PENGIKUTKU.

Sunday, October 16, 2011

Terlalu Besar Keagungan-Mu

Aku bersyukur.
Dengan rasa rendah diri.
Aku menadah tangan.
Memanjang rasa kesyukuran.
Terlalu besar keagungan-Mu.
Ya Allah S.W.T.
Walaupun ada kala aku lupa pada-Mu.
Tapi Kau tetap ada disampingku.
Susah senang kau setia menemaniku.
Aku bersyukur Ya-Allah.
Biar semua orang membenciku.
Tapi Kau tetap menyayangiku.
Kau tak pernah melupakan aku.
Tapi aku?
Kini baru aku sedar Ya-Allah.
Hanya kau buat aku tenang.
Kau sumber inspirasi ku.
Aku minta maaf padaMu.
Mataku mula berkata-kata.
Sejak aku berbicara dengan hambaMu itu.
Hatiku mula terbuka.
Mengatakan Kau terlalu sayang padaku.
Memang betul kata hambaMu itu.
Manusia sentiasa lupa padaMu.
Lalai setiap suruhan Mu.
Tidak ikhlas padaMu.
Ya-Allah.
Aku bukan meminta menjadi kaya raya.
Cukup untuk aku harungi hidup sahaja.
Asalkan aku temui orang yang boleh membimbingku.
Kembali kepada jalanMu.
Hanya itu yang aku mahu.
Luahan ini dari hatiku.
Biarlah orang benci bila membacanya.
Tuhan Maha Mengetahui.
Isi sebenar hati hambanya.
Biar coretan aku merapu.
Bahasa aku tidak sekuat ahli bahasa.
Tapi aku punya kebebasan bersuara.
Kalau sesiapa tidak menyukainya.
Aku doakan dia.
Semoga bahagia selalu.
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.
Semoga Allah S.W.T ampunkan segala dosanya.
Amin.

No comments:

Post a Comment