PENGIKUTKU.

Thursday, July 19, 2012

Batman Kembali.

Assalamualaikum,


Hai korang, sihat tak? Esok dah mula nak bertarawih kan? Tak sabarnya nak solat tarawih, masa nie lah aku tunggu-tunggu. Selalunya orang akan beria-ria nak sambut Hari Raya tapi bagi aku semua tu tak penting, yang penting bulan Ramadhan nie. Banyak pahala yang kita akan dapat bila berjaya sempurnakan puasa dengan betul dan mengikut tertib. Tapi sebelum bermulanya bulan Ramadhan, aku tak lepaskan peluang tengok movie baru, Batman: The Dark Knight Rises. Actually, Batman nie salah satu my super hero tau!!! Hahaha. Sebelum nie, aku ada tengok cerita Spiderman. Movie tu pun menarik sangat-sangat. Korang patut tengok tau!!! Okey-okey, hari nie kita bukan nak cerita pasal Spiderman tapi pasal Batman.



Cerita nie lah aku tengok hari nie, Bruce Wayne memang macho wei!!! Rugi tau kalau korang tak tengok cerita nie. Badan dia memang tegap gila, pergh!!!! Mata dia memang seksi gitu. Opss!!! Asal pulak aku cerita pasal body Bruce nie? Adakah aku dah terjatuh cinta dengan dia? Wahwahwah. Jangan nak berangan lah Sam, awak tu sape, dia tu sape!!! Hahaha Tapi tak salah kan kalau kita nak berangan sorang-sorang.

Aku bukan nak bagitahu cerita keseluruhan dekat korang tapi aku rasa bangga dengan cerita nie, dia punya teknologi memang the best!! Aku sampai begitu teruja tengok aksi Batman bersama dengan motosikal dia. Ada ker motor cam tu sekarang nie? Rasa-rasanya diaorang nak keluarkan tak motor berkuasa tinggi macam tu? Kan best kalau aku dapat naik motor tu. Perghh!! mesti seksi bila aku naik motor tu. hikhik


Selain motor tu, aku suka dengar suara si Bane yang jahat tu. Suara dia sangat menakutkan sape-sape yang dengar, dengan mask di muka lagi buat dia seorang yang amat jahat!!! Tapi hakikatnya dia hanya seorang pencinta setia berbakti untuk kekasihnya sahaja. So sweet kan? Cerita ini membuktikan orang jahat pun berhak untuk dicintai dan dikasihi bukan sahaja orang baik tapi semua manusia di dunia nie, tidak terpisah dari rasa cinta dalam hati. Korang setuju tak dengan aku? Hikhikhik.

Okeylah, aku tak nak cerita panjang-panjang pasal cerita nie, kalau korang nak tahu ending dia, korang mesti tonton di pawagam yang berdekat, jangan ambik jauh-jauh nanti korang lambat pulak biasalah movie nie kan panas lagi dari oven, mesti ramai orang nak tengok. Hikhikhik Lepas korang tengok, aku geranti korang mesti suka sebabnya cerita nie ambik masa dalam dua jam 15 minit untuk korang menghayati aksi tangkas Batman. Ermm, I love Batman, you are my super hero!!!

Esok Jumaat kan? Tak sabarnya nak solat tarawih, hari tu aku baru jew beli kain telekung baru semuanya demi solat tarawih. Niat hati, semoga bulan Ramadhan tahun nie, aku akan dapat ketenangan dan juga pahala berlipat ganda. Amin.


No comments:

Post a Comment