PENGIKUTKU.

Sunday, July 15, 2012

Rindu Si Jantung Hati.

Assalamualaikum,


Hai korang, sihat tak hari nie? Aku terasa sihat sangat-sangat sebabnya hari nie aku jumpa dengan si jantung hati yang dah lama aku tak jumpa sejak enam tahun lalu. Muka tersenyum-senyum bila jumpa dengan diorang!!! Diorang? Mesti korang pelik kan? Ramai sangat ker si jantung hati aku nie? Ermmm, sebenarnya si jantung hati yang aku maksudkan nie memang ramai sebabnya diorang nie member aku masa tengah study dekat poly dulu. Lama gila tak jumpa korang!!! Rindunya dekat korang, seriously aku sangat sayang korang tau!!! Teringat masa tengah study dalam kelas dulu, meriah sangat-sangat.

Kalau korang nak tahu hari nie Lin sanding, sebenarnya dia dah nikah hari Jumaat lepas, so sekarang nie masanya dorang sanding. Mulanya aku dah bagitahu Lin yang aku tak dapat datang sebab aku kena kerja, tapi last minutes aku tiba-tiba berubah fikiran nak pergi jugak. Akhirnya keputusan aku berbaloi sebabnya dapat jumpa dengan korang semua. Cantik korang semua, tak berubah macam dulu!!! Sayang korang tau.


Pengantin hari nie.

Masa potong kek.

Maksu dan Kak Ngah

My dan Farah.

Bergambar dengan pengantin.

Korang tengok lah dorang semua tersenyum jew kan? Kitaorang memang tak jangka dapat jumpa semula. Masing-masing dah ada life sendiri, ada yang dah tunang, dah kahwin dan yang penting yang masih single. Hahaha Tak sangka aku dah jadi auntie, rupa-rupanya dah tua aku!!! Ohh, tidak tolong lah wahai anak-anak kawan aku, panggil akak yew jangan auntie sebab akak belum kahwin lagi!!! Hahaha Sangat meriah saat tu, aku memang rindu sangat dengan korang!! Muah.muah.muah. Sebelum nak balik sempat jugak aku bergambar dengan member aku nie, walaupun dia lain bidang masa dekat poly tapi aku kira rapat dengan dia jugak. Si cantik My, tetap maintain walaupun dah kahwin okey, pada korang yang usha gambar dia korang gigit jari jew lah sebabnya dia nie isteri orang!!! Hahaha

Maksu, My dan Aku.

Pandai korang posing!!

Balik jew dari Majlis Perbandaran Nilai, kitaorang terus bergerak ke Wangsa Walk sebabnya maksu tak pernah pergi sana. Hajat hati nak makan aiskrim dekat Tuttie Fruttie lepas tu tiba-tiba teringat berkarok pulak. Lagipun si Maksu dan Kakngah nie tak pernah pergi karok, so aku pun ajak lah dorang berkarok dengan baju kurung. Memang seronok tapi Maksu pulak tak sporting sebab hanya sebuah lagu jew dia nyanyi. Ermmm takpe lah janji korang nak jugak berkarok!!! Hahaha Comel sangat korang masa tu, semangat jew muka Kakngah nyanyi lagu Dia. 

Peace.

Peace jugak.

Kakngah.

Maksu

Me.

Hari nie sangat menenangkan hati aku, rasa tenang jew jiwa nie bila tengok aksi korang bersua muka. Bila lah lagi nak jumpa korang kan? Harap-arap kita dapat jumpa lagi yew, aku rindu dengan korang. Lepas nie aku nak berisi sikit macam dekat poly dulu. Nak makan banyak-banyak sebab hati aku sangat seronok dapat jumpa korang!!! Muah.muah.muah. Kepada Lin dan suami, aku ucapkan selamat pengantin baru dan semoga berbahagia hingga ke syurga!!! Amin. 

p/s :-Tiba-tiba teringat masa aku, Kakyang dan Lin turun Gunung Angsi, masa tu Lin tengah susah!!! Rindu sangat saat tu. Sekarang nie, Lin dah kahwin tak sangka betul kan? Cepatnya masa berlalu. Hikhik


No comments:

Post a Comment