PENGIKUTKU.

Wednesday, September 12, 2012

Merah Hitamku.

Assalamualaikum,

Buat pertama kali dalam hidupku, akhirnya hari ini aku menggunakan Samsung Galaxy Tab mengupdate entri baru dalam buku harianku ini. Kalau korang nak tahu aku dah lama berhajat nak beli tab nie mudah sikit aku nak buat kerja. Aku beli tab nie sehari selepas besday aku. Kira nie hadiah buat diri sendiri lah. Hikhikhik.

Bila aku pikir balik, semua barang yang aku beli mesti bertema MERAH dan HITAM!!!! Sebenarnya sejak aku kecik lagi aku suka warna merah. Bagi aku merah tu garang dan buat aku bersemangat nak tempuh semua cabaran di muka bumi ini. Tapi kalau bab baju, kebanyakkan aku suka warna hijau. Tu kan warna kegemaran Nabi Muhammad s.a.w. Itu salah satu sebab aku suka warna hijau, lagi aku mungkin sebab hijau itu mendamaikan.

Ermm, tak nak cerita panjang-panjang sebab aku masih tak lancar guna keyboard tab nie. Dah lah tangan aku besar, keyboard nie lak kecik. Banyak kali gak salah eja sebab tak dapat bajet lagi keyboard nie. Kalau guna keyboard PC dekat ofis tu okey lagi lah. Takpe pelan-pelan aku akan belajar teknologi nie, nanti lama-lama aku cepat lah taip setiap bait-bait ayat dalam blog nie. Amin.

MP3, camera dan tabku.

Foneku.

Nie lah semua barang kesayanganku hari nie. Sememangnya dah lama aku idamkan nak beli semua nie lepas dapat rezeki. Insyallah kalau rezeki aku murah, aku akan beli barang idaman aku seterusnya dan semestinya bertemakan sama MERAH dan HITAM!!. Hikhik. 


No comments:

Post a Comment