PENGIKUTKU.

Thursday, November 17, 2011

Anugerah Istimewa.


Pertama kali dalam hidup aku.
Aku menjejakkan kaki di Sekolah Istimewa.
Rata-rata semua pelajar cacat pendengaran.
Sekolah Menengah Vokasional Pendidikan Khas.
Seksyen 17, Shah Alam.
Sebelum nie aku pernah tengok diorang berinteraksi.
Tapi aku tak pernah terpikir macam mana diorang sekolah.
Sebaik aku melangkah.
Aku tengok semua pelajar senyap.
Ini juga pertama kali aku rasa.
Selalunya kalau sekolah pelajar normal.
Dari luar sekolah dah bunyi bising.
Tapi dekat sini berbeza.
Semua menggunakan bahasa isyarat tangan.
Sebagai pengganti suara dan telinga.
Cikgu-cikgu pun menggunakan isyarat yang sama.
Aku terpegun dengan kelebihan mereka.
Selain itu, aku kagum dengan semangat mereka.
Mereka punya bakat dan kreatif dalam kemahiran.
Seronok aku tengok diorang buat persembahan.
Walaupun mereka menari.
Tapi diaorang tak dapat mendengar lagu.
Pelik kan?
Tapi itulah keistimewaan diorang yang aku tak ada.
Mereka semuanya comel-comel dan hensem.
Seriously.


Waktu nie diorang hanya terima arahan cikgu sahaja.
Sambil mengingati rentak.
Kagum aku sejenak.
Cikgu diaorang ada bagitahu aku.
Diaorang nie wakil sekolah buat persembahan.
Baru-baru nie di Terengganu.
Hebat kan?
Selain menari.
Diaorang pun menyanyi tau!!!
Mesti korang teruja nak tengok.

 
Nie lah barisan koir diaorang.
Tapi diaorang menggunakan bahasa isyarat.
Masa nie nak mengalir airmata aku.
Tengok diaorang menyanyi guna bahasa isyarat.
Kagum pun ada.
Sebab diaorang semangat menyanyi walaupun tanpa suara.
Aku doakan semoga diaorang berjaya dalam hidup.
Amin.
Lupa pulak nak bagitahu.
Sebenarnya aku datang sekolah nie.
Untuk Majlis Anugerah Kecemerlangan 2011.
Diaorang nie siap dapat Sijil Kemahiran Malaysia beb!!!.
Aku ada dapat coklat yang diaorang buat.
Perghhh!!!
Sedap beb, kalah aku.
Aku pun tak pandai buat coklat. 
Hahahaha.



No comments:

Post a Comment