PENGIKUTKU.

Tuesday, December 6, 2011

Diam.

Diam. Bukan bermakna aku takut tapi sebab aku tak ingin berbalah. Mencari pergaduhan dengan orang. Itu bukan sifat aku. Hari nie seorang kawan yang cukup aku hormati berkata, lebih baik diam dari keruhkan lagi keadaan. Macam tu kot bunyinya. 

Aku pun dah lupa, tapi lebih kurang macam tu lah. Bagi aku, diam pula akan timbulkan lagi banyak masalah sebabnya kalau kita diam, orang takkan tahu apa yang kita tidak puas hati, marah dan sebagainya. Memang elok kalau kita diam, tapi jangan terlampau sangat nanti makan diri kita.

Contohnya, kalau kita sayang seseorang tapi kita diam jew, orang tu mesti tak tahu hati kita kan? So, kita kena luahkan dekat dia biar dia tahu perasaan kita. Jangan pikir dia terima atau tidak, yang penting dia tahu kita sayang dekat dia. Itu pun dah cukup. Lagi satu, kalau kita dah luah mesti hati kita rasa tenang jew sebab beban masa simpan perasaan tu dah hilang dengan luahan tadi.

Diam. Aku memang bukan jenis tahu diam, ada jew benda aku nak berleter sampaikan kawan aku siap buat meter dekat aku. Huhuhu. Kejam kan!!!. Sampai hati dia buat aku macam tu, bila aku diam dia pulak pelik. Siap tanya kau okey tak? Huhuhu yang nie lagi kejam. Dia ingat bila aku diam dan senyap, aku ada masalah ker. Tapi aku tak boleh nak elak sifat kuat bercakap nie, aku tak nak hipokrit. Biasanya aku lagi banyak cakap dengan kawan aku. Semua aku luah, aku bebas nak bercakap pape pun.

Tapi ada sesetengah orang, aku susah nak luah apa yang aku rasa. Aku rasa diam itu lagi penting dari bersuara. Aku rasa aku bukan jadi diri aku sendiri. Terlalu hipokrit. Tapi aku ada sebab kenapa aku buat macam tu. Jiwa aku memberontak, tapi mulut aku terkunci rapi seakan-akan ada emas dalam mulut. Sampaikan orang itu memberontak inginkan kebenaran. Bukan aku tak mahu bersuara, tapi aku takut dan tak berani nak luahkan. So, lebih baik aku diam dan terus diam. Asalkan jangan satu dunia salahkan aku sebab aku takut dipersalahkan. Itu hakikat yang aku rasa sekarang nie. 

No comments:

Post a Comment