PENGIKUTKU.

Tuesday, September 27, 2011

Medan Selera Wang Seng.


Semalam,
26 September 2011
Aku kena kerja sekitar Kepong.
Aku pergi dengan abang Razali.
Dia stringer Kuala Lumpur.
Kitaorang sampai tersesat.
 Cari Medan Selera Wang Seng.
Kata Encik Nuridin a.k.a PA Datuk Bushro.
Peniaga sedang buat demontrasi.
Diaorang tak puashati dengan Majlis Perbandaran Selayang.


Aku sedang bekerja.
Yang pakai baju serba hitam tu.
Masa nie aku tengah dengar luahan Akak Salina.




Friday, September 23, 2011

Kalau Ada Jodoh, Takkan Kemana-mana.


Kalau ada jodoh.
Takkan kemana-mana.
Pergilah sejauh mana yang suka.
Tapi kalau dah jodoh.
Dalam kereta MyV pun bertemu jugak.
Betul tak?
Kalau kita mengelak sepanjang masa.
Tapi kalau dah jodoh.
Dia tetap milik kita jugak.
Berkawan lah seramai mana kita suka.
Tapi kalau dah jodoh.
Dia jadi kekasih kita jugak.
Benci bila kita tengok muka dia.
Tapi kalau dah jodoh.
Kita tetap suka dia jugak.
Itulah jodoh namanya.
Jodoh.
Ayat yang selalu aku ungkap.
Bila orang bertanya.
Soalan paling maut dalam hidup seorang gadis.
Bila nak kahwin?
Umur dah semakin tua.
Dan.
Jawapan aku paling senang.
Tunggu bila jodoh tu memanggil aku.
Tapi soal jodoh.
Hanya Allah S.W.T berkuasa.
Kita sebagai manusia hanya berserah dan berdoa.
Berdoa untuk dapat yang terbaik.
Bukan sempurna tapi terbaik buat diri aku.
Hanya terbaik untuk aku.
Sesuai dengan aku.
Tapi aku tak tahu jodoh aku.
Terlalu rumit untuk aku ungkai semua.
Jadi tanda tanya untuk aku.
Tipulah kalau aku cakap tak nak kahwin kan?
Siapa yang tak nak kahwin.
Aku nak.
Seriously.
Aku dah mula terfikir pasal kahwin.
Tapi aku belum bersedia lagi.
Masak pun tak reti lagi.
Kalau setakat Maggie tu aku handal lah.
Tak kan laki aku nanti makan tu jew.
Hahaha.
Jadi secara positifnya.
Memang aku belum ada jodoh lagi.
Sebab aku belum bersedia.
Sedia semua perkara.
Tanggungjawab sangat besar.
Mungkin Allah S.W.T belum izinkan aku lagi.
Dia tahu apa yang terbaik untuk aku.
Insyallah.
Satu hari nanti.
Aku akan berkahwin.
Cuma aku tak tahu bila.
Masa tu jodoh aku melambai-lambai aku.
Semua orang akan berhenti bertanya aku.
Bila nak kahwin.
Kahwin dengan siapa.
Sebab semua tu dah ada depan mata diorang.
Bak kata orang-orang dahulu kala.
Kalau dah jodoh, takkan kemana.




Wednesday, September 21, 2011

Majlis Santapan DiRaja.


Hari ini aku kena cover Yang Di-Pertuan Agong.
Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Sempena lawatan tiga hari baginda ke Selangor Darul Ehsan.
Bermula hari ini sampai Jumaat, 23 September.
Pertama kali dalam hidup aku.
Aku dapat masuk dalam Majlis Santapan DiRaja.
Istana Alam Shah, Klang.
Sangat cantik dewan santapan.
Terpegun aku tengok.
Tak sangka aku dapat peluang macam ini.
Memang aku tak pernah terfikir benda-benda nie.
Aku rasa macam cerita dongeng Cinderella.
Semua orang bergaya, cantik dan nampak mewah.
Aku pulak cuma pakai biasa-biasa jew.
Nasib baik aku pakai molek sikit.
Kalau tak segan pulak dengan Dato-dato dan Datin-datin.
Tak kisah lah semua tu kan.
Yang penting.
Aku dapat merasai suasana majlis santapan tu.



Sunday, September 18, 2011

Wira Foto Fest 2011.


Sebenarnya aku tak tahu tentang benda nie.
Wira Foto Fest 2011.
Kalau tak abang Darenish bagitahu.
Aku memang tak akan tahu.
Seriously.
Aku memang tak tahu.
Rupa-rupanya.
Abang Darenish letak gambar aku.
Sebagai sajian mata rakyat Malaysia.
Opss, bukan semua.
Tapi segelintir peminat fotografi sahaja.
Gambar aku terletak kecil di antara gambar-gambar lain.
Baju pengantin berona unggu.
Siap mahkota besar di kepala.
Gambar aku duduk sopan di tangga.
Siap pegang sejambak bunga.
Ini pertama kali gambar aku dipamerkan.
Mekasih abang Darenish.
Aku pun belum sempat nak pergi tempat nie.
Abang Darenish cakap dekat belakang Masjid Wilayah.
Nama tempat tu, Solaris Dutamas.
Pameran sampai 25 September nie.
Kalau aku ada masa.
Nanti aku datang jenguk gambar aku tu.
Hikhikhik.


Korang nampak tak gambar aku.
Yang sebelah kiri tu.
Baris kedua dari atas.
Sebelah kanan gambar warna pelangi tu.
Macam tak percaya jew.

 
Harap aku ada masa nak tengok gambar ini.
Hikhikhik.
Yang bawah nie gambar sebenar.





Saturday, September 17, 2011

Pokok Pada Hati.


Enti aku berbunyi pokok pada hati.
Bukan pokok ada dalam hati.
Tapi.
Pokok pangkal pada hati.
Maksudnya.
Semua yang kita buat berlandaskan pada hati.
Kalau hati kita berkata 'YA'
Maksudnya itulah yang kita akan buat.
Kalau hati kita berkata 'TIDAK'.
Maka, kita tak kan ambik kisah.
Contoh.
Kalau ada orang ngorat kita.
Tapi dalam hati ada seseorang yang kita sayang.
Kita selalu ingat kebaikan dia.
Datanglah seribu lelaki kacak, tinggi atau macho.
Tapi hati kita tetap kuat.
Cinta kita seteguh air di kali.
Perasaan itu tak pernah luput.
Walaupun ada kumbang lain hinggap.
Cuma kita perlu ada kepercayaan dalam hati.
Kalau jodoh tak kan kemana.
So.
Pokok pangkal pada hati.
Asalkan kita berkawan dengan ikhlas.
Biarlah apa orang cakap.
Pokok pangkal pada hati.
Tak semestinya kita keluar berdua.
Makan berdua.
Naik kereta berdua.
Kita dah dianggap kekasih?
So.
Pokok pangkal pada hati.
Peduli semua usikan orang.
Orang bukan tahu kita bahagia atau tidak.
Orang hanya tahu mengata.
Tapi hakikatnya kita yang tempuh.
Bukan orang yang bagi kita makan.
Diorang takkan senang bila tengok kita senang.
So.
Pokok pangkal pada hati.
Kita yang lalui kisah hidup kita.
Orang tengok kita sengsara.
Tapi diorang tak tahu.
Sebenarnya kita hidup bahagia.
Bahagia dengan apa yang ada.
Berserah pada Tuhan yang Esa.
So.
Pokok pangkal pada hati.
Semua pada hati.
Kalau hati kita bersih.
Semua akan jadi bahagia.
Tapi kalau hati kita kotor.
Semua akan jadi derita.
So.
Pokok pangkal pada hati.


Thursday, September 15, 2011

Parti Kejutan.

Gaya baru, aku dah 26 tahun!!

Aku, adik dan e'ein.

Kawan-kawan adik!!!

Aku dan e'ein.

Aku dan adik!!!