PENGIKUTKU.

Friday, October 22, 2010

Matahari Di Atas Biru Laut.

Penatnya kaki aku hari nie.
Pusing-pusing satu PKNS.
Dah lah berjalan sorang-sorang.
Cam nie lah nasib bila takder pakwe.
Pergi mana-man tanpa ada orang disisi.
Ingat nak ajak member sekali.
Tapi biasa lah hari Jumaat.
Semua member kerja.
Aku jew cuti. 

Niat hati aku nak beli baju.
Baju kurung moden.
Nak pakai time hari bersejarah aku.
Semangat aku berjalan.
Tiap-tiap kedai aku masuk.
Nak cari baju yang paling cantik.
Biar aku bergaya sikit time tu.

Mula-mula dalam tren aku dah pikir.
Nak color apa erk?
Hati aku cakap mesti color ceria.
Tapi bila aku pusing satu PKNS.
Semuanya tak menarik perhatian aku.
Lepas beberapa jam aku tawaf.
Barulah aku jumpa baju tu.
Color dia biru laut.
Ada hijau muda.
Dan yang penting sekali.
Ada bunga matahari.

Ye, baru aku perasan.
Ada bunga matahari.
Makna nama aku tu.
Memang tak salah aku pilih baju tu.
Menepati citarasa aku.
Tapi tudung aku tak beli lagi.
Tak tahu nak pakai color pe.
Kasut pun aku tak beli.
Bila aku ader masa lagi erk?
Dah lah minggu depan nak gerak.
Huhuhuhu.

No comments:

Post a Comment