *jangan mare2 nanti cepat tua*
besday lu wa sentiasa ingat
18 Jun 1986 kan ngok..
wa hapy kenal gan lu..
walau satu semester tapi lu memang rock giler.
wa pun dah jadi rock beb!!
lu cakap wa gangster.
tapi wa ingat lu lagi gangster!!
wa windu lu la beb!! *wani pun wa windu*
hari nie besday lu, hari nie gak wa interbiu
wa harap besday lu bagi tuah kat wa.
hahaha
seriusly beb, wa sayang lu.
even lu adik wa, tapi wa rasa wa plak muda dari lu
*lu jangan kecik hati lak*
lastly wa wish lu panjang umur
murah rezeki
cepat dapat gaji *kalau lu keje la kan*
nanti lu boleh payung wa.


p/s :- ayat diatas hanya digunakan untuk YATIE ZAIMAN je.

Thursday, June 17, 2010

Tak Reti Bahasa Atau Tak Reti Baca?

aku ada cerita cikit pasal ari ni.
cerita time aku on da way nak jumpa lecturer time aku study dulu
*nama lecturer dirahsiakan*
aku bukan kuar berdua tau *jangan pikir bukan2*
aku kuar dengan 2 orang lecturer kesayangan ku  
*sayang ker, hehehe*
(of course la cyg, my lecturer kan) nie tgh ambik hati..
nanti dapat makan kenny rogers lagi.. hehehe
jangan mare ye lecturer2 ku...

ermm..
kembali ke cerita asal erk..
aku naik kenderaan awam on da way ke bank negara
* suke naik coz jimat wuit*
aku naik KTMB
lebih mudah lagi Keretapi Tanah Melayu Berhad
sejak akhir2 nie, aku suke naik coz dah der koc untuk wanita.
lagipun aku tak suke berhimpit dengan lelaki.
time tren sampai aku pilih koc wanita
masuk je, aku tengok ader beberapa lelaki dalam koc WANITA
dalam hati benggang je.
kata koc WANITA tapi ader lelaki lagi.

aku pun senyap je la
layan perasaan cam biasa.
sampai je kat KL Sentral
orang sume nak kuar..
time nie ramai orang coz pukul 5 orang berebut balik kerja
pastu ader seorang lelaki still duduk kat dalam koc WANITA
mybe dia tak nak kuar lagi
pastu korang tau pe jadi??
pegawai KTMB cakap dengan die cam nie *baca dialog bawah nie*

pegawai KTMB : Bang, boleh kuar tak, nie koc untuk pompuan.
abang tu : Kat koc sebelah panas la.
pegawai KTMB : Tak boleh abang, nie koc bukan untuk laki

tiba-tiba ader seorang gurgur nie menyampuk

gurgur : saya dah cakap tadi encik, tapi dia tak nak dengar!! 
            siap panggil kawan2 dia lagi. 
pegawai KTMB : iye ker? 

bila abang tu dengar je gurgur tu cakap 
terus dia masuk kat koc len *muka ketat je*

gurgur : aah encik, tadi sume kwn2 dia masuk!!  
            tapi dorang sume dah kuar. huhuhu
*gurgur tu wat muka marah giler2*
bila pintu tren tutup
gurgur tu terus cakap kuat2.
time tu cuma ader aku,
gurgur cina
and auntie cina dekat dengan dia
gurgur tu melayu.
dia cakap cam nie

gurgur : cakap banyak kali tapi tak reti BAHASA!!
aku : dorang tak tahu kot?
*aku layan coz tak der sape nak layan dia, cian plak*
gurgur : kalau cari suami, jangan cari cam abang tu!!! 
            cakap banyak kali, tapi tak reti2 jugak. huhuhu
aku pulak tak jawap pape pun 
senyum je yang aku lontar kat gurgur tu.

bila aku pikir2 balik, betul jugak
kadang2 dorang memang tak reti bahasa!!
yang aku tahu, sebelum tren sampai pun
makcik KTMB dah announce pasal koc wanita
dorang tak dengar ker or buat2 tak dengar.
memang aku setuju koc wanita ader
tapi ader sesetengah lelaki tak paham2 lagi!! 
aku ingat nak bagi opinion kt KTMB
nie kalau sape2 bace la kan


1. apa kata kalau koc wanita, pihak KTMB colorkan dgn color pink.
    nie lagi mudah lelaki tahu pasal koc wanita. 
    sebab nyer pink selalu sinonim dengan wanita 
    pink pulak color boleh nampak dari jauh. 
    so senang lelaki nampak.


