PENGIKUTKU.

Friday, September 2, 2011

Biar Miskin Asal Hati Bahagia.


Hari nie aku terjumpa seorang auntie.
Auntie nie bukan orang Melayu.
Itu aku pasti.
Sebab hidung dia mancung macam orang Hindustan.
Gaya dia cakap sebijik macam Kajol.
Tapi dia fasih berbahasa Melayu.
Orang Sikh rupanya.
Sikap dia sederhana sahaja.
Tapi dia berjaya buat aku terpikat padanya.
Mula-mula bertentang mata.
Aku tak berminat nak bersuara.
Bukan aku sombong.
Tapi aku malas nak beramah mesra.
Tapi kalau dah sikap aku memang macam tu.
Tak boleh nak buat pe lah kan.
Mana taknya.
Orang duduk sebelah pun aku boleh tegur.
Inikan orang yang duduk depan mata.
Tapi kali nie lain cikit.
Auntie nie banyak pengalaman hidup rupanya.
Banyak dia bercerita tentang kisah orang sekelilingnya.
Ada satu nasihat yang aku ingat sampai sekarang.
Dia cakap.
Hidup nie singkat sahaja.
Tuhan bagi kita hidup di dunia nie.
Tuhan nak tengok macam mana kita hidup.
So, setiap apa yang kita buat.
Tak payah nak ikut orang.
Buat ikut kemampuan kita.
Kalau orang ada kereta besar.
Kita jangan ikut kalau tak mampu.
Nanti merana diri sendiri.
Kalau orang kahwin buat besar-besaran.
Kita jangan ikut gaya diorang.
Buat ala kadar sahaja.
Ikut kemampuan kita.
Jangan nak menunjuk-nunjuk dekat orang.
Biar sederhana sahaja.
Asalkan rumah tangga bahagia.
Tak semestinya.
Rumah kecik, hati tak bahagia.
Sebab kadang-kadang,
Rumah besar, hati boleh sengsara.
Hidup biar sederhana.
Pakai apa yang ada.
Asalkan bersih dan selesa.
Ermmm.
Betul cakap auntie tu.
Biar kita miskin asalkan hati bahagia.
Jangan kita kaya tapi hati sengsara.
Jangan pandang rumah besar.
Hidup selesa.
Tapi pandanglah rumah kecik.
Asal hidup gembira.
Sekarang nie aku bersyukur pada Allah S.W.T.
Walaupun rumah aku kecik.
Tapi aku ada bapak.
Aku ada mak.
Aku ada adik Nita.
Walaupun aku selalu bergaduh dengan bapak.
Tapi aku sentiasa sayang bapak.
Walaupun aku jarang borak dengan mak.
Tapi aku sentiasa rindu mak.
Walaupun aku selalu marah dengan adik Nita.
Tapi aku sentiasa kasih adik Nita.
Kakak sayang dekat korang sangat-sangat.
Auntie terima kasih sebab bagi banyak pengajaran.
Walaupun auntie tak baca blog saya.
Saya akan tetap ingat nasihat auntie.
Lepas jew aku jumpa auntie.
Aku tengok wayang dengan adik Nita.
Pakwe adik pun ikut sama.
Semuanya 12 orang.
Kitaorang tengok cerita Hantu Bonceng.


Nie first time aku tengok wayang dengan pakwe adik.
Cerita dia best la jugak.
Kelakar.
Paling aku suka bila ada perkataan Gurl Girl.
Gelak jew aku dengar ayat nie.
Macam sweet jew kan?
Korang tengok la cerita nie yew.
Bukan nak promote
Tapi just bagitahu jew.
Hikhikhik.


No comments:

Post a Comment