PENGIKUTKU.

Tuesday, July 3, 2012

Operasi Paip Haram Syabas.

Assalamualaikum,

Ermmm, hari nie tiba-tiba aku nak cerita pasal kerja aku. Kalau korang nak tahu, hari nie aku kena cover Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai Syabas!!! Sebenarnya, aku dah banyak kali cover untuk Syabas since aku mula kerja dulu sampai lah sekarang nie. So, kebanyakkan staf Syabas memang aku dah kenal lama. Hikhikhik. Hari nie aku kena cover operasi penyambungan paip haram dekat daerah Petaling Jaya tapi yang peliknya aku kena pergi McDonalds Puchong Gateway dulu. Korang pelik tak? Memang aku jarang cover dekat area Puchong nie, aku pun baru tahu yang daerah Petaling Jaya nie dekat dengan Puchong. Huhuhu.

Dengar cerita dari staf Syabas, lokasi pembinaan rumah pangsa kos rendah lima tingkat tu dah terbengkalai dulu tapi projek tu dah disambung semula tahun lepas. Tapi yang menjadi kemusykilan Syabas, air dekat area situ semakin meningkat tapi jumlah pembayaran sedikit jew. Sebab tu lah Syabas siasat kawasan pembinaan rumah pangsa tu, sehingga boleh jumpa paip yang disambungkan secara haram dengan paip utama. Perghh!!! Hebatnya pemaju nie kan? Macam mana lah diorang nie boleh terpikir nak ambik secara haram, bagi aku walaupun nak kaut keuntungan tapi biar lah dengan cara yang betul. Barulah projek berjalan dengan lancar. Betul tak?

Staff sedang gali tanah.

Operasi pemotongan sambungan haram.

Klorin test.

Aah, korang mesti teruja tengok operasi pemotongan paip tu kan? Perghh!! masa nie memang panas gila, aku ingat dah macam dekat sauna. Kira nie sauna free jew, kalau korang ada sini memang peluh menitis-nitis gembira hasil kepanasan matahari yang memacak tinggi atas kepala!!!. Huhuhu Tapi sebab kerja aku gagahkan diri jugak interbiu Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat, Encik Abdul Halem Mat Som. Tapi nasib baik aku ada member Sinar, Akak Suhaila kira kerja hari nie memang best gila. Tak rasa tension pun sebabnya ramai jugak member baru aku kenal. Hikhikhik.

Akak Suhaila dan aku.

Muka lain posisi pulak!! Hahaha.

Harap-harap akak Suhaila tengok lah blog aku nie kan!!! Lagipun dia pun dah jadi member dalam ini blog. Hahaha, akak Suhaila memang terbaik sangat sebabnya dia tak kedekut ilmu dan dia akan terangkan benda yang aku tak faham atau blur!!! Mekasih yew akak atas kerjasama selama kita dekat site. Hikhikhik.


2 comments:

  1. pinn...pinn..tersedak ader org sebut nama..hahaha..akak xsmpt wt entry psl nie..nk wt jgk ler..hu~~

    ReplyDelete
  2. hahaha, sempat jew tgk blog sam erk!!! buat la akak, lagi pun kt kan buat sama2. nnti klu ada job sama2 kt posing lagi yew. ;)

    ReplyDelete