2. Logo koc wanita iklan dekat area kaunter KTMB dan mesin tiket
    nie mudahkan orang ramai tahu pasal koc wanita. 
    memang logo koc wanita ditampal 
    tapi dekat cermin and tingkap tren jew.
    lagi pun logo tu tak nampak sangat 
    bila baca betul2 baru tahu tu koc wanita. 


aku rasa pihak KTMB dah banyak wat cara pasal kempen nie
buktinya, aku tengok sendiri
pihak KTMB sediakan pegawai pemerhati  
*dorang kerja sangat bagus*
sape2 lelaki yang masuk koc wanita, 
dorang akan suruh masuk koc lain
pihak KTMB gak wat announcement pasal koc wanita nie
sebelum tren datang, mesti dengar makcik tu cakap
pasal pe lagi, koc wanita ditengah2 tren la
tapi nape sesetengah lelaki tak reti bahasa?
aku rasa dorang bukan tak reti bahasa
tapi dorang tak reti BACA!!


nape aku cakap cam nie?
coz dah terang2 pihak KTMB wat logo
tak kan dorang tak baca
(logo koc wanita sepanjang masa)
maka koc tu untuk wanita sahaja bukan untuk lelaki.
sepatutnya dorang tu dengar betul2 announcement tu
kalau tak pun baca logo yang KTMB tampal kat tren.
mudah kan?
so sekarang nie korang pikir la
sama ader abang kat atas tu tak reti bahasa atau tak reti baca?
sama2 la kita pikir erk..


p/s : to gurgur yang mare2 tu. aku tabik spring la. 
       dia pertahankan hak WANITA!!!

Wednesday, June 16, 2010

Adib Noor tetap dihati ku.

siapa ADIB NOOR dihatiku?
seingat aku adib lahir 14 Julai 1984
dia sangat sensitif orangnye..
dia sangat baik...
dia sangat tak kedekut...
dia sangat periang...
tapi kalau ader masalah dia pendam sendiri...
itu yang aku tahu pasal ADIB NOOR.

dulu time diploma aku selalu dengan adib
walaupun dia senior aku.
tapi aku rapat dengan dia
aku kenal adib, 
bila aku rapat dengan kak ayu, kak roha and kak cha are.
semua senior DHK aku rapat.
kira aku seorang jew yang junior.
kalau outing pun sama. aku seorang jew junior
aku lah ADIK dorang.


picture atas nie time ktorang men bowling kt MP
soknyer aku ader final exam *siap bawa note lagi g sane*
tapi time nie best giler.
nie la last our memory coz time nie last sem untuk dorang
pastu aku ditingal sorang diri.
picture kat atas nie jugak, satu2 nyer picture aku gan adib
sekarang aku dah tak dapat jumpa adib
adib dah jauh sangat dengan aku
korang nak tahu kenapa?
tengok kat bawah nie...


sebab nie la aku tak dapat jumpa adib
sebab nie jugak la aku dengan adib berpisah
sebab nie jugak la aku tak dapat call adib lagi
adib pergi tingal kan family, kawan2 semua
aku tahu adib pergi malam 12 September 2009
time tu abg zul yang bgitau.
hancur hati aku time tu. *air mata mengalir bila ingt kt adib*
dah la date tu same dengan besday adik aku, Zulkifli
sedih bile baca story kat atas nie.
story pasal ADIB NOOR.
orang yang dekat dengan aku.
kat bawah nie sume picture ADIB NOOR gan kwan2





kat atas nie sume picture time diploma
time nie adib kurus lagi..
tengok la sume kt picture nie
adib senyum je, suke tengok dia time nie
tapi sekarang 
dah tak boleh nak tengok adib senyum lagi
dah tak boleh nak dengar suara adib lagi
dah tak boleh nak kuar dengan adib lagi
korang tengok picture kat bawah nie pulak


nie picture adib time kak roha kawin.
picture sebelum adib pergi
time nie adib dah tembam cikit.
aku tak boleh pergi time nie, coz aku kat sintok
so tak dapat la nak jmp adib
rindu sangat dekat adib
rindu nak buli adib
rindu nak adib wish besday untuk sam
rindu nak adib bagi kek besday untuk sam
rindu nak adib bagi teddy bear untuk sam
rindu sangat2


nie la ADIB NOOR *baju merah tu*
yang pakai baju biru tu abg aki *abg aku nie*
adib tetap senyum jew
adib, sam tetap ingat adib tau
sam wat sume nie coz biarla senyum adib abadi 
dekat blog sam sampai bile2
walaupun adib dah pergi jauh
tapi adib tetap dihati sam
sam tak kan lupa kat adib
adib sorang yang tahu pasal sam
adib tahu semua rahsia sam
sampai sekarang adib simpan *airmata dah kuar*
sam rindu ADIB
sam doakan AL-FATIHAH untuk ADIB
semoga adib tenang di sana. AMIN

