PENGIKUTKU.

Monday, July 23, 2012

Jelajah Merdeka Raya 2012

Assalamualaikum, 

Dah masuk tiga hari kita berpuasa rupanya.
Maaflah dah lama aku tak update blog nie.
Biasalah aku busy sikit sebelum nie.
Sembahyang terawih pun aku buat dekat RTM jew.
Senang dan tenang jiwa aku dekat sini.
Seriously, aku rasa lain sangat-sangat.
Okey-okey, aku tak nak cerita pasal puasa.
Tapi aku nak cerita pasal benda nie.
Hari nie aku kena cover program Jelajah Merdeka Raya 2012.
Kali nie Selangorfm jadi kontinjen untuk negeri Selangor.
Ini destinasi kedua selepas Kuala Lumpur.
Semalam, kontinjen KLfm serah jalur gemilang dekat Pasar Tani Stadium Shah Alam.
Hari nie pulak jelajah ke negeri Selangor.
Daerah yang jadi pilihan ialah daerah Beranang.
Tepat pukul 10.00 pagi skuad konvoi bergerak dari Stadium Shah Alam.
Polis trafik yang jaga kitorang sepanjang perjalanan ke Beranang.
Kalau korang nak tahu ada 25 buah teksi ikut serta tau!!
Meriah wei sambil kibar jalur gemilang.
FAMA dan AADK Negeri Selangor pun ada.

Konvoi teksi.

Sampai jew dekat Klinik Kesihatan Beranang.
Hampir 200 penduduk daerah Beranang menunggu kitaorang.
Kesian tengok makcik dan pakcik penat menunggu.
Kebetulan ADUN Semenyih, Datuk Johan Abd Aziz bermurah hati.
Siap bagi sumbangan Ramadhan dan notebook 1Malaysia.
Selangorfm dan FAMA pun turut serta.

Penduduk daerah Beranang.

Lepas jew habis sesi interbiu.
Kitaorang terus bergerak ke Tol Senawang, Seremban.
Ada kakitangan Radio Malaysia Negerifm tunggu dekat sana.
Perjalanan memang amat memenatkan.
Iyelah dah lah tengah puasa.
Panas pulak tu.
Dugaan betul hari nie buat aku dan skuad jelajah.
Kitaorang sampai dekat Tol Senawang dalam pukul 1.30 petang.
Lepas jew agihkan jalur gemilang dekat pengguna lebuhraya.
Kitaorang bergerak ke Kompleks Tuanku Muhammad
Jabatan Penyiaran Radio Malaysia Negerifm.
Bagi majlis penyerahan jalur gemilang kepada kontinjen destinasi ketiga.
Negeri Sembilan.
Masa nie aku jumpa kawan-kawan news dulu.
Mala dan Kak Lin.

Senyum.

Ermm, lepas tu aku terus buat stand upper.
Saja jew buat mana tahu diorang terima.
Hikhikhik.
Aku memang teruja dengan program nie.
Memang terbaik sangat.
Syabas untuk semua ahli jawatankuasa program.

Bergambar dengan abang Kris.


No comments:

Post a Comment