PENGIKUTKU.

Monday, May 21, 2012

Along Cepat Sembuh.

Semoga Along cepat sembuh, amin. Itu doa aku masa tengok Along semalam. Kesiannyer aku tengok kaki Along, nak pegang tapi bukan muhrim. Hahaha. Tapi sebagai seorang kawan, hati aku sedih sebab tengok Along kena cucuk besi dekat tumit dia. Cam sakit jew, Long!! Itu ayat yang terkeluar dari mulut aku masa mula-mula tengok kaki Along.

Ohh, lupa pulak nak bagitahu korang semua. Along nie member aku masa study dekat politeknik dulu. Walaupun masa study dulu kitaorang tak rapat sebab lain jabatan tapi bila dah abis study tiba-tiba boleh rapat!!! pelik bin ajaib kan? Aku memang manja sikit dengan Along, Opss tapi kalau tunang dia ada, aku tak boleh manja-manja nanti bakal Kak Long jeles lak. Hikhikhik. Hakikatnya, aku dah anggap Along cam abang aku walaupun masa poly dulu dia junior aku!!! Ahh, lagi pelik kan? Kalau korang nak tahu, dak Along nie dah tua sebab tu aku anggap dia abang aku. 

Berbalik masa tengok Along semalam, aku pergi dengan tettttt, RAHSIA sebab dia tak suka nama dia keluar dalam ini blog, katanya!! Dalam pukul 2.00 petang kitaorang sampai dekat Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia atau lebih dikenali dengan singkatan dia HUKM. Oleh sebab, si tettttt nie tak tahu jalan, kena la aku jadi GPS dia. Opss!! bukan semalam jew tapi setiap kali nak pergi KL atau nak pergi rumah orang kahwin aku lah yang kena jadi GPS si tettttt nie. Sentap kan? Sabar jew lah dengan si tetttt nie. Dah tua pun tapi still tak ingat jalan, baik takyah ada kereta.

Sampai-sampai jew dekat ruang tempat Along menginap, kitaorang terus tanya nurse. Ahdoi, korang nak tahu tak? kitaorang tak tahu nama penuh Along, sentap tak? Dah kawan lama tapi sampai sekarang tak tahu nama penuh dia. Hahaha nasib kau la long. Seb baik si tettttt nie tahu nama dia tapi just hujung yang depan tak dapat dikesan. Lagi sentap kan? Hahaha. Tapi bila kitaorang cari nama Along dekat white board nasib baik nama dia yang hujung ada, kalau tak kena call la si dak sakit tu.

Akhirnya, katil nombor lima milik Along berjaya dikesan. Macam biasa lah kan, katanya sakit tapi tetap macam dulu selalu menyakat aku. Korang nak tahu tak? Memang Along dan si tettttt tu suka buli aku!!! Hampeh, mentang-mentang lah aku nie blur-blur sanggup korang buli aku yew!!! Tapi bila jumpa Along aku mampu tersenyum sebab Along nie jenis happy go lucky. Masa sakit pun sempat lagi menyakat aku. Long, kau memang gila!!.

Masa aku tengok Along bukan aku dengan si tettt jew yang ada. Jambu dan isterinya yang merangkap kawan aku pun ada. Penat jugak lah tunggu dorang datang tapi kitaorang lepak makan dulu dekat kantin. Lapar siot!!! Kebetulan si zety pregnant, memang asyik kena sakat dengan Along lah cite dia. Along siap bagi petua-petua orang mengandung lagi *cam dia pernah jew kan* Si tetttt dan aku pun tak terkecuali, bagi jugak petua-petua lain. Siap Along perli aku, kau dah cam ada anak tujuh jew siap bagi petua orang mengandung!!! Siot punyer Along, merah muka aku. *geramnya*

Borak punyer borak, tak sedar dah pukul enam petang rupanya. Pergh!!!! nie pertama kali aku tengok orang sakit dekat empat jam. Semua sebab Along tak bagi kitaorang balik. Tapi takpe lah bukan selalu pun jumpa Along. Masa nak balik, Along cam sedih jew siap perli-perli aku lagi, dia cakap aku cam tak sabar nak balik jew. Huhuhu Long, jangan ar pikir cam tu takder niat pun nak balik awal. Sungguh!!! Kalau boleh nak temankan Along sampai malam tapi sebab waktu melawat pun sampai pukul 7 malam sebab tu kitaorang gerak awal. Hikhikhik. 

Doa aku semoga Along selamat masa operation hari Rabu nie. Semoga cepat sembuh yew, long. Amin.



No comments:

Post a Comment