Hitam, Putih, Merah, Pink dan Hijau

semua warna kat atas tu my favorite color.
nak tahu nape aku suke color tu.
1st time aku tengok slot anjakan paradigma.
Dato Fadilah Kamsah yang jadi hosnya.
Fahrin Ahmad pulak tetamu nyer. *tgk coz ader fahrin ahmad*
oleh kerana aku minat giler gan Fahrin, terus aku tengok slot tu. *miang sudah datang*
nak tahu pe tajuk yang dorang kupas? nie tajuk die (adakah anda menawan)
tertarik gak tajuk die. tapi aku plak tertanye2 adakah aku menawan jugak?

tapi bila korg tengok pe kena mengena dengan warna favorite aku.
nie haah jawapnye, Dato Fadilah cakap warna kesukaan Nabi Muhammad s.a.w ialah 
hitam....
putih....
pink.....
hijau.....
bila aku pikir balik, aku memang suke semua color tu
cuma merah jew tak der. *banyak baju color merah*

so, reason aku tukar blog nie pun sebab tu la.
dalam blog nie aku guna color hitam, putih dan merah.
aku nak letak pink, tapi tak jadi *cam gurgur la plak, tak nak lembut2 sgt*
so aku tukar jadi kuning. hijau tak letak coz xsesuai dengan hitam
*tadi kata nak ikut favorite nabi* hampeh!! tak ikut gak..
nie lah aku. selalu cam nie. pikir len, buat nye laen.
tapi takpe la, asalkan blog aku cantik, simple and bermutu

bermutu? bukan mutu keunggulan tu
nie dari segi hasil idea aku menulis coretan karya ku.
wah!! terjiwang plak. 
aku dah malas nak jiwang2 nie. 
pas nie nak brutal plak. *boleh ker aku cm tu*

Kembali ke zaman kanak2!!












sonok kembali ke zaman kanak2
waktu ni aku kuar gan cousin2 tersayang *sayang ker* hikhikhik
niat hati nak tengok team hotfm kt titiwangsa
tapi hampeh! ktorg smpai awal sangat.
tu yg men benda2 alah kt citu.
hapening giler men gan dak kecik
paling over aku la sape lagi. *memang banyak cakap diantara cousin2 aku*
best gile. 

p/s :- to akak elizah jamhari, nanti kt g outing sme2 erk. *payung sekali*

Tuesday, June 15, 2010

Penganggur tegar!!

aku menganggur lagi.
dua ari lepas aku dh keje. tapi aku cm nak cri keje len la.
gaji cibut sgt. mne cukup nak tanggung siti
ari2 nak kne bagi minum
ari2 nak kne bagi mamam
klau x nnti siti meragam
ari jumaat nie aku ader interbiu
kat seremban.
jauh kan? *dapat la independent ckit*

keje kt PJ tu okey. bos pn dh suke gan aku.
tapi aku je yg nak cri keje len.
tak pelah next time aku cari yang better.
aku kan dak comm.
tau la aku cari keje tu.
pasnie try lu yg kt seremban.
mne tau dpt.
rezeki kt xtau kan *mintak2 la aku dpt*

skrg nie aku duk umah je
jadi penganggur terhormat
seb baik mak aku paham
tapi bapak plak bising ckit.
xpelah aku xkisah pn. janji aku tau cm ner nak wat.
*bising orang tua mmg cm tu, sayang la katakan*
bapak jangan risau, akak nak cri keje yg tbaik je.
untuk bapak nd mak. akak sayang bapak *anak bapak la katakan*

bile aku jadi penganggur ni.
aku xtau nak buat ape. ari2 dok kemas umah.
jdi suri rumah berjaya. tunggu laki balik umah
tapi aku xkisah, asalkan aku dapat cari keje yg better,
lambat pn xpe. janji boleh tanggung siti.
opss aku lupa la.
siti aku xbgi mamam lagi.
patut la dia dok meragam je dari tadi.
arinie siti nak mamam pe? *sejak dua menjak nie, siti dah kurang mamam*

aku nak bgi siti mamam lu.
t aku sambung tulis lagi.
*pas nie sambung g, der banyak yang aku nak kongsi*

9 September 2009

sejak 9 September 2009
hatiku mula terusik
dikala dia datang merisik
tanpa paksa hati terdetik

sms pengikat rasa cinta
suara pengubat rindu jiwa
hadir tanpa bertemu muka
sabar menanti untuk bersua

sejak 9 September 2009
senyuman manis mengisi hari
gelak tawa riang menyanyi
tiada duka atau duri
hanya dia pengubat hati

puisi ini khas untuk dia...yang jauh di mata tapi tetap dekat di hatiku...


