PENGIKUTKU.

Monday, December 5, 2011

Cinta Sejati.



Cinta sejati datang dari hati.
Hati yang penuh ikhlas.
Menyayangi dan mencintai.
Cinta sejati bukan mahu dicaci.
Atau mahu dikasari.
Tapi mahu disayangi.
Kalau boleh seumur hidup.
Atau sampai mati.
Cinta sejati pertemukan aku.
Setiap inci lelaki.
Namun sampai kini masih tercari-cari.
Lelaki yang mampu dibuat suami.
Cinta sejati melakar sanubari.
Pengalaman mengajar aku berlari.
Mencari cinta sejati.
Walau pahit aku jalani.
Duri dan ranjau aku renangi.
Namun manis masih lagi sangsi.
Cinta sejati bentuk sahsiah diri.
Jika dulu aku lemah gemalai.
Tapi kini aku gagah berani.
Memperjuang maruah diri.
Yang dulu dipijak mati.
Cinta sejati.
Aku bukan memilih lelaki.
Tapi aku mahu yang sabar diri.
 Tidak meninggi diri.
Tidak juga penipu diri.
Cinta sejati.
Aku masih menanti.

Nukilan :-Samsia Samsi




2 comments: