PENGIKUTKU.

Wednesday, December 29, 2010

Malaysia Cipta Sejarah Bila Harimau Mengaum.



Inilah wajah-wajah kegembiraan pasukan Harimau Malaya.
Pergh! Hebat korang semua.
Aku bangga sebagai anak Malaysia.
Walaupun aku tak sempat nak tengok aksi korang.
Tapi jauh di sudut hati aku.
Aku yakin korang mampu lakukan.
Syabas aku ucapkan.
Sekarang nie aku nak cerita.
Kenapa aku tak tengok si harimau-harimau ini.
Semuanya salah si ubat rendam dalam air tu.
Buat aku lalok sampai tertidur atas katil.
Niat hati nak tengok aksi harimau pujaan aku.
Tapi tak kesampaian pulak.
*ada ulangan tak dekat televisyen?*
Aku rasa dekat Astro ada kot.
Aku sejak berkecimpung dalam arena sukan nie.
Suka benar tengok si harimau sorang tu.
Sapa lagi kalau tak si pacak nie.


Dia lah Safee Sali.
Harimau Malaya pujaan hatiku.
Sejak di Stadium Shah Alam lagi.
Aku suka sangat tengok aksi dia dekat padang.
Tak tahu kenapa dan mengapa.
Tapi yang penting aku suka.
Sampaikan Abang Nazrie boleh tahu aku minat dia.
Siap dia bagi nombor telefon Safee Sali dekat aku.
Tapi sampai sekarang aku tak call pun dia.
Hehehe.
Dia sangat hebat kan?
Tak salah aku minat dia.
Sampaikan dia boleh dapat Anugerah Kasut Emas.
Mana taknya dia kan penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF kali ini.
Syabas aku ucapkan dekat dia.
Terasa bangga pulak sebab minat dia.
Tak sangka pulak dia hebat di luar Malaysia.
Bukan sahaja di Selangor.
Malah di Asia Tenggara.
Aku akan sokong dia sampai bila-bila.
Dia kan harimau pujaan Malaya.
Mengaum bila menyerang lawan.
Akhir sekali.
Aku ucapkan syabas pasukan Malaysia.
Esok cuti umum untuk Malaysia.
Datuk Seri Najib Tun Razak dah umumkan.
Semua rakyat Malaysia akan bercuti esok.
Tapi aku tak akan cuti.
Aku tetap bekerja untuk berbakti pada negara.
Seronoknya korang cuti kan?
;(


3 comments:

  1. zikrie> kena ucap kt pasukan Malaysia nie. hehehe.

    zakiah> pergh!! sjak bila pandai mengaum nie?

    ReplyDelete