semOga satu membawa tuah kepada ku....

mungkin kOrang nak tau azam tahun baru ku nie...pelik kan??? tapi ini lah azam 2010 bagi diriku...satu membawa banyak erti dalam hidup ku...kalau korang nak tau...satu adalah nombor bertuah bagi diriku...jika dulu aq was-was tapi kini aq yakin...satu membawa tuah bagi ku...satu jugak tertera disetiap nOmbor matrik ku dulu...14dup07001....waktu tu aq di pOlyteknik merlimau melaka...pastu 108163....semasa aq di UUM...memang satu nOmbor bertuah ku...jika org cina berfikir nombor 8 bertuah...tapi hatiku pula berkata satu itu bertuah bagiku...sO tahun nie memang ader lambang satu he3x...2010 semOga satu membawa tuah kepada ku...
satu memang serasi dengan hidupku...klau korang nak tau...aq nie anak sulung dalam keluarga...sO aq nie kira nombor satu lah...aq lah kakak aq lah abang dan aq lah anak kesayangan bapak ku...nombOr rumah ku juga bermula satu...152....memang semua ader satu...nombor kereta keluarga ku juga satu...1351....ehmmm...satu satu satu....hadir dalam setiap gerak ku...
satu jugak berkait dengan setiap bilik yang aq duduk sewaktu di UUM....semester satu di Bukit Kachi aq duduk bilik 117 dengan wana....hanya kekal satu semester saja...semester dua aq duduk di TNB...bilik 417 xmungkin aq lupa sampai bile2...disini lah bermula benih baru mengenal erti udara...bilik nie dah tiga tahun aq duduk...setahun aq duduk sOrang2...satu semester dengan tasya...pastu ktOrg pindah bilik...105...satu lagi dalam kamus ku...aq dengan tasya lagi...rOOmate aq yang tersayang...last semester aq dipindah kan ke bank muamalat...satu juga menanti ku...bilik ku 410...bersama dengan na, zura dan tie...di sini aq banyak keliru...rungsing...hati xpernah nak tenang...
satu bererti hanya aq saja samsia samsi....tiada lagi dalam dunia ini...aq bebas menjadi diri ku sendiri...nama ku sungguh unik...jika dulu aq xsuka melafaskan namaku sendiri...tapi kini aq bangga dengan nama ku....samsia samsi...sejak puan linda memuji nama ku...aq mula tertarik dengan namaku sendiri...terima kasih bapak...nama ini sungguh indah untuk aq seorang...samsia samsi hanya satu dalam dunia....
sO satu memang nombOr bertuah ku....satu satu satu...ader disetiap nafas ku....mungkin satu hari nanti aq akan miliki kereta yang ader nOmbor satu...rumah ku nOmbor satu...tapi yang pasti tarikh lahir ku bukan satu...he3x....harapan ku semOga satu membawa tuah kepada ku

3 K tetap dikenang

3 K....

mesti korang sume tertanya-tanya
pe dia 3 K tu...

kenangan sewaktu aku di Sekolah Meneng
ah Kebangsaan Bangsar

3 K wujud dari bibir seorang teman sekelas ku

shahrul izwan namanya

katanya 3 K sesuai untuk kami bertiga

bertiga??


pertama, nadia jamil

kawan rapatku sejak tingkatan 1

dialah mengajar aku matematik

sampai aku berjaya dapat nom
bor 2 dalam kelas

K untuk nadia ialah kedekut

kedekut ker dia??

bagi shahrul mungkin, t
api bagi aku tidak!!!

nadia bukan kedekut mal
ah pemurah orangnya

kedua, noraffizawati roslan

kawanku sejak darjah 4 di Methodist Girls School

orangnya pendiam tapi bijak

cerdik dalam matematik jugak

K untuk fiza ialah kutip wang

bagi shahrul fiza seorang bendahari yang dedikasi

sebab tu gelaran itu diberi

ketiga, samsia samsi

aku lah, sapa lagi...

orang yang paling becok antara tiga orang

boleh dikatakan ketua kumpulan

betul ker??

aku agak jew...hehehe

K untuk aku ialah kartun

kartun??

shahrul cakap suara aku macam kartun

mungkin sebab suara aku kecik macam kartun

tapi tak pelah aku terima

sebab suara nie lah anugerah Allah S.W.T

itulah cerita wujudnya 3 K

tetap aku kenang sampai bila-bila

terima kasih shahrul

jolokan 3 K inilah popularkan kami bertiga

nadia, fiza dan aku...

3 K

abadi selamanya