PENGIKUTKU.

Friday, July 9, 2010

Lelaki Aku Benci

Sebab kes kelmarin, aku tergerak nak tulis pasal benda nie. pasal lelaki yang aku benci dan meluat aku tengok. dalam dunia nie ramai lelaki, tapi tak semua nya lelaki!! maksud aku, lelaki yang tak ader ciri2 seorang lelaki sejati. seriously, aku memang ambik berat pasal benda nie. sebab nanti aku akan kahwin dengan lelaki gak, bukannya perempuan. *huhu*. kepada semua lelaki yang terbaca blog aku nie, aku harap korang jangan la ader ciri2 macam nie. nanti ramai gurguls kat luar tu tak pilih korang!!. antara ciri2 lelaki yang aku benci adalah seperti berikut :-

1.   Kaki Pukul
Benda ni nombor 1 aku letak sebab, aku tak suka lelaki kaki pukul. belum apa2 lagi dah pukul sana, dah lempang sini, tendang situ, ciap nak cekik sampai mati dan baling buku dekat gurguls. lelaki macam nie memang aku paling tak suka. biar tak kawin sampai bila2 pun aku rela!! Lelaki yang kaki pukul nie, kalau guna ayat mesti power. kalah gula2 manis kat kedai mamak tu. lelaki macam nie kalau pukul, memang tak ingat dunia. tapi yang aku pelik, lepas pukul tau pulak nak bagi ubat, nak sapukan ubat, nak baik2 semula dan semua la yang sewaktu dengannya. kadang2 lelaki kaki pukul nie, bertindak diluar kawalan. lelaki spesis ini boleh membunuh jugak, macam nak langgar kita dengan motor atau kereta. bertapa hebat nya aksi2 si kaki pukul nie. kita tak kan jangka apa yang dorang boleh buat. lagipun dorangkan lelaki!!

2.   Panas Baran
Benda ni aku letak nombor 2 sebab, aku tak suka lelaki panas baran. kerja asyik marah2 je. semua yang kita buat tak betul, dia jew yang betul. lelaki macam nie kalau tengah marah, abis semua dia nak ungkit. kita nie dia pandang negatif jew, dah tak ingat apa yang baik dekat kita. kalau marah, bukan nak cakap leklok. mesti guna ayat kurang ajar. semua benda tak elok kuar. kalau dulu selalu guna ayat 'b and sayang', tapi kalau marah hilang semua tu. ayat 'kau and aku' yang akan keluar!! pe kes tu?? time happy bersayang2 tapi time marah2 beraku kau!! Argghh.. lelaki memang macam tu. tu lah aku tak suka sangat2 orang yang panas baran nie. nak cari salah kita jew. tapi kalau salah dorang, cover punyer la bagus!! 

3.   Playboy
Benda ni aku letak nombor 3 sebab, aku tak suka lelaki playboy!! depan kita punyer baik, pijak semut pun tak mati. tapi kalau belakang kita, dia la playboy paling glamour di dunia nie. ramai sangat awek, sampai tak tahu yang mana satu nak pilih. dekat sana ader awek, dekat sini ader awek, dekat situ ader awek. pendek kata, semua tempat kalau boleh nak ader awek!! kalau muka tu hensem tak pe. tapi kalau muka tu tak hensem, agak2 la kan. setakat ayat manis je kuar pe kisah doh!! tapi yang aku heran pulak, kalau iye pun nak ader awek lain. pe kes nak tunjuk2 dekat member?? hebat sangat ker ader awek sampai 2 3?? lelaki jenis nie memang tak kan berubah sampai bila2. dah kawin apa tah lagi kan??

4.   Kaki Tipu
Benda ni aku letak nombor 4 sebab, aku tak suka lelaki kaki tipu!!! semua benda dia nak tipu, pastu mengajar kita pulak menipu. tu lagi aku tak suka!! lelaki nie tugas dia ajar gurguls yang baik2 je,bukannya ajar menipu. lelaki jenis nie memang tak akan berubah. bukan dengan kita jew dia nak menipu, dengan kawan2 pun dia suka tipu. lelaki kaki tipu nie, tak ramai kawan yang lekat dengan dia. sebabnya, kawan2 pun bukan percaya cakap dia. semua yang lahir dalam bibir dia tu dusta semata2!! lelaki macam nie jenis yang hipokrit. pandai mengatur strategi menipu. otak ligat jew pikir macam mana nak tipu!! sampaikan bila tipu pun kita akan tahu. dorang ingat gurguls nie tak pandai tengok orang tu tipu ker tak. hampeh betul la lelaki macam nie.

5.  Berlagak Hebat     
Benda ni aku letak nombor 5 sebab, aku tak suka tengok lelaki berlagak hebat. lelaki jenis nie memang selalu tunjuk hebat depan gurguls. bagi dorang semua benda dorang tahu, dorang pandai, dorang pakar. tapi sebenarnya satu apa pun dorang tak tahu. dorang nie memang spesis macam nie. lagi2 kalau dapat awek yang lurus jew, macam aku nie!! confirm la dorang lagi tunjuk taring tu. kehebatan terserlah bila cakap dengan awek yang tak tahu pape. tapi hakikatnya dorang la yang paling senget bila dengan kawan2 dorang.

6.  Kedekut 
Benda ni aku letak nombor 6 sebab, aku tak suka lelaki kedekut. bila nak makan jew mesti nak guna duit gurguls. cakap tak nak makan, tapi bila kita makan dorang sibuk2 nak makan sama2. jimat la tu, tapi hakikatnya kedekut. duit ada tapi guna untuk gurguls lain. kalau nak call kita, jangan harap la. mesti kita jew yang akan call dorang. kalau nak mesej, jangan mimpi la. mesti kita yang terhegeh2 nak hantar mesej dulu. itu pun tak tahu reply ker tak!! bila kita cakap tak der kredit ker? dorang akan jawap, tadi baru call mak la. tu yang abis kredit!! *huhu* agak2 la kan. tak kan setiap hari call mak?? tak kan bergayut lama2 sampai abis kredit tu kan. aku juga paling benci bila ader lelaki yang suruh gurguls belikan topup, pastu bukan nye nak bayar balik. buat2 tak tahu plak. Geram jew aku!!! 

Nie la antara lelaki yang aku benci, banyak lagi yang aku nak buat. tapi lain kali lah kan. nanti aku sambung  lagi tulis pasal lelaki aku benci. lagipun bukannyer aku tak updates blog nie hari2 kan. *saja jew nak promot blog nie* kalau aku tak buat macam nie, mesti korang tak baca blog aku lagi!!! *haha* 


5 comments:

  1. nasib baik adk xade ciri2 d atas tu.......hihihihihih

    ReplyDelete
  2. confirm ker xder dik?
    hehe
    akak xsuka la ko ader ciri 2 tu
    t sume gurguls xsuke ko.

    ReplyDelete
  3. mintak2 xade la kak....

    ReplyDelete
  4. ala, akak tau ko baik
    so pasni sume awek nak kt ko
    haha

    ReplyDelete
  5. kalau nak tau...ciri2 ni ada pada diri budak setan..nak tau sape budak setan ek..sayalah orang nye..nak tau sape nama dia..dia muhammad azahari..orang panggil saya sood..mmg saya punyai ciri2 camtu..saya mengaku...bukan nak tunjuk saya ni gah ngn perkara di atas..tapi perkara ni lah yg buatkan aku sering sedih atas kesilapan aku pada masa yg lepas.. so bagi korang yg ada sikap2 camni..tolong hindar..tak perlu ada sikap camni..tak kan membantu diri anda..so anda jgn hipo pada diri..biarla kurang...sebab kekurangan itu lebih jujur dan jelas menunjukkan itu diri anda yg sebenar

    ReplyDelete