PENGIKUTKU.

Monday, September 3, 2012

Selamat Pengantin Baru Nad.

Assalamualaikum,

Hai korang, cepatnya masa berlalu kan? Pejam celik, pejam celik dah bulan September sekarang nie. September bulan paling aku suka sekali sebabnya bulan nie genap setiap tahun umur ku. Hahaha. Bertambah lagi usia aku tahun nie yew. Ermm, aku bukan nak cerita pasal hari lahir ku, tapi aku mahu cerita pasal majlis perkahwinan kawan adik aku, Nad. Kebetulan aku cuti kelmarin, so adik aku cepat-cepat bangunkan aku dari lena. Huhuhu Ingatkan cuti nie nak lepak jew dekat rumah, tapi dipaksa pulak pergi majlis kahwin. 

Ermmm, digagahkan jugak lah kaki nie pergi siap-siapkan diri. Aku tak pikir pun nak pakai baju apa, tapi tangan nie main capai jew baju color hijau yang dah lama aku tak pakai. Sentap kan? Ermm, pakai jew lah janji ada baju tersarung dekat badan nie. Hahaha. Sebenarnya, nie kali kedua aku bertemu dengan Nad, pertama kali masa diaorang berkonvokesyen dekat poly. Tu lah pertama kali bertentang mata dengan Nad lepas tu dah takde langsung, dalam FB memang jadi kawan tapi jarang bersua muka. Hahaha.

 Nad dan Aku.

Bersama adik-adikku.

Kenangan bersama pengantin.

Sebelum balik rumah.

Gambar full. Hikhikhik.

Masa nie, aku ada kenal dengan seorang kawan baru berpangkat adik. Nama dia Ame, memang cute orangnya. Mula-mula dia ingat, aku nie seangkatan dengan diaorang tapi bila Si Tunjang cakap aku nie kakan Nita, dia terus tak percaya sebab katanya aku nie nampak sebaya dengan dorang dan muka aku awet muda!!! Perghh, masa tu hanya muka merah yang terpancar jew, naik meluat adik-adik aku bila dengar Ame cakap aku nampak muda. Ermmm, diaorang jeles lah tu. Hikhik Mekasih Ame sebab cakap akak awet muda yew. Sayang Ame. Hikhik.

Okey, hari nie aku kena jadi wartawan tapi assignment aku satu jew, cover Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor dekat Bukit Jelutong, Shah Alam. Almaklum, seperti mana selalunya aku akan ikut tema program tapi hari nie aku lari jauh menyimpang dari program. Aku memang kasual gila hari nie, segan pun ada sebabnya pakai cam tu, iyelah rumah terbuka sepatutnya pakai baju kurung ker, baju kebaya ker ini tak aku pakai seluar jew. Ahdoi!!! memang tak boleh bawa majlis lah nie.

Lepak bersama Bomba Komuniti.

Peace.

Semuanya sporting. Suka.


No comments:

Post a Comment