PENGIKUTKU.

Saturday, September 3, 2011

Aji Saregar Mazlan.


Lagi beberapa hari tarikh tu bakal tiba.
Bila muncul tarikh tu.
Bermakna aku semakin dewasa.
Huhuhu.
Alhamdulillah aku baru sempurnakan bacaan Yassin.
Dah lama aku tak amalkan baca Al-Quran.
Mungkin terlalu sibuk agaknya.
Tapi sejak aku tengok kawan aku di Somalia.
Aji Saregar Mazlan terkena serpihan tembakan peluru.
Tiba-tiba hati aku sayu.
Banyak kali aku cuba telefon dia.
Nak tahu keadaan terkini.
Tapi hampa.
Aku harap dia dalam keadaan baik-baik sahaja.
Acap kali berita kematian Jurukamera Bernama TV menjelma.
Noramfaizul Mohd. Nor namanya.
Sebagai salah seorang warga media di Malaysia.
Aku turut tersentak.
Salah seorang rakan media kami terkorban sewaktu bertugas.
Itulah rintangan dan cabaran bergelar jurukamera dan wartawan.
Al-fatihah aku doakan untuk Allahyarham.
Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Amin.
Esok dijangka krew tersebut akan pulang.
Aku doakan semuanya selamat sewaktu perjalanan.
Korang nak tengok tak kawan aku tu?


Yang tengah tu la Aji.
Walaupun aku dah lama tak jumpa dia.
Aku tetap risau kan dia.
Kesian aku tengok dia dekat Berita Utama TV3 tadi.
Semoga kau cepat sembuh yew.
Aku rindu nak dengar kau gelak macam dulu.
Nie gambar aku lepas baca Yassin.


Semoga aku jadi wanita soleha lepas nie.
Insyallah.
;)


No comments:

Post a Comment