PENGIKUTKU.

Sunday, September 4, 2011

Tokoh Merdeka.


Hari nie kerja aku senang jew.
Aku kena temubual bekas pejuang kemerdekaan.
Semalam aku dah telefon Dato Mohd Ali.
Nasib baik dia boleh tolong carikan pejuang-pejuang Malaya.
Askar Melayu nama dulu-dulu.
Sebenarnya sebelum nie aku dah pernah minta tolong Dato.
Kira nie kali kedua aku minta tolong.
Nasib baik Dato baik orangnya.
Hari nie dua orang bekas pejuang akan ditemubual.
Seorang bekas tentera.
Seorang lagi bekas polis.
Bangga aku lihat pejuang-pejuang negara ini.
Bersemangat bila aku ajukan soalan tentang zaman darurat.
Bertapa seksanya waktu zaman dulu.
Kebanyakkan anak-anak remaja sanggup masuk Askar Melayu.
Demi berbakti untuk negara.
Bukan wang ringgit jadi ukuran.
Tapi semangat memerdekakan Malaya jadi taruhan.
Sungguh aku terharu.
Tatkala melihat titisan air mata pejuang-pejuang ini.
Mengimbas kembali kenangan dahulu.
Hati aku turut tersentuh dan sebak.
Betapa gigihnya semangat perjuangan mereka.
Aku berasa bertuah dapat berjumpa mereka.
Dapat mendengar kisah-kisah mereka.
Dapat melihat semangat patriotik mereka.
Dapat memahami rintihan hati mereka.
Oppss.
Lupa pulak nak bagitahu nama pejuang-pejuang negara ini.
Baharin Bin Kabin.
76 tahun usianya.
Seorang lagi, Johari Melan.
Berjuang selepas kemerdekaan.
Umur baru 61 tahun.
Rata-rata pejuang yang aku jumpa.
Kebanyakkan masuk tentera demi kemerdekaan negara.
Bukan mengejar kekayaan dan harta.
Sebab itu aku bangga dengan semangat mereka.
Kagum dan hargai.
Setiap keringat tulang empat kerat menjaga negara.
Tidak gentar dengan peluru ataupun bom.
Biar rebah di muka bumi.
Asalkan negara tidak dijajah pihak luar!!!.
Sempena Hari Kemerdekaan ini.
Aku dengan rendah diri.
Mengucapkan selamat hari kemerdekaan.
Semoga negara Malaysia tetap aman dan makmur.
Kepada generasi muda masa kini.
Hargailah perjuangan tentera dan polis Malaya dahulu.
Tanpa mereka kita tidak dapat mengecapi kemerdekaan negara.
Aku sayang Malaysia!!!.


No comments:

Post a